The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirahafiz281, 2022-07-09 10:52:56

Hujah Anti Hadis dan Jawapan Balas

Hujah Anti Hadis dan Jawapan Balas

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

PPPH3163 KAJIAN HADITH MASA KINI

HUJAH ANTI HADIS
DAN JAWAPAN
BALAS

PENULIS:

AMIRAH HASEFATUN NUR BINTI AB HAFIZ (A175165)
NUR AISYAH BINTI KHALIL (A175160)

AMIRATUL BALQIS BINTI MOHYEE (A173778)

ISI KANDUNGAN

I Pendahuluan 3

II Pendekatan Imam Syafie berhujah 4-5
dengan anti hadith

III Hujah 1: Syahadah kedua hanya rekaan 6

IV Hujah 2: Al-Quran sudah lengkap 7

V Hujah 3: Hadith satu ajaran palsu 8

VI Hujah 4: Menolak hadis sebagai 9
sumber perundangan kedua

VII Hujah 5: Hadith tidak terpelihara 10

VIII Hujah 6: Selawat ke atas Nabi 11
Muhammad saw tanda pemujaan

IX Hujah 7: Rambut wanita bukan aurat 12

X Hujah 8: Al-Hikmah hanyalah al-Quran 13

XI Hujah 9: Hudud adalah satu sempadan 14
bukan hukuman

XII Hujah 10: Solat ialah tradisi turun 15
temurun 16

XIII Kesimpulan

XIIII Rujukan 17

2

PENGENALAN

Golongan anti hadis bukanlah suatu perkara yang asing dalam
Islam. Mereka telah mula bertapak sejak awal pemerintahan Islam
lagi. Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk
menyerang umat secara dalam dengan kaedah memutarbelitkan
fakta daripada Al-Quran menggunakan logik akal. Secara
umumnya, golongan ini menolak autoriti hadis sebagai sumber
perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran.

Golongan anti hadis berpegang teguh dengan mengatakan
bahawa al-Quran adalah kitab yang sempurna dan tidak
memerlukan penghujahan daripada kitab-kitab lain lantas
menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan dan
teologi. Mereka juga menganggap bahawa hadis bukanlah suatu
yang benar dan penting untuk dijadikan rujukan.

Pengaruh anti hadis memberi impak yang besar kepada
masyarakat Islam di Malaysia khususnya bagi mereka yang cetek
ilmu agama. Mereka bukan sahaja memberi kesan negatif dari
sudut syariah bahkan lebih membimbangkan apabila ianya
membawa kesan buruk kepada akidah umat Islam sendiri.

3

PENDEKATAN IMAM SYAFIE DALAM BERHUJAH DENGAN
ANTI-HADIS

Pada akhir abad ke 2 Hijrah, muncul satu golongan yang disebut Imam
Syafie sebagai ashabuna (Muktazilah) yang menolak hadis Ahad dan

hadis Mutawatir. Imam Syafie telah menyanggah pendapat mereka
dalam kitabnya al-Risalah dan mengemukakan kehujahan Hadis dalam

Kitab al-Umm.

MENGINGKARI HADIS BERSIFAT ZANNI DAN MENERIMA AL-QURAN
YANG BERSIFAT QAT’I

Hukum syarak terkadang mentakhsiskan sesuatu yang bersifat qat’i
dengan yang bersifat zanni, seperti diterima kesaksian dua orang dalam
soal pembunuhan atau pencurian harta. Padahal diharamkan
mengganggu harta dan nyawa bersifat qat’i namun diterima kesaksian
dua orang adalah bersifat zanni.

Allah swt mewajibkan manusia mentaati Rasulullah saw di dalam
al-Quran. Kewajiban mentaati Baginda adalah perintah umum
kepada mereka yang hidup sezaman atau tidak sezaman dengan
Nabi. Mereka yang tidak hidup sezaman hanya dapat mentaati
Rasulullah saw melalui jalan berita (Hadis). Oleh itu, menerima
sesuatu (hadis) untuk melaksanakan sesuatu yang wajib (perintah
al-Quran) adalah wajib.

Penasakhan dan pemansukhan hukum di dalam al-Quran hanya
dapat diketahui melalui hadis. Contohnya, hadith Rasulullah saw
telah mengkhabarkan bahawa ayat faraidh dalam surah al-Nisa/4:11
telah menasakhkan ayat wasiat dalam surah al-Baqarah/2:180.

4

PENDEKATAN IMAM SYAFIE DALAM
BERHUJAH DENGAN ANTI-HADIS

APAKAH DALIL KEWAJIBAN MENGIKUTI NABI SAW?

Dalil surah al-Hasyr/59:7,di dalam ayat tersebut jelas
menyatakan kita wajib mentaati sesuatu yang diperintahkan

0 1 Rasulullah saw dan meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh
Baginda saw.

APAKAH DALIL UMAT ISLAM PERLU MENERIMA HADIS?

Dalil surah al-Jumu’ah/62:2, perkataan ‘al-hikmah‘ bermakna sunnah
Rasulullah saw. Rasulullah saw berperanan memberikan penjelasan
terhadap kewajiban umum seperti solat, zakat,haji yang terkandung
dalam al-quran. Perkataan al-kitab dan al-hikmah adalah dua perkara

0 2 yang berbeza berdasarkan surah al-Ahzab/33:34, Allah swt
mengkhabarkan dibacakan di dalam rumah dua hal yang berbeza
iaitu al-Quran dan al-sunnah.

APAKAH DALIL KEDUDUKAN RASULULLAH DI SISI AL-QURAN?

Dalil surah al-Nisa’/4:103, di dalam ayat tersebut tidak menjelaskan
secara terperinci jumlah rakaat setiap solat fardhu dan perincian
cara melaksanakannya. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap

0 3 perlu melaksanakan solat mengikut cara yang diajarkan Nabi
Muhammad saw melalui hadis Baginda.

5

HUJAH 1

ANTI HADIS:

Syahadah kedua ke atas Nabi Muhammad saw adalah rekaan para
ulama.

JAWAPAN:

Dari Ibnu Umar r.a., berkata: Rasulullah saw bersabda: “Islam terbina
atas lima perkara; (1) Syahadah bahawa tiada Tuhan layak disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan Allah (2)
mendirikan solat (3) menunaikan zakat (4) berhaji dan (5) berpuasa di
bulan Ramadhan” (Riwayat Imam Bukhari no. 8)

Syahadah kepada Nabi Muhammad saw merupakan kesempurnaan
kesaksian La Ilaha Illa Allah. Syahadatain (dua syahadah) merupakan
prinsip dasar diterimanya segala amalan apabila ikhlas dilakukan
hanya kerana Allah dan mutaba’ah (mengikuti) sunnah Rasulullah
saw. Allah swt berfirman dalam surah al-Kahfi/18 :110,

‫َفَم ن َكاَن َي ْر ُج و۟ا ِلَق آَء َر ِّبِه ۦ َفْلَي ْع َم ْل َع َم اًل َٰص ِلًح ا َو اَل ُي ْش ِرْك ِبِع َب اَدِة َر ِّبِه ٓۦ َأَح ًۢد ا‬

Maksudnya: “…Maka barangsiapa yang mengharapkan
perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia
mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan
sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya”.
Demikianlah, manifestasi (perwujudan) dari kewujudan dua
kalimah syahadah. Pertama, tidak beribadah kecuali kepada Allah.
Kedua, Nabi Muhammad utusan Allah yang menyampaikan
ajaranNya. Baginda saw telah menjelaskan cara beribadah kepada
Allah dan Baginda melarang daripada perkara bida’ah iaitu ibadah
yang diada-adakan, kerana semua perkara bida’ah adalah sesat.

Oleh itu, syahadah kedua atas Nabi Muhammad saw adalah
sebagai kesaksian mengakui Nabi Muhammad saw sebagai utusan
Allah dan umat Islam mengikuti segala sunnah Baginda saw
supaya diterima segala amalan dan ibadat mereka kepada Allah
swt.

6

HUJAH 2

ANTI HADIS:

Al-Quran sudah lengkap dan tidak memerlukan kepada Hadis

JAWAPAN:

Al-Quran mengandungi asas-asas agama (usul al-din) dan prinsip-
prinsip hukum, disertakan dengan penjelasan sebahagian ayat
dengan nas yang jelas, sebahagian ayat lain ditinggalkan kepada
Nabi Muhammad saw untuk dijelaskan. Tugas ini sesuai dengan
peranan Rasulullah saw sebagai penjelas terhadap apa yang
diturunkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah swt
dalam surah al-Nahl/44:16,

‫ِبٱْلَب ِّي َٰن ِت َو ٱلُّز ُبِر ۗ َو َأنَز ْلَنآ ِإَلْي َك ٱلِّذ ْكَر ِلُت َب ِّي َن ِللَّناِس َم ا ُنِّز َل ِإَلْي ِه ْم َو َلَع َّلُه ْم‬
‫َي َت َف َّكُر وَن‬

Maksudnya: “Dan kami turunkan kepadamu al-Dhikr (al-
Quran) agar kamu menerangkan kepada umat manusia
apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya
mereka memikirkan”

Perkataan ‘tibyan’ (keterangan) mencakupi pelbagai makna,
termasuk yang asas atau cabang. Antaranya,
1. Keterangan melalui nas al-Quran.
2. Keterangan melalui lisan Nabi Muhammad saw
3. Ketetapan oleh Rasulullah saw yang tidak ada di dalam al-
Quran
4. Keterangan melalui ijtihad
Justeru itu, apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad saw dari sudut percakapan, perbuatan, diam setuju
atau sifat ditakrifkan sebagai hadis dan hadis itu memberi
keterangan kepada manusia.

7

HUJAH 3

ANTI HADIS:

Hadis bukan wahyu tetapi satu ajaran palsu

JAWAPAN:

Wahyu menurut syarak ialah sesuatu yang dimaklumkan oleh Allah
kepada sesiapa sahaja daripada hambaNya yang dipilihNya, ia
merupakan hidayah dan ilmu disampaikan secara rahsia dan
tersembunyi, bukan dengan cara biasa yang dilakukan manusia (al-
Zarqani t.th).
Wahyu terbahagi kepada dua:

wahyu matlu (yang ditilawahkan) iaitu Al-Quran
wahyu ghair matlu (tidak ditilawahkan) iaitu Hadis atau Sunnah

Dalil wahyu bukan hanya berbentuk kitab atau suhuf:
1.Perintah kepada Nabi Adam (surah al-Baqarah/2: 35 & 38)
2.Bimbingan cara membuat kapal kepada Nabi Nuh (surah
Hud/11:36-37)
3.Petunjuk (surah al-An’am/6:83)

Dalil wahyu kepada Rasulullah selain al-Quran:
Wahyu yang tidak dicatatkan dalam al-Quran seperti peristiwa
pengalihan arah qiblat daripada Baitul Maqdis kepada
Masjidil Haram dalam firman Allah dalam surah al-
Baqarah/2:142-144. Perintah menghadap qiblat pertama tidak
dicatatkan di dalam al-Quran namun Rasulullah saw dan
orang mukmin menghadap kiblat pertama melalui wahyu
selain al-Quran iaitu wahyu ghair matlu.

Oleh itu, wahyu kepada Rasulullah saw adalah dalam bentuk
hadis atau al-sunnah dan ia bukanlah satu ajaran palsu.

8

HUJAH 4

ANTI HADIS:

Mengapakah hadis dikategorikan sebagai sumber perundangan
kedua di dalam Islam?

JAWAPAN:

Hadis dikategorikan sebagai sumber perundangan kedua di dalam
Islam kerana Allah swt telah menetapkan kewajiban kepada
manusia untuk mentaati Rasulullah saw.

Dalil firman Allah swt dalam surah al-Nisa/4:59,

‫َٰٓي َأُّي َه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنٓو ۟ا َأِط يُع و۟ا ٱلَّلَه َو َأِط يُع و۟ا ٱلَّر ُس وَل َو ُأ۟و ِلى ٱَأْلْم ِر ِم نُكْم ۖ َفِإ ن‬
‫َو ٱْلَي ْو ِم‬ ‫ِبٱلَّلِه‬ ‫ُتْؤ ِم ُنوَن‬ ‫ُكنُت ْم‬ ‫ُنِإَلَتْأىِوٱليّاًَللِه‬ ‫َفُر ُّد وُه‬ ‫ِف ى َش‬ ‫َتَٰن َز ْع ُت ْم‬
‫ِإن‬ ‫َو ٱلَّر ُس وِل‬ ‫َو َأْح َس‬ ‫ْى ٍء‬ ‫ۚ َٰذ ِلَك‬ ‫ٱْل َء اِخ ِر‬
‫َخ ْي ٌر‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
taat kepada Allah dan hendaklah kamu taat kepada Rasul dan
uli al-amr daripada kalangan kamu. Jika kamu berbalah pada
suatu perkarahendaklah kamu rujuk kepada Allah dan RasulNya,
jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, yang mana itu
adalah sebaik-baik dan seelok-elok penjelasan.”

Allah swt memerintahkan dalam ayat ini supaya orang yang
beriman kepada Allah mestilah taat kepadaNya, taat kepada Rasul
dan uli al-amr. Kalimah taat (ati’u) diulang kepada Rasul
sebagaimana diperintah supaya taat kepada Allah. Hal ini
bermaksud perintah taat kepada Allah sama dengan taat kepada
Rasul dan ketaatan ini adalah mutlak. Namun, perintah taat kepada
uli al-amr tidak diulang kalimah taat, hanya memadai didatangkan
dengan huruf ‘ataf (waw) sahaja. Ini menunjukkan ketaatan kepada
uli al-amr tidak mutlak sebagaimana ketaatan kepada Allah dan
RasulNya. Oleh itu, setiap perbalahan dalam kalangan orang yang
beriman perlu merujuk kepada Allah dan Rasul (rujuk kepada Nabi
ketika Baginda masih hidup dan rujuk kepada Hadis setelah
Baginda wafat).

9

HUJAH 5

ANTI HADIS:

Mengapa al-quran dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah
tetapi hadis tidak?

JAWAPAN:

Sesungguhnya apabila Allah SWT menjamin
kepeliharaan al-quran, ia bukan sekadar memelihara
dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, bahkan ia meliputi
semua yang berkaitan dengan al-quran. Hal ini termasuk
memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan
kaedah pengamalannya. Berdasarkan firman Allah
dalam surah al-Nahl: 43,

‫َوَم ٓا َاْرَس ْلَنا ِم ْن َقْبِلَك ِااَّل ِرَجااًل ُّنْو ِح ْٓي ِاَلْيِه ْم َفاْس َٔـ ُلْٓوا َاْه َل الِّذْكِر ِاْن ُكْنُتْم اَل‬
‫َتْع َلُم ْو َۙن‬

Maksudnya: Dan kami tidak mengutus sebelum
engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang
kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah
kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika
kamu tidak mengetahui.

Kalimah al-zikr tidak terbatas pada al-quran dan hadis
sahaja, ahl al-zikr ialah ahli ilmu tentang agama Allah
dan syariatNya. Menurut Ibn Hazm, al-zikr mencakupi
segala yang diturunkan kepada Rasulullah SAW
termasuk hadis.




10

HUJAH 6

ANTI HADIS:

Mendakwa bahawa selawat ke atas Nabi Muhammad adalah tanda
pemujaan dan dilarang dalam Islam.

JAWAPAN:

Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW tidak bermaksud
mendewa-dewakan baginda. Hal ini demikian kerana, para
nabi dan rasul diberikan kemuliaan oleh Allah SWT dengan
kelebihan-kelebihan tersendiri. Di samping itu, para
malaikat juga tidak terlepas daripada berselawat ke atas
Nabi Muhammad SAW sepertimana yang dijelaskan oleh
Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56:

‫ِاَّن َهّٰللا َوَم ٰۤلِٕى َكَته ُيَص ُّلْو َن َع ىَل الَّنِبِّۗي ٰٓيَاُّيَه ا اَّلِذ ْيَن ٰاَم ُنْو ا َص ُّلْو ا َع َلْيِه َوَس ِّلُم ْو ا‬
‫َتْس ِلْيًم ا‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya
berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-
orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan
yang sepenuhnya.

Berdasarkan dalil tersebut, jelas menunjukkan bahawa
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah tidak
dilarang sama sekali, bahkan para malaikat turut berselawat
dan memuliakan Baginda.




11

HUJAH 7

ANTI HADIS:

Mendakwa rambut bukan sebahagian dari aurat wanita.

JAWAPAN:

Dakwaan ini bertentangan dengan ijma’ para ulama
yang menegaskan bahawa rambut adalah termasuk
perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dilihat oleh
orang yang bukan mahramnya. Ibn Arabi dalam
penulisannya al-Futuhat al-Makkiyah (1972: 521)
menyebut tentang batas aurat wanita. Menurut beliau,
para ulama sepakat mengatakan bahawa keseluruhan
tubuh perempuan adalah aurat kecuali muka dan tapak
tangan. Al-Nawawi berpendapat bahawa aurat bagi
wanita adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua
tapak tangan. Sepertimana firman Alllah SWT dalam
surah al-Nur ayat 31:

‫َواَل ُيْبِد ْيَن ِزْيَنَتُه َّن ِااَّل َم ا َظ َه َر ِم ْنَه ا‬

Maksudnya: Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak
daripadanya.

Menurut para ulama’ tafsir, apa yang dimaksudkan
dengan “yang biasa Nampak daripadanya” adalah wajah
dan kedua tapak tangan.

12

HUJAH 8

ANTI HADIS:

Nabi Muhammad mengajarkan al-Hikmah dan Hikmah itu adalah Al-
Quran sahaja

JAWAPAN:

Al-Hikmah bukan bererti al-Kitab tetapi ia merujuk
kepada segala sumber syariat, ilmu dan perincian
agama yang tidak terkandung di dalam kitab suci.
Semua yang disampaikan oleh Rasulullah tentang al-
Hikmah, baik dalam bentuk lisan, praktikal atau
pengiktirafan itulah dikenali sebagai as-Sunnah

Firman Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 54
Maksudnya : "Atau patutkah mereka dengki kepada
manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan
nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah
diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah
kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun
memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan
hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada
mereka kerajaan yang besar".

Al-Hikmah bermaksud as-Sunnah atau kebijaksanaan.
Al-Hikmah adalah suatu yang diketahui oleh Rasul kerana
Rasul tidak boleh mengajar sesuatu yang Baginda tidak
ketahui.

13

HUJAH 9

ANTI HADIS:

Istilah hudud di dalam Al-Quran bermaksud sempadan sahaja. Konsep ini tidak ada kena
mengena dengan hukuman kerana ia merujuk kepada suatu undang-undang universal, iaitu
dalam setiap perbuatan manusia tidak boleh melampaui batasan undang-undang alamiah

JAWAPAN:
Golongan anti hadis jahil dalam penggunaan istilah
Bahasa Arab. Al-Quran telah menjelaskan secara
umum iaitu had, yakni hukuman yang perlu
dilaksanakan sama seperti perintah yang ditetapkan
oleh Allah, tidak boleh kurang atau lebih.

Pengertian kalimah "Hudud" dalam al-Quran
membawa makna antara 'Batasan-batasan Syariat
Allah' atau 'Aturan hukum Allah'.

Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya
oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau
dikurangkan. Ia melibatkan enam jenis jenayah iaitu
zina, tuduhan zina, mencuri, meminum minuman yang
memabukkan, merompak (hirabah) dan murtad.

Kedua-duanya iaitu al-Quran dan as-Sunnah
memerintahkan, menerangkan dan memperincikan
tentang kewajipan hudud dalam syariat Islam.

14

HUJAH 10

ANTI HADIS:

Solat bukan daripada hadis tetapi tradisi dan warisan turun temurun
dari zaman Nabi Ibrahim yang menerimanya daripada Tuhan

JAWAPAN:

Al-Quran bersifat sempurna dalam konteks mentauhidkan
Allah dan kaedah dalam merencanakan syariatNya. Maka,atas
dasar kesempurnaan ini Allah menjadikan hadis sebagai
sumber kedua Islam yang wajib diikuti, ditaati dan dipegangi.
Kemurnian Islam terletak pada kedua-dua Al-Quran dan as-
Sunnah. Hal ini kerana ayat Al-Quran bersifat mujmal, mutlak
dan umum. Maka diutusnya Rasulullah sebagai penghurai dan
pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran.

Misalnya ayat al-Quran hanya mendatangkan ayat tentang
perintah kewajipan mendirikan solat yang bersifat mujmal,
maka hadislah yang menjelaskan tentang cara-cara dan
kaifiyah menunaikan solat dengan betul.

Solat yang diperintahkan dalam al-Quran:
(…‫)َوَأِقيُم وا الَّص اَل َة‬

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang…”
[Surah Al-Baqarah 43]

Diperincikan oleh hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari:
(‫)صلوا كما رأيتموني أصلي‬

Mafhumnya: “Solatlah kalian seperti mana kalian melihat
Aku solat”

15

KESIMPULAN

Golongan anti hadis merupakan salah satu agenda musuh
Islam yang menyerang secara dalaman. Hal ini kerana,
mereka memutarbelitkan fakta-fakta daripada al-quran
dengan menggunakan logik akal untuk menentang Islam.
Mereka juga menolak autoriti hadis sebagai sumber
perundangan Islam yang kedua selepas al-quran. Mereka
hanya berpegang dan beramal dengan ajaran al-quran sahaja
tanpa mempercayai kebenaran hadis. Penyelewengan yang
dilakukan oleh anti hadis ini turut melibatkan dari aspek
akidah, syariat dan politik. Oleh hal yang demikian, sebagai
umat islam yang beraliran ahli sunnah wal jamaah, kita
mestilah sentiasa merujuk kepada al-quran dan hadis dalam
membincangkan sesuatu perkara.

16

RUJUKAN

Al-Quran.

Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi,
Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman. 2016. Hujah
Golongan Anti Hadith: Analisis Kritis. Seminar Antarabangsa Aqidah &
Pemikiran Islam, International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT): 214-230

Fateh Abdul Shukor. 2020. "Cukuplah Al-Quran, Kenapa Perlu Hadis?":
Hujah Anti Hadis. https://www.thepatriots.asia/cukuplah-al-quran-
kenapa-perlu-hadis-hujah-anti-hadis/ [8 Julai 2022].

Hafiz Firdaus Abdullah. 2002. 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan
Jawapannya.
https://www.academia.edu/11692060/20_Hujjah_golongan_Anti_Hadis [6
Julai 2022].

Jawiyah Dakir & Mohd. Napiah Abdullah. 2003. Kajian Hadith Masa Kini
PPPH3163. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah. 2014. Jawapan Terhadap Hujah Ingkar

Hadis. http://landskapsiasah.blogspot.com/2014/02/ringkasan-fakta-

jawapan-terhadap-hujah.html?m=1 [8 Julai 2022]

al-Siba’i. Mustafa. 1985. al-Sunnah Wa Makanatuha fi Tashri’ al-Islami.
Bayrut: Maktabah al-Islami.

Yazid Bin Abdul Qadir Jawas. 2006. Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal
Jamaah. T.tp: Pustaka Imam asy-Syafi’i.

17


Click to View FlipBook Version