The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Logesh varan, 2019-05-13 01:33:41

MINIT MESYUARAT 6.5.2019 2019

MINIT MESYUARAT 6.5.2019 2019

Keywords: MINIT

MINIT MESYUARAT ‘CONTACT TIME’ 2019

TARIKH : 06.05.2019 (Isnin)
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Bilik Gerakan

1.0 UCAPAN ALUAN
1.1 Guru besar mengalu – alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali ini.

2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Guru Besar En.R.P Jayagopallan memberitahu dan mengingatkan Cikgu Vashanti
dan Cikgu Kanjana untuk melaksanakan „Blended Teaching‟ selepas Ujian Pertengahan
Tahun 2019.

2.2 Guru Besar juga menekankan semua supaya mengamalkan 15 Prinsip Kejayaan
Kokurikulum demi membolehkan pelajar mendapat kejayaan dalam sebarang
pertandingan. Antara prinsip-prinsipnya ialah :

1) Guru insaf akan tanggungjawabnya
2) Murid diberi teks penghafalan seawall mungkin
3) Kedua-dua (Guru & Peserta) harus tahu peraturan (hitam & putih) lebih awal.
4) Para peserta harus dibekalkan Teks yang mencukupi oleh guru.
5) Para peserta harus dinaikkan pentas perhimpunan (Isnin) sekurang-kurangnya dua
kali sebelum pertandingan.
6) Guru dengan integritinya.
7) Latihan yang berterusan
8) Rujuk Pemenang Rekod Lama (kedudukan & pencapaian masa)
9) Dapatkan bantuan expertise luar jika memerlukan (Ch: Coach / Pakar dll)
10) Perlu ada Perancangan Jangka Pendek & Jangka Panjang.
11) Perlu ada pelapis.
12) Harus ada “friendly match” (permainan) kerapkali.
13) Harus Gunakan masa PJK, 1M1S & Koku secara optima.
14) Boleh gunakan Speaker‟s Corner (masa rehat) untuk tujuan latihan & penghafalan.
15) Propaganda yang mencukupi berkenaan pertandingan (guru, peserta & ibubapa
harus diberitahu tarikh/ masa & tempat pertandingan seawall mungkin).

Tambahan, PK KoKo pula haruslah memastikan (perhatikan) semua proses in berlaku
secara berterusan.

2.3 Guru Besar juga memberitahu sukan akan dapat dilaksanakan dengan
menggunakan wang peruntukan yang akan dapat dalam masa terdekat.

1

2.4 Guru Besar mengingatkan guru-guru supaya memberi perhatian kepada
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian dan pastikan tarikh dan hari tidak
bertentangan.

2.5 Guru Besar menyatakan bahawa tidak ada Ujian Bersama untuk murid-murid
SETERATAI.

2.6 Guru Besar juga meminta para guru supaya elakkan tabiat memukul murid dan
juga guru perlu menitikberatkan tahap kesihatan fizikal dan mental sebelum mengambil
sebarang tindakan fizikal.

2.7 Guru Besar menekankan bayaran tambahan Program Peningkatan Akademik
bukan sahaja bertujuan untuk proses penyediaan kertas peperiksaan tetapi juga
digunakan untuk keperluan yang lain, seperti pelaksanaan bengkel dan sebagainya.

2.8 Guru Besar menyeru Ibubapa supaya menyerahkan bayaran tambahan Program
Peningkatan Akademik ASAP.

2.9 Guru Besar juga menggalakkan setiap guru untuk menyumbang RM 30 sebagai
sumbangan PIBG tetapi cikgu berkedudukan sebagai ibubapa wajiblah serah
sumbangan PIBG tersebut.

2.10 Guru Besar menekankan pelaksanaan aktiviti dan penyertaan dalam pertandingan
yang berkait rapat dan dapat memartabatkan Program Sekolah Mesra Alam.

2.11 Guru Besar menggalakkan guru-guru ICT unutk memberi latihan khas kepada
murid-murid kea rah Pertandingan ICT.

2.12 Guru Besar juga menekankan pelaksanan pemantauan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dan juga pemantauan terhadap buku nota murid-murid.

2.13 Guru Besar memberitahu bahawa bumbung yang rosak akan dibaiki dan dicat
dalam masa terdekat.

2.14 Guru Besar turut mengatakan bahawa Pentas Dewan Ko.Saranggabani sekolah
akan dihias dan dibaiki dalam masa akan datang.

2.15 Guru Besar juga mengatakan tembok baharu di sekeliling sekolah akan dihias
dengan mural pelbagai.

2.17 Guru Besar memberi pendapat dan menggalakkan guru-guru dan ibubapa untuk
memberi sumbangan untuk mural ilmiah tersebut.

2.18 Guru Besar juga mengumumkan Karnival Bahasa Melayu pada peringkat negeri
Perak iaitu pada 22 Jun 2019.

2.19 Guru Besar menetapkan tarikh sambutan Hari Guru peringkat sekolah iaitu pada
24 Mei 2019 (Jumaat).

2.20 Guru Besar turut menetapkan dialog prestasi peperikasaan pertengahan tahun
pada 10 Jun 2019.

2

2.21 Guru Besar juga mengumumkan Hari Terbuka (Open Day) untuk murid-murid
Tahun 6 pada 10 Jun 2019, manakalah 13 Jun 2019 adalah hari terbuka untuk murid-
murid Tahun 1 hingga 5.

2.22 Guru Besar menetapkan tarikh penghantaran markah peperiksaan pertengahan
tahun iaitu sebelum 23 Mei 2019 supaya memudahkan pelaksanaan dialog prestasi
selepas cuti sekolah.

2.23 Guru Besar juga mengingat para guru berkenaan kelas tambahan yang akan
diadakan semasa cuti sekolah.

2.24 Guru Besar menasihati para guru bahawa cuti rehat perlu dimohon
seawal-awalnya.

2.25 Guru Besar memberitahu bahawa sekolah telah menerima seorang Pembantu
Operasi (PO) baharu.

2.26 Guru Besar menggalakkan para guru supaya sentiasa menguar-uarkan sebarang
pertandingan yang bakal berlangsung.

2.27 Guru Besar menggalakkan para guru supaya sentiasa bersalam-salaman dan
bertegur sesama lain termasuk pekerja sekolah.

Tindakan Semua guru

3.0 iELT Conference, Penang 2019

3.1 Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Puan Kanjana telah meluahkan input yang
diperoleh daripada iELT Conference.

3.2 Antara pengetahuan / input yang disampaikan ialah :

1) Meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan melalui memantapkan lagi strategi
pedagogi dalam bilik darjah.

2) Perlu menggunakkan strategi pedagogi yang berbeza untuk murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai kecerdasan dan keupayaan.
3) Strategi pedagogi yang baik merangkumi aspek „Customize‟ dan Teknologi.

4) Perlu menghasilkan amalan kolaboratif dalam kalangan murid semasa pembelajaran.

5) Penekanan terhadap 4 jenis pemikiran kritikal (4C).

3.3. Guru besar memberi input yang lebih lanjut dan terkini iaitu penekanan terhadap 6
jenis pemikiran kritikal (6C) seperti Kritis (Critical), Kreatif (Creative), Komunikasi
(Communication), Sahsiah (Character), Kewarganegaraan (Citizenship) dan Kolaboratif
(Collaboration).

Tindakan Semua Guru

3

4.0 Penerapan Aktiviti STEM
4.1 Panitia Sains, Panitia Matematik bersama-sama dengan Penolong Kanan
Pentadbiran, En. M. Murugesu telah mengendalikan sesi aktiviti STEM.
4.2 Penolong Kanan Pentadbiran, En. M. Murugesu telah menerangkan berkenaan
pengintegrasian aktiviti STEM yang merangkumi 5E (Engage, Explore, Explain,
Elaborate, Evaluate ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Guru-guru melibatkan diri dalam 3 aktiviti stesen yang berkenaan dengan STEM.
4.4 Guru-guru yang melibatkan diri dalam aktiviti mendapat gambaran jelas tentang
pelaksanaan STEM akitiviti dalam bilik darjah.

Tindakan semua guru
5.0 Pameran Sains Peringkat Zon 2019
5.1 Panitia Sains mengumukan tarikh pertandingan Pameran Sains Peringkat Zon 2019
iaitu pada 11 Mei 2019 (Sabtu) yang akan berlangsung di SJKT Mahathma Ghandi
Kalaasalai.
5.2 En.A.Logeshvaran selaku guru pengiring akan mengiringi para peserta ke tempat
pertandingan.
5.3 Seorang lagi guru pengiring akan ditentukan secepat mungkin.
5.4 Panitia Sains juga menerangkan struktur pertandingan kali ini yang berbeza jika
dibandingkan tahun-tahun sebelum ini.
` Panitia Sains

6.0 Program Bicara Teknik Matapelajaran Bahasa Inggeris
6.1 Guru Besar mengumumkan tarikh pelaksanaan Program Bicara Teknik iaitu pada
11 Mac 2019 (sabtu).
6.2 Guru Besar mengingatkan semua guru supaya menggalakkan murid-murid Tahun
5 dan 6 untuk melibatkan diri dalam program ini.
6.3 Guru Besar turut mengucapkan terima kasih kepada En. Chandran selaku
Setiausaha program yang sudi memberi Buku Latihan percuma kepada murid-murid
Tahun 6 yang berharga RM40 setiap satu set.

Tindakan Semua Guru

4

7.0 Hari Guru Peringkat Sekolah 2019
7.1 Guru Besar mengumumkan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 akan dilaksanakan
pada 24 Mei 2019. Pertandingan „Bowling 10 Pin‟ dan makan malam Hari Guru akan
diadakan pada 17 Mei 2019.
7.2 Guru Besar juga besetuju untuk mengadakan permainan dalam kalangan guru
untuk memeriahkan suasana sempena Hari Guru.

Tindakan semua guru

8.0 e- Magazine
8.1 Guru Besar mengumumkan tarikh pelancaran e-Magazine SIGARAM pada 11 Mei
2019.
8.2 Guru Besar juga menyatakan bahawa sebagai Usaha untuk melangkah ke
hadapan demi memartabatkan dan merealisasikan Sekolah Transformasi 2025.

Tindakan semua guru

9.0 Pentaulihan Pengawas
9.1 Guru Besar mengumumkan Hari Pentaulihan Pengawas iaitu pada 10 Jun 2019
iaitu selepas cuti sekolah.

Guru Disiplin & Pengawas

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(LOGESHVARAN A/L ALAGIRISAMY)
(EN. R.P JAYAGOPALLAN)
GURU BESAR,

5

SENARAI KEHADIRAN CONTACT TIME 6 MEI 2019 871126085384
780506025513
5/6/2019 13:58:52 N.GIRIJA 821204086503
5/6/2019 14:00:34 M.RAMESH 800512086078
5/6/2019 14:00:43 S.KUMARAN 921011086329
5/6/2019 14:00:58 N.SANTHI 800425086483
5/6/2019 14:01:05 K.SANJAY KUMAR 850501085470
5/6/2019 14:01:11 M.MURUGESU 600815085543
5/6/2019 14:01:30 S.TIBA 871226355458
5/6/2019 14:01:49 R.P.JAYAGOPALLAN 820327086410
5/6/2019 14:02:07 S.SUHASINI 660303085616
5/6/2019 14:02:10 S.MANGKALA NAYAGE 661103105234
5/6/2019 14:02:16 N.KANAGASWARI 800822085492
5/6/2019 14:02:23 G.PERIANAYAKAM 850925086856
5/6/2019 14:02:26 T.PANIMALAR 620426075358
5/6/2019 14:02:33 S.KANJANA 930423025965
5/6/2019 14:02:51 A.JOTHEE 890325086728
5/6/2019 14:02:56 A.LOGESHVARAN 911003086610
5/6/2019 14:03:58 R.RUSHINI 791014085986
5/6/2019 14:04:00 B.UTAYA SANKARI 850418085664
5/6/2019 14:05:07 Y.RAAJESWARI 800209086008
5/6/2019 14:05:19 S.BANUMATHI 620223086487
5/6/2019 14:05:52 S.DEVAGI
5/6/2019 14:09:55 N.SIVANASVARAN

6


Click to View FlipBook Version