MINIT MESYUARAT (Contact time) 08.07.2019
MINIT MESYUARAT ‘CONTACT TIME’ 2019
TARIKH : 08.07.2019 (Isnin)
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Bilik Gerakan
1.0 UCAPAN ALUAN
1.1 Guru besar mengalu – alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali ini.
2.0 Ucapan Guru Besar
2.1 Guru besar mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat kepada PK1, PK KOKO dan
PKHEM..
2.2 GB telah menekankan tentang etika pakaian seseorang guru.
2.3 GB turut mengucapkan tahniah kepada En.Murugesu atas kenaikan pangkat sebagai Guru
Besar di SJKT Ladang Gedong.Setiap warga sekolah diminta mengambil langkah untuk
meningkatkan kehadiran murid.
2.4 GB turut memberitahu tentang peratus kehadiran guru lebih tinggi iaitu 95% ke atas
berbanding dengan peratus kehadiran murid ke sekolah . Setiap warga sekolah diminta
mengambil langkah untuk meningkatkan kehadiran murid.
2.5 GB memberitahu bahawa guru penyayang perlu berada di pintu pagar mengikut jadual
yang ditetapkan.
2.6 Guru Besar memberitahu bahawa ‘speaker corner’ sudah siap dibina lalu meminta guru-
guru supaya membuat penghiasan disudut tersebut.
2.7 Guru Besar juga menyeru agar guru yang kerap mengambil cuti sakit perlu dikurangkan.
Beliau juga meminta semua warga sekolah supaya berurus terus dengan pentadbiran jika
mempunyai sebarang masalah. .
2.8Guru Besar juga telah memaklumkan bahawa RM 1.8 million telah diluluskan untuk
pembinaan prasekolah .
2.9 Guru Besar menekankan bayaran tambahan Program Peningkatan Akademik
bukan sahaja bertujuan untuk proses penyediaan kertas peperiksaan tetapi juga
digunakan untuk keperluan yang lain, seperti pelaksanaan bengkel dan sebagainya.
2.10 Guru Besar meminta guru kelas untuk mengekalkan peratus kehadiran murid 95%
ke atas.Beliau juga turut berganding bahu untuk mengatasi masalah kehadiran murid melalui
program Panggilan Pagi.
2.11 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada En.Logeswaran kerana sudi melatihkan
pasukan sepak takraw pada waktu petang .
2.12 Guru Besar minta guru penyelaras kuiz kbat negeri Perak supaya mengambil bahagian
dalam pertandingan tersebut.
3.0 Tindakan semua guru
3.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Pn.Rusini yang akan menyertai pertandingan
guru inovasi 2019 peringkat negeri Perak di MEPS.
3.2 Guru Besar mencadangkan sembahyang hajad bagi murid-murid tahun 6 akan diadakan
pada 30 Ogos 2019 di kuil Sri Thillai Maa Kaliammal.
3.3 Guru Besar turut meminta para guru yang bertanggungjawab bagi sesuatu pertandingan
untuk memberi latihan yang berterusan kepada para murid.Guru Besar juga memberitahu
bahawa memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai sesuatu pertandingan.
3.4 Guru Besar minta melaporkan sebarang kekurangan yang terdapat dalam Rancangan
Makanan Tambahan yang disediakan oleh pengusaha kantin.
3.5 Guru Besar juga menetapkan tarikh sukan tahunan pada 29 September 2019.
3.6 Guru Besar turut mengingatkan tarikh pertandingan Thevaram pada 28 Julai 2019 di
SJKT Bagan Serai.
3.7 Guru Besar meminta guru-guru untuk menghiaskan semula laluan dan kawasan sekolah
bagi menceriakan lagi kawasan sekolah.
2.22 Guru Besar menetapkan tarikh jamuan perpisahan En.Murugesu pada 29 Julai 2019 di
Batu Kawan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………………. ……………………………….
(DEVAGI A/P SANGAMUGAM) (EN. R.P JAYAGOPALLAN)
GURU BESAR,