PENGENALAN KEPADA
PERUNDANGAN DI
MALAYSIA
Skop
Definisi Undang-Undang
Keperluan Undang-Undang
Klasifikasi Undang-Undang
– UU Awam
– UU Persendirian
Sumber Undang-Undang
– Bertulis
– Tak bertulis
Institusi Undang-undang, hiraki, doktrin
duluan kehakiman
Definisi Undang-Undang
Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah
laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat ,
perjanjian atau autoriti.
Suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir
hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan
oleh sesuatu autoriti politik,suatu sistem guaman.
Suatu set peraturan atau prinsip yang
mengendalikan sebahagian sistem guaman:
undang-undang cukai, undang-undang jenayah dll
-Free Online Dictionary
Definisi Undang-Undang
Per 160, Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
Undang-Undang – termasuklah undang-
undang bertulis, common law setakat yg
berkuatkuasa dalam Persekutuan, apa-apa
adat-adat dan kelaziman yg mempunyai
kuasa dalam mana2 bahagian Persekutuan.
Secara ringkas Definisi
Suatu kumpulan/set peraturan yang digubal oleh
badan perundangan dan dikuatkuasa bertujuan
untuk mentadbir masyarakat dan negara.
Undang-undang adalah satu set peraturan sah yang
dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa ke atas rakyat. Ia
boleh wujud samada dalam bentuk bertulis atau tidak.
Setiap undang-undang hanya sah jika ia di
kuatkuasakan oleh pemerintah yang sah. Oleh yang
demikian pada dasarnya undang-undang wujud melalui
kuasa yang ada pada pemerintah di dalam sesebuah
negara berdaulat.
Keperluan Undang-Undang
Mengwujudkan dan menegakkan keadilan.
Mengiktiraf dan melindungi hak-hak individu
Mengatur dan menjamin keharmonian/
kesejahteraan, ketenteraman dan keamanan
masyarakat.
Klasifikasi Undang-Undang
Undang-Undang Awam
Undang-undang yang mentadbir perhubungan
di antara individu dan kerajaan (state).
Undang-undang perlembagaan
– Menhuraikan struktur dan hak kerajaan dan hak-
hak individu.
Undang-undang jenayah
– Bertujuan menghalang rakyat melakukan jenayah
dengan mengariskan kesalahan jenayah serta
hukumannya jika dilakukan oleh seseorang,
Undang-Undang Persendirian
Undang-undang yang berkaitan dengan
penguatkuasaan perhubungan antara individu
seperti hak-hak dan tugas sesama mereka.
Bertujuan untuk memberi pampasan kepada
pihak yang teraniaya supaya harta dapat
diperolehi semula daripada pihak yang
melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan
tanggungjawab.
Contoh : Kontrak, Tort, Amanah, Keluarga,
Syarikat, Tanah dll
Sumber Undang-Undang
Undang-Undang Bertulis
Undang-undang yang digubal oleh badan-badan
perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri.
Dikenali sebagai sumber bertulis sebab undang-undang
tersebut dinyatakan,ditulis dan distatutorikan secara
spesifik.
Sumber-sumber undang-undang bertulis di Malaysia ialah
– Perlembagaan Persekutuan
– Perlembagaan Negeri
– Akta
– Enakmen
– Ordinan
– Undang-undang subsidiari
Undang-Undang Tak Bertulis
Undang-undang selain daripada sumber undang-
undang bertulis, iaitu undang-undang yang tidak
ditulis dan bukan digubal oleh mana-mana badan
perundangan seperti Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.
Sumber-sumber undang-undang tidak bertulis di
Malaysia ialah
– Undang-undang Inggeris
– Undang-Undang Islam
– Adat Resam
– Keputusan Kehakiman
Undang-Undang Bertulis
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Negeri
Akta
Enakmen / Ordinan
UU Subsidiari
Undang-Undang Tak Bertulis
Undang-undang Inggeris
Undang-Undang Islam
Undang-Undang Adat
Keputusan Kehakiman
Institusi Undang-Undang Di
Malaysia
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah Penghulu
Hiraki Mahkamah
Mahkamah
Persekutuan
Mahkamah
Rayuan
Mah Tinggi Mah Tinggi
Malaya Sabah/Sarawak
Mah Sesyen Mah Sesyen
Mah Mah
Majistret Majistret
Doktrin Duluan Kehakiman
Secara amnya
• Doktrin duluan mengikat tertakluk kepada
hiraki mahkamah
• Keputusan mahkamah lebih tinggi mengikat
kepada mahkamah lebih rendah.