The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luiyeeyun2005, 2021-06-12 19:56:42

Talasemia by Lui Yee Yun 4 ST 1

Lui Yee Yun 4 ST 1

Tugasan pembelajaran
berasaskan projek

(project based learning)

Nama Murid: Lui Yee Yun
Kelas: 4 ST 1
Nama Guru Mengajar: Pn. Balkesh Zubaidah binti Ahmad
Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tema: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
Tajuk: Penyakit Talasemia

Kandungan

Bil. Kandungan Muka surat
1. Pendahuluan 1
2. Objektif 2
3. Pengenalan penyakit talasemia 3
4. Jenis-jenis talasemia 4
5. Kebarangkalian menjadi pembawa dan menjadi pesakit 5

talasemia 6
6. Tanda-tanda talasemia 7
7. Kesan talasemia terhadap diri, keluarga dan masyarakat 9
8. Kepentingan pengesanan awal dan rawatan pesakit
11
talasemia 12
9. Penghargaan
10. Rujukan

I

Pendahuluan

Tujuan saya menghasilkan folio penyakit talasemia ini adalah untuk
menerangkan maklumat yang berkaitan dengan penyakit talasemia.

Maklumat yang akan diterangkan dalam folio ini termasuk pengenalan
penyakit talasemia, jenis-jenis talasemia, kebarangkalian menjadi pembawa dan
menjadi pesakit talasemia, tanda-tanda talasemia, kesan talasemia terhadap diri,
keluarga dan masyarakat serta kepentingan pengesanan awal dan rawatan
pesakit talasemia.

Saya berharap agar folio ini dapat membantu pelajar lebih mengetahui
tentang penyakit talasemia.

1

Objektif

• Menyatakan maksud talasemia
• Menjelaskan tanda-tanda talasemia
• Menerangkan kesan talasemia kepada diri, keluarga dan masyarakat
• Menjelaskan kepentingan pengesanan awal dan rawatan kepada pesakit

talasemia

2

Pengenalan Penyakit Talasemia

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik sel darah merah yang
melibatkan ketidaknormalan hemoglobin secara genetik, iaitu anak akan
mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Talasemia bukan penyakit
berjangkit. Oleh itu, talasemia tidak akan dijangkiti melalui pemindahan darah,
udara dan air atau melaui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia.
Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan
perempuan.

3

Jenis-jenis Talasemia

• Pembawa talasemia
- Juga dikenali sebagai talasemia minor.
- Ibu bapa yang mempunyai gen talasemia tetapi tidak menunjukkan
sebarang tanda sebagai seorang pembawa yang boleh menurunkan
talasemia kepada anak.
- Hanya boleh dikesan dengan ujian darah.
- Tidak menampakkan tanda-tanda fizikal.

• Pesakit talasemia
- Juga dikenali sebagai talasemia major.
- Kedua-dua ibu bapa yang mempunyai gen talasemia sepenuhnya
berkemungkinan melahirkan bayi yang berpenyakit talasemia.
- Kebisaannya, pesakit kelihatan normal semasa lahir tetapi mula
menunjukkan tanda-tanda anemia apabila berusia antara 3 bulan
hingga 18 bulan.

4

Kebarangkalian Menjadi Pembawa dan Menjadi
Pesakit Talasemia

• Jika kedua-dua ibu dan bapa adalah normal:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 100%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 0%.
- Kebarangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 0%.

• Jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa talasemia:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 25%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 50%.
- Kebarangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 25%.

• Jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pesakit talasemia:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 0%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 0%.
- Kebarangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 100%.

• Jika salah seorang ibu atau bapa merupakan pembawa talasemia:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 50%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 50%.
- Keberangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 0%.

• Jika salah seorang ibu atau bapa merupakan pesakit talasemia:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 0%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 100%.
- Kebarangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 0%.

• Jika salah seorang ibu atau bapa merupakan pembawa talasemia
dan salah seorang ibu atau bapa merupakan pesakit talasemia:
- Kebarangkalian anak adalah normal ialah 0%.
- Kebarangkalian anak menjadi pembawa talasemia ialah 50%.
- Kebarangkalian anak menjadi pesakit talasemia ialah 50%.

5

Tanda-tanda Talasemia

• Perubahan pembentukan muka ketika membesar
- Perubahan pembentukan tulang muka semasa membesar, contohnya:
✓ Tulang muka
✓ Hidung
✓ Bibir
✓ Mulut
✓ Telinga

• Anemia yang serius
- Sel darah merah pesakit talasemia hanya boleh hidup dalam
masa beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah
merah kanak-kanak normal yang boleh hidup selama 4
bulan.
- Kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah akan
menyebabkan kekurangan oksigen dalam sel-sel badan.

• Tumbesaran terbantut
- Melambatkan pertumbuhan.
- Terbantut.

• Masalah kesihatan
- Kelihatan normal semasa lahir.
- Berlakunya perubahan antara 6 bulan hingga 18 bulan, contohnya:
✓ Muka menjadi pucat
✓ Sentiasa lemah
✓ Perubahan bertambah teruk

• Jaundis
- Biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan organ badan,
iaitu hati dan limpa sehingga menyebabkan perut menjadi
puncit.

6

Kesan Talasemia Terhadap Diri, Keluarga dan
Masyarakat

• Diri
- Rawatan sepanjang hayat
✓ Aspek psikososial diri melibatkan aktiviti sosial terjejas.
✓ Kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.
✓ Kurang memunyai daya tahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sosial, contohnya:
▪ Aktiviti fizikal
▪ Aktiviti riadah
✓ Emosi terganggu.
✓ Pemikiran terganggu.
- Pemindahan darah setiap bulan
✓ Perancangan kehidupan sehari sedikit terganggu kerana pesakit
perlu berulang-alik ke pusat rawatan talasemia.
- Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan
✓ Daya kaya dengan zat besi.
✓ Zat besi yang terkumpul daripada transfusi darah pada jangka masa
panjang akan merosakkan hati, jantung dan organ lain.
✓ Pesakit harus mengelakkan daripada makan makanan yang kaya
dengan zat besi.
- Membawa kepada kematian
✓ Kesan rawatan juga mengundang bahaya, contohnya:
▪ Rawatan zat besi boleh menyebabkan penyakit bahaya yang
lain, contohnya:
o Kencing manis
o Kegagalan fungsi jantung yang boleh menyebabkan penyakit
kardiovaskular
o Barah hati

7

• Keluarga
- Pemindahan sumsum tulang
✓ Bagi pesakit talasemia major, biasanya menggunakan sumsum
tulang daripada adik-beradik kandung kerana kejayaan usaha ini
paling tinggi untuk merawat pesakit talasemia.
- Peruntukan kewangan lebih kepada perubatan
✓ Ibu bapa perlu mencari wang yang lebih untuk perbelanjaan
perubatan anak.
- Hidup dalam tekanan
✓ Keluarga mengalami tekanan dan gangguan emosi kerana anak-
anak tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti orang
lain.

• Masyarakat
- Pertambahan bilangan pesakit atau pembawa talasemia
✓ Perkahwinan antara pesakit talasemia akan menambahkan jumlah
pesakit.
✓ Sebelum berkahwin, ujian saringan talasemia harus dijalani.
- Penderma darah
✓ Pertambahan pesakit talasemia meningkatkan permintaan bekalan
darah.

8

Kepentingan Pengesanan Awal dan Rawatan
Pesakit Talasemia

• Untuk mencegah penyakit talasemia daripada terus menular
- Ujian Saringan Pengesanan Awal harus dilakukan sebagai langkah
awal pencegahan.
- Pasangan yang ingin berkahwin harus menjalani Ujian Saringan Awal
Talasemia untuk mengetahui status pembawa talasemia dan
mengelakkan perkahwinan antara pembawa talasemia.

• Untuk mengelakkan kos perubatan yang tinggi
- Transfusi darah secara berterusan akan menyebabkan pengumpulan
zat besi di dalam organ utama badan, contohnya:
✓ Hati
✓ Limpa
- Pesakit memerlukan kos yang tinggi untuk melakukan penyingkiran
zat besi yang berlebihan mengikut keperluan.
- Pesakit harus mengelakkan daripada makan makanan yang
mengandungi zat besi yang tinggi, contohnya:
✓ Organ dalaman haiwan seperti hati
✓ Kuning telur
✓ Kekacang
✓ Kebanyakan sayuran hijau yang berdaun
✓ Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi

• Untuk mengetahui status kesihatan
- Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), diagnosis penyakit
talasemia boleh dilakukan pada usia kehamilan 10 minggu hingga 11
minggu melalui prosedur amniosentesis dan chorionic villus sampling.
- Berdasarkan pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), diagnosis secara
lazimnya boleh dilakukan melalui ujian pengiraan sel darah merah.

9

• Rawatan penyingkiran zat besi
- Rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan rawatan bergantung
kepada tahap pengumpulan zat besi dalam badan.
- Merupakan rawatan sementara.
- Bersifat rawatan sokongan.
- Rawatan penyembuhan yang sebenar perlu melalui pemindahan darah
dan sumsum tulang daripada penderma yang sesuai.

10

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru saya, iaitu Cikgu
Balkesh kerana telah memberi tugasan untuk menghasilkan folio penyakit
talasemia. Melalui peluang untuk menghasilkan folio ini, saya lebih mengetahui
tentang penyakit talasemia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam
menghasilkan folio penyakit talasemia.

Saya berharap agar dapat mempunyai peluang seperti ini untuk
menghasilkan folio pada masa hadapan.

11

Rujukan

(a) Buku
(i) Dr.Sanmuga Nathan a/l K. Jeganathan, Dr. Abdul Razak bin

Noruzzaman, Azamudin bin Ahmad Barkat, Rosman bin
Rosli, 2019. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Telaga BIru Sdn. Bhd.

(b) Internet
(i) “Talasemia: Penyakit Genetik Yang Ramai Terlepas Pandang Ketika

Pilih Calon Suami/Isteri - Iluminasi”, https://iluminasi.com
/bm/talasemia-penyakit-genetik-yang-ramai-terlepas-pandang-
ketika-pilih-calon-suami-isteri.html. Dicapai pada 17 Mei
2021.
(ii) “Talasemia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas”, https://
ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia. Dicapai pada 17 Mei 2021.
(iii) “Anemia dan Talasemia. - Faraedys”, http://faraedy.blogspot.com/2014
/11/anemia-dan-talasemia.html. Dicapai pada 17 Mei 2021.

12


Click to View FlipBook Version