E-FOLIO GROUP 3
NAMA PENSYARAH: ENCIK YUSRI BIN YUSOFF
KOD & NAMA KURSUS:
MPU23042 NILAI MASYSRAKAT MALAYSIA
TAJUK:
CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENGARUH
BUDAYA LUAR
NAMA & NO. PENDAFTARAN PELAJAR:
KALAIARASI A/P GOVINDASAMY (23DLS21F1020)
SIVASANGARY A/P ARJUNAN (23DIB21F1008)
DIVIYAH SRI A/P SATHIVEL (23DRM21F1045)
KANNAN A/L TAMIL SELVAN (23DBS20F2001)
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2.MAKSUD PENGARUH BUDAYA
LUAR
3.CONTOH AMALAN PENGARUH
BUDAYA LUAR
4. FAKTOR PENGARUH BUDAYA LUAR
5. CABARAN PENGARUH BUDAYA
LUAR
6. CARA MENGATASI CABARAN
PENGARUH BUDAYA LUAR
7. CONTOH KES DI MALAYSIA
8. KESIMPULAN
9. PENGHARAGAAN
10. REFERENCE
PENGENALAN
Seperti mana yang kita sedia maklum negara
kita merupakan salah sebuah negara yang
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa
kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Oleh itu, terdapat
cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia tentang pengaruh
budaya luar kerana ketidaksamaan budaya.
MAKSUD PENGARUH BUDAYA LUAR
Budaya amat penting kepada setiap individu dan
masyarakat kerana cara hidup mereka
dilambangkan oleh budaya yang mereka amalkan.
Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2007) telah
menyatakan budaya sebagai kemajuan jasmani dan
rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya
menerusi latihan dan pengalaman serta peradaban.
Kroeber dan Kluckhohn (Alisjahbana, 1986: 207-
208), telah mendefinisikan budaya kepada 7
perkara iaitu : Pertama, kebudayaan adalah
keseluruhan hidup manusia yang kompleks,meliputi
hukum, seni, moral, adat-istiadat dan segala
percakapan lain, yang diperoleh oleh manusia
sebagai anggota masyarakat.
Kedua, penekanan terhadap kebudayaan yang memandang
kebudayaan bersifat warisan tradisi. Ketiga, budaya dianggap
bersifat normatif, iaitu sebagai cara dan aturan hidup manusia
seperti cita-cita, nilai, dan tingkah laku. Keempat, pendekatan
kebudayaan dari aspek psikologi iaitu menganggap budaya itu
sebagai langkah penyesuaian diri kepada persekitarannya.
Kelima, kebudayaan dibincangkan sebagai suatu struktur yang
mencakupi pola-pola organisasi dan fungsinya.
CONTOH AMALAN PENGARUH
BUDAYA LUAR
BLACK MENTAL
Salah satu gejala negatif yang membawa
kepada pemujaan syaitan. Black mental ini
diasaskan di barat dan terkenal dgn muzik
berentak keras. unsur lirik kasar,menjerit dan
tidak jelas sebutannya. Selain itu, mesej yg
disampaikan dalam setiap lirik lagu yang
dimainkan oleh mereka ialah berunsurkan
menolak kewujudan Tuhan dan
bersefahaman bebas.
ASPEK BUDAYA PEMAKAIAN
Kebanyakkan gaya fesyen terkini lebih
menonjolkan bentuk tubuh badan.
Contohnya, busana atau corak pakaian
yang menjolok mata bagi wanita ataupun
lelaki.
CONTOH AMALAN PENGARUH
BUDAYA LUAR
CLUBBING
Merupakan salah satu budaya luar di mana
satu dunia malam yang penuh dengan
kebebasan. Antara faktornya ialah
kurangnya pengawasan ibu bapa terhadap
anak-anak, pengaruh rakan sebaya ataupun
dipaksa.
PENGARUH GENGSTERISME
Aktiviti ini biasanya dilakukan di negara-
negara Barat. Anak-anak yang menjalankan
aktiviti ini disebabkan oleh pengaruh orang
dewasa yang lebih besar dari mereka.
Aktiviti ini menyebabkan fenomena buruk
terhadap diri mereka sendiri, keluarga,
masyarakat, dan negara.
FAKTOR PENGARUH
BUDAYA LUAR
DIRI SENDIRI/REMAJA
Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu
serta kehendak mencuba perkara-perkara baru dalam hidup.
Dorongan perasaan ingin tahu tidak dibimbing dengan pemikiran
yang waras akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara
negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal
lagi
Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah
faktor yang mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan
bebas. Kecenderungan untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa
sempadan jantina.
Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak
remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat
dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada
mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar
belakang yang baik. .
KURANG DIDIKAN AGAMA
Pegangan agama dan amalan kerohanian amat
penting dalam kehidupan. Pegangan agama yang
lemah boleh mendorong kepada remaja untuk
terlibat sama dalam pergaulan bebas. Hal ini
boleh menyebabkan kecenderungan untuk
bergaul dengan rakan-rakan tanpa adanya
batasan antara jantina.
KONFLIK KELUARGA
Konflik dalam keluarga turut
memainkan perana pekerjaan ibubapa
dan ahli keluarga yang lain adalah isu
yang dikenalpasti menjadi konflik dalam
keluarga. Kegagalan ibu bapa dan ahli
keluarga
CABARAN PENGARUH
BUDAYA LUAR
CABARAN NILAI ANTARA ETNIK
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara
dalam masyarakat majmuk di malaysia.
Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus
menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri dan
tidak menerapkan bahasa ibunda malaysia iaitu bahasa melayu
atau bahasa malaysia.
Menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota
daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi
antara etnik.
Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah
yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan
pegangan dalam masyarakat.
Bukan itu, sahaja cabaran pelbagai etnik ini juga memberi konflik
antara setiap etnik di malaysia contoh di sarawak mempunyai
pelbagai etnik di amalkan begitu juga dengan sabah ia juga
mempunyai pelbagai etnik dan agama yang berbeza diamalkan
CABARAN GLOBALISASI
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup
berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia. Melalui penjajahan, mereka membawa
pemikiran - tamadun mereka lebih tinggi dan bangsa lain
kurang bertamadun. Barat membawa masuk pengaruh
dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif,
ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan
dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua
manusia.
CABARAN PENGARUH
MEDIA SOSIAL
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas
menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada
pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di
hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk
diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak
termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi
oleh remaja.
Selain itu, golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan rasional, remaja akan
terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta
mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat
dalam pergaulan bebas dan munculnya unsur pornografi.
CABARAN MODENISASI
POLITIK
Daripada pandangan negara ini, modenisasi politik dapat kita
lihat dari segi pengamalan sistem demokrasi berparlimen,
pilihan raya dan juga penglibatan tiga suku kaum terbesar di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan juga India. Hal ini merupakan
salah satu pembaharuan dan pemodenan politik era baru jika
hendak dibandingkan dengan politik zaman tradisi. Dapat kita
lihat juga, dari segi politik ini, sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan, setiap kaum di Tanah Melayu mempunyai sistem
politik mereka sendiri. Hal ini menyebabkan setiap kaum
berpaksikan kepentingan kaum masing-masing. Setelah adanya
Parti Perikatan, ketiga-tiga suku kaum terbesar di Malaysia
telah menerima idea politik moden ini dimana setiap parti
berlainan bangsa boleh bersatu dalam sesebuah parti politik.
CABARAN MODENISASI
SOSIAL
Apakah maksud modenisasi sosial? Dari
perspektif negara Malaysia, modenisasi sosial
dapat dilihat kepada pembaharuan dari aspek
seperti dalam bidang pendidikan, tempat
tinggal, hubungan dan sebagainya. Dari segi
sosial, sejak zaman penjajahan, setiap kaum
telah dipisahkan mengikut tempat tinggal di
mana kebanyakan orang Melayu tinggal di
kampung dan kawasan pinggir bandar, orang
Cina di kawasan bandar, dan orang India di
kawasan ladang. Keadaan ini berlarutan
sehingga kini di mana kebanyakan masyarakat
Cina masih lagi tinggal di bandar-bandar besar,
serta sedikit masyarakat Melayu dan India.
Kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi
tinggal di kawasan bandar kecil dan luar
bandar.
CARA MENGATASI CABARAN
PENGARUH BUDAYA LUAR
MEDIA MASSA
Pengarang/penulis harus
kurangkan menulis perkara
yang negatif di dalam media
massa kerana remaja sekarang
sangat terdedah dengan zaman
moden dan senang mengakses
segala laman sosial yang tidak
berfaedah menyiarkan program
yang berfaedah dan
bersesuaian dengan masyarakat
kita
DIRI SENDIRI/REMAJA
Sebagai seorang remaja, kita perlulah mengimbangi
keperluan emosi diri kita sendiri seperti perasaan ingin tahu
dan kehendak untuk memiliki pasangan dalam usia remaja.
Setiap individu tersebut hendaklah memiliki matlamat hidup
iaitu untuk berjaya dalam pelajaran serta mencapai cita-cita
yang telah disemat sejak azali lagi. Oleh sebab itu, remaja
amat memerlukan hubungan yang sangat berkualiti dan
boleh dipercayai oleh ahli keluarga, guru-guru, serta
masyarakat di sekiling mereka. Apabila hubungan tersebut
dapat dicipta atau disemai, maka remaja akan lebih memilih
untuk berkongsi setiap duka mahupun suka mereka
terhadap ahli keluarga. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan
mereka daripada mencari seseorang yang dapat mengisi
kekosongan emosi remaja tersebut.
Kawalan terhadap media
sosial
Cara mengatasi - Perkara ini memerlukan kerjasama
yang padu di antara individu, remaja , keluarga,
sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara.
Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan pada
hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak
ditapis mampu sampai kepada pengetahuan remaja.
Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu ditapis
sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka
adalah terbatas dan kemahuan untuk meneroka
perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang
demikian,semua pihak perlu menggunakan sebaik
mungkin kemudahan yang telah disediakan pada
masa kini untuk menjauhi portal-portal media yang
memberi pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi
kepada semua pihak.
Penyediaan jadual waktu
Mengatur masa dengan baik merupakan kunci
kepada kejayaan. Pembahagian masa sangat
membantu kita untuk mencapai kesejahteraan
dari segi fizikal, mental dan emosi. Remaja
yang dapat mengatur masa dengan baik akan
mendahulukan perkara-perkara yang penting
dan mengenepikan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti bermain game dan
sebagainya.
Pengaturan masa secara bertulis dapat
memastikan remaja mengenalpasti aktiviti yang
dijalankan setiap hari bermanfaat. Secara tidak
langsung remaja akan mengetahui apakah
aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan
tidak kira samada di hari persekolahan atau hari
cuti..
CONTOH KES DI MALAYSIA
KETAGIHAN melampau remaja masa kini terhadap
media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan
perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup
bertindak membunuh diri.
Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu
taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di
media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan
waja
Contohnya dalam kes pernah dilaporkan dalam akhbar
Jun tahun lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan
empat di sebuah sekolah di Johor cuba membunuh diri
selepas tidak tahan menjadi mangsa buli kenalan
Facebooknya yang mahu menyebarkan gambar lucah
beliau di media sosial.
CONTOH KES DI MALAYSIA
"MUKJIZAT PUNK". Penulis keratan
akhbar ini mengatakan bahawa :
"Selain menolak kewujudan hari
kiamat , pengikut kumpulan Punk
di negara ini mendakwa mereka
mepunyai mukjizat yang boleh
menguasai tanah, air, api dan
angin bagi melindungi ancaman
orang luar. Kepercayaan karut dan
syirik itu didedahkan oleh remaja
yang pernah menganggotai
kumpulan Punk Anarchy."
'BUDAYA UNDERGROUND
MULA MENULAR.' Kes ini
berlaku di Kuching, Sarawak.
Remaja sarawak kini telah
terdedah kepada bahaya muzik
keras yang berkonsepkan
underground yang
mengetengahkan unsur-unsur
pemujaan, budaya liar dan juga
pergaulan bebas.
KESIMPULAN
Membentuk masyarakat yang berintegrasi dalam ikatan yang unggul
merupakan cabaran kepada negara. Pelbagai aspek mudah
dieksploitasi oleh pihak tertenu menjadikan isu etnik sebagai alat
membakar semangat perkauman. Permuafakatan dan perpaduan
etnik adalah prasyarat utama untuk kestabilan politik dan
kesejahteraan sosial.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
kerana telah dapat menyiapkan tugasan E-folio ini
dengan keupayaan kami. hasil kerja ini kami dapat
siapkan atas bantuan ahli kumpulan dan juga rakan-
rakan sekelas atas bantuan.
Dalam kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami. Akhir sekali, kami beharap dapat
mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada
tugasan kami ini.
RUJUKAN
http://budayabaratterrorism.blogspot.com/2014/
04/definisi pengaruh-budaya-barat.html?m=1
http://ustazrabbani.weebly.com/langkah--langkah-untuk-
menangani-gejala-negatif-dalam-kalangan-remaja.html