MESYUARAT KALI KESK KESANG TUA 77000 JASIN, MELAKA 47 AGUNG PIBG BUKU PROGRAM DIGITAL DEWAN SRA JAIM KESANG TUA 24 JUN 2023 SABTU DIRASMIKAN OLEH TUA N H A JI B A H ARU D D I N B I N H US I N TUA N H A JI B A H ARU D D I N B I N H US I N PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JASIN
Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 SK Kesang Tua, Jasin, Melaka Tahun 2023 Disediakan oleh: Pn. Dahlia binti Abdullah Pn. Zalina binti Zahari Pn. Sh. Rabaaton Adawiyah binti S. Muhaiyidin Pn. Noorhayati binti Ismail En. Ahmad Farid bin Samdin Pn. Siti Hajar binti Abu Kassim (AJK Buku Program)
Atur Cara Program 3 - 4 Kata Alu-Aluan Guru Besar 5 - 6 Ucapan Yang Dipertua PIBG 7 - 8 Jawatankuasa Kerja 9 - 11 Agenda Persidangan 12 Minit Mesyuarat Agung PIBG 13 - 18 AJK PIBG Sesi 2022/2023 19 - 20 02 01 03 04 06 05 07 08 09 11 10 12 Laporan Kewangan Tahunan PIBG 21 - 23 Aktiviti Sesi 2022/2023 24- 27 AJK PIBG Sesi 2023/2024 28 Penghargaan 29 - 30 Pembentangan Usul - Usul 29
03 9.15- 10.45 pagi PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 01 8.30-9.00 pagi Ibu bapa dan guru SKKT akan membuat pendaftaran kehadiran di kaunter pendaftaran. Tetamu yang hadir akan mengambil tempat duduk yang disediakan sebelum majlis dimulakan. S A B T U ATUR CARA PROGRAM MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG SK KESANG TUA KALI KE-47 02 9.00- 9.15 pagi KETIBAAN DIF KEHORMAT Tn. Hj. Baharuddin bin Hussin selaku perasmi majlis diiringi tuan Guru Besar Encik Khalid bin Mohd, Yang Dipertua PIBG dan Guru Penolong Kanan masuk ke dalam Dewan SRA Jaim Kesang Tua. 3 Ucapan alu-aluan pengacara majlis. Nyanyian lagu Negaraku. Bacaan doa Ucapan aluan Yang Di Pertua PIBG SKKT, Ucapan Guru Besar merangkap Penasihat Ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung Penyampaian cenderamata. Jamuan ringan untuk tetamu jemputan. Libat urus Delima bersama ibu bapa oleh Ustaz Rohezam bin Mokhtar. En. Mohd Khairuddin bin Yusop PIBG SKKT, En. Khalid bin Mohd. PIBG SKKT Tahun 2023, Tuan Haji Baharudin bin Husin (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin) @ penjaga.
10.45 pagi - 04 12.30 tengahari 24 Jun 2023 MESYUARAT AGUNG SK KESANG TUA KALI KE-47 0512.30 tengah hari MAJLIS BERSURAI 4 Pesanan Pengerusi Majlis Persidangan (YDP PIBG) Membentangkan dan menerima: Ucapan Penangguhan dan Pembubaran AJK PIBG Pelantikan Pengerusi Sementara Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Membahaskan Usul Ucapan Penangguhan - Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 - Menerima dan mengesahkan Penyata Tahunan Sesi 2022/2023 - Seorang Yang Dipertua - Seorang Naib Yang Dipertua - Seorang Setiausaha Kehormat - Seorang Penolong Setiausaha - Seorang Bendahari Kehormat - Seorang Penolong Bendahari - Enam orang AJK daripada guru - Enam orang AJK daripada Ibubapa/Penjaga - Dua orang Pemeriksa Kira-kira (1 Guru dan 1 ibubapa/penjaga) - Dua orang Pemegang Amanah (1 Guru dan 1 ibubapa/penjaga) - Seorang Penyelaras PIBK (Guru) - Seorang Penyelaras PIBK (Ibubapa)
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. En. Khalid bin Mohd Guru Besar SK Kesang Tua 5
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu “Alaihi Wasallam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara bersemuka sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kesang Tua kali ke- 47 tahun 2023 ini. Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anakanak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Pada tahun ini kita memfokuskan kepada Sahsiah Unggul Murid(SUMUR). Ibu bapa yang dihormati sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. 6 Hadirin dan hadirat sekalian, Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Begitu juga kepada pemegang-pemegang taruh terutama PPD Jasin yang diketuai Tn. Hj. Baharudin bin Husin yang banyak membantu terutama membaik pulih prasarana sekolah. Diharapkan semua usaha ini dikira oleh Allah sebagai ibadah dan asbab kita ke Jannah. Wallau “aklam. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ucapan Y D P PI B G SESI 2022/2023 M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 7 S K K E S A N G T U A T A H U N 2 0 2 3 Encik Mohd Khairuddin bin Yusop 7
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kesang Tua pada tahun ini. Terima kasih kerana memberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023 – 2024 di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa / penjaga. MAT juga menjadi wadah perbincangan dan pertukaran pandangan antara kedua belah pihak untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam semua segi samada akademik, kokurikulum dan sahsiah termasuk pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang selesa dalam kalangan warga sekolah dan anak-anak. Dalam MAT ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada semua pihak untuk menyumbang buah fikiran, tenaga dan seumpamanya untuk menjayakan proses transformasi pendidikan anak-anak agar selari dengan hasrat KPM. Contohnya Anak Yang Bijak Lagi Cerdik (ABC). Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan. Secara tidak langsung PIBG mampu membantu meningkatkan aspek kemenjadian murid kecemerlangan sekolah ini. Saya mewakili semua AJK PIBG 2022-2023 memohon sejuta kemaafan jika sekiranya kami tidak mampu mengendalikan PIBG SEKATA dengan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan kami secara sukarela. Tahniah kepada AJK yang baharu dilantik dan selamat menjalankan amanah dengan lebih baik pada sesi selepas ini. Sekian,terima kasih. Di kesempatan ini saya memohon kerjasama para ibubapa dan penjaga agar sentiasa peka dengan segala maklumat dan informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Untuk mencapai sesuatu kejayaan seperti yang kita impikan bukanlah suatu yang mudah dan sudah tentu memerlukan pengorbanan dan komitmen serta peranan semua pihak. Encik Mohd Khairuddin bin Yusop YDP PIBG Sesi 2022/2023 8
Penasihat: En. Khalid bin Mohd (Guru Besar SK Kesang Tua) Pengerusi: En. Mohd Khairuddin bin Yusop (Yang Dipertua PIBG SKKT) Naib Pengerusi I: En. Mohd. Iswardy bin Ab. Razak (Naib Yang Dipertua PIBG) Naib Pengerusi II: Pn. Reainah binti Jaafar (GPK HEM) Pn. Hamilah binti Husin (GPK Pentadbiran) Tn. Hj. Helmi bin Mustafa (GPK Kokurikulum) Setiausaha Kehormat: Pn. Hasneeta binti Hasmuddin Naib Setiausaha: Pn. Dahlia binti Abdullah Bendahari Kehormat: Pn. Rohaizah binti Rozali Naib Bendahari: Pn. Mimi Zanariah binti Hashim Jawatankuasa Kerja En. Khalid bin Mohd Pengerusi Sementara Pn. Hasneeta binti Hasmuddin Floor Manager 9
Penyambut Tetamu En. Khalid bin Mohd (Guru Besar) En. Mohd. Khairuddin bin Yusop (YDP PIBG) En. Mohd. Iswardy bin Ab. Razak (NYDP) Pn. Hamilah binti Husin Pn. Reainah binti Jaafar Tn. Hj. Helmi bin Mustafa Penyelaras / Dokumentasi Pn. Hasneeta binti Hasmuddin Bendahari Pn. Rohaizah binti Rozali Buku Program Pn. Dahlia binti Abdullah (K) Pn. Zalina binti Zahari Pn. Sh. Rabaaton Adawiyah binti S. Muhaiyidin Pn. Noorhayati binti Ismail En. Ahmad Farid bin Samdin Pn. Siti Hajar binti Abu Kassim Pendaftaran Ibubapa dan Guru Pn. Roslindawati binti Puasa (K) Pn. Siti Fatimah binti Hussin Cik Azlina binti Ahmad Pn. Hasliza binti Othman Pn. Norfadzilah binti Abu Pn. Norsharizan binti Abu Tan Bacaan Doa Ustaz Rohezam bin Mokhtar (K) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 TAHUN 2023 Pengacara Majlis Pn. Salma binti Ismail (K) Pn. Ummi Adila binti Arshad Pn. Hjh. Norahah binti Idris Pencatat Minit Pn. Rosmayati binti Muhammad (K) Pn. Wan Nor’Adilah binti Wan Yusof Pn. Rahimana binti Mohd Wi Cik Fatin Nabilah binti Baharudin Pn. Siti Roslida binti Hj. Mat Rosli Persiapan Pentas Pn. Nurashikin binti Sharif (K) Pn. Noraini binti Mat Deris Pn. Nor Azwin binti Azlan Cik Lalita a/p Vadivale Pn. Rammya a/p Kandasamy Pn. Nor Allia binti Md Ghazali Pn. Nurul Emarina binti Ahmad 10
Persiapan Tempat/Dewan En. Teoh Hee Leon (K) En. Nor Azli bin Wahid En. Mohd Azlan bin Ahanab En. Sharul Azli bin Roslan Pekerja Am Siaraya & LCD En. Faizal bin Khamsir (K) En. Mohd Farid bin Ramlan En. Mohd Zaimi bin Ismail En. Aminuddin bin Hassan Jamuan Jemputan dan VIP Pn. Ainunrohaza binti Abd. Mutalep (K) Pn. Siti Aissah binti Hassan Pn. Norazizan binti Daud Pn. Siti Najah binti Mohd Kamal Pn. Marina binti Mohd Yusof Jamuan Ibubapa Pn. Mimi Zanariah binti Hashim (K) Pn. Wan Nor Faridah binti Wan Jaafar Pn. Sitinor Kamisah binti Abu Bakar Pn. Zunairah binti Ismail Pn. Siti Khaizura binti Yassin Pn. Nor Aini binti Alias Pn. Norhafizah binti Hasan Cenderemata dan Sijil AJK PIBG 2022/2023 Pn. Haryani binti Muharam (K) Pn. Norasyidah binti Mohd Ran Pn. Alijah binti Salleh Pn. Hjh. Susilawati binti Sayuti Pn. Nur Amirah Izzati binti Zul Azhar 11 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 TAHUN 2023 Cenderamata VIP Pn. Raba’ah binti Ramly (K) Pn. Ainie binti Hassan Pn. Ainnatul Amirah binti Yacob @ Yaakub Pn. Atikah Amirah binti Abd Karim Jurugambar En. Razali bin Zakaria (K) Pn. Mahmudah binti A. Rahim
01 03 04 Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 Menerima dan mengesahkan Penyata Tahunan Sesi 2022/2023 Pembubaran AJK PIBG SKKT bagi Sesi 2022/2023 AGENDAPERSIDANGAN UCAPAN PENGERUSI MAJLIS PERSIDANGAN 02 MEMBENTANG DAN MENERIMA PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 05 06 UCAPAN PENANGGUHAN MEMBINCANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL PEMILIHAN AJK PIBG SKKT BAGI SESI 2022/2023 Seorang Yang Dipertua Seorang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha Kehormat Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Kehormat Seorang Penolong Bendahari - Enam orang AJK daripada guru - Enam orang AJK daripada Ibubapa/Penjaga - Dua orang Pemeriksa Kira-kira (1 Guru dan 1 ibubapa/penjaga) 12
1. Ucapan Pengerusi YDP PIBG, En Mohd Nor Azmi Hj. Kadir MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK KESANG TUA KALI KE-46 1.1.YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Khairuddin bin Yusop, Tuan Guru Besar SK Kesang Tua, En. Khalid bin Hj Mohd, barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, AJK PIBG, dan para ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari ini. Tahniah atas kehadiran yang memberangsangkan. 1.2.Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru SK Kesang Tua di bawah pimpinan Tuan Guru Besar En. Khalid bin Hj. Mohd di atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 1.3.Tahap penerimaan vaksin di kalangan murid SK Kesang Tua masih di tahap yang rendah. Beliau berharap agar ibu bapa segera mendaftar anak-anak bagi mendapatkan vaksin. Dimaklumkan bahawa wakil KKM berada di kantin SKKT bagi tujuan pendaftaran vaksin Covid-19. 1.4.Beliau memaklumkan bahawa En. Khalid bin Hj. Mohd merupakan Guru Besar SKKT yang ke-5 sepanjang beliau memegang jawatan Yang Di Pertua PIBG. 1.5.Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2021 yang berjaya mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM. 1.6.Beliau juga memaklumkan bahawa para ibu bapa diberi mandat sepenuhnya untuk menilai Ahli Jawatan Kuasa PIBG yang baru.Beliau juga berharap agar barisan baru ini dapat membantu sekolah mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang yang mana SKKT adalah sekolah yang terlibat dalam Program TS25. 1.7.Beliau juga memohon jasa baik para ibu bapa dapat memberi sokongan sepenuhnya dalam mendidik anak-anak dan tidak terlalu begantung sepenuhnya kepada guru. 1.8.Beliau memohon maaf sepanjang menjadi YDP PIBG sekiranya ada kekhilafan tanpa disedari dan merakamkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi. SESI 2022/2023 Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu) Masa : 9:00 Pagi Tempat : Dewan SK Kesang Tua Perasmian : En Mohd Khairuddin Bin Yusop (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Prasekolah Dan Rendah, JPN Melaka) Kehadiran : 102 Orang 13
3. Ucapan Perasmi oleh En. Mohd Khairuddin bin Yusop 1.1.Ucapan terima kasih atas kehadiran semua ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 bagi sesi 2022/2024. 1.2.Beliau memaklumkan bahawa proses penempatan semula (redeployment) di kalangan guru telah dibuat sejak tahun 2010. Bagi JPN Melaka, ini merupakan kali kedua dilaksanakan yang mana jika dilaksanakan akan berlaku penempatan guru-guru baru. Beliau juga memaklumkan bahawaguru yang lebih 10 tahun wajar digerakkan. 1.3.Beliau juga memaklumkan bahawa dalam Sistem Pendidikan Negara : 1.3.1.1.Sekolah rendah (6 tahun) sekolah menengah (5 tahun) dan menengah atas (2 tahun) 1.3.1.2.UPSR (Tahun 6) dimansuhkan. Sistem penilaian dan pentaksiran menggunakan Penilaian Bilik Darjah (PBD) 1.3.1.3.Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang Tahap Penguasaan (TP anak-anak bagi setiap mata pelajaran. 1.3.1.4.KPM percaya bahawa Program Catch Up Plan (CUP) iaitu Program Intervensi dijalankan dengan baik dan jayanya bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan sepanjang dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari tahun 2020 hingga 2021. 1.3.1.5.Ibu bapa berperanan dalam merealisasikan pendidikan di masa akan datang. 2.1.Ucapan terima kasih atas kesudian menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 bagi sesi 2022/2024. 2.2.Beliau memaklumkan bahawa seramai 47 orang guru, 9 orang AKP, 4 orang Pegawai Keselamatan dan 3 orang pekerja swasta yang merupakan warga kerja di SK Kesang Tua. 2.3.Pembentangan persembahan powerpointtentang Hala Tuju TS25. 2.3.1.Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2.3.2.Pengurusan Kewangan Cemerlang 2.3.3.Kurikulum – Tahap pencapaian 5 dan Tahap Pencapaian 6 di kalangan murid khususnya PBD 2.4.Beliau memaklumkan bahawa SK Kesang Tua terpilih : 2.4.1. Sekolah TS25 Kohort 6 2.4.2. Program Pembangunan Organisasi (ProD) 2.4.3. Sekolah rintis bagi Program Adab dan Nilai (ADNI) 2.4.4. Sekolah rintis bagi ‘pendekatan bertema’ daerah Jasin 2.4.5. Program Sekolahku Sejahtera 2.4.6. Panitia Agama Islam terbaik dalam daerah Jasin 2.5.Beliau berhasrat agar dapat membawa nama SK Kesang Tua ke peringkat yang tertinggi dengan cemerlang. 14 2. Ucapan Tuan Guru Besar / Ex - Officio
1.4.Beliau memaklumkan bahawa 31 Mei 2022 merupakan hari terakhir pemberian vaksin kepada anak-anak bawah 12 tahun secara percuma. Sehubungan dengan itu, beliau menggalakkan ibu bapa dapat mendaftar anak-anak untuk suntikan vaksin dalam kadar segera. 1.5.Beliau mengucapkan tahniah dan syabaskepada anak-anak Tahun 6 yang hadir atas kecemerlangan yang dicipta pada tahun 2021. 1.6.Beliau juga berharap agar SKKT akan dapat meneruskan kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. 1.7.Beliau merasmikan Mesyuarat Agung SK Kesang Tua kali ke 46 bagi sesi 2022/2024. 5. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agungkali ke- 45 serta Pembentangan Penyata Kewangan PIBG SK Kesang Tua tahun 2021 5.1.Pembentangan minit Mesyuarat Agung PIBG SKKT 2021 kali ke- 45 oleh Setiausaha PIBG, En Faizal bin Khamsir 5.2.En. Mohd Zaimi bin Ismail mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung 2021 diterima tanpa sebarang bantahan dan disokong sebulat suara. 5.1.Pembentangan Penyata Kewangan oleh Puan Raba’ah bt Ramli (Bendahari PIBG) berakhir pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. 5.2.Encik Mohd Zami bin Ismail mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong sebulat suara. 6. 5.Bangkitan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-45 -Tiada_ 4. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid SKKT 2021 dan Penyampaian Cenderamata 4.1. Penerima Anugerah Kecemerlangan Tahun 6, 2021 4.2. Penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan buat guru-guru yang telah berpindah bagi sesi 2020-2022 4.3. Penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan buat AJK PIBG sesi 2021/2022 15
7. Pembubaran AJK PIBG SKKT sesi 2018/2021 dan Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2024 7.1.AJK PIBG SK Kesang Tua bagi sesi 2018/2021 dibubarkan. 7.2.En. Mohd Nor Azmi bin Haji Kadir mencadangkan Tuan Haji Azian bin Mohd Dali sebagai Pengerusi Sementara dan disokong sebulat suara. Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG SK Kesang Tua sesi 2022/2024 dan disokong sebulat suara Yang Di Pertua PIBG En. Mohd Khairuddin bin Yusop Naib Yang DiPertua PIBG En. Mohd Iswardy bin Ab Razak Setiausaha Pn. Hasneeta binti Hasmuddin Naib Setiausaha Pn. Dahlia binti Abdullah Bendahari Pn. Rohaizah binti Rozali Naib Bendahari Pn. Mimi Zanariah binti Hashim Pemeriksa Kira 1.Pn. Rosmayati binti Mohammad (Guru) 2.Pn. Norshahrizan binti Abu Tan (Ibubapa) AJK Guru : AJK Ibubapa : 1.Pn. Salma binti Ismail 2.Pn. Ainunrohaza binti Abd. Mutalep 3.En. Teoh Hee Loon 4.En. Masruhin bin Jamian 5.Pn. Susilawati binti Sayuti 6.En. Faizal bin Khamsir AJK Ibu Bapa: 1.En. Aminuddin bin Hassan 2.En. Sharul Azli bin Roslan 3.En. Mohd Azlan bin Ahanab 4.En. Mohd Zaimi bin Ismail 5.En. Muhammad Farhan bin Hashim 6.Pn. Siti Roslida binti Hj. Mat Rosli 7.Pn. Siti Hajar binti Abu Kassim 8.Pn. Nor Aini binti Alias 9.Pn. Siti Khaizura binti Yassin 16
8.1.Usul-usul yang diterima 8.1.1.Pn Hamizah binti Jamil mencadangkan agar pihak sekolah dapat memaklumkan lebih awal bagi segi sebarang program atau majlis sekolah dan tidak ditukar pada saat akhir. Tindakan: Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan memastikan segala makluman atau info berkenaan dengan persekolahan akan diberitahu dalam kadar segera. 8.1.2.Pn Hamizah binti Jamil juga memohon agar bayaran atau sumbangan PIBG waktu endermik dapat dikurangkan. Tindakan: YDP PIBG memaklumkan bahawa bayaran PIBG kini lebih dikenali sebagai sumbangan sepertimana yang disarankan oleh mantan Pengarah JPN Melaka, Dr Mohd Azam bin Ahmad. Sumbangan sebanyak RM50 bagi satu keluarga dikekalkan dan boleh dibayar secara beransur-ansur. 8.1.3.Pn Nurul Norashikin mencadangkan agar dapat memantau kerosakan meja dan kerusi di dalam kelas agar murid selesa. Tindakan: Guru Besar memaklumkan bahawa SKKT telah menerima 55 set meja kerusi baru. 30 set daripadanya untuk kelas 6 Kreatif. Set meja dan kerusi murid yang telah rosak akan dilupuskan. Guru Besar juga memaklumkan bahawa sekolah telah menerima 15 set meja dan kerusi kantin. 8.2.Tambahan Usul 8.2.1.En. Arshad bin Ninggal mencadangkan agar PIBG atau pihak sekolah membuat perubahan agar penglibatan atau kehadiran ibu bapa atau penjaga lebih menggalakkan. Jawapan : Guru Besar dan pihak sekolah akan mengambil tindakan dan akan sama memikirkan cara atau kaedah bagi menarik kehadiran ibu bapa semasa mesyuarat Agung PIBG yang akan datang. 8.2.2.En. Mohd Zaimi bin Ismail mencadangkan ibu bapa atau penjaga yang berkemampuan boleh membeli kerusi atau meja untuk anak-anak sendiri. Pihak sekolah akan mencadangkan nombor telefon pembekal agar penyelarasan meja kerusi di dalam kelas dapat dibuat. Jawapan : Guru Besar memaklumkan tiada paksaan berkenaan dengan usul yang diutarakan. Mengikut kemapuan ibu bapa sendiri. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan anak-anak didik. 8.2.3.En. Mohd Khairuddin bin Yusop mencadangkan agar pihak sekolah dapat menyediakan pelan keselamatan pergi-balik murid. Jawapan : Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan pelan laluan keselamatan pergi-balik murid melalui Pintu A, B dan C. 8. Pembentangan Usul 2022 oleh YDP PIBG SK Kesang Tua, En. Mohd Khairuddin bin Yusop 17
8.2.4.En. Mohd Khairuddin juga mencadangkan agar pihak sekolah dapat membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan lori-lori yang memarkir di tepi jalan luar kawasan sekolah bagi mengelakkan kemalangan. Jawapan : Naib YDP PIBG memaklumkan bahawa bonggol jalan tidak boleh dibina kerana SKKT berada di tepi jalan besar dan amat berbahaya kepada pengguna lalu lintas yang lain. Sehubungan dengan itu, diingatkan agar ibu bapa atau penjaga yang memarkir kenderaan di tepi jalan dapat memarkir dengan baik agar tidak menghalang lalu lintas. 9.1.Pn. Nor Fadzilah bt Abu (Guru Prasekolah SKKT) menyatakan hal berikut: 9.1.1.Jawatankuasa PIBG dapat menyumbang atau memberi sokongan kepada anak-anak prasekolah yang berjaya dalam sebarang aktiviti prasekolah. 9.1.2.Hanya 41 pendaftaran prasekolah secara ‘online’ dan status permohonan akan diumumkan pada bulan Julai 2022 nanti. Prasekolah SKKT mempunyai 3 buah kelas dan kuota seramai 75 orang murid. 9.1.3.Masih ada kekosongan dan memohon agar diwarwarkan kepada ibu bapa agar boleh membuat pendaftaran secara manual yang mana ibu bapa perlu mendapatkan borang pendaftaran di sekolah. 9.2.Guru Besar menerangkan tentang kemasukan anak-anak (lelaki sahaja) ke Maktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai banyak kelebihan. Akan tetapi, anakanak yang memohon perlu kuat dari segi mental dan emosi. Dimaklumkan bahawa anak-anak berkenaan akan menjawat jawatan pegawai dan diberi elaun bulanan sebanyak RM1800 10.1. YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang hadir dan masih setia menunggu sehingga tamatnya mesyuarat ini. 10.2. YDP PIBG memaklumkan bahawa usul-usul yang dibentangkan akan diselidik dan dibincang pada mesyuarat akan datang. 10.3. YDP PIBG juga mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa pendidikan bermula dari rumah. Aspek nilai menjadi keutamaan dalam membentuk keperibadian anak-anak sepertimana dalam konsep Sekolahku Sejahtera. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:20 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, _____________________ _______ _____________________________ (HASNEETA BINTI HASMUDDIN) (MOHD KHAIRUDDIN BIN YUSOP) Setiausaha PIBG, Yang Di Pertua PIBG, SK Kesang Tua SK Kesang Tua Jasin, Melaka Jasin, Melaka 18 9. Hal-hal lain 10. Ucapan Penangguhan
AJK PIBG GURU BESAR/EX-OFFICIO En. Khalid bin Mohd SK KESANG TUA SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA PIBG En. Mohd Khairuddin bin Yusop 19
20 AJK GURU Pn. Salma binti Ismail Pn. Ainunrohaza binti Abd. Mutalep En. Teoh Hee Loon En. Masruhin bin Jamian Pn. Susilawati binti Sayuti En. Faizal bin Khamsir AJK IBU BAPA En. Aminuddin bin Hassan En. Sharul Azli bin Roslan En. Mohd Azlan bin Ahanab En. Mohd Zaimi bin Ismail En. Muhammad Farhan bin Hashim Pn. Siti Roslida binti Hj. Mat Rosli Pn. Siti Hajar binti Abu Kassim Pn. Nor Aini binti Alias Pn. Siti Khaizura binti Yassin PEMERIKSA KIRA-KIRA Pn. Rosmayati binti Mohammad (Guru) Pn. Norshahrizan binti Abu Tan (Ibubapa) SETIAUSAHA KEHORMAT Pn. Hasneeta binti Hasmuddin BENDAHARI KEHORMAT PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Dahlia binti Abdullah PENOLONG BENDAHARI Pn. Mimi Zanariah binti Hashim NAIB YANG DIPERTUA PIBG En. Mohd Iswardy bin Ab Razak Pn. Rohaizah binti Rozali
LAPORAN KEWANGAN PIBG 21
LAPORAN KEWANGAN PIBG 22
LAPORAN KEWANGAN PIBG 23
Aktiviti Pibg SUMBANGAN PENAPIS AIR COWAY SESI 2022/2023 24 SUMBANGAN BAHAN BACAAN
SUMBANGAN KIPAS ANGIN SUMBANGAN TEMPAT WUDUK MURID PEREMPUAN SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH 25
PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM HARI SUKAN TAHUNAN PROJEK KECERIAAN BERSAMA PALAPES & UTEM 26
JAMUAN AKHIR TAHUN 6 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN JAMUAN HARI RAYA 2022 27
AJK PIBG GURU BESAR/EX-OFFICIO SK KESANG TUA SESI 2023/2024 En. Khalid bin Mohd YANG DIPERTUA PIBG ____________________________ NAIB YANG DIPERTUA PIBG ____________________________ SETIAUSAHA KEHORMAT ____________________________ BENDAHARI KEHORMAT ____________________________ PENOLONG SETIAUSAHA ____________________________ PENOLONG BENDAHARI ____________________________ AJK GURU ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ AJK IBU BAPA ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ PEMERIKSA KIRA-KIRA ____________________________ ____________________________ 28
Usul - USUl PEMBENTANGAN Pn. Nor Aini binti Alias Menyemak semula jadual waktu untuk Tahap 2 pada hari Khamis. SRA Jaim bermula jam 2:30 petang. Persiapan untuk ke SRA tidak mencukupi. 1. En. Mohd Jefri bin Mohd Amin 2. Setiap hari Khamis, murid tahap 2 pulang lewat. Bimbang anak-anak akan tertinggal van sekolah kerana sekolah agama bermula jam 2:30 petang. En. Mohd Nizam bin Mohd Ali Menambah baik servis di kantin sekolah 1. Pn. Nurul Ezzati binti Hj. Alias 1. Menaiktaraf keadaan padang sekolah. En. Khalid bin Mohd Yuran PIBG 2024/2025 dikutip sebanyak RM50 bermula pembukaan sesi persekolahan 2024/2025. PIBG membantu mencari dana untuk pembangunan sekolah dan murid seperti menyediakan ntabung derma di masjidmasjid dan surau. 29
Setinggi-tinggi penghargaan kepada : Tuan Haji Baharudin bin Husin (Pejabat Pendidikan Daerah Jasin) En. Khalid bin Mohd. (Guru Besar SK Kesang Tua) En. Mohd. Khairuddin bin Yusop (Yang Di Pertua PIBG SK Kesang Tua) Tetamu Jemputan Barisan pentadbir SK Kesang Tua Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2023 Ibu Bapa dan Penjaga Guru-guru SK Kesang Tua Staf Sokongan dan Pekerja Swasta Serta Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Kesang Tua kali ke-47 bagi Sesi 2023 P E N G H A R G A A N 30