SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2) JALAN P9A PRESINT 9 62250 PUTRAJAYA KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2 HARI 1 MALAM CAMERON HIGHLANDS 25-26 OKTOBER 2023 RABU HINGGA KHAMIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2) SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR CAMERON HIGHLANDS, PAHANG. 1.0 PENGENALAN Lawatan sambil belajar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah. Melalui lawatan, murid akan mendapat pengalaman dan gambaran yang jelas mengenai situasi kehidupan sebenar serta dapat memberikan pengetahuan buat murid dalam situasi harian mereka. Aktiviti lawatan sambil belajar juga akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajarinya di sekolah. Murid juga akan belajar untuk berdikari melalui pengalaman mereka berada di tempat awam. Di samping itu, lawatan memberikan murid satu suasana yang lain daripada sekolah yang dapat menarik minat murid disamping dapat mengembangkan minda serta membina keyakinan diri murid dalam menghadapi situasi yang pelbagai di luar. 2.0 MATLAMAT Program lawatan sambil belajar ini diharap dapat membuka minda dan memberi pengalaman kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) khususnya demi kehidupan mereka kelak. Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) juga mampu untuk merancang, mengelola dan menyelia pelbagai program dengan lebih baik pada masa akan datang. Di samping, semua pihak sama ada guru, murid dan ibu bapa dapat mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, toleransi dan bertimbang rasa dalam amalan kehidupan mereka. 3.0 OBJEKTIF Program lawatan sambil belajar ini dijalankan untuk mencapai objektif yang ditetapkan seperti : 3.1 Memberi nilai tambah kepada pengetahuan murid-murid mengenai tempat awam. 3.2 Menerapkan amalan nilai murni seperti menjaga kebersihan, menepati waktu, bekerjasama dan tolong menolong dalam apa jua situasi. 3.3 Membina keyakinan diri dalam berinteraksi dengan orang awam.
3.4 Meningkatkan semangat dan motivasi guru-guru dan PPM supaya lebih berdedikasi dan bersemangat dalam usaha membentuk kemenjadian murid-murid PPKI. 3.5 Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK). 3.6 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid, guru serta PPM. 4.0 SASARAN Semua guru, murid dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI. (nama seperti di Lampiran 1) 5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN 5.1 Tarikh : 25 & 26 Oktober 2023 5.2 Masa : Rujuk jadual perjalanan di 6.0 5.3 Hari : Rabu & Khamis 5.4 Tempat : Cameron Highlands, Pahang. 6.0 TENTATIF PROGRAM Hari Masa Cadangan Aktiviti Rabu 25 Okt 2023 6.00 pagi Berkumpul di perkarangan sekolah. Sarapan sendiri 7.00 pagi Bertolak ke Cameron Highlands 12.00 tengah hari Tiba di Cameron Highlands Makan tengah hari 12.45 tengah hari Bergerak ke tempat lawatan 1.00 – 3.00 petang Lawatan 1 : Sheep Sanctuary Lawatan 2 : KEA Farm
Rabu 25 Okt 2023 3.00 petang Lawatan 3 : KHM Stawberry Farm, Taman Sedia 5.00 petang Daftar masuk tempat penginapan di Tanah Rata 7.00 malam Makan malam - Steamboat 10.00 malam Balik bilik untuk berehat Hari Masa Cadangan Aktiviti Khamis 26 Okt 2023 6.30 pagi Berkumpul di perkarangan hotel Kemas barang dan daftar keluar. 7.30 pagi Sarapan pagi 8.30 pagi Bersiap sedia di dalam bas & bergerak ke KHM Strawberry Farm 9.30 pagi Lawatan 4 : Avant Chocolate & Ice Cream & Green View Garden Cameron Highlands 12.00 tengah hari Makan Tengah hari 1.00 petang Lawatan 5 : S-Corner 2.30 petang Bersedia di dalam bas 3.00 petang Gerak pulang ke sekolah 5.00 petang RnR solat 6.00 malam Sambung perjalanan 8.00 malam Dijangka tiba sekolah.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat Haji Mohd Amin Bin Haji Hamzah Pengerusi Norhanizah Binti Abdul Halim Penyelaras Faizal Anuar Bin Ahmad Penyelaras Program Nordiana Binti Anuar Pelaksanaan Program Nuratiqah Binti Mohd Kohar Aziani Binti Ghazali Bendahari Zurena Binti Mohd Jadi Surat Menyurat Nuratiqah Binti Mohd Kohar Aziani Binti Ghazali Pengangkutan Aziani Binti Ghazali • Nor Shazyeana Binti Mohamad Saidan • Faizal Anuar Bin Ahmad Ketua Rombongan (Bas) Faizal Anuar Bin Ahmad Bas A • Faizal Anuar Bin Ahmad • Intan Rohani Binti Yusuf @ Yusof Bas B • Mohd Zaki Bin Mohd Diah • Farrah Wahida Binti Mohd Amin Bas C • Noor Azli Bin Ramli • Misnadiah Binti Mat Jaini Penginapan Nurul Binti Nordin Nur Laila Binti Mukhtar Makan Makanan Berat Siti Nordiana Binti Othmin Makanan Kudapan Dalam Bas • Intan Rohani Binti Yusuf @ Yusof • Norasikin Binti Rosali Bas A • Malesa Binti Selamat • Noorhaziemi Binti Hamid • Nor Izzah Binti Samsudin Bas B • Farrah Wahida Binti Mohd Amin • Aminah Binti Ismail • Raja Noratiah Binti Raja Sulaiman Bas C • Allea Syaza Binti Zamri • Zulia Azrini Binti Safie • Noor Azli Bin Ramli
Tempat Lawatan (Tiket) Hazirah Binti Kamisan Misnadiah Binti Mat Jaini Nuratiqah Binti Mohd Kohar Kad Id Murid Salina Binti Hassan Siti Zaitun Binti Sudin Fairuz Binti Azimi Zulia Binti Safie Jurugambar Norsyuhada Binti Che Mohamed Siti Zaitun Binti Sudin Disiplin Dan Kawalan Murid Bas A • Faizal Anuar Bin Ahmad • Intan Rohani Binti Yusuf @ Yusof Bas B • Mohd Zaki Bin Mohd Diah • Farrah Wahida Binti Mohd Amin Bas C • Noor Azli Bin Ramli • Misnadiah Binti Mat Jaini Semua Guru, Ppm Dan Ibu Bapa Peserta Keselamatan & Kebersihan Bas A • Norshazyeana Binti Mohamad Saidan • Junaidah Binti Sabarudin Bas B • Raja Noratiah Binti Raja Sulaiman • Nazatul Afika Binti Rosely Bas C • Misnadiah Binti Mat Jaini • Suzana Binti Ahmad Cenderahati & Banner Azlina Suryani Binti Mohd Ab Suki Dokumentasi Nordiana Binti Anuar Tajaan Norsyuhada Binti Che Mohamed Norshazyeana Binti Mohamad Saidan
8.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM - Merancang keseluruhan perjalanan program. - Mewujudkan jawatankuasa lawatan. - Memastikan program lawatan berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas. BENDAHARI - Mengutip wang dari peserta. - Mengurus bayaran berkaitan lawatan. SURAT MENYURAT - Memastikan murid mengisi borang kebenaran ibu bapa dan borang kesihatan murid. - Menyediakan senarai nama murid mengikut bas masing-masing. - Membawa semua dokumen berkaitan lawatan. PENGANGKUTAN - Menempah bas. - Menyediakan dan menghantar borang merentas negeri yang terlibat, balai dan lain-lain berkenaan. - Memastikan bas ada ketika hari kejadian. - Mendapatkan nombor telefon untuk dihubungi. KETUA ROMBONGAN (BAS) - Mengetuai dan berada di dalam bas ditetapkan. - Bersedia dan menyampaikan segala maklumat yang diberi bersama ahli bas. - Memastikan murid dalam bas cukup dan terkawal. - Memastikan disiplin dan peraturan sentiasa terkawal dan dipatuhi. PENGINAPAN - Menyediakan penginapan untuk peserta. - Memastikan penginapan mencukupi untuk peserta. - Membahagikan peserta termasuk guru, ppm, ibu bapa dan murid mengikut bilik dan jantina dengan baik. MAKAN - Menyediakan makanan kudapan kepada peserta di dalam bas. - Mencari kedai makan yang boleh menyediakan hidangan (bungkus) kepada peserta semasa hari lawatan. - Memastikan setiap peserta yang ditetapkan mendapat makanan. TEMPAT LAWATAN (TIKET) - Mengenalpasti tempat lawatan yang berhampiran Tanah Rata. - Mengenalpasti harga tiket masuk bagi dewasa dan OKU. - Menempah tiket yang mencukupi untuk peserta.
KAD ID MURID - Menyediakan kad ID murid yang mempunyai maklumat murid, maklumat sekolah, maklumat tempat penginapan dan nombor telefon untuk dihubungi. - Memastikan murid sentiasa memakai kad ID. JURUGAMBAR - Merakam gambar kenangan KAWALAN MURID - Memastikan murid sentiasa selamat dan berdisiplin semasa lawatan. KESELAMATAN & KEBERSIHAN - Memastikan peti kecemasan dan alat pemadam api dibawa. - Menyediakan plastik sampah. - Memastikan murid menjaga kebersihan selepas makan dan melakukan aktiviti. CENDERAHATI & BANNER - Menyediakan cenderahati untuk peserta lawatan. - Menyediakan dan menempah banner Lawatan Sambil Belajar pada hari kejadian. DOKUMENTASI - Menyediakan dokumentasi untuk program yang dijalankan - Membuat salinan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam fail TAJAAN - Mencari dana tambahan untuk menampung kos lawatan. - Mendapatkan tajaan bagi perkara yang telah dibincangkan : baju t-shirt, ubatan dan banner. - Mencari tajaan bas.
9.0 SUMBER KEWANGAN BIL SUMBER BILANGAN JUMLAH 1 Kutipan daripada ; - Murid RM 200 X 80 orang RM16,00 2 Kutipan daripada ; - Guru & PPM RM 200 X 34 orang RM6,800 3 Projek Jualan : - Pemandu & Pemandu dua RM 200 X 6 orang RM1,200 JUMLAH RM24,000 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH 1 Pakej Lawatan Sambil Belajar ; -Penginapan -Makan -Tiket masuk 20 rumah 120 peserta 120 peserta RM230 RM80 RM15 RM4,600 RM9,600 RM1,800 2 Bas 3 buah RM2550 RM7,650 3 Banner 1 unit RM60 RM60 4 Kad id murid 80 unit RM80 RM80 5 Plastik sampah 5 bungkus RM50 RM50 6 Ubatan – Panadol, luka, plaster, ubatan - - Rm60 7 Air mineral 20 unit RM5 RM100 JUMLAH RM24,00
11.0 PENUTUP Diharapkan lawatan sambil belajar yang dilaksanakan ini akan dapat memberikan pengalaman bermakna serta nilai tambah kepada semua murid, guru dan PPM yang menyertai lawatan serta mencorak kecemerlangan sekolah dengan cara yang lebih sesuai demi memenuhi keperluan serta kemenjadian murid PPKI SK Putrajaya Presint 9(2). Disediakan oleh: ....................................................... (Nordiana Binti Anuar) Penyelaras Lawatan Sambil Belajar, Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Disemak oleh: ...................................................... (Norhanizah Binti Abdul Halim) Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Disahkan Oleh: ................................................. (Norazlen Binti Nin) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).