The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM20620 Muhammadasyraff Bin Aizam, 2024-03-24 23:40:47

Sentinel Sang Penjaga

Sebuah Kisah Robot Penjaga

SES N ANG T PEN I JAN GAEL


“Meluntur dahan dek meluyut buahnya” Kesusahan keluarga yang banyak anaknya


“Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana” Harta benda (kaum keluarga) baik jauh atau dekat hendaklah selalu dijaga


“Seberat-berat beban, di atas kepala juga” Kitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat sahaja


WATAK UTAMA SENTENEL WILL JAMES BILLIE


Dalam sebuah kota yang canggih dan futuristik bernama Napoleon, terdapat pasangan suami isteri iaitu Dr. Alex dan Dr. Sophia bersama tiga orang anak mereka Will, James dan Billie.


Mereka tinggal di sebuah rumah moden yang dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk sebuah robot pembantu yang bernama Sentinel. Sentinel diprogramkan khas sebagai klon manusia dengan akal fikiran yang waras untuk membantu dalam kehidupan harian keluarga itu seperti memasak, membersihkan rumah dan menjaga anak-anak Dr. Alex dan Dr. Sophia.


Robot yang baru telah dicipta dengar arahan itu tugasnya Tak kira cabaran yang kan mendatang Sentiasa berjuang Penuh gagah berdiri bersemangat jati Sentinel ! Sentinel ! Sentinel ! (Melodi: Lagu Boboiboy) Lagu Sentinel


Di tengah kota Napoleon yang bercahaya dengan limpahan lampu neon, terdapat sebuah bangunan tinggi yang megah, iaitu pejabat datuk bandar. Di dalam biliknya yang luas, datuk bandar sedang merenung ke luar tingkap, memikirkan isu besar yang bakal melanda bandar tersebut.


"Selamat datang, Alex dan Sophia, " ucap datuk bandar dengan serius. "Saya memanggil anda berdua kerana bandar kita berada dalam bahaya yang besar." Dr. Alex dan Dr. Sophia saling berpandangan, menyedari bahawa mereka bakal menghadapi sesuatu yang serius. "Masalah apa itu datuk bandar?" tanya Dr. Sophia dengan penuh perhatian.


Datuk bandar menceritakan laporan yang diterima tentang kehadiran makhluk asing yang ganas. "Ini adalah ancaman serius kepada keselamatan penduduk bandar kita, " kata datuk bandar. "Napoleon memerlukan bantuan anda berdua untuk mencipta dan mengatur pertahanan terbaik bagi melindungi bandar ini." Tambah datuk bandar lagi. Dr. Alex dan Dr. Sophia bertukar pandangan, sebelum mengangguk.


Tidak lama semasa mereka sedang berbincang, tiba-tiba bangunan itu telah diserang oleh makhluk-makhluk asing tersebut. “Tidak!” teriakkan terakhir Dr. Alex dan Dr. Sophia.


Sementara itu, Will, James dan Billie duduk di sofa bersama dengan Sentinel di rumah. Mereka menonton berita tentang serangan makhluk asing di bangunan pejabat datuk bandar. Mereka tahu ibu bapa mereka, Dr. Alex dan Dr. Sophia, berada di pejabat datuk bandar pada masa serangan itu berlaku.


"Apakah yang akan terjadi kepada ibu bapa kami, Sentinel?" tanya Will dengan suara yang gemetar. "Kita perlu berdoa agar ibu bapa kita selamat” jawab Sentinel dengan suara yang tenang. “Sentinel akan berusaha yang terbaik untuk melindungi kamu semua”. Tambah Sentinel lagi. Meskipun Sentinel sebuah robot, dia memahami perasaan anak-anak itu dengan baik. Dia cuba untuk menenangkan mereka.


Sedih dan gusar merawan hati, Khabar berita kian terperi, Perjuangan mereka tersemat di hati, Pesanan amanat tetap ku janji, Walau harus sampai mati. Mahu sendiri atau bertiga, Kekallah teguh dalam bersama, Andai jatuh dan kecewa, Sakit perit amanah dijaga, Jangan bersedih jangan terluka, Akulah ibu akulah bapa, Walau terlentur dahan kerana, Meluyut buahnya, aku ada. Dengarlah anakku pesanan ini, Mulai hari ini akulah pengganti, Lindung jiwamu akan ku pasti, Sewaktu susah bahu ku beri, Tanggungjawab ini ku pegang janji. Sajak: Ku Pegang Janji


Napoleon semakin musnah diserang oleh makhluk-makhluk asing. Hari-hari hitam bagi bandar metropolitan itu semakin terhitung. Di rumah, mereka sedang merancang strategi untuk menghadapi ancaman makhluk asing yang berpotensi menyerang rumah mereka.


"Saya risau, Sentinel. Apa yang harus kita buat?" tanya Billie dengan nada cemas. Sentinel, dengan pemikiran yang tenang, memberikan pandangannya. "Kita perlu membuat strategi bertahan yang kukuh. Kita akan mengaktifkan semua sistem keselamatan yang ada di rumah ini dan menyiapkan perlindungan tambahan jika perlu."


James mengangguk setuju, "kita juga boleh menggunakan barangbarang di garaj untuk membuat perisai dan perlindungan tambahan”. Tambah James. Sentinel menyokong usul mereka, "Saya akan mengawal sistem keselamatan dan membantu membina perisai perlindungan”. Kata Sentinel.


Mereka mula melaksanakan strategi mereka. Sentinel mengaktifkan sistem keselamatan rumah sementara Will, James dan Billie bekerja keras untuk memasang perisai perlindungan di sekeliling rumah. Mereka bekerjasama dengan penuh semangat dan tekun. Setiap tindakan yang diambil adalah untuk melindungi rumah dan keluarga mereka dari ancaman makhluk asing.


Tiba-tiba, Sentinel datang menyapa mereka yang sedang sibuk bekerja. “Nah, pakailah jam ini” kata Sentinel kepada anak-anak itu sambil menghulurkan tiga buah jam yang berlainan warna. “Jam apa ini Sentinel” soal James. “Inilah jam ‘Super Power’ yang diwasiatkan oleh ibu bapa kamu” kata Sentinel. “Setiap Jam ini memiliki kekuatannya yang tersendiri” tambah Sentinel lagi.


“Apa kelebihan jam ini?” kata Will dengan nada yang penuh ingin tahu. “Warna merah milik Will akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada tuannya, warna biru milik James menjadikan tuannya bergerak selaju cahaya, manakala jam berwarna kuning milik Billie mampu membuatkan Billie tidak kelihatan” hujah Sentinel.


Ketika senja mulai turun, mereka mendengar bunyi aneh dari luar. Sentinel mengangkat kepala, mengetahui bahawa serangan musuh mungkin sudah semakin dekat.


Dengan kelengkapan yang ada, mereka keluar ke halaman rumah, bersiap untuk menghadapi ujian terbesar mereka. Dengan hati yang berani, mereka berdiri bersama, bersumpah untuk mempertahankan rumah mereka dengan segala cara yang mereka miliki.


Siap sedia kami ucapkan... Kepadamu saudara tersayang.. Masa depan akan ku perjuangkan.. Tuk Menempuh kerasnya pengorbanan.. Ku berjuang, berlatih bersama.. Siang malam selalu ditempa.. Si Sentinel penjaga gagah berani.. Hutan jauh diulangi.. hutan dekat dikendana.. Meski abai jasad lupa diri sendiri... L a g u M o d T e m p u r


Pertempuran pun bermula. Dengan pimpinan Sentinel, mereka berjuang dengan penuh semangat. Meskipun serangan musuh yang ganas bertalu-talu, mereka tidak berundur dan teguh melawan dengan keberanian dan tekad yang kuat.


Will yang memiliki kekuatan yang luar biasa telah menyerang makhluk-mahkluk asing tanpa rasa belas kasihan. “Persiapkan diri kalian wahai makhluk yang buruk !, terimalah seranganku ini !”. Teriak Will dengan penuh bersemangat. “Waca!” , Will menghasilkan sebuah tumbukan yang besar sehingga mengancurkan kapal angkasa makhluk asing tersebut.


James yang memiliki daya untuk bergerak selaju kilat bertindak menyelamatkan orang-orang awam yang berada di kawasan sekitar itu. “Duduk di sini sehingga keadaan menjadi tenang!” , kata James sambil menempatkan orang awam di sebuah gudang yang selamat. “Zup!” , bunyi pergerakkan James beredar dari tempat itu.


Click to View FlipBook Version