The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitalatip, 2021-06-04 01:27:35

PPT SEJARAH T1 2021

PPT SEJARAH T1 2021

1

Arahan: Sila jawab semua soalan dengan mengklik borang jawapan.

1. Pernyataan berikut menerangkan asal-usul sejarah.

Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun.

Apakah maksud syajaratun
A Salasilah
B Peristiwa
C Peradaban
D Sumbangan

2. Sejarah merujuk kepada peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan
A Bukti
B Cerita
C Percakapan
D Pemahaman

3.

Apakah hasil karya yang telah ditulis oleh tokoh berikut?
A Histories
B What is History
C The Persian Wars
D The Encyclopedia

4. Susun semula kronologi kuasa yang pernah menduduki negara kita?
A Jepun - Belanda – British
B British – Jepun – China
C British – Jepun – British
D Jepun – British – Portugis

5. Pilih pasangan yang betul berdasarkan konsep masa.
A dekad (10 tahun)
B abad (1000 tahun)
C alaf (100 tahun)
D sebelum masihi (bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS)

2

6. Senarai berikut menunjukkan sumber sejarah.

• Fajar Sarawak
• Utusan Melayu

Apakah jenis sumber tersebut?
A Asli
B Primer
C Pertama
D Sekunder

7. Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan sumber sejarah ini?

A Wujud hubungan kebudayaan dengan India
B Wujud hubungan pentadbiran dengan British
C Wujud hubungan perdagangan dengan Funan
D Wujud amalan ritual masyarakat awal.

8. Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mengkaji sumber sejarah berikut?

A Lisan
B Temu bual
C Bertulis
D Pandang dengar

9. Dialog berikut berkaitan dengan perbezaan dalam tafsiran sejarah.

Sejarawan tempatan: Kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan!
Sejarawan Barat: Kuasa British datang ke Tanah Melayu untuk mengatasi huru-hara &

memajukan ekonomi.

Mengapakah wujud perbezaan tafsiran?
A kepentingan peribadi
B kekurangan maklumat
C fakta yang mengelirukan
D pandangan yang berlainan

3

10. Jadual berikut berkaitan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di negara kita.

Tarikh Peristiwa
13 Mei 1969 Berlaku rusuhan kaum di Tanah Melayu

Apakah pengajaran peristiwa tersebut kepada rakyat Malaysia?
A kita harus mementingkan diri sendiri
B kita patut mengekalkan perpaduan kaum
C kita hendaklah patuh & taat kepada arahan kerajaan
D kita mesti mempertahankan kebudayaan masing-masing

11. Bidang ilmu yang mengkaji pembentukan fizikal bumi ialah dikenali sebagai
A geologi
B epigrafi
C paleografi
D paleontologi

12. Australia terletak di benua
A Asia
B Afrika
C Oceania
D Antartika

13. Senarai berikut merujuk kepada tahap dalam Zaman Air Batu.

▪ Terbentuk jambatan darat Panama antara Amerika Utara & Amerika Selatan.
▪ Terbentuk dataran tinggi di Colorado, Amerika Syarikat yang dikenali Grand Canyon.

Apakah tahap tersebut?
A Miosen
B Holosen
C Pliosen
D Pleitosen

14. Pernyataan berikut berkaitan dengan Zaman Air Batu?

Pembentukan penyebaran besar padang rumput dan savana

I Penyejukan alam
II Penghijrahan haiwan
III Pembentukan sungai
IV Pengeringan bumi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4

15. Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pengglasieran?
Berlaku antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun lalu

Proses tersebut berlaku sebanyak________
A 8 kali
B 9 kali
C 10 kali
D 11 kali

16. Pada Zaman Air Batu, manusia telah mengetahui cara mendapatkan makanan iaitu melalui
________________________
A Mencari hasil hutan
B Pertanian
C Perburuan
D Perdagangan

17. Rajah berikut menunjukkan kewujudan hidupan mengikut garis masa.

Apakah X?
A Sloth
B Dipterus
C Diatryma
D Stegosaurus

18. Bagaimanakah kehidupan manusia pada Zaman Air Batu Akhir?
A memburu binatang
B hidup secara menetap
C tinggal di pesisir pantai
D menternak dan bercucuk tanam

19. Apakah kesan perubahan iklim kepada kehidupan manusia?
I kekal menetap
II tinggal di tanah tinggi
III berhijrah ke tempat baharu
IV menyesuaikan dengan aktiviti harian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5

20. Apakah ciri istimewa manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara khususnya di Pentas Sunda?
A berbeza budaya
B berasal dari benua Eropah
C berkongsi bahasa yang sama
D berubah menjadi masyarakat baharu

21. Apakah maksud Zaman Prasejarah?
A manusia tidak tahu membaca
B manusia hidup secara nomad
C manusia hidup dalam kesejukan
D manusia belum mengenal tulisan

22. Zaman Batu Baru merujuk kepada
A Zaman Logam
B Zaman Neolitik
C Zaman Paleolitik
D Zaman Mesolitik

23. Rajah berikut berkaitan dengan kehidupan manusia Zaman Prasejarah

Zaman yang serba mencabar Zaman perkembangan teknologi

Bilakah berlaku zaman perkembangan teknologi tersebut?
A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

24. Bagaimanakah aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat Zaman Mesolitik?
I Menternak binatang
II Berburu binatang
III Menangkap ikan
IV Bertukar barang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25. Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.

- Catal Hutuk - Gobekli Tepe

Lokasi Zaman Prasejarah tersebut terletak di
A Turki
B China
C Britain
D Sepanyol

6

26. Mengapakah masyarakat Zaman Prasejarah membina binaan tersebut?

Rajah 1

A Kawasan petempatan

B Mengkaji bintang
D Upacara korban
C Kawasan penternakan

27. Apakah bahan yang digunakan oleh manusia Zaman Prasejarah di kawasan Bukit Bunuh,
Lenggong, Perak?
A Peralatan batu
B Tembaga

D Gangsa
C Tanah liat

28. Apakah persamaan kehidupan antara kedua-dua Zaman Prasejarah berikut?

• Zaman Paleolitik
• Zaman Mesolitik

A Melakukan sistem barter
B Mempunyai sistem organisasi
C Hidup dalam kelompok besar
D Hidup secara nomad

29. Apakah bentuk kepercayaan manusia Zaman Paleolitik?
A animisme
B penyembahan patung
C kehidupan selepas mati
D kepercayaan kepada Tuhan

30. Pernyataan berikut adalah benar berkaitan dengan ciri-ciri kehidupan manusia masyarakat Zaman
Neolitik
I Ekonomi sara diri
II Mempunyai ketua
III Percaya kehidupan selepas mati
IV Peralatan batu yang kasar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7

31. Apakah bentuk lukisan yang dihasilkan oleh masyarakat Zaman Prasejarah?
A Kisah keindahan zaman tersebut
B Kisah khalayan masyarakat
C Kisah sastera
D Kisah sebenar

32. Apakah faktor yang mempengaruhi penghasilan ideofak oleh masyarakat silam?
A Kebudayaan
B Kepercayaan
C Kekuasaan
D Kesetiaan

33. Apakah perbezaan aktiviti pertanian pada Zaman Prasejarah dengan masa kini?
A keperluan sendiri
B secara kecil-kecilan
C melibatkan modal yang rendah
D menggunakan peralatan canggih

34. Perkataan civitas yang bermaksud bandar atau kota berasal daripada Bahasa
A Yunani
B Melayu
C Inggeris
D Sanskrit

35. Perkataan tamadun berasal daripada istilah madana. Apakah maksud istilah tersebut?
I Pembukaan bandar
II tinggi budi bahasa
III Kehidupan manusia
IV Ketinggian ilmu pengetahuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36. Konsep tamadun dalam menurut pandangan Islam merangkumi pembangunan
A kebendaan sahaja
B akidah dan syarak
C lahiriah dan rohaniah
D kesenian dan kebudayaan

37. Mengapakah kewujudan bandar dikatakan asas kepada kelahiran tamadun awal dunia?
A Bermulanya sistem tulisan
B Pusat pertemuan masyarakat
C Pusat pembentukan keagamaan
D Tempat pembangunan sosioekonomi

8

38. Kelas sosial dalam masyarakat Mesir Purba adalah berasaskan kepada
I jenis pekerjaan
II kepandaian
III jenis kemahiran
IV kekayaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39. Gambar berikut menunjukkan sistem tulisan terawal.

Apakah bentuk tulisan di atas yang digunakan oleh tamadun Mesopotamia?
A Abstrak
B Kaligrafi
C Hieroglif
D Kuneiform

40. Yang manakah tuhan yang disembah oleh masyarakat tamadun awal?
I Tuhan sungai
II Tuhan bulan
III Tuhan batu
IV Tuhan air
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

-----------SOALAN TAMAT-----------


Click to View FlipBook Version