NOVEL KOMANDER CAUCASUS
SOALAN TENTANG NILAI BEKERJASAMA
SOALAN TENTANG NILAI BEKERJASAMA Dalam novel Tawanan Komender Caucasus, terdapt nilai Kerjasama yang dapat diteladani melalui tiga peristiwa. Antara peristiwanya ialah Cikgu Salimah dan murid-murid Tingkatan Satu Arif bekerjasama untuk mencari Farhani yang hilang secara misteri di dusun datuk Farhani. Peristiwa seterusnya ialag rakan-rakan Farhani, iaitu Haikal, Devnath, dan Wei bekerjasama untuk mencari Farhani semula di dusun datuk Farhani Akhir sekali, Farhani, Dara Merah, Kim Yong, dan kunang-kunang bekerjasama untuk membebaskan Puteri Coleoptera, Haikal, Devnath dan Wei daripada tawanan Komander Causasus
SOALAN TENTANG WATAK UTAMA
Watak Utama dalam novel Tawanan Causasus ialah Farhani, iaitu anak Puan Asmah dan Encik Adnan. Dia merupakan murid Sekolah Menengah Seri Kencana. Farhani seorang yang tabah dan cekal. Contohnya, dia begitu cekal menempuh semua dugaan yang dilaluisenasa dia menjadi tawanan Komander Caucasus. Selain itu, Farhani seorang yang bijak dalam mengatur rancangan. Misalnya, dia Menyusun strategi bagi menumpaskan Komander Caucasus dengan menggunakan cecair endosulfan serta membebaskan Puteri Coleoptera , Haikal, Devnath dan Wei yang ditawan oleh Komander Causasus Akhir sekali, Farhani seorang yang berani. Buktinya ialah apabila dia berani masuk ke rumah usan seorang diri walaupun disedari tindakannya itu berbahaya dan mengkin mengancam keselamatan nyawanya.
SOALAN TENTANG TEKNIK PLOT
Dalam novel Tawanan Causasus, terdapat 3 teknik plot yang digunakan oleh penulis untuk menarik minat pembaca. Teknik pertama ialah Teknik dialog. Contohnya, perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira dan Chea Mei Ketika mereka pergi ke rumah Farhani. Seterusnya ialah Teknik saspen. Buktinya ialah pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan dan kejadian yang akan menimpa Farhani semasa dia asuk ke dalam rumah yang using di dusun datuknyya secara berseorangan pada pertama kali. Akhir sekali ialah Teknik imbas Kembali. Contohnya, Farhani membayangkan Komander Caucasus akan meratah-ratah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara gagal dan dia dapat ditawan semula oleh Komander Causasus.
SOALAN TENTANG LATAR TEMPAT
Dalam novel Tawanan Causasus, terdapat 3 latar tempat yang digunakan oleh penulis untuk menarik minat pembaca. Latar tempat yang pertama ialah di rumah keluarga Kim Yong. Contohnya, Farhani dan rakan-rakannya menziarahi Puan Lee, iairu ibu Kim Yong selepas mendapat berita kehilangan Kim Yong bagi melahirkan rasa simpati serta berkongis kesedihan. Seterusnya di Dusun Datuk Farhani. Misalnya. Farhani menunggu kedatangan rakanrakannya, iaitu Mira dan Chea Mei untuk mencari kumbang. Kemudian, Farhani masuk ke rumah using lalu terperangkap di dalam dunia kumbang. Akhir sekali, di mahligai Maharaja Caucasus di dalam dunia kumbang. Buktinya ialah Haikal, Devnath dan Wei ditawan oleh tentera Komander Caucasus dan dijadikan tawanan Bersama-sama Puteri Coleoptera.
SOALAN TENTANG PENGAJARAN
Dalam novel Tawanan Causasus, terdapat 3 contoh pengajaran iaitu kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu yang digunakan oleh penulis untuk menarik minat pembaca. Antaranya ialah apabila Bara dan Dara Bintik membantu Farhani mengusung Kim Yong yang tidak sedarkan diri keluar dari makmal rahsia Komander Caucasus. Sikap saling membantu juga ditunjukkan oleh Farhani, Haikal, Devnath dan Kim Yong membantu Puteri Coleoptera untuk mengalhkan Komander Caucasus dan mendapat takhta warisan ayahandanya semula. Akhir sekali ialah Farhani dan rakan-rakannya mengamalkan sikap saling membantu kepada tentera kumbang memasang khemah di Kawasan persembunyian Dara Merah di sebuah hutan.