The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-17 10:40:42

BAKTI (KUMP 5)

BAKTI (KUMP 5)

BAKTI

Majalah Pelajar UUM

JILID 1 | EDISI 2021 BERITA SEMASA

Dikeluarkan pada 13 Januari 2021. UUM Bagaikan di Pusat Ekuin
Majalah BAKTI adalah majalah pelajar UUM ke-4 Terbaik Malaysia dalam "THE
UUM yang dikhaskan sepenuhnya untuk World University Rankings By Subject
penulisan, seni, fotografi, kehidupan, 2021"
muzik dan fesyen. UUM Menjaga Kebajikan Pelajar
Pokok Tiga Beradik Tarikan Utama di
UUM DESTINASI Hutan Sintok
MENUNTUT ILMU 16 Tempat Makan Best dan Murah di
TERBAIK. UUM

Alumni-alumni

UUM Terkenal.

ISI KANDUNGAN BAKTI

13 Januari 2021
baktiuum.com

01 02 20 Wanida Krinadefa
21 Pantun- "Universiti Utara
CARTA ORGANISASI TINTAR EDITOR
Malaysia Destinasi Pilihan"
22 Pusi- "Ilmu, Bukti, Bakti"
23 Program "Riding"
24 PERKHEMAHAN 2021
25 Pizza Hut
26 Richiamo Coffee
27 Tealive
28 Restoran D' Hospitaliti
29 Graduan UUM 2019 (4.0 Flat)

- Nur Amirah Rushami Zien

03 08

UUM DESTINASI ALUMNI-ALUMNI UUM
MENUNTUT ILMU TERKENAL

TERBAIK

13 15

UUM BAGAIKAN DI UUM KE-4 TERBAIK
PUSAT EKUIN MALAYSIA DALAM 'THE

WORLD UNIVERSITY
RANKINGS BY SUBJECT

2021

16 17

UUM MENJAGA POKOK TIGA BERADIK
KEBAJIKAN PELAJAR TARIKAN UTAMA DI
HUTAN SINTOK

18

16 TEMPAT MAKANAN
BEST DAN MURAH DI

UUM

SIDANG REDAKSI

KETUA EDITOR
NUZUL AZWA

SYAZWANI BINTI AZHAR

TIMBALAN EDITOR
CHUANG CHEE WEI

PENYUNTING SASTERA GRAFIK, REKA BENTUK WARTAWAN MAJALAH
DAN PENGIKLANAN & PENYUNTING BERITA
AIMI WAHIDA BINTI OMAR
WOON YEE WEN NUR AMIRA BINTI
IBHARIM

PAGE 1
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

TINTA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya majalah
BAKTI edisi pertama ini dapat diterbitkan untuk tatapan mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk tahun 2021.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan universiti atas
sokongan dalam penerbitan majalah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
dan Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah yang telah bertungkus-lumus dan

memberikan komitmen yang tinggi dalam penerbitan majalah BAKTI ini.

Harapan Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah adalah majalah ini dapat
diterbitkan pada setiap bulan untuk tahun 2021 ini. Semoga majalah BAKTI
ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi memperoleh maklumat terkini

tentang universiti dan sekolah pengurusan masing-masing. Pihak
jawatankuasa juga berharap pengalaman di dunia sebenar oleh para alumni

Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dapat dijadikan semangat oleh
mahasiswa dan mahasiswi untuk cemerlang dalam bidang akademik dan

sahsiah diri.

Sekian, terima kasih.

KETUA EDITOR
NUZUL AZWA SYAZWANI BINTI AZHAR

PAGE 2
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UUM DESTINASI
MENUNTUT ILMU TERBAIK

Ditulis oleh Nuzul Azwa Syazwani Binti Azhar
Foto disedia oleh Woon Yee Wen

PERTAMA sekali

Salam Sejahtera dan Salam Biru
Warna kepada pelajar pelajar baharu
sesi 2020/2021 ke Universiti Utara
Malaysia. Sebagai pelajar baru yang
menjejakkan kaki ke alam Universiti
buat julung kalinya sudah pasti
pelajar pelajar akan mengalami
macam-macam perasaan sama ada
berkobar-kobar untuk memulakan pengajian, merasa teruja dengan suasana yang baru atau
perasaan takut dalam mengharungi pengalaman baru. Namun begitu, pelajar pelajar sekalian
tidak perlu gentar atau gesah kerana UUM merupakan antara Universiti yang terbaik untuk
mengharungi alam Universiti di samping memberikan pendidikan bertaraf antarabangsa dan
kualiti yang baik. Sebelum itu marilah kita lihat sejarah penubuhan UUM.

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah ditubuhkan
pada 1984 dan beroperasi di Jitra. Kemudian pada
1989 UUM telah berpindah ke sintok yang
menyediakan 15 buah Dewan Penginapan Pelajar
atau sekarang dikenali sebagai Inasis. UUM juga
mempunyai 13 buah Fakulti di bawah 3 kolej
akademik iaitu Kolej Sains dan Sastera, Kolej
Perniagaan dan Kolej Undang Undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa. ILMU, BUDI dan BAKTI
merupakan falsafah penubuhan UUM. Ianya
membawa maksud kemajuan kebendaan akan
lebih bermakna apabila sifat-sifat kemanusian,
peradaban dan keimanan kekal di dalam diri
manusia di samping pelestarian sumber alam.

PAGE 3
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KAMPUS KEDAH

Foto disediakan oleh
Woon Yee Wen

UUM merupakan satu pilihan yang terbaik kerana UUM dikenali sebagai Universiti Rimba
Hijau kerana kedudukannya yang terletak hampir dengan alam semula jadi. Pelajar pelajar
yang pertama kali menjejakkan kaki ke Uum pasti akan perasan bahawa UUM merupakan
sebuah Universiti yang hampir dengan alam semula jadi terutama sekali pintu masuk UUM
yang bertemakan kehijaun. Pintu utama UUM dipanggil “Anjung Tamu” dan disitulah UUM
mempromosikan perlancongan domestik di UUM seperti ‘petting zoo’, taman rusa, kereta
kuda, burung unta, kolam itik dan burung merak. UUM juga menyediakan perkhidmatan
menaiki trem yang akan membawa pengunjung untuk mengelilingi UUM. Disebabkan itulah,
pelajar pelajar yang memilih untuk menuntut ilmu di UUM akan berasa tenang dan harmoni
dengan suasana sekeliling kerana UUM dekat dengan alam semula jadi yang boleh
menenangkan fikiran seseorang itu.

PAGE 4
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Selain itu, antara sebab sebab mengapa UUM merupakan institusi
terbaik untuk menuntut ilmu adalah kerana kemudahan dan fasiliti
yang disediakan olehnya. Antara kemudahan yang disediakan oleh
UUM adalah perpustakaan besar iaitu Perpustakaan Sultanah Bahiyah
UUM, yang menempatkan pelbagai jenis sumber rujukan daripada
buku buku ilmiah ke jurnal jurnal akademik yang penting dalam
membantu pelajar di dalam proses pembelajarannya. Seterusnya,
suasana perpustakaan yang luas dan kemas juga memberi pelajar
ruang untuk mencari tempat untuk mengkaji sesuatu atau
menyiapkan tugasan mereka. Perpustakaan tersebut juga
menyediakan bilik yang beroperasi 24 jam sehari kepada pelajar
pelajar yang mencari tempat untuk mengasingkan diri dari dunia luar
untuk fokus sepenuhnya dalam tugasannya.UUM juga mengambil
berat tentang keperluan pelajar dalam menjalankan rekreasi dan
aktiviti sukan untuk mengisi masa lapang mereka atau
menjadikannya sebagai hobi. Disebabkan itulah UUM telah
menyediakan sebuah Pusat Sukan.

PAGE 5
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Pusat sukan tersebut menyediakan kemudahan untuk 28
jenis aktiviti sukan dan rekreasi. Antara aktiviti tersebut
adalah stadium bola sepak, padang bola sepak, padang
hoki, padang ragbi, basikal tendem, pusat sauna,
gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar,
gimnasium, kolam renang , lapang sasar memanah,
gelanggang petanque, gelanggang skuasy, gelanggan tenis,
gelanggang bola keranjang, gelanggan sepak takraw,
padang sofbol dan yang paling popular di kalangan pelajar
pelajar UUM adalah aktiviti go kart. Jadi para pelajar
sekalian tidak perlu risau, semua kemudahan untuk sukan
dan aktiviti disediakan UUM.pelajar hanya perlu menyusun
masa dengan cermat untuk menikmati kemudahan
kemudahan ini dan tidak boleh memberi alasan UUM tidak
menyediakan kemudahan untuk menjalankan aktiviti.

Seterusnya UUM merupakan tempat terbaik menuntut
ilmu kerana UUM terletak di tangga ke 3 dalam senarai
universiti terbaik di Malaysia. Disamping itu, UUM juga
berjaya menaiki anak tangga dalam ranking Quacquarelli
Symonds World University Rankings (QSWUR) 2021,
daripada 591-600 ke 531-540. Ini menunjukkan UUM
semakin hari berjaya meningkatkan mutu pembelajaran
yang akan diberikan kepada pelajar serta memastikan
pelajar pelajar yang menuntut ilmu di situ hanya kan
mendapat yang terbaik dan berkualiti tinggi. UUM juga
menerima pelbagai anugerah dan pengakuan dari nama
nama besar. Sebagai contoh UUM di anugerahkan sebagai
'Best Islamic Finance Education Provider' di dalam acara
anugerah berprestij Global Islamic Finance Award (GIFA)
2017 yang diadakan di Astana, ibu kota Kazakhstan. Selain
itu UUM juga mendapat pertauliahan daripada The
Association to Advance Collegiate Schools of Business
(AACSB) dan Beta Gamma Sigma Awards.

PAGE 6
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

AIni menunjukkan UUM

mempunyai kualiti yang setaraf

dengan antarabangsa. Jadi para

pelajar baharu anda telah

membuat pilihan yang terbaik

dalam memilih UUM sebagai

destinasi menuntut ilmu anda.

Para pelajar bukan sahaja boleh

menuntut ilmu yang standing

dengan taraf antarabangsa, para

pelajar juga dapat menjalankan

pelbagai aktiviti menari

sepanjang tempoh pelajar

berada di UUM. UUM juga amat

mementingkan kebajikan pelajar

pelajarnya, disebabkanitulah

UUM telah mengadakan pelbagai

program atau inisiatif untuk

membantu pelajar yang

mengalami masalah sama ada

dari segi emosi, atau kewangan.

UUM telah menyediakan pusat

kaunseling serta bahagian

kebajikan pelajar yang sedia
membantu. Justeru itu, UUM
adalah

PILIHAN

TERBAIK

PAGE 7
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

ALUMNI-
ALUMNI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Ditulis oleh Chuang Chee Wei
Foto disedia oleh Woon Yee Wen

UUM telah ditubuhkan sejak berpuluh-

puluhan tahun berlalu. Institusi ini telah melalui
pembangunan yang drastik, dimulakan dari kampus kecil
seluas 62 ekar di Jitra sehingga ke salah satu universiti
awam yang terbesar dan perwakilan universiti pengurusan
yang terunggul di Malaysia pada hari ini. Bersamaan
dengan pembangunannya, UUM turut memperoleh
pencapaian tidak berbilang, tidak kira sama ada
pengiktirafan dalam negeri atau di persada antarabangsa.
Penghargaan dan anugerah-anugerah ini dinilai dari
banyak aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, hasil
penyelidikan dan pengajian, kemudahan dan infrastruktur
serta kebolehpasaran graduan. Tambahan pula, dengan
berbagai-bagai aktiviti kokurikulum dan kemudahan yang
disediakan, UUM memberi usaha sepenuhnya dalam
membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif
serta melahirkan graduan yang versatil dari pelbagai
aspek. Dalam bertahun-tahun ini, UUM telah mendidik
pelajar yang tidak terkira. Pelajar-pelajar ini ada yang
menjadi watak penting dalam masyarakat, sibuk
menyumbang kepada alma mater dan negara, manakala
ada yang berusaha keras dengan menggunakan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh di universiti.
Jadi, marilah kita lihat alumni-alumni UUM yang terkenal.

PAGE 8
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

AHLI POLITIK YANG

MENUNTUT ILMU DI UUM

Terdapat ramai ahli politik yang menuntut ilmu di UUM untuk mendalamkan
pengetahuan kepakaran mereka demi memberi sumbangan kepada negara.

Parlimen Parit Sulong, Johor dan Ketua

Pergerakan Wanita UMNO. Beliau juga

ialah bekas Pengerusi Jawatankuasa

Kira-Kira Wang Negara, bekas

Pengerusi Perbadanan Pembangunan

Perdagangan Luar Malaysia

Gambar YB Dato Seri Shahidan Kassim (MATRADE) dan bekas Timbalan

Agak-agaknya alumni UUM yang Menteri Sumber Manusia. Beliau

paling terkenal ialah YB Dato Seri mengkaji Pengurusan Pembangunan
Shahidan Kassim. Beliau kini
untuk ijazah kedoktorannya. Gambar YB Dato Noraini Ahmad

merupakan Pengerusi Majlis Ahli Alumni seterusnya yang terkenal ialah Gambar YB Dato' Dr. Shamsul Anuar
Nasarah.
Parlimen Perikatan Nasional, Ahli YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar
Nasarah. Beliau ialah kini Menteri Gambar Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin
Parlimen Arau dan pernah menjawat

jawatan Menteri di Jabatan Perdana Tenaga dan Sumber Asli, Ahli Parlimen

Menteri, Ahli DUN kawasan Tambun kawasan Lenggong dan Pengerusi Ahli

Tulang dan Menteri Besar Perlis. Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Beliau

Keupayaannya yang cemerlang turut pernah menjawat jawatan Presiden

menyebabkan beliau disandang Majlis Belia Malaysia dan mendapat

jawatan-jawatan di FAMA, MARA dan ijazah kedoktoran dalam Pengurusan

pelbagai persatuan sukan Malaysia. Pembangunan pada tahun 2016.

Beliau mendapat ijazah kedoktorannya Selain itu, penjawat Menteri Kanan

dalam Pengurusan Awam pada 2007 (Kluster Pendidikan dan Sumber

dan dipilih sebagai presiden Persatuan Manusia) dan Menteri Pendidikan

Alumni UUM pada tahun yang sama. Malaysia kini, Dr. Mohd. Radzi Md.
Jidin juga memperoleh Ijazah Sarjana
YB DatoTokoh seterusnya ialah
Noraini Ahmad yang kini menyandang Pentadbiran Perniagaannya di UUM

jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2002. Sebagai bekas

Malaysia. Beliau merupakan Ahli Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi,

dfdfhdfd de

PAGE 9
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

beliau juga menyandang jawatan Ahli Dewan Negara dan Naib Gambar Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng
Presiden Parti Peribumi Bersatu pada masa yang sama.

DatukAlumni lain yang juga memegang jawatan di kabinet ialah
Seri Dr. Wee Jeck Seng. Beliau ialah Timbalan Menteri Perusahaan

Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen dan Pengerusi MCA
bahagian Tanjung Piai, Johor dan bekas Timbalan Menteri Belia dan
Sukan. Beliau merupakan Doktor Falsafah Pengurusan Awam di UUM.

ALUMNI-ALUMNI
UUM LAIN YANG
DIKENALKAN OLEH
ORANG RAMAI

FOTO DISEDIA OLEH WOON YEE WEN

Gambar Yang Berhormat Selain daripada nama-nama yang disebut
Encik Mahadzir Abdul Hamid
di atas, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail
Gambar Dr.H. Marzuki Alie Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam

Gambar Yang Berhormat Dato’ Sri Gambar Rita Widyasari Negeri I kini, bekas Timbalan Yang di-
Ismail Mohamed Said
YangPertua Dewan Rakyat Malaysia),
Gambar Yang Berbahagia Berbahagia Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri
Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri
(bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar), Yang Berhormat Encik
Mahadzir Abdul Hamid (Pegawai

Penerangan Parliem Sik kini, bekas Ahli

DUN kawasan Jeneri dan bekas Pegawai

Penyelaras DUN Jeneri Jabatan

Pembagunan Persekutuan, ICU, JPM), ahli-

ahli politik Indonesia, Dr.H. Marzuki Alie
dan Rita Widyasari juga merupakan

alumni-alumni UUM yang dikenali oleh

orang ramai.

PAGE 10
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

ALUMNI-ALUMNI HATTAF
DALAM BIDANG
LAIN.RIMA

Selain daripada bidang politik, UUM
juga mempunyai banyak alumni yang
aktif dalam bidang lain. Terdapat ramai
alumni UUM yang terkenal dalam
bidang hiburan, terutamanya pelakon
dan penyanyi. Sebagai contoh, Fattah
Amin, pelakon dan penyanyi yang mula
meraih kemasyhuran sebagai finalis
Hero Remaja 2011/2012 dan popular
melalui watak Raja Adrian Benjamin
dalam drama Playboy Itu Suami Aku
merupakan graduan Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Industri Kreatif.

Pelakon graduan UUM lain yang terkenal
termasuklah Pekin Ibrahim, Eizlan Yusof,
Emelda Rosmila dan Fazley Yaakob. Selain
daripada pelakon, ramai juga penyanyi
alumni UUM yang tidak dapat disangkakan.
Contohnya ialah Amir Masdi, Tomok, Aril,
Zed Zaidi, Zehra Zambri, Diddy Hirdy dan
Izwan Pilus. Ippho Santosa (penulis buku 7
Keajaiban Rezeki), Linda Jasmine (pakar
tarian dan pakar koreografi), Acryl Sani
Abdullah Sani (Timbalan Ketua Polis
Negara), Dato’ Rumaizi Baharin (Datuk
Bandar Ipoh, Pengarah Pejabat Tanah dan
Galian Perak), Hazlin Hussain (pengacara
televisyen dan penyampai berita) juga
merupakan bekas pelajar UUM yang berjaya
dalam kerjaya masing-masing.

PAGE 11
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Akhirnya, kualiti sebuah Sejak tamat pengajian, tokoh-tokoh

universiti dapat ditunjukkan ini sentiasa berusaha menyumbang

melalui kemampuannya untuk usaha kepada masyarakat dan alma

menarik penyelidik akademik mater sebagai penghargaan jasa

untuk belajar di institusi pendidikan UUM. Pada masa yang

tersebut. Beberapa orang sama, UUM juga teruskan

penyelidik terkenal seperti pengambilan pelajar baru pada tiap-

Mustafa Hashimi, Eng Joo Tan, tiap tahun, harapkan satu bab yang

Mohammad Noman, Hamwira bermakna dapat diwujudkan dalam

Yaacob, Rafid Sagban, Khalid tonggak kehidupan mereka. Sebagai

Abualsaud, Ikram Ud Din, Maz pendidik, universiti tidaklah meminta

Jamilah Masnan telah menuntut apa-apa, hanya diharapkan pelajar

ilmu di universiti ini. dapat mempelajari sesuatu yang

bermakna dan membesar, dan apa

yang dipelajari juga bolehlah

memanfaatkan hidup masa depannya.

ALUMNI

PAGE 12
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UUM Berita ditulis oleh
BAGAIKAN DI Nur Amira Binti Ibharim
PUSAT Foto disedia oleh
REKREASI
Woon Yee Wen

Keindahan Universiti Utara Malaysia
(UUM) di Sintok merupakan aset dan
daya tarikan aktiviti rekreasi yang
dipenuhi pelbagai jenis tanaman hijau
serta kewujudan beberapa tasik yang
mengindahkan lagi suasana kampus.
Mereka yang pertama kali menjejakkan
kaki pasti tutut terpesona dengan
keindahan UUM.

Sukan dan Rekreasi di UUM menjadi

satu tarikan yang menarik warga UUM

mahupun pelancong luar. Pusat Ekuin

UUM merupakan Prasarana Sukan UUM

Bertaraf Dunia. Mahasiswa dan

pelancong luar diberi peluang untuk

menyerlahkan bakat mereka dalam

bidang sukan berkuda sekaligus

meningkatkan kualiti persekitaran dengan

adanya keindahan flora dan fauna di

sekitar UUM.

Menurut Prof. Dr Ahmad Bashawir Haji
Abdul Ghani, UUM adalah kampus yang
unik kerana lokasinya merupakan tapak
kampus sarang komunis yang kaya
dengan khazanah bumi bernilai tinggi
iaitu kegiatan perlobongan bijih timah
serta dikelilingi pemandangan hutan dan
bukit-bukau yang strategik.

PAGE 13
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UUM adalah kawasan hutan sintok yang memiliki PROF DATUK SERI DR MOHAMED
khazanah alam terutama spesis flora dan fauna MUSTAFA ISHAK
berusia ratusan tahun. “Dengan kelebihan yang ada,
ianya menjadi harapan pucuk pimpinan warga UUM “Kita mahu UUM dikenali di seluruh
untuk memanfaatkan alam semula jadi serta dunia dengan keindahan flora dan fauna
membantu menaikkan nama UUM di seluruh dunia.”
katanya. serta pelbagai kemudahan disediakan
bukan sahaja untuk kegunaan warga
Katanya, selain Anjung Tamu menjadi salah satu kampus, malah pelancong yang ingin
platform untuk mempromosikan sektor pelancongan menikmati pelbagai keindahan dan
domestik mahupun antarabangsa, rekaan tugu di keistimewaan di kampus yang permai ini
Dataran Pewira UUM juga merupakan ilham selaras dengan konsep edutourism,"
memperingati pejuang tanah air yang terkorban akibat
pertempuran komunis di kawasan Sintok.

Menurutnya, Tahun Melawat UUM dilancarkan selari
dengan hasrat kerajaan negeri yang mempromosikan
Tahun Melawat Kedah 2016 dan menjadi UUM salah
satu tarikan utama seperti kereta kuda, trem, taman
rusa, burung unta dan kolam itik yang turut terdapat
burung merak.

Gambar-gambar di atas telah menunjukkan Pusat Ekuin UUM dan para peserta yang menyertai riadah
berkuda.

PAGE 14
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Gambar menunjukkan Dewan Mas, UUM.
Foto disedia oleh Woon Yee Wen

UUM KE-4 TERBAIK MALAYSIA DALAM 'THE
WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT 2021

Berita ditulis oleh Nur Amira Binti Ibharim

Sintok : Universiti Utara Malaysia (UUM) sasar Dengan pencapaian terkini dalam QSWUR 2021: Asia ini,
kedudukan ke-107 terbaik dalam QS World ia akan membantu dalam menarik pelajar luar negara,
University Rankings (QSWUR) 2021: Asia selepas selain pelajar tempatan untuk menyambung pengajian di
konsisten menunjukkan trend peningkatan sejak UUM. Ini menunjukkan program akademik di UUM
disenaraikan pada 2013, selaras dengan Pelan berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, selain
Strategik UUM Fasa II (2016-2020). jaringan kerjasama dengan penyelidik terkemuka.

Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Naib QSWUR 2021: Asia memberi 11 petunjuk dalam menilai
Canselor UUM, berkata dengan memiliki bidang-bidang universiti, iaitu melalui bilangan staf dengan kelayakan
sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi dan hanya ijazah Doktor Falsafah (Phd), reputasi majikan, reputasi
bersandarkan kepada bidang sains sosial dan akademik, nisbah pelajar antarabangsa, nisbah pelajar ke
pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukan fakulti, jumlah pertukaran pelajar luaran dan dalaman,
kesembilan anak tangga dari kedudukan ke-116 pada edisi serta rangkaian penyelidikan antarabangsa melalui staf
sebelumnya. akademik mahupun pensyarah.

Katanya, UUM berjaya berada di tangga kesembilan Saya mengucapkan tahniah kepada warga UUM atas usaha
daripada 35 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dan komitmen bersungguh-sungguh bagi memartabatkan
yang tersenarai dalam QSWUR: Global MBA 2021: Asia. nama universiti hingga ke peringkat tertinggi," katanya.
Jenama UUM sudah mula dikenali ramai dan diiktiraf di
dunia apabila tersenarai dalam Top 110 Asia, sekali gus
dapat meningkatkan kerjasama dengan pihak industri

PAGE 15
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UUM MENJAGA
KEBAJIKAN PELAJAR

Berita ditulis oleh Nur Amira Binti Ibharim
Foto disedia oleh Woon Yee Wen

DR. Mohd Solehuddin (dua dari kiri) dan Dr. Nursiha (kanan) bersama staf sempena Program Komuniti Bantuan
Laptop Kepada Pelajar Asnaf Dan B40 Terpilih

Kedah : Penularan pandemik Khairulnajmi berkata, sebelum ini yang dialami selama beberapa
Covid-19 memberi tamparan hebat dia terpaksa meminjam laptop jiran bulan kebelakangan ini ekoran
sehingga memaksa kita hidup yang dalam keadaan uzur sehingga pandemik Covid-19, sekali gus
dalam norma baharu, sekali gus menyukarkannya untuk fokus membangkitkan semangat untuk
melangkah lebih pantas ke arah belajar. belajar dengan lebih tekun.”
dunia maya dan digital. katanya.
Menurutnya, kini dia bersyukur
Ekoran daripada itu, Jawatankuasa kerana tidak perlu lagi meminjam Manakala bagi pelajar Sarjana Muda
komputer riba orang lain, malah
Pembangunan Pelajar IBS dan banyak tugasan diberikan dapat Pentadbiran Muamalat, Fatin Iman
diselesaikan dengan cepat termasuk
Institut Penyelidikan Dan Inovasi berhubung dengan pensyarah. Mohd Nizam berasa sebak apabila

Zakat (IPIZ) UUM menyedari Sementara itu, pelajar Sarjana Muda menerima bungkusan
Kewangan Dan Perbankan Islam,
masalah yang dihadapi pelajar, dan Ahmad Al Izzuddin Alsabri berkata, mengandungi komputer riba
dia juga tidak menduga terpilih
tampil membantu dengan untuk menerima laptop yang pemberian IBS dan IPIZ.
diidamkan selama ini.
menyumbang komputer riba Menurutnya, hanya Allah yang tahu
“Saya sungguh terkejut dan tidak perasaan ketika itu dan dia kini
kepada 10 pelajar asnaf pada sangka saya salah seorang insan tidak perlu lagi menunggu giliran
bertuah kerana ditawarkan menggunakan laptop sepupunya
Program Komuniti Bantuan Laptop menerima bantuan yang telah untuk menyiapkan tugasan dan
meringankan beban dan tekanan menghadiri kelas online.
Kepada Pelajar Asnaf Dan B40

Terpilih, baru-baru ini.

Kejutan buat Pelajar Sarjana Muda
Pentadbiran Muamalat, Muhammad
Khairulnajmi Zakaria apabila
menerima panggilan telefon dan
dimaklumkan akan menerima
laptop secara percuma.

PAGE 16
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

PTS IAONRKTIOOKKKA NT IUGTAA MB EAR ADDI IHKU T A N

Berita ditulis oleh
Nur Amira Binti Ibharim
Foto disedia oleh
Woon Yee Wen

Gambar menunjukkan Pokok Tiga Beradik di Taman Rimba Universiti Utara Malaysia. - UKM

Kedah : Hutan Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkeluasan 1,061 hektar dan berusia
ribuan tahun bakal menjadi tarikan utama sempena Tahun Melawat UUM 2016 atau Discover
UUM.
Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ia menawarkan
pengalaman pelancongan berasaskan ekopelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara
khsusunya pencinta alam.
Menurutnya, lebih 3,000 pokok gaharu, beberapa spesis pokok karas serta pokok ratusan tahun
yang dikenali sebagai 'pohon tiga beradik' dengan saiz 10 pemeluk terdapat di hutan tersebut.
Selain menawarkan Hutan Sintok sebagai produk dalam Discover UUM, beliau berkata pihaknya
turut merancang menambahkan sebuah bangunan baharu bagi menambahkan jumlah bilik di Hotel
EDC-UUM.
Malah UUM juga sedang menaik taraf padang golf daripada 13 lubang kepada 18 lubang selain
memiliki Pet Farm yang menempatkan haiwan ternakan seperti burung unta, angsa, rusa dan itik.
Tambahnya, kesemua fasiliti sedia ada juga akan dinaik taraf serentak dengan pembukaan sebuah
Muzium Pengurusan pada tahun depan yang akan menyimpan segala khazanah mengenai aspek
pengruusan dan pentadbiran negara.

PAGE 17
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

16 Gambar di atas menunjukkan nasi kerabu di Medan Selera Bukit Kachi UUM
Tempat
Makan
Best dan
Murah di
UUM

Berita ditulis oleh Nur Amira Binti Ibharim
Foto disedia oleh Woon Yee Wen

Sintok - Universiti Utara Malaysia (UUM) Gambar di atas menunjukkan salah satu tempat menarik di dalam UUM -
merupakan universiti yang keenam di Malaysia. Famila Café @ Red House
Bagi para pelajar yang mendapat tawaran belajar
di UUM pasti akan teruja dengan suasana Gambar di atas menunjukkan ais kacang yang sedap di Pusat Islam, UUM
keindahan hijau serta tempat makan yang murah
dan menarik.

Menurut rakan pelajar yang telah melanjutkan
pelajaran di UUM, setiap penginapan atau dikenali
sebagai Inapan Siswa disediakan kafetaria yang
pelbagai menu untuk para pelajar menjamu selera.
Namun setiap kafeteria mempunyai citarasa yang
berbeza.

Tempat makan murah dan menarik di UUM telah
disenaraikan oleh para pelajar, antaranya di Medan
Selera EON, Kafeteria Yasmeen, UUM Kachi Mall,
Familia Café @ Red House, Pusat Islam, University
Inn, Kafeteria SME, Kafeteria Petronas, Kafeteria
MISC, Restoran Tasik UUM, Fandhaal International
Café, Alumni Junction, dan Restoran Manager’s
Coffee.

PAGE 18
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Gambar di atas menunjukkan chicken chop yang sedap Secara ringkas, Kafeteria UUM Kachi Mall mempunyai gerai-
di Grantt Kafeteria, UUM gerai makanan yang menyediakan pelbagai menu yang
terdiri dari masakan Cina dan India, masakan barat,
masakan panas ala carte, nasi campur, nasi kerabu, nasi
tomato, serta gerai minuman. Menurut para pelajar,
makanan disini murah dan sedap.

Selain itu, Famila Café atau dikenali dengan nama Red
House Café merupakan kafe yang sangat terkenal di dalam
kampus UUM. Ini kerana Red House Café menyediakan
pelbagai keunikan menu seperti makanan Arab, makanan
Pakistan, dan makanan Afrika. Keunikan serta kepelbagaian
menu di Famila Café membolehkan warga UUM yang gemar
akan makanan barat menikmati hidangan di sini.

Salah satu makanan kegemaran warga utara di UUM adalah
nasi kandar di Kafeteria Yasmeen. Ini kerana lauk yang
dihidangkan bersama nasi kandar mempunyai banyak
pilihan dan jimat antaranya ayam, ikan, daging, telur, dan
sayur. Pilihan kuah atau sos juga atas kemahuan para
pelajar.

Kepelbagaian jenis kafetaria diwujudkan di UUM bagi
memenuhi citarasa warga UUM. Harga makanan yang
ditawarkan oleh semua kafeteria di UUM adalah berpatutan
dan dipantau oleh pihak pengurusan UUM supaya harga
yang dikenakan kepada para pelajar dan warga UUM adalah
munasabah dan murah. Menurut pemilik kafeteria juga
berniaga bukan sekadar berniaga tetapi harga makanan yang
murah membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Gambar di atas menunjukkan pisang goreng yang sedap
di Proton Kafeteria, UUM

PAGE 19
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

"Makanan bukan hanyalah masakan yang akan
berakhir di perutmu, melainkan sebuah
pertualangan yang patut dinikmati dan
dihargai."

Daripada Wanida Krisnadefa

PAGE 20
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
DESTINASI PILIHAN

Sepak takraw terkenal di Asia
Corak permainan lincah gayanya
Universiti keemnam ditubuh di Malaysia

Itulah UUM Sintok tempatnya.

Pergi ke pekan menjual kain
Kain dibeli oleh Cik Hawa
Beza UUM dengan yang lain

Kolej kediaman tersedia untuk siswa.

Pak Mamat bawa lori
Dipandu perlahan elak bahaya
Universiti pengurusan identiti diberi
Etika pakaian segak bergaya.

Gunung Keriang di negeri Kedah
Tempat kesukaan orang muda
UUM banyak tempat beriadah
Berkuda, berkayak pelbagai ada.

Tuan puteri masuk beradu
Terasa mengantuk tidak tertahan
Selain beriadah boleh memandu

Litar go-kart menjadi pilihan.

Ikan pekasam dijual Che Ta
Baunya enak tidak tertahan
Kelebihannya sudah ternyata
UUM menjadi universiti pilihan.

Pantun oleh Aimi Wahida Binti Omar

PAGE 21
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

Dahulu kami seperti tin yang kosong

tidak pernah berisi

Hanya ada warna kusam, kelabu

I l m u , tiada apa-apa, tidak boleh ke mana-mana
Tapi kini dunia kami penuh warna
B u d i , Bersama garisan dan kata-kata
yang dahulu hanyalah mimpi

B a k t i Kini mulai menjadi kenyataan
Kerana kau yang memberi ilmu
Terima kasih UUM dari hatiku

Untuk semua mahasiswa mahasiswi

PUISI OLEH Ilmu digarap demi bangsa
AIMI WAHIDA BINTI OMAR Ilmu mengubah nasib kita
Ungkapan ini ikhlas dariku

Ku seru namamu

Universiti Utara Malaysia

Teruskanlah melahirkan bangsa Malaysia

yang berhati waja

Ilmu, Budi dan Bakti

PAGE 22
JILID 1 | EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021













"Saya pernah

menangis banyak

kali. Bila diingat

semula rasa

bebaloi untuk

melalui semua

itmu."

NUR ATHIRAH RUSHAMI ZIEN

Graduan UUM 2019 yang mendapat anugerah dekan pada setiap
semester dengan keputusan 4.0 flat selama tujuh semester. Nur

Athirah menamatkan pengajiannya dengan Purata Markah
Keseluruhan (PMK) 3.99.

PAGE 29
EDISI 2021 | MAJALAH PELAJAR UUM| 2021

BAKTI

HAK CIPTA© 2021


Click to View FlipBook Version