DATUK LEE CHONG WEI
TOKOH
SUKAN
BIODATA
Nama: Ammar Hasif bin Azam Zaki
Kelas: 6 Bestari
Email: [email protected]
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Batang
Benar
Alamat Sekolah: Sekolah Kebangsaan
Batang Benar, 71700 Mantin, Negeri
Sembilan
KANDUNGAN
1. Pendahuluan
2.Biodata Tokoh
3.Pendidikan Tokoh
4.Kerjaya Tokoh
5.Sumbangan Tokoh
6.Nilai kepimpinan tokoh
7. Kesimpulan
8.Sumber Rujukan
PENDAHULUAN
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan ialah salah satu
aktiviti berbentuk riadah. Sukan juga merupakan aktiviti yang dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.
Terdapat pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan di Malaysia.
Sukan yang paling saya minati ialah badminton. Setiap hujung minggu
saya akan bermain badminton bersama ibu bapa saya di kawasan
rumah saya. Saya sangat meminati Datuk Lee Chong Wei yang pernah
menjadi pemain nombor satu di dunia. Kebetulan tarikh lahir saya
sama dengan tarikh lahir beliau. Saya berharap saya dapat bermain
sehebat tokoh sukan yang saya minati itu satu hari nanti.
BIODATA
DATUK LEE C
HONG WEI
Nama : Lee Chong Wei
Nama Gelaran : Datuk Wira Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1982
Tempat Lahir : Bagan Lalang, Selangor, Malaysia
Alamat Rumah : Bukit Mertajam
Nama Isteri Lee Chong Wei : Wong Mew Choo
Nama Jurulatih Lee Chong Wei : Misbun Sidek
Tinggi Lee Chong Wei : 1.74m
Berat Lee Chong Wei : 68 kg
PENDIDIKAN
Sekolah
Rendah:
Jit Sin Primary Cchool (B)
Sekolah Menengah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Way
KERJAYA Terbuka Malaysia, 2004
TOKOH
Ini adalah kejuaraan pertama beliau di
peringkat dunia walau pun diadakan di
Malaysia.
Terbuka China Taipei,
2004
Dato Lee Chong Wei mendapat
kejuaraan pertamanya di luar
negara di Kejohanan Terbuka
China Taipei. Di sinilah
bermulanya sejarah kejayaan
beliau dan dari sini kejayaan
demi kejayaan dilakar dengan
gemilang.
KERJAYA KERJAYA SEPANJANG ZAMAN
TOKOH
Kejayaan Datuk Lee Chong Wei:
Memenangi dua pingat emas pada Sukan Komanwel
2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor satu
dunia sebanyak dua kali pada tahun yang sama.
Memenangi lima pingat emas dalam Sukan Komanwel.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga
kali.
Pemenang pingat perak Kejohanan Badminton Dunia
sebanyak tiga kali.
Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama
348 minggu.
Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
Memenangi Kejuaraan All England sebanyak empat
kali.
Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh
Badminton World Federation (BWF) sebanyak lima kali.
Memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak
empat kali.
Olahragawan paling berjaya di Malaysia.
SUMBANGAN DATUK LEE CHONG WEI
TOKOH
Beliau menduduki tangga teratas
dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu
berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008
hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang
mencapai tangga teratas selepas Rashid
Sidek dan Roslin Hashim (semenjak
ranking rasmi dimulakan pada 1980-an),
dan juga satu-satunya jaguh badminton
Malaysia yang mempertahankan
kedudukan teratasnya selama lebih dua
minggu.
Pada 13 Jun 2019, Datuk Lee Chong
Wei mengumumkan persaraannya
daripada badminton profesional selepas
19 tahun berkhidmat dalam pasukan
badminton kebangsaan Malaysia dalam
sidang akhbar di kompleks Kementerian
Belia dan Sukan di Putrajaya.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG
Semangat juang yang ditunjukkan oleh
Datuk Lee Chong Wei melalui sukan
badminton berjaya menyatukan hati dan
melahirkan perasaan bangga kita sebagai
rakyat Malaysia.
Sikap Datuk Lee Chong Wei yang begitu
merendah diri dengan meminta maaf
terhadap semua rakyat Malaysia kerana tidak
berjaya membawa pulang pingat emas yang
diidam-idamkan patut dicontohi oleh segenap
lapisan masyarakat.
Sikap dan semangat beliau wajib diserap
ke dalam diri kita semua sebagai rakyat
Malaysia:
Sentiasa postif
Bersemangat
Optimis
Tidak Mudah Putus Asa
KESIMPULAN
Datuk Lee Chong W
ei merupakan tokoh sukan
kyaenmgepnaalningganbedrajnaypaeknegr
iakntiaramfaenmdpieluroalredhapnedlbiadgaalai m
negara. Sikap beliau yang sentiasa merendah diri
dan fokus pada setiap pertandingan menjadi contoh
kepada pelapis muda badminton dan juga saya.
Tiada kejayaan yang datang bergolek. Kita perlu
sentiasa berlatih dan bersemangat untuk mencapai
kejayaan yang diimpikan. Saya menjadikan Datuk
Lee Chong wei sebagai tokoh sukan yang paling
saya minati kerana semangat waja yang
ditunjukkan oleh beliau.
SUMBER
RUJUKAN
TERIMA KASIH