Laporan Projek Inovasi e-JARVIS
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS e-JARVIS MUHAMMAD FIKRI BIN AFFENDI, MUHAMMAD FIRAS MUQRI BIN ABD SAMAT, NUR AFIFAH NABIHAH BINTI YAACOB, SITI HAJAR BINTI LOKMAN AL-HAKIM Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] SINOPSIS e-JARVIS merupakan projek inovasi lanjutan daripada siri projek inovasi kemahiran Jawi dalam bidang pendidikan. Ia direka khusus dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam yang melibatkan kandungan mengenal pasti, mengeja dan menyambung ejaan huruf Jawi bagi semua darjah di sekolah rendah. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, murid-murid Tahun 5 di sekolah rendah didapati menghadapi masalah dalam membezakan huruf Jawi yang hampir serupa dari segi bentuk dan rupanya, keliru dengan perubahan bentuk huruf Jawi apabila berada pada kedudukan yang berbeza dalam sesebuah perkataan serta murid kerap melakukan kesilapan apabila mengeja perkataan Jawi kerana terkeliru dengan ejaan asal dalam bentuk tulisan rumi. Justeru, e-JARVIS dibangunkan sebagai inovasi pembelajaran yang lebih efektif bagi mengatasi masalah mengenal, mengeja dan menulis Jawi serta sebagai medium pemulihan bagi subjek Pendidikan Islam yang bersifat santai, mudah dan ringkas dalam kalangan murid Tahun 5. Elemen digitalisasi pembelajaran dimasukkan bagi menyediakan bimbingan yang lebih mudah difahami dan menyeronokkan. la untuk membantu murid membina kefahaman dan memperbetulkan kekeliruan terhadap bentuk huruf dan penulisan Jawi. Sehubungan dengan itu, pengumpulan data penuh telah dilengkapkan dan dibuat menggunakan borang soal selidik, pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca sebagai kaedah pengumpulan data. Siri projek yang terdahulu menunjukkan hasil yang positif di mana projek "JARVIS", "JARVIS 2.0" dan “JARVIS PRO” terbukti dapat meningkatkan penguasaan murid dalam ejaan huruf Jawi, berkesan, mudah dan seronok digunakan serta dapat memberi bimbingan khusus kepada murid untuk menguasai ejaan perkataan Jawi. e-JARVIS terbukti telah membawa hasil akhir yang positif terhadap penguasaan murid berkenaan kemahiran mengeja dan menulis Jawi. Kata Kunci : Inovasi, Tulisan Jawi, Pengajaran, e-JARVIS, Pendidikan Islam
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS PENGENALAN Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan berasaskan huruf Arab, untuk mengeja bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam walaupun sebelum ini bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi (Syed, 2018). Pengenalan kepada pembelajaran Jawi telah bermula pada peringkat Tahun 1 mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Iaitu dalam bidang Jawi yang merupakan bidang pembelajaran ke-7 dalam subjek Pendidikan Islam. Hal ini menunjukkan pendidikan formal kemahiran Jawi telah bermula pada awal peringkat persekolahan sekolah justeru pendedahan terhadap kemahiran Jawi sudah bermula pada Tahap 1. LATAR BELAKANG PROJEK INOVASI Electronic Jawi Reimprovement Via School Education atau dikenali sebagai e-JARVIS direka sebagai sebuah alat bahan bantu mengajar untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang mampu menarik minat murid untuk belajar Jawi dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Isu yang berlaku adalah murid tidak berminat mempelajari Jawi di awal peringkat persekolahan sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat mengenali huruf Jawi, membaca atau menulis Jawi meskipun mereka sudah berada di Tahap 2 sekolah rendah. Disebabkan itu inovasi ini ialah batu pelonjak untuk membantu murid mengejar semula pembelajaran kemahiran Jawi yang tercicir seiring menambahbaik bentuk penyampaian pengajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami. Penghasilan e-JARVIS ini merupakan inovasi digital dalam bidang pendidikan yang membantu murid belajar kemahiran asas Jawi. Rekaan eJARVIS melibatkan tiga bahagiain iaitu nota, aktiviti pembelajaran, aktiviti pengukuhan dan penilaian serta manual pengguna. PERNYATAAN MASALAH Inovasi ini tercetus ekoran berlakunya masalah yang dihadapi murid Tahun 5 dalam mempelajari kemahiran asas Jawi. Meskipun pembelajaran kemahiran Jawi telah bermula sejak Tahun 1, namun didapati murid Tahun 5 yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja perkataan Jawi meskipun sudah memasuki Tahap 2 sekolah rendah. Mereka memerlukan bantuan daripada rakan-rakan atau guru untuk mengenalpasti perkataan Jawi yang cuba dibaca. Terdapat juga murid tidak dapat membezakan huruf-huruf Jawi yang mempunyai bentuk hampir
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS serupa. Dalam pada itu, murid merasakan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi subjek Jawi membuatkan mereka merasa bosan dan tidak berminat untuk mempelajari kemahiran asas Jawi. Oleh itu, eJARVIS direka khas berdasarkan tiga tahap kemahiran murid dan dilaksanakan secara ansur maju bagi membimbing murid untuk mengenalpasti huruf-huruf Jawi, memahami perubahan bentuk huruf Jawi apabila berada di kedudukan yang berbeza dalam sesebuah perkataan, membina dan menulis perkataan Jawi. Jika sebelum ini sesi PdP tradisional dilaksanakan untuk murid belajar kemahiran Jawi, kini murid didatangkan dengan bentuk pengajaran berunsurkan gamifikasi dan digitalisasi yang membawa nafas Baharu kepada pembelajaran kemahiran Jawi. SOROTAN LITERATUR Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud hurufhuruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan enam huruf tambahan Jawi iaitu چ) ca), ڠ) nga), ڤ) pa), ݢ (ga), ۏ) va), dan ڽ) nya) yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Pelajaran Jawi adalah satu cabang ilmu, kemahirannya dan tekniknya yang terdapat dalam silibus agama. Pengkaedah penulisan Jawi ini adalah satu bentuk seni penulisan seperti bentuk-bentuk penulisan yang lain (Fatimah Saufee, 2006). Bagi memastikan matlamat penguasaan ini tercapai, ia memerlukan beberapa kaedah yang perlu di lakukan antaranya pendekatan ilmu, dan berkemahiran yang proaktif daripada warga pendidik dengan pelbagai cara dan gaya terkini bertetapan dengan peredaran masa alaf baru. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Kurangnya kemahiran dalam penguasaan bacaan Al-quran juga penyebab daripada kelemahan dalam matapelajaran Jawi (Nur Syamira et al., 2016). Antara sebab murid lemah dalam memahami dan mendalami matapelajaran Jawi ini adalah disebabkan Guru Pendidikan Islam kurang mahir dalam pelbagai teknik dan kaedah Bhasah et al., (2012). Mardhiyyah (2012) dalam kajian yang telah dilakukan juga menyatakan bahawa murid tahun 3 sekolah di Sarawak juga lemah dalam penguasaan matapelajaran Jawi ini disebabkan oleh faktor guru iaitu guru kurang mahir dalam PdPc matapelajaran Jawi. Murni (2013) pula menyatakan bahawa, pendekatan pelaksanaan pengajaran Jawi oleh Guru Pendidikan Islam juga menyebabkan murid tidak mampu untuk menguasai matapelajaran Jawi. Contohnya seperti pendekatan pedagogi yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam sama sahaja walaupun terdapat keberangkalian ada pelajar pandai dan pelajar kurang mahir di dalam kelas tersebut. Menurut Ab Halim et al. (2012) dalam kajian yang telah mereka jalankan
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS menunjukkan, teknik yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam dalam PdPc sekolah di Selangor melalui borang soal selidik daripada hasil dapatan menunujukkan teknik membaca huruf mendapat min yang banyak iaitu 4.61, teknik latihan min 4.53 dan teknik kuliah min 4.31. Seterusnya markah min yang paling sedikit adalah teknik akhbar dalam darjah yang mendapat min 3.39 dan juga menulis rencana ringkas min sebanyak 3.77. Ini dapat di buat kesimpulan bahawa majoriti Guru Pendidikan Islam melaksanakan pendekatan yang berpaksikan guru antaranya memberi kuliah dan syarahan, manakala PdPc matapelajaran Jawi ini juga kurang diberi pendekatan yang berpaksikan murid. (Ab Halim, et al., (2012) Secara umumnya, terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dan sesuai untuk di prasekolah. Sehubungan itu, guru perlu bijak merancang dan menentukan strategi yang sesuai dengan tahap perkembangan murid agar sesi PdP yang dijalankan bermakna kepada kanak-kanak dan mencapai objektif yang dirancang. Pendekatan bermain merupakan salah satu daripada pendekatan PdP yang ditekankan dalam KSPK. Pendekatan belajar melalui bermain ini merupakan pendekatan yang berstruktur dan terancang bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum berpusatkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti belajar melalui bermain. Pendekatan bermain diberi penekanan di prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu, bermain dan kanakkanak tidak dapat dipisahkan. Melalui proses bermain, kanak-kanak dapat membuat penerokaan, penemuan, dan pembinaan pengalaman kanakkanak secara langsung dan semula jadi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Buktinya, melalui bermain kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif, bahasa serta yang paling penting potensi kanak-kanak dapat meningkat ke peringkat maksimum. Kajian yang dilakukan oleh Zakiah & Mohamad Kamis (2016) yang menunjukkan terdapat empat elemen pedagogi berasaskan bermain, iaitu; (i) kesesuaian sumber dan bahan pembelajaran; (ii) penerapan minat, kreativiti dan motivasi; (iii) perancangan dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran; dan (iv) rangsangan tingkah laku. Dapatan kajian ini juga selari dengan cadangan Brock et al., (2009) yang menyatakan aktiviti dan pengalaman yang diberikan oleh guru ketika menggunakan pendekatan bermain perlu distrukturkan melalui kitaran perancangan, pengorganisasian, pelaksanaan, ujian dan penilaian.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS OBJEKTIF PROJEK Objektif utama projek inovasi e-JARVIS diperkenalkan adalah untuk: i- Membantu murid di peringkat pengenalan dan pemulihan untuk belajar Jawi. ii- Mewujudkan suasana yang santai dan menyeronokkan semasa mempelajari kemahiran asas Jawi. iii- Memberikan panduan kepada murid memahami kaedah mengenali dan menyambung huruf Jawi dengan mudah. iv- Membantu murid menulis Jawi menggunakan kaedah dan ejaan yang tepat. v- Meningkatkan minat dan penguasaan murid terhadap kemahiran asas Jawi. STRATEGI PENYELESAIAN Projek inovasi e-JARVIS direka khas dengan menggunakan empat pendekatan yang utama dengan penyampaian yang tersendiri untuk ketiga-tiga pendekatan tersebut. Oleh itu, terdapat tiga tahap penggunaan e-JARVIS. Setiap tahap mempunyai fokus pembelajaran khusus yang dilengkapi dengan aktiviti yang bersifat multi-sensory yang dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Murid akan menjalani kesemua tahap pembelajaran di dalam modul e-JARVIS.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Gambar 1: Produk inovasi yang diperkenalkan sebagai penyelesaian masalah yang dihadapi dalam PdP kemahiran Jawi. Tahap pertama Produk inovasi e-JARVIS memfokuskan kepada pengenalan huruf-huruf Hijaiyyah dan huruf-huruf tambahan yang terdapat dalam tulisan Jawi. Pada tahap ini murid akan bermain aktiviti yang membantu murid mengenalpasti, mengingat dan mengulangkaji nama dan bentuk huruf Jawi. Gambar 2: Tahap pertama modul e-JARVIS Tahap kedua Setelah murid mengenali huruf-huruf Hijaiyah, murid kemudiannya diperkenalkan dengan kategori huruf Jawi. Kategori ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Huruf Jawi Sombong, Huruf Jawi Peramah dan Huruf Jawi Pelancong. Tahap ini akan mengajarkan kategori huruf Jawi dan perubahan bentuk huruf Jawi apabila berada di kedudukan hadapan, tengah atau belakang dalam sesebuah perkataan. Pada tahap ini, istilah
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS khas, akronim dan elemen didik hibur berbentuk nyanyian dicipta serta disediakan bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan diterima oleh murid. Gambar 3: Tahap kedua modul e-JARVIS Tahap ketiga Tahap ketiga ialah fasa pengukuhan dan pengayaan di mana murid akan diperkenalkan dengan aktiviti latihan. Murid perlu membina perkataan Jawi berdasarkan perkataan rumi yang dipilih secara rawak oleh murid sendiri, lalu menggunakan kit aktiviti yang berada di tahap dua modul untuk membina perkataan dengan menggabungkan huruf-huruf Jawi. Selepas berjaya membina perkataan Jawi tersebut, murid akan menulis semula perkataan Jawi tersebut di interactive whiteboard yang disediakan.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Gambar 4: Tahap ketiga modul e-JARVIS IDEA ASAL PROJEK Idea projek e-JARVIS merupakan idea yang terhasil daripada ilham yang merujuk kepada buku latihan surih huruf Jawi. Idea yang diambil ialah pengenalan asas kepada murid tentang tulisan Jawi. Beberapa fasa perbincangan pensyarah berlangsung sehinggalah terciptanya modul eJARVIS ini yang bukan sahaja mengutamakan fokus kepada pengenalan asas malah berkembang kepada pembelajaran yang melibatkan penguasaan 3M dalam kemahiran Jawi, serta mengetengahkan latihan pertumbuhan multi-sensory murid. Oleh itu, projek inovasi e-JARVIS ini direka khusus untuk membantu pemula atau murid di tahap pemulihan bagi kemahiran Jawi khususnya murid sekolah rendah Tahun 5. PENGGUNAAN Inovasi e-JARVIS membolehkan pengguna menguasai kemahiran Jawi iaitu mengeja, membaca dan menulis Jawi. Di samping belajar mengikut pemeringkatan kandungan yang sedia ada, pengguna juga dapat mengikuti pembelajaran berkonsepkan belajar sambil bermain di dalam bilik darjah. Hal ini sekaligus mengubah corak PdP tradisional yang dibawa dalam pembelajaran Jawi pada masa kini.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Gambar 5: Pelaksanaan uji lari yang dijalankan di salah sebuah sekolah dalam daerah Tawau dan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Berdasarkan gambar di atas, produk inovasi ini telah diperkenalkan kepada murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan (SK) Balung, Tawau dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau. Uji lari ini telah dilaksanakan semasa sesi PdP di SK Balung yang berlangsung selama 60 minit manakala uji lari bersama pelajar IPG Kampus Tawau dilaksanakan pada hujung minggu selama 60 minit. BUKTI PENGGUNAAN Keberkesanan projek inovasi e-JARVIS ini juga telah diuji di SK Balung dan IPG Kampus Tawau dengan mengambil 15 orang responden daripada kalangan murid Tahun 5 serta pelajar berumur 19 tahun. Hasil uji lari menunjukkan e-JARVIS mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam kemahiran Jawi. Dapatan maklum balas dikumpul melalui instrument soal selidik dan temu bual. Jadual 1 : Jantina Jantina Kekerapan (f) Peratus % Lelaki 4 28.6 Perempuan 10 71.4 Jumlah 14 100
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Berdasarkan Jadual 1, dapatan menunjukkan bahawa jantina responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada 4 orang lelaki (28.6%), manakala 10 orang Perempuan (71.4%). Rajah 1: Jantina Jadual 2.1 : Tahun Tahun Kekerapan (f) Peratus % 4 0 0 5 10 100 6 0 0 Jumlah 10 100 Berdasarkan Jadual 2.1, Tahun yang dinilai adalah dalam kalangan pelajar Tahun 5 seramai 10 orang (100%).
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Rajah 2: Tahun Jadual 2.2 : Semester Semester Kekerapan (f) Peratus % 1 4 100 2 0 0 3 0 0 Jumlah 4 100 Berdasarkan Jadual 2.2, dapatan menunjukkan bahawa selain murid Tahun 5, uji lari juga dilaksanakan terhadap pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau daripada kalangan pelajar bukan Muslim seramai 4 orang (100%). Jadual 3 : Dapatan Maklum Balas Pelaksanaan Uji Lari Yang Dijalankan Soalan Ya Tidak Saya dapat mengenalpasti nama dan bentuk kesemua 30 huruf Jawi. 14 0 Saya dapat membezakan huruf Jawi yang mempunyai bentuk yang hampir sama. 14 0 Saya dapat memahami dengan mudah cara menulis suku kata dan perkataan Jawi. 14 0 Saya dapat menulis sebuah perkataan rumi menggunakan tulisan Jawi dengan ejaan yang tepat. 12 2 Saya lebih memahami dan menguasai kemahiran Jawi selepas menggunakan modul aktiviti Jarvis 14 0 Aktiviti modul aktiviti Jarvis membantu saya belajar kemahiran asas Jawi dengan mudah dan menyeronokkan. 14 0 “Iya, dapat tulis lagi baik.” Muhd Firas Firdaus Bin Abd Syakur, Murid Tahun 5 Tekun SK Balung “Warna dia cantik ustazah, lagu dia best dengar.” Qaleesya Qaseh Bt Mohd Shafie, Murid 5 Tekun SK Balung
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS “Bagi saya modul Jarvis ni memang sangat menariklah sebab ada pelbagai aktiviti yang dari jawab quiziz lepastu jawab wordwall tu. Dikira sekali belajar tu terus dapat tangkaplah” Rachel Natalie Dumin, PISMP Bahasa Melayu IPG Tawau Berdasarkan Jadual 3 daripada menunjukkan bahawa produk inovasi membantu murid mengenalpasti nama dan bentuk kesemua 30 huruf Jawi adalah 14 orang (100%), produk inovasi membantu murid membezakan huruf Jawi yang mempunyai bentuk yang hamper sama dan produk inovasi dapat memudahkan murid memahami dengan mudah cara menulis suku kata dan perkataan Jawi seramai 14 orang (100%). Manakala bagi item produk inovasi membantu murid dapat menulis sebuah perkataan rumi menggunakan tulisan Jawi dengan ejaan yang tepat adalah 12 orang (85.7%), selebihnya 2 orang menyatakan tidak (14.3%). Rajah 3: Item 1
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Rajah 4: Item 2 Rajah 5: Item 3 Rajah 6: Item 4
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Rajah 7: Item 5 Rajah 8: Item 6 IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR Antara kesan utama projek inovasi e-JARVIS dalam pembelajaran kemahiran asas Jawi ialah murid semakin minat untuk terus mempelajari kemahiran Jawi. Pada masa yang sama, murid juga dapat menerima dan memahami pengajaran yang disampaikan melalui modul ini disebabkan konsep penyampaian dan bentuk aktiviti yang bersifat hands-on dan digital memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran asas Jawi yang dipelajari. Jadual 4: Kedudukan Sebelum Inovasi Dijalankan Soalan Bilangan Betul Bilangan Salah Sambung huruf supaya menjadi perkataan 4 10 Tulis perkataan yang berikut dalam huruf Jawi 5 9 Cerakinkan perkataan Jawi kepada huruf 4 10 Pilih huruf yang sesuai berdasarkan gambar 8 6 Berdasarkan Jadual 4, kedudukan inovasi sebelum dijalankan mendapati bahawa responden kurang menguasai pengetahuan asas kemahiran Jawi. Penilaian dijalankan dengan menyediakan empat item untuk dijawab oleh setiap responden. Item 1 dan 3 mencatatkan skor sebanyak 4 orang (28.6%) iaitu responden yang berjaya menjawab dengan betul dan 10 orang (71.4%) menjawab dengan salah. Manakala item 2 menunjukkan
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS seramai 5 orang responden (35.7%) menjawab dengan betul dan 9 (64.3%) orang menjawab dengan salah. Item 4 mencatatkan skor sebanyak 8 orang responden (57.1%) menjawab betul dan 6 orang responden (42.9%) memilih jawapan yang salah. Gambar 6: Penilaian penguasaan murid bagi kedudukan sebelum inovasi dijalankan. Jadual 5 : Kedudukan Selepas Inovasi Dijalankan Soalan Bilangan Betul Bilangan Salah Sambung huruf supaya menjadi perkataan 10 4 Tulis perkataan yang berikut dalam huruf Jawi 9 5 Cerakinkan perkataan Jawi kepada huruf 12 2 Pilih huruf yang sesuai berdasarkan gambar 11 3 Berdasarkan Jadual 5 pula yang menunjukkan kedudukan inovasi selepas ditadbir. Bagi Item 1 Sambung huruf supaya menjadi perkataan adalah 10 orang (71.4%) yang menjawab dengan betul, manakala selebihnya 4 orang (28.6) menjawab dengan salah. Item 1 menunjukkan peningkatan skor dari 4 kepada 10. Item 2 Tulis perkataan yang berikut dalam huruf Jawi adalah 9 orang (64.3%) menjawab dengan betul manakala selebihnya 5 orang (35.7%) menjawab dengan salah. Item 2 pula menunjukkan peningkatan skor daripada 5 kepada 9. Item 3 Cerakinkan perkataan yang berikut dalam
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS huruf Jawi adalah 12 orang (85.7%) manakala selebihnya ialah 2 orang (14.3%). Item 3 menunjukkan peningkatan skor daripada 4 kepada 12. Item 4 Pilih huruf yang sesuai berdasarkan gambar adalah seramai 11 orang (78.6%) yang menjawab dengan beul, manakala selebihnya 3 (21.4%) orang menjawab dengan salah. Item 4 menunjukkan peningkatan skor daripada 8 kepada 11. Gambar 7: Suasana kedudukan semasa inovasi dijalankan.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Gambar 8: Penilaian penguasaan murid bagi kedudukan selepas inovasi dijalankan. Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Penggunaan e-JARVIS sebelum selepas KESAN PROJEK DARI ASPEK KEMAHIRAN IR 4.0 Projek inovasi e-JARVIS ini dihasilkan dengan mengimplimentasikan elemen digitalisasi dan gamifikasi dalam pembelajaran. Hal ini dapat menunjukkan kesediaan produk ini untuk mendepani perubahan gelombang pendidikan kea rah digitalisasi serta membawa konsep
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dengan berkesan. Hal ini terbukti apabila murid berjaya mengikuti setiap tahap yang terkandung di dalam modul ini dengan baik dan mudah. Produk inovasi ini berjaya mengoptimumkan aplikasi teknologi digital termasuk video pembelajaran, penyampaian manual pengguna secara digital, aktiviti pembelajaran dan pengukuhan secara atas talian yang berbentuk permainan serta penguasaan asas kemahiran computer riba secara tidak langsung. Kemahiran Jawi yang diperolehi juga merupakan asas kepada penguasaan linguistik seiring dengan keperluan yang terkandung dalam kemahiran IR 4.0. Penggunaan kod QR memudahkan pengguna mengakses aktiviti modul e-JARVIS melalui mana-mana gadjet. Dari segi peningkatan kemahiran social pula, pelaksanaan aktiviti modul eJARVIS ini dapat dijalankan secara koperatif dan individu. Peningkatan kemahiran sosial berlaku sekiranya permainan ini dilaksanakan secara koperatif di mana guru dapat mempelbagaikan kaedah penggunaan modul ini baik semasa sesi pembelajaran, pengukuhan, pemulihan atau penilaian. PERBELANJAAN KOS OPERASI INOVASI Produk inovasi yang dihasilkan ini tidak memerlukan sebarang kos yang tinggi untuk dihasilkan. Ianya hanya memerlukan perisian Canva dan aplikasi dalam talian yang boleh digunakan secara percuma. PERLUASAN/KOMERSIAL Produk inovasi yang berfokuskan kepada subtema PdP ini juga disasarkan dapat menjadi bahan rujukan pembelajaran bagi tahap awal pembelajaran dan pemulihan kemahiran Jawi dalam subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia khususnya.Modul yang ringkas, padat dengan lengkap dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan ini dijangka mampu mendapat sambutan khususnya melalui pasaran di dalam negara. Antara pencapaian yang diperoleh produk inovasi e-JARVIS. i. Produk inovasi memperoleh Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Mega Institut Pendidikan Zon Tawau 2022 (INOMEG2022). ii. Anugerah Khas Platinum, Pertandingan Inovasi Mega Institut Pendidikan Zon Tawau 2022 (INOMEG2022).
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS iii. Anugerah Perak melalui Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan kategari Inovasi IPG Zon Sabah. (INOPEK2023) iv. Anugerah Emas, Inovasi Dalaman Peringkat IPG Kampus Tawau. (InoDal2023) v. Pengiktirafan Hak Cipta Harta Intelek MyIPO 2023 Gambar 9: Pencapaian diperoleh oleh produk inovasi di pelbagai peringkat PENUTUP Kesimpulannya, penggunaan e-JARVIS dalam membantu murid menguasai kemahiran asas Jawi membantu guru sebagai pemudah cara untuk menyampaikan pengetahuan kepada murid. Penerapan berkaitan pengenalan huruf Jawi dan kaedah menyambung huruf Jawi dapat diterapkan secara langsung dengan memberi pendedahan berbentuk aktiviti tentang keadaan huruf yang membenarkannya bersambung atau tidak bersambung dalam satu perkataan. Selain itu, penggunaan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga memberikan kelebihan pembelajaran bermakna kepada murid. Produk eJARVIS turut menggabung jalin pengetahuan subjek Bahasa Melayu menunjukkan kompetensi murid menjalani pembelajaran pengetahuan yang pelbagai.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS RUJUKAN Ab Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu‛allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1), 2010. Bhasah Abu Bakar et al. 2012. Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-QAF dalam kalangan pelajar tingkatan 1 – Satu kajian kes. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012. Johor Bahru: The Zon Regency By The Sea Johor Bahru. Brock, A., Dodds, S, Jarvis, P. & Olusoga, Y. (2009). Perspectives on play: Learning for life. London: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Bahagian Pendidikan Islam. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan). Kuala Lumpur: Penulis Mardhiyyah Md Sahmilin. (2012). Penggunaan ‘Kaedah Tiru Macam Saya’ membantu menyambung huruf Jawi tunggal dalam kalangan murid tahun tiga. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012. Murni Hashim. (2013). Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menjawikan perkataan rumi murid tahun 2 dengan menggunakan sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi dan Jadual Kelompok Huruf Jawi. Ipoh: SK Raja Chulan. Nur Syamira Abd Wahab et al. 2016. Aplikasi permainan bahasa bermultimedia ke arah memacu peningkatan kefahaman al-Quran
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS dan Jawi. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization. Vol. 1, No. 1, 2016. Pong Feng, C., & Mohd Fikri, I. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid D prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 14–25. Routledge. Saiful Bahari Abdul Rahman & Mazlan bin Ibrahim. (2019). Tahap Dan Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Jawi Dikalangan Murid Tahun Enam Di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong. Jurnal AtTahkim. 9(11), 2-6. https://attahkimjournal .com/wpcontent/uploads/SAIFUL-BAHRI.pdf Siti Fatimah Saufee. (2006). Penguasaan tulisan Jawi di kalangan muridmurid tahap satu di sekolah rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Rajang Bintangor, Sarawak. Suhana Abd Hamid, Ahamd Marzuki Mohamad & Azman Ahman. (2016). Statistik Penguasaan Jawi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama. International Journal of Humanities Technology and Civilization. 1(2), 50-63. https://journal. ump.edu.my/ijhtc/article/download/814/150/1793 Syed Salim Syed Shamsuddin. (2018). Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. Usim.edu.my. https://doi.org/0127-7871 tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS Zakiah Mohamad Ashari & Mohamad Kamis Baharuddin. (2016). Pedagogi berasaskan bermain di prasekolah: Satu kajian meta analisis. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 3 rd International Education Postgraduate Seminar 2016. 18-19 Disember, 2016. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Zakiah Mohammad, Azlina Kosnin & Yeo, K. J. (2013). Keberkesanan Modul Belajar Melalui Bermain terhadap kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak prasekolah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam 2 nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 7-10 Oktober, 2013, Johor Bahru.
Laporan Projek Inovasi e-JARVIS