The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarahaisyah87, 2022-07-10 07:39:52

MINIT 1 2022 BA PDF

MINIT 1 2022 BA PDF

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB
BIL 1 / 2022

Tarikh : 29 Mac 2022 (Selasa)

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Pusat Sumber SKSU

Pengerusi : Pn.Mazlina Binti Othman
(Ketua Panitia Bahasa Arab)

Kehadiran (Bilangan) : 6/6
Pn.Zuraidah Binti Ahmad
Turut Hadir : (Guru Penolong Kanan 1)

Hadir

1 Pen.Kanan Pentadbiran : Puan Zuraidah Binti Ahmad
2. Ketua Panitia Pendidikan Islam
3. Setiausaha Panitia Pendidikan Islam : Puan Mazlina Binti Othman
4. Bendahari Panitia Pendidikan Islam
5. Ahli Jawatankuasa : Puan Syarah Aisyah Binti Sudarma

: Puan Siti Khairul Murni Binti Abdul Rahman

: En Muhammad Irwan Bin Abd Khadip
: Cik Yuhana Binti Hamid

I. UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan Salam dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru kerana
menghadiri Mesyuarat Panitia Bahasa Arab kali Pertama,semoga mesyuarat petang ini
berjalan dengan lancar.

2. Pengerusi mengharapkan semua ahli dapat memberi kerjasama bagi menjayakan
semua program panitia yang telah dirancang untuk sesi 2022/2023.

3. PK1 Pn Zuraidah mengucapkan terima kasih kepada semua GBA ,dan menyampaikan
salam daripada Pn Guru Besar kepada semua GBA .pada mesyuarat kali pertama ini.

4. Beliau juga mengharapkan mesyuarat panitia perlu dilaksanakan kerana mesyuarat
panitia penting dan merupakan tulang belakang kepada unit kurikulum untuk
peningkatan murid.

5. Beliau memaklumkan akan adakan anugerah kepada panitia yang dapat menyelesaikan
serta melengkapkan fail panitia dengan baik dan cemerlang.

Untuk makluman semua guru GBA

II) MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LALU

6. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

6.1 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Syarah Aisyah Binti Sudarma
6.2 Disokong untuk pengesahan oleh Puan Siti Khairul Murni Binti Abdul Rahman

III) PERKARA BERBANGKIT

7. Pengerusi memaklumkan berkaitan duit perbelanjaan yang berbaki pada tahun 2021
Sebanyak Rm 300.00 itu sudah digunakan untuk membeli barang Panitia

Untuk makluman semua guru GBA

IV) PENGURUSAN MATAPELAJARAN DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN
TERANCANG

8. Pengerusi memaklumkan kepada semua Ahli GBA supaya dapat menyediakan bahan
pengajaran dan Pembelajaran terkini seperti DSKP,RPT,Kontrak Latihan, Rekod
Perkembangan Murid,dan RPH yang lengkap dan dihantar kepada pihak Pentadbir
untuk disemak. Pada 7/4/2022 .Bahan tersebut boleh diambil daripada group
telegram Panitia untuk rujukan.

Tindakan: semua guru GBA

9. Untuk tahun 2022,semua murid tahap 2 menggunakan buku aktiviti yang dibeli daripada
pembekal.manakala murid tahap 1,menggunakan buku aktiviti kerja yang disediakan
oleh KPM.(buku latihan tulis sekolah juga digunakan seperti biasa seperti tahun
sebelumnya)

Tindakan:Semua guru GBA

V) PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PENGAJARAN GURU DIURUS SECARA
TERANCANG.

10. Pn.Zuraidah selaku PK1 memaklumkan setiap program yang dirancang mesti
memerlukan:

10.1) PLAN - Mesti ada kertas kerja.

- Mesti namakan program yang dibincangkan.

10.2) DO - Laporan Program yang telah dilaksanakan

10.3) CHECK - Kekuatan Program

- Kelemahan Program

- Ulasan Program

- Penambahbaikan Program

10.4) ACTION - Maklum Balas Program Murid dan Guru

Untuk Makluman Semua GBA

11. Pengerusi telah menyediakan takwim tugasan kepada semua ahli Panitia untuk
melaksanakan segala program Panitia.diharap semua Ahli Panitia Bahasa Arab dapat
memberi kerjasama didalam setiap Program Panitia yang dirancang.

12. Pengerusi juga memaklumkan antara 4 program peningkatan guru yang dirancang oleh
panitia Bahasa Arab adalah:

12.1) Program Guru Naqish Mudarris
12.2) Program Guru Tobib Tullab.
12.3) Program Pemantapan Rohani “Tazkiyyah nafs ”
12.4) Program Guru Pemurnian Data.

Untuk Makluman dan Tindakan Semua GBA

13. PK 1 memaklumkan setiap program yang dilaksanakan mesti ad ‘one page report’
(laporan program)dan mesti lengkap dengan borang maklum balas@
Menggunakan secara google form.

Tindakan:Semua GBA

VI) PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID DI URUS SECARA
PROFESIONAL DAN TERANCANG

14.Panitia Pendidikan Islam juga merancang beberapa Program Peningkatan untuk pencapaian
murid antaranya ialah:

14.1) Program Murid Tahbibul Lughah
14.2) Program Murid Tafaqquh Fil Arabiah
14.3) Program Murid Minggu Bahasa Arab.
14.4) Program Murid Taakhi (GURU MUDA)

Untuk Makluman Semua Guru GBA

15. Pn Aida selaku PK1 memaklumkan mengenai dialog Prestasi data jQAF bagi sessi
2021,hasil dapatan daripada PPD Kulim Bandar Baharu,beliau memperingatkan kepada
semua Ahli panitia supaya membuat semakan bersama pentadbir sebelum di hantar,

Untuk Makluman dan tindakan Semua GBA

VII ) BANTUAN GERAN PER KAPITA MATAPELAJARAN DIMANFAATKAN SECARA
SISTEMATIK DAN TERANCANG.

16. Pn Mazlina selaku Ketua Panitia Bahasa Arab memaklumkan PCG Panitia Bahasa Arab
untuk tahun 2022 berjumlah rm 1500.00

17. Beliau juga memaklumkan kepada Ahli Panitia Bahasa Arab bahawa setiap program
yang akan dilaksanakan mesti merancang jumlah perbelanjaan terlebih dahulu.

18. Baki duit pada tahun 2021,telah dgunakan membeli bahan/barang keperluan panitia
Bahasa Arab,semua ahli panitia boleh dapatkan keperluan tersebut daripada ketua
panitia.

19. Beliau memaklumkan juga Duit PCG Panitia Bahasa Arab akan digunakan untuk
program-program panitia yang telah dirancangkan.

Untuk Makluman Semua GBA

VIII) HAL-HAL LAIN

20. En Mohd Fauzi bin Ismail, selaku penyelaras untuk program
Ihya Ramadhan,memaklumkan perancangan program di bulan Ramadhan seperti yang
dirancang iaitu mengadakan Tazkirah ringkas pada waktu pagi sebelum berwaktu Pdp
bermula,tazkirah tersebut dikendalikan oleh guru-guru Pantia Bahasa Arab secara
siaraya(dlm interkom sekolah).

21. Beliau juga mencadangkan akan melaksanakan tadarus Al-Quran bermula pada minggu
ke-2 (bulan puasa).

Untuk Makluman dan tindakan Semua GBA

22. Pk 1,mengucapkan tahniah kerana telah melaksanakan mesyuarat panitia kali
Pertama untuk sessi 2022\2023 ,harapan dari beliau dapat membuat program murid
kerana akan memberi impak kepada murid dan sekolah SKSU.
.
Untuk Makluman Semua GBA.

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir untuk
mesyuarat panitia kali Pertama untuk sessi 2022/2023.
.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 Petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

...................................................... ......................................................

(Pn.Syarah Aisyah Binti Sudarma ) (Pn Mazlina Binti Othman)
Setiausaha Bahasa Arab, Ketua Panitia Bahasa Arab
Sek.Keb.Sungai Ular Sek.Keb.Sungai Ular

Disahkan oleh:

..........................................

( Pn. Norzita Binti Abdulla )
Guru Besar
SK Sungai Ular


Click to View FlipBook Version