The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Eja., 2022-11-27 00:36:45

MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

KEISTIMEWAAN PENCIPTAAN CAP JARI MANUSIA

MPU23052: SAINS, TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN ISLAM

SESI: 1 2022/2023

NAMA PENSYARAH:
EN MOHD LOKMAN BIN AHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN:
ZARIS SAFIZA BINTI ZULKIFLI (14DTK20F1046)

NURIN NABIHAH BINTI YAZID (14DTK20F1049)

TAJUK:

KEISTIMEWAAN PENCIPTAAN CAP
JARI MANUSIA

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada
mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung
jari. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung
dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin
ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air)
dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul
tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan
cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada
permukaan yang agak licin seperti kad cap jari. Cap
jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar
bagi mengenal pasti individu secara unik, tetapi ia
lebih kepada seni berbanding sains. Di Malaysia, setiap
warganegara akan diambil cap ibu jari kanan dan kiri
untuk penyediaan kad pengenalan. Kad pengenalan ini
mempunyai rekod pemegang seperti nama, tarikh lahir,
alamat, cap jari dan juga gambar.

DEFINISI
CAP JARI

DARI SUDUT PERUNDANGAN

Cap jari ialah kesan atau cap bagi bahagian kulit termasuk
keseluruhan permukaan cap tapak tangan dan keseluruhan cap tapak kaki
dan termasuklah ruas-ruasnya. Oleh itu, pihak pendaftaran jenayah
boleh membuat perbandingan cap tapak tangan dan kaki. Sebaliknya,
tanpa definisi tersebut, hanya cap jari pada bahagian ibu jari yang
boleh membuat perbandingan.

DARI SUDUT SAINS

Cap jari dari sudut sains ialah perbezaan kontur jaluran kasar
(friction ridge) di antara jalur yang timbul dan lurahnya. Jalur yang
timbul ini ialah susunan barisan liang-liang peluh yang bercabang,
melintas atau terputus yang membentuk ciri unik tersendiri. Jalur-
jalur ini asalnya adalah pulau-pulau (titik) yang mempunyai liang-
liang peluh yang tersusun dalam satu barisan. Pulau-pulau ini pula
lama kelamaan bercantum membentuk garisan dan jalur cap jari. Proses
ini berlaku ketika janin berumur 4 bulan di dalam rahim ibu dan
lengkap sepenuhnya pada bulan ke-6. Manakala fungsi kulit cap jari
ialah untuk melindungi bahagian dalam badan, mencengkam dari
kegelinciran dan yang paling penting ialah sebagai pengesahan
identiti (signature) seumur hidup.

JENIS-JENIS
CAPJARI

CAP JARI TEKAPAN (IMPRESSION)

Terjadi apabila jari bersentuhan atau menekan sesuatu barang dan
terdapat kesan tekanan cap jari pada barang tersebut. Kesan sebegini
mungkin boleh dijumpai pada objek yang baru dicat, gam di atas sampul
surat dan setem, pada benda yang mudah cair seperti coklat, di atas
pita pelekat, minyak, tepung dan sebagainya.

CAP JARI NAMPAK (PATENT PRINT)

Sering dilakukan oleh seseorang samada secara sedar atau tidak sedar,
contohnya rakaman cap jari menggunakan dakwat. Apabila jari ditekan
pada permukaan yang berdakwat, dakwat tersebut melekat pada ibu jari
akibat daripada sentuhan yang berlaku. Kemudian apabila jari tersebut
ditekan pada tempat yang bersih, kelihatan kesan cap jari berada pada
permukaan tersebut dengan struktur pada permukaannya adalah jelas.
Kesan cap jari ini juga boleh kelihatan apabila seseorang menggunakan
bahan-bahan lain seperti minyak, bahan berwarna, tepung dan
sebagainya.

CAP JARI PENDAM (LATENT PRINT)

Terhasil apabila perpindahan berlaku semasa jari menyentuh sesuatu
dan akan meninggalkan kesan-kesan jalur halus. Kesan ini adalah
mengandungi kandungan perpeluhan, struktur lemak dan lain-lain
bendasing yang dihasilkan oleh kelenjar peluh di hujung jari. Jalur-
jalur yang ditinggalkan samada boleh dilihat ataupun tidak boleh
dilihat. Jalur-jalur yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar
boleh ditimbulkan dengan penggunaan bahan kimia dan teknik-teknik
tertentu.

BENTUK
CAPJARI



TEKNIK MENGESAN
CAPJARI

TEKNIK PENGHABUKAN (DUSTING)

Teknik yang paling popular digunakan untuk mengesan cap jari di
tempat kejadian jenayah iaitu dengan menyapu habuk karbon atau
aluminium dengan berus lembut halus ke atas permukaan yang disyaki
mempunyai cap jari. Setelah cap jari ini ditimbulkan oleh habuk,
polis akan mengambil gambar cap jari tersebut ataupun
mengangkatkannya dengan menggunakan pita lekat lutsinar (transparent
adhensive tape) untuk direkodkan

TEKNIK SUPER GLUE

Teknik ini adalah kaedah kimia untuk menimbulkan cap jari pendam.
Nama sebenar bagi bahan kimia ini ialah Cyanoacrylate dan boleh
didapati dalam bentuk cecair serta bersifat tidak larut dalam air.
Stabil pada suhu bilik dan perlu dijauhi dari suhu yang sangat tinggi
dan pancaran yang sangat tinggi. Elakkan juga dari agen pengoksidaan,
alkohol, air, amina asid dan peroksida. Pastikan memakai agen
keselamatan iaitu pelindung mata dan muka bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan yang tidak diduga seperti radang mata, kulit dan sistem
pernafasan.

FAKTA SAINTIFIK
PENGGUNAAN
CAPJARI

Setiap jari individu mempunyai bentuk urat jari yang unik dan
tiada pendua pada mana-mana jari yang lain. Bentuk dan sifat-sifat
jalur pada cap jari adalah kekal sehinggalah ia reput setelah
berlaku kematian dan fakta ini juga benar pada jari kaki, tapak
tangan serta tapak kaki.
Cap jari timbul disebabkan oleh kesan peluh yang keluar melalui
liang-liang halus pada permukaan jari apabila bersentuhan dengan
objek. Oleh sebab itu, apabila jari yang telah disapu dengan
dakwat dilekapkan pada kertas maka corak yang terjadi pada kertas
akan mengikut corak garis-garis timbul yang terdapat pada
permukaan jari tersebut.
Cap jari manusia kekal dan tidak berubah sepanjang hayat dan akan
kembali serupa seperti asal walaupun setelah berlaku kecederaan
apabila ia sembuh.
Cap jari sering kali digunakan untuk mengenal pasti identiti
penjenayah apabila cap jari dapat dikesan di tempat kejadian.

AYAT KAUNIYAH DAN TERJEMAHAN
SURAH AL-QIYAMAH AYAT 4

TAFSIR IBNU KATSIR

APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHWA KAMI TIDAK AKAN
MAMPU MENGUMPULKAN TULANG BELULANGNYA? SUDAH
PASTI KAMI AKAN MENGUMPULKANNYA SEKALIGUS MAMPU
UNTUK MENYUSUN JARI JEMARINYA. DENGAN KATA LAIN,
KEKUASAAN KAMI MAMPU UNTUK MELAKUKAN PENGUMPULAN
TERHADAPNYA. DAN JIKA MENGHENDAKI, KAMI MAMPU
MEMBANGKITKANNYA DENGAN MENAMBAHKAN LEBIH DARI
APA YANG ADA PADANYA SEBELUMNYA, LALU KAMI AKAN
MENJADIKAN HUJUNG JARI-JEMARINYA SAMA RATA.

KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh, cap jari manusia menyimpan
banyak keajaiban yang kita tidak tahu selama ini. Segala
sesuatu penciptaan Allah menunjukkan kebesarannya dan
orang yang beriman akan menundukkan pandangan hati
kepada kebesaran Allah.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Jathiyah ayat 1-6
‫) وفي‬3( ‫) إن فى السموت والأرض لأيت للموءمنين‬2( ‫) تنزيل الكتاب من الله العزيز الحكيم‬1( ‫حم‬
‫) واختلف اليل والنهار وما أنزل الله من السماء من رزق‬4(‫خلققكم وما يبث من دابة ءايت لقوم يوقنون‬
‫) تلك ءايت الله نتلوها عليك بالحق فبأي‬5( ‫فأيا به الارض بعد موتها وتصريف الريح ءايت لقوم يعقلون‬
6( ‫)حديث بعد الله وءايته يوءمنون‬.
Maksudnya: Haa Miim.(1) Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.(2) Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar
terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman.(3)
Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang
bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum
yang meyakini(4) dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang
diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi
sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda
(kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.(5) Itulah ayat-ayat Allah yang
Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah
lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-
Nya.(6)


Click to View FlipBook Version