• Animisme adalah salah satu sistem kepercayaan primitif yang telah ada
sejak zaman prasejarah.
• Perkataan animisme berasal dari bahasa Latin anima yang ertinya nyawa,
jiwa, atau roh.
• Penganut kepercayaan animisme percaya bahawa setiap benda di muka
bumi mempunyai roh yang harus dihormati agar tidak mengganggu
manusia.
• Teori animisme pertama kali dikemukakan oleh E.B. Taylor, sarjana aliran
evolusionisme Inggris, yang mengatakan bahawa segala yang ada di dunia ini adalah
bernyawa.
• Terdapat dua keyakinan pokok yang terkandung dalam teori animisme, iaitu:
- Yakin ada jiwa pada setiap makhluk hidup yang dapat terus wujud, walaupon makhluk
tersebut sudah mati atau tubuhnya dibinasakan.
- Yakin ada banyak roh yang berpangkat-pangkat, dengan para dewa sebagai
puncaknya.
• Kepercayaan seperti ini kemudian berkembang menjadi penyembahan kepada roh-roh,
dan untuk menghindari kemarahan roh biasanya diadakan ritual tertentu.
Perspektif Sunnah
• Sunnah juga membincangkan ilmu sosiologi,khususnya bidang
antropologi. Fakta tentang alam ghaib dikemukakan berlandaskan
sumber samiyyat iaitu al-Quran dan Sunnah.
• Elemen terpenting dalam animisme adalah roh dan jiwa.
• Manusia tidak boleh membuat teori dan andaian tentang roh
melainkan dibimbing dengan wahyu.
• Rasulullah SAW pernah ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat
roh danciri-cirinya. Baginda hanya mendiamkan diri sehinggalah
turunnya firmanAllah (al-Isrā’ 17: 85)
• Contohnya di Indonesia pada suku Ngaju di Kalimantan, mereka menganggap roh nenek
moyang sebagai orang yang menjaga kelestarian kampung, sungai, dan sawah.
• Manakala Suku Toraja pula mempercayai bahawa roh nenek moyang adalah penjaga serta
pelindung, bahkan tanpa restunya hidup akan mengalami musibah dan bencana.
Kesimpulan
• kaum ini sebenarnya mempunyai peraturan-peraturan hidup bermasyarakat seperti kumpulan
manusia yang lain.
• Mereka sebenarnya mempunyai sistem peraturan berbentuk pantang larang dan tabu yang
amat kompleks yang menjadi asas kepada ajaran Animisme turun temurun dan jika
diperhalusi, setiap peraturan dan pantang larang mereka mempunyai hubungkait dengan
penjagaan alam sekitar.
• Mereka amat menghormati unsur-unsur alam semulajadi kerana takut ditimpa malapetaka
disebabkan kemarahan roh-roh moyang, semangat dan makhluk halus.
• Malah kaum ini juga sangat menitikberatkan hubungan yang mesra dengan alam sekitar.
Fahaman Animisme yang kaya dengan pantang larang yang dianuti oleh orang Mah Meri ini
telah membentuk jati diri serta moral dalam masyarakat mereka serta mengatur cara mereka
menjalankan kehidupan dan berhubung dengan alam dan manusia lain.
Rujukkan
• http://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-
content/uploads/2017/02/9II07.pdf
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia
• https://www.researchgate.net/publication/341447655_JKA_321_-
Agama_dan_Masyarakat
• https://www.kompas.com/stori/read/2021/05/04/181444879/kepercayaan-
animisme-pengertian-sejarah-dan-contohnya