Agama dan Kepercayaan (Hindunisme)
MPU 2152 - Pengajian Malaysia
Muhammad Shahbaitull Ikmal bin Azuan (J04DTS20F502)
Ahmad Aminnuddin bin Azman (J04DTS20F515)
Nurul Ayunni binti Badrul Hisyam (J04DTS20F508)
Pengenalan Agama Hindu
• Satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India
dan kawasan sekeliling yang berhampiran.
• Agama tertua yang diketahui di dunia.
• agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih
kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta
daripada bilangan itu tinggal di India.
• Kitab utama agama ini ialah Veda yang dibahagikan
kepada empat kitab utama iaitu Rig Veda, Yajur Veda,
Sama Veda dan Atharva Veda.
• dikenali sebagai Ārya Dharma dan orang-orang yang
menganuti agama ini dikenali sebagai Āryan.
Pendudukan asal mereka ialah di wilayah Punjab.
• orang Aryan berasal dari kawasan Artik, sesetengah
mengatakan Asia Tengah, dan segelintir mengatakan
Mediterranean dan sebagainya.
Sejarah awal di Malaysia
• Antara agama terawal yang berada di Malaysia.
• Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di
selatan India pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang
bekerja sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropa.
Penduduk minoritas India ini dibawa ke Malaysia dari utara India
dan Sri Lanka.
• Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil
Nadu) diperkerjakan oleh pihak Inggris dan sekutu mereka di
Pulau Pinang, Singapura dan Kuala Lumpur waktu itu. Mereka
yang bekerja di Pulau Pinang menyumbang pertubuhan hak asasi
masyarakat Tamil dan India di Malaysia.
Kebudayaan
• Mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan
mereka yang dibawa dari India.
• Kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan kediaman
mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka.
• Menganuti mazhab Shaivisme sebagaimana tradisi di India
Selatan. Namun, banyakan kuil di Malaysia ialah kuil Dewa
Subrahmaṇya dan Dewi Mariamman.
• Selain itu, dewa-dewa kecil seperti Madurai Veeran dan
Karuppan juga telah dibina di kawasan-kawasan ladang.
Kitab-kitab suci
• Veda atau Śruti.
• Veda ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada
golongan Rishi. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia
wujud dan didengar oleh golongan Rishi.
• Veda dikenali sebagai Ṥruti (bermaksud sesuatu yang
'didengar')
• Veda ialah apauruṣeya bermaksud bukan ciptaan
manusia. Perkataan Sanskrit Veda bermaksud ilmu.
• Brahmacharya ialah pengumpulan tenaga dengan mengawal nafsu syawat.
• Menurut golongan Rishi, seseorang yang mengawal nafsu syawatnya dan
tidak membazirkan tenaga dengan aktiviti seksual akan mempunyai daya
ingatan yang tinggi
• Amalan Brahmacharya juga memanjangkan usia dan memberikan dhāranā
sakti – kebolehan untuk memahami intipati kitab-kitab suci.
• Orang pertama yang mula-mula mengumpul dan menyusun ayat-ayat suci
Veda ialah Krishna Dvaipayana (juga dikenali sebagai Veda Vyasa). Baginda
menyusun ayat-ayat suci ini kepada empat Veda – Rig Veda, Sāma Veda,
Yajur Veda, dan Atharva Veda.
• Smṛiti
• Smriti juga mempunyai maksud teknikal
• Ayat-ayat suci Veda adalah otoriti yang mutlak. Smriti pula ialah
otoriti sekunder.
• buku undang-undang atau manual rukun kehidupan untuk orang
Hindu. Antara buku undang-undang purba ini, buku Manu adalah
yang paling popular.
• Yajnavalkya, Baudhayana, Apastambha, Vashishtha dan
Gautama ialah para penggubal undang-undang zaman purba.
Raghunandana ialah penggubal undang-undang Hindu moden.
• Purāṇa
• Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran Veda
dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh
manusia biasa. Purāṇa wujud dalam bentuk cerita dan
perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular
ialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu
Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa.
Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan
masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.
Gambar kitab-kitab
KITAB VEDA / SRUTI KITAB SMRITI KITAB PURANA
Pendidikan
• Sekolah khusus orang Tamil atau di "sekolah
kebangsaan".
• Sistem pendidikan di Malaysia membolehkan bahasa
Tamil menjadi bahasa pengantar di "sekolah rendah jenis
kebangsaan Tamil" (SRJKT).
• Kebanyakan sekolah rendah Tamil terletak di ladang-
ladang dan hampir semua pelajarnya dari kaum India
yang tinggal di ladang tersebut.
• Subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda
mereka iaitu bahasa Tamil.
Gambar Tempat Pendidikan di Malaysia
Ritual
• Bertujuan untuk menyucikan hati dan pemikiran manusia.
• Sejak zaman Atharva Veda dan kemudiannya dalam Tantra,
memang wujud beberapa upacara sihir. Upacara-upacara amal ini
adalah untuk memusnahkan musuh seseorang, untuk mencapai
sesuatu benda, untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau
untuk mengelakkan nasib buruk.
• Proses menghidupkan imej (prana-pratishtha) dengan jelas
menunjukkan bagaimana ritual dapat membantu asimilasi idea
ketuhanan jiwa secara beransur-ansur.
Penyembahan berhala
• menyembah Tuhan dalam bentuk tertentu seperti imej
berhala.
• Imej-imej seperti patung dan gambar ialah hanya
pelbagai simbol-simbol keagungan dan kesaktian Tuhan.
• Dengan menggunakan simbol-simbol yang konkrit, orang
Hindu cuba untuk berhubung dengan Tuhan atau Ishvara
yang sukar difahami.
Kuil Hindu
• Di Selangor terdapat 960,000 orang India dengan 1500
kuil sementara kaum Cina seramai 1.8 juta mempunyai
1015 tokong Buddha. Ada 27 buah gereja bagi 50,000
penganut Kristian.
• MIC tidak cukup berkesan memberi penerangan kepada
masyarakat India tentang situasi sebenar ini. Pelampau
Hindraf ini amat agresif dan sanggup mengambil tindakan
yang tertentu. Pilihan raya juga semakin dekat.
Sepatutnya MIC tidak menyembunyikan pendirian.
Kuil di Malaysia
Kuil Batu Caves Kuil Sri Raja Muneeswarar Kuil Sri Mariamman
Kesimpulan
• Kesimpulannya, setelah mempelajari dan mentelah segala etika dan moral
agama Hindu, kami dapat mengetahui sejarah awal, kebudayaan, jenis kitab,
pendidikan dan kuil yang terdapat di Malaysia. Selain itu, agama hindu juga
adalah agama yang ketiga terbesar di dunia dan agama yang tertua yang
ada di muka bumi ini.