The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsyuhada080, 2021-08-10 06:27:18

prosa klasik asal padi

prosa klasik asal padi

Prosa Klasik
Asal Padi

Isi Kandungan

01 Sinopsis 05 Gaya Bahasa

02 06Tema dan Persoalan Latar Masa dan Tempat

03 07Watak dan Perwatakan Latar Masyarakat

04 Plot 08 Nilai dan Pengajaran

2

01

sinopsis

sinopsis

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh
kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri
orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung
sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya
pula berlubang.Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang
mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan.
Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat
sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu
sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun
itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan
tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana
kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu

4

sinopsis

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil
segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta
izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi.
Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi,
Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di
bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di
kayangan telah hilang.Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi
hidup di bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung
pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan
tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu
menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi
Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam
pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah
tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.

5

02

Tema dan
persoalan

Tema

⊳ Tema prosa tradisional ini adalah
kebijaksanaan dalam menyelesaikan
masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam
usahanya mendapatkan padi dari
kayangan untuk dibawa pulang ke
bumi.

7

Persoalan

·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.
o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami
isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.

8

03

Watak dan
perwatakan

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Si Bongsu
-Seorang lelaki.
-Seorang anak yatim piatu.
-Anak bongsu daripada dua beradik.
-Seorang yang berani.

Watak dan Perwatakan

Watak Sampingan

Si Sulung Empunya Padi(orang kayangan) Burung Pipit

Abang Si Bongsu Seorang yang Berhati hati Seekor burung yang tidak jujur
Anak yatim piatu Seorang yang Bertimbang rasa Seekor burung yang licik
Seorang yang setia Seorang yang Baik hati
Anak yang cacat Seorang yang cerdik
Seorang yang gigih

04

plot

.Plot

i -Permulaan – Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta. Suami isteri tersebut telah meninggal dunia.
Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Anak sulung yang bernama Si Bongsu sudah agak besar tetapi

kakinya cacat.

ii -Perkembangan – Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang sedang mandi di kolam ikannya. Si Bongsu meminta izin
untuk mengikuti ketujuh-tujuh orang puteri itu ke kayangan. Setiba di kayangan, kesemua puteri itu hilang. Si Bongsu berasa
kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda berwarna kuning sedang dijemur di sebuah dusun. Pada sangkaan Si Bongsu benda

kuning itu ialah emas. Empunyanya memberitahu Si Bongsu benda kuning itu sebenarnya padi. Si Bongsu meminta sedikit padi
untuk ditanam di bumi. Permintaan Si Bongsu tidak diperkenankan, sebaliknya dia diberi nasi untuk merasai keenakan nasi
tersebut.

iii-Klimaks – Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Empunya padi itu telah mengejar Si
Bongsu. Empunya padi telah menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan membanting Si Bongsu sehingga menyebabkan
tumitnya luka. Si Bongsu merayu kepada empunya padi untuk mengikutnya ke kayangan. Si Bongsu sanggup menjadi hamba
kepada empunya padi itu. Dia tidak dibenarkan melakukan pekerjaan lain kecuali menjaga dan mengawasi padi yang sedang
dijemur. Setelah beberapa lama berada di kayangan, Si Bongsu mendapat akal untuk menyorokkan beberapa butir padi di
lubang luka di tumitnya. Kemudian, Si Bongsu meminta izin pulang ke bumi. Permintaannya diperkenankan oleh empunya padi

itu setelah yakin bahawa Si Bongsu tidak mencuri padi di kampong.

iv-Peleraian – Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam padi dan mengeluarkan hasil yang
menyenangkan. Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup. Empunya padi itu menghantar burung pipit ke bumi untuk

melihat sama ada padi ada ditanam atau tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi bahawa tiada padi yang ditanam di
bumi. Empunya padi tidak mempercayai katakata burung pipit itu. Dia menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke bumi semula.

Akhirnya, burung pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana berbohong kepada empunya padi.

13

05

Gaya bahasa

Gaya Bahasa

⊳ Peribahasa
⊳ Kata ganda
⊳ Imej alam
⊳ Hiperbola
⊳ simile

15

06

Latar masa
dan tempat

Latar masa Latar tempat

.Waktu siang .Di kampong
- Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal
-Contoh: di kampung dan menguruskan ternakan
Didapatinya dekat kolam ikan bagi menampung keperluan
kolam itu ada tujuh mereka.
orang wanita yang
baharu sahaja .Di Kayangan
selesai mandi dan - Contoh: Si Bongsu memakan tanaman
sedang bersiap-siap yang enak yang dipanggil padi di kayangan.
untuk berangkat
pulang. .Di kolam
- Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan
mandi di kolam ikan Si Bongsu.

17

07

Latar
masyarakat

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di
kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di
kolam tinggal di kayangan.

Masyarakat yang patuh kepada arahan.
o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri
patuh pada arahan empunya padi untuk turun
ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan
tanaman padi di bumi.

19

08

Nilai dan
pengajaran

Nilai

-Keberanian Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam
luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

-Kesetiaan Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya
dari kayangan

-Kepatuhan Burung terkuri patuh akan arahan empunya padi
untuk turun ke bumi bagi menyiasat

-Kebijaksanaan Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat
menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang
tidak akan diketahui oleh empunya padi.

21

Pengajaran

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.
o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan
padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.
o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka
di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

· Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.
o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil lagi.

Terima kasih

kumpulan 4
1 yale

23


Click to View FlipBook Version