KATA ALUAN GURU BESAR SK Assalamualaikum GEMBUT warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak –anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 Tahun 2024. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SK Gembut sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahu pun idea-idea yang bernas, sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPNJ, PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan. Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Gembut Kali Ke-34. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian, Selamat Maju Jaya
KATA ALUAN YDP PIBG SK GEMBUT Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada hari ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anakanak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersamasama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. Ahli jawatankuasa yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap, ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. Akhir kata, saya merakamkan setinggitinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34. Saya berharap, ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang akan dipilih dan dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.
ATURCARA MAJLIS 8.30 PAGI : PENDAFTARAN IBUBAPA DAN GURU 9.00 PAGI : BACAAN DOA OLEH USTAZ RIZAL BIN MOHD ZAINAL 9.05 PAGI : UCAPAN PENASIHAT CIKGU MOHAMED HAJAZI BIN ABDUL HAMID PENASIHAT/GURU BESAR SK GEMBUT 9.15 PAGI : UCAPAN EN. TUMIRAN BIN MUSLAN, YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023 / 2024 9.25 PAGI : UCAPAN YANG BERBAHAGIA EN. MOHD SAHRUL NAHAR BIN SABTU@ SAMURI KETUA AGENSI RANHILL SAJ SDN. BHD. DAERAH KOTA TINGGI 9.35 PAGI : PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 9.45 PAGI : PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KOMUNITI 10.00 PAGI : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -34 BERMULA 11.45 PAGI : CABUTAN BERTUAH 12.00 TGHARI : JAMUAN 1.00 TGHARI : BERSURAI AGENDA MESYUARAT AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG AGENDA 2 : MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34, 2024 AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2023/2024 AGENDA 4 : MEMBENTANG , MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 MEI 2024 AGENDA 5 : LANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SIDANG 2024/ 2025 AGENDA 6 : MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 34
AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 34 PENASIHAT : EN. MOHAMMED HAJAZI BIN ABDUL HAMID YANG DIPERTUA : EN TUMIRAN BIN MUSLAN KETUA BIRO KSIB : EN. SYED ABU BAKAR BIN SYED SALIM GPK PENTADBIRAN : CIK M.I.MASLINNI BT ISMAIL GPK HEM : PN. HAJJAH UMMU AIMAN BINTI HAJI AKIM GPK KOKURIKULUM : EN. MOHD ZAM BIN MOHD SAMURI SETIAUSAHA : EN. MOHD AMIN BIN IDERIS BENDAHARI : EN. MOHD NOR HASHRUL BIN SHARIFFUDDIN SENARAI KERJA NAMA AJK BIDANG TUGAS Sambutan dan Protokol • GPK • Semua AJK PIBG dan KSIB -Memastikan keseluruhan majlis berjalan seperti yang dirancang. -Menyambut ketibaan para jemputan dan ibu bapa. -Mengiringi jemputan vip menuju ke dewan sekolah. Pengacara Majlis • Pn Shofia binti Zulzaimi -Menjadi perantara majlis -Memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan hendaklah peka terhadap sebarang perubahan di sepanjang majlis jika ada. Pendaftaran • Cik Rahaayu Binti Hanifah • Cik Adlina Binti Ismail -Mengambil kehadiran ahli menggunakan QR code. -Mengedarkan pamplet Mesyuarat Agung PIBG. -Mengetahui jumlah kehadiran semasa. Persembahan Pelajar • En. Tengku Muhammad Bin Tengku Mahmud • Cik Siti Khadijah Binti Muhamad Lokman (Perarakan Masuk VIP dan AJK PIBG) -Menyediakan bunga mangga untuk ketibaan VIP -Melatih dan menyediakan pelajar untuk persembahan
SENARAI KERJA NAMA AJK BIDANG TUGAS Banner • Mohamad Nor bin Mohamed • Shahruramadzan bin Nyat -Menyediakan banner untuk majlis mesyuarat agung. -Mengantung dan menurunkan semula banner selepas majlis berakhir. Promosi • Siti Khairiah Binti Mahtar -Mempromosikan MAT PIBG melalui media massa dan tapak perhimpunan. PA System • Mohd Nor Hashrul bin Shariffuddin • Mohd Amin bin Ideris -Memastikan kawalan audio berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Jamuan VIP • Pn Noor Hayati Binti Wan Yusof • Pn. Faezah binti Sulaiman • Pn Haslinda binti Mohd Taib -Memastikan bilik jamuan dalam keadaan bersih dan kemas. -Menghidangkan makanan serta melayan para tetamu dengan baik. Mengemas kembali peralatan makanan selepas majlis. Jamuan Ibu Bapa dan Guru Pn Norzanah Binti Wagiron Pn. Shabariah Binti Ghazali Pn. Farah Syazwani bte Jalaludin. -Mengedarkan makanan kepada para guru. -Mengedarkan makanan kepada ibu bapa. -pelajar persembahan Buku Program VIP • Pn Shofia binti Zulzaimi • Pn. Supiah binti Bakri - Menyediakan 5 buku program dan mengedarkannya untuk tetamu VIP yang hadir. (color printed) - Menyediakan 30 buku program yang di fotostat. Buku Program Ibu Bapa • Mohd Amin bin Ideris • Pn Latifah Ulfa binti Johar - Mendapatkan maklumat yang perlu disertakan dalam buku program. - Menyiapkan buku dalam bentuk digital. Hiasan Pentas • Hjh Arinawati@Nadiah Bt Hj Mohd Nawi • Pn. Nadzrah Binti Musa • Nurhanis binti Ramli • Cik Nurul Hazirah binti Subakir -Memastikan pentas dihias dengan hiasan yang sesuai dan cantik. -Memastikan kawasan pentas digunakan dengan selamat. AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 34
SENARAI KERJA NAMA AJK BIDANG TUGAS Gimik Perasmian • Mohd Amin bin Ideris • Mohd Nor Hashrul bin Shariffuddin • Mohd Fairuz bin Munazah -Menyediakan simbolik perasmian -Menyediakan ruang tandatangan buku pelawat untuk perasmi Cabutan Bertuah • En. Tumiran bin Muslan • Pn. Nor Adibah Binti Roslan • Pn. Norashikin Binti Mahmood -Menyediakan hadiah cabutan bertuah -Menyediakan nombor cabutan bertuah di pamplet bersama puan supiah -Menguruskan cabutan bertuah semasa majlis Cenderahati • Pn. Siti Khadijah Binti Hashim • Cik Adlina binti Ismail -Menyediakan cenderahati untuk tetamu VIP. Persiapan Tempat Susunan kerusi dan Peralatan(semasa mesyuarat) • Mohd Amin bin Ideris • Pekerja Pembersihan Majlis Perasmian • AJK protokol • Mohd Amirul bin Saidi • Pekerja Pembersihan -Menyediakan/menyusun kerusi dengan teratur dan kemas. -Memastikan dewan dalam keadaan bersih sebelum dan selepas majlis. -Meja untuk mesyuarat agung. Dokumentasi & Montaj • En. Mohd Norhashrul Bin Shariffuddin • Cik Syazwani Ibzan Binti Ibrahim -Membuat rakaman foto semasa majlis berlangsung. -Menyediakan montaj Aktiviti 2023/2024 Doa • Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud -Membaca doa semasa pembukaan majlis. Pencalonan mesyuarat • Cik Fatin Nuryasmin Binti Zamzuri -Membuat catatan pencalonan semasa mesyuarat berlangsung Pencatat Minit • Pn. Rosmawati Binti Ismail • Ustazah Azlinab binti Iliyas -Membuat catatan semasa mesyuarat sedang dijalankan. -Mencatat nama AJK lantikan baru jika ada. AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 34
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA – GURU SESI 2022 / 2023 PENASIHAT EN. MOHAMMED HAJAZI BIN ABDUL HAMID YANG DIPERTUA EN TUMIRAN BIN MUSLAN NAIB YANG DIPERTUA EN. MOHD FUAD BIN YUSOF SETIAUSAHA EN. MOHD AMIN BIN IDERIS BENDAHARI EN. MOHD NOR HASHRUL BIN SHARIFFUDDIN AJK IBU BAPA CIK RAHAAYU BT HANIFAH PN. SHOFIA BINTI ZULZAIMI EN. MOHD FARHAN ADAM AZHAR CIK WAN NUR ALYA BINTI WAN MOHD ZAIN AJK IBU BAPA PN. FAEZAH BINTI SULAIMAN PN. NOR AISYAH BINTI MD SERAN PN. NORHANIS BINTI RAMLI EN. MUHAMMAD BIN MD YUSOF EN. ROSLAN BIN AHMAD EN. MOHD AMIN BIN ATAN PN. DAYANG SUHAINI BINTI MD YUSOP EN. SYED ABU BAKAR BIN SYED SALIM (KSIB) PN. FARAH SYAZWANI BINTI JALALUDIN (IBU BAPA) PN. SITI KHAIRIAH BINTI MAHTAR (GURU) PEMERIKSA KIRA-KIRA
BIL TARIKH KEHADIRAN AHLI 1. 21 JULAI 2023 15 daripada 19 orang yang hadir 2. 20 OKTOBER 2023 14 daripada 17 orang yang hadir 3. 25 JANUARI 2024 14 daripada 17 orang yang hadir 4. 17 MEI 2024 14 daripada 17 orang yang hadir BIL NAMA AJK PIBG MESY 1 MESY 2 MESY 3 MESY 4 1. EN. MOHAMMED HAJAZI BIN ABDUL HAMID / / / 2. EN. TUMIRAN BIN MUSLAN / / / / 3. EN. MOHD FOAD BIN YUSOF / / / / 4. EN. MOHD AMIN BIN IDERIS / / / / 5. EN. MOHD NOR HASHRUL BIN SHARIFUDDIN / / / 6. CIK RAHAYU BINTI HANIFAH / / / / 7. PUAN SHOFIA BINTI ZULZAIMI / / 8. EN MOHD FARHAN ADAM BIN AZHAR / / / 9. PN FAEZAH BINTI SULAIMAN / / / 10. CIK WAN NUR ALYA BINTI MOHD ZAIN / / 11. PUAN NORASHIKIN BINTI MAHMOOD / / / 12. EN. MOHAMMAD BIN MD YUSUF / / / 13. PN. NORHANIS BINTI RAMLI / / / 14. EN. ROSLAN BIN AHMAD 15. PN. NOR AISYAH BINTI MD SERAN / / 16. PN FARAH SYAZAWANI BINTI JALALUDIN / / / 17 PN SITI KHAIRIAH BINTI MAHTAR / / / 18 EN. MOHD AMIN BIN ATAN / / / 19 EN. SYED ABU BAKAR BIN SYED SALIM / / / / 20 PN DAYANG SUHAINI BINTI MD YUSOP / MAKLUMAT KEHADIRAN AJK PIBG SESI 2022 / 2023
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 33, 2023 / 2024
LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT 20 JUN 2023 – 20 JUN 2024 TARIKH PENDAPATAN JUMLAH TARIKH PERBELANJAAN JUMLAH MEI 2023 25/5 Sumbangan PIBG 2023 181 KELUARGA 5430.00 21 KELUARGA X 12/5 Bayaran makanan mesyuarat AJK pibg 50.00 JUMLAH KESELURUHAN KELUARGA= 202 Baki lepas persekolahan Sesi 2022 -2023 3482.50 16/5 Sumbangan hari guru 300.00 JUN 2023 6/6 Sumbangan Persatuan Peladang 300.00 9/6 Banner Mesyuarat Agung PIBG 120.00 13/6 Selenggara wayar & kipas dewan Hj Ahmad Hambali 1350.00 Sumbangan YB adun sedili 2000.00 15/6 Splitter & frame gambar 70.00 Bayaran tempahan makanan 500.00 Bihun Mesyuarat Agung PIBG (pn. Syikin) 300.00 Sumbangan hadiah dari PIBG (en. Tumiran) 344.00 20/6 Banner pertandingan story telling 160.00 26/6 Mini mixer & wireless microfon 122.00 JULAI 2023 11/7 Bayaran sumbangan ke MGB Zon Sedili (sekolah gred A) 50.00 Bayaran sumbangan ke MGB Zon Sedili (0.50 x jumlah murid) 128.00 OGOS 2023 1/8 Sumbangan kepada atlit merentas desa sekolah 300.00 13/8 Sumbangan kepada atlit olahraga sekolah 300.00 24/8 Sumbangan kepada majlis sambutan hari lahir sekolah 150.00 SEPTEMBER 2023 10/9 Sumbangan peribadi En. Misran 500.00 10/9 Beli berus cat gotong royong madani 36.00 OKTOBER 2023 1/10 Bayaran sewa khemah Kejohanan Olahraga Tahunan 500.00 19/10 Sumbangan PIBG keluarga murid Pra Sekolah (7 keluarga x RM30.00) 210.00
LAPORAN KEWANGAN Disediakan oleh MOHD NOR HASHRUL BIN SHARIFFUDDIN Bendahari PIBG SK Gembut NOVEMBER 2023 22/11 Sumbangan PIBG 30.00 27/11 Sumbangan kepada lawatan pra sekolah 500.00 DISEMBER 2023 7/12 Sumbangan kepada pasukan action song 200.00 10/12 Sumbangan kepada pasukan bola tampar bawah 11 250.00 13/12 Baki sumbangan gotong royang madani (HEM) 264.00 FEBRUARI 2024 5/2 Bayaran jamuan mesyuarat AJK PIBG 60.00 5/2 Sumbangan kepada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah 2024 3000.00 APRIL 2024 27/4 Sumbangan kepada team pertandingan mewarna Hari Bumi 200.00 MEI 2024 15/5 Sumbangan kepada Majlis Sambutan Hari Guru 2024 500.00 Sumbangan PIBG sesi 2024/25 Prasek + Perdana 5520.00 184 KELUARGA 23/5 Baju T-shirt AJK PIBG 2024 517.00 20 KELUARGA X 23/5 Bayaran repair speaker PIBG 300.00 JUMLAH KESELURUHAN KELUARGA= 204 23/5 Bayaran jamuan mesyuarat ajk PIBG 150.00 JUN 2024 9 – 10/6 Sumbangan kepada atlet Bola Tampar u12 MSSD Kota Tinggi 300.00 (12 lelaki + 12 perempuan + 4 guru + 2 hari) 19/6 Banner mesyuarat agong PIBG 120.00 Jumlah pendapatan 2024 17472.50 Jumlah perbelanjaan 11141.00 Baki keseluruhan (sehingga 20 Jun 2024) 6331.50
BIL NAMA PENUH PROGRAM PERINGKAT KENYATAAN 1 PUBLIC SPEAKING DAERAH PENYERTAAN 2 BENGKEL INOVASI MICRO BIT DAERAH PENYERTAAN 3 ACTION SONG COMPETITION DAERAH PENYERTAAN 4 SCRABBLE COMPETITION DAERAH PENYERTAAN 5 DARE TO SPELL DAERAH PENYERTAAN 6 STORYTELLING COMPETITION DAERAH PENYERTAAN 7 KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAERAH KOTA TINGGI DAERAH PENYERTAAN 8 KURSUS PENARAFAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) BONGSU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI DAERAH PENYERTAAN 9 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAERAH 1 10 KEM KEPIMPINAN SLB THINKERS STUDENT LEADERS BOARD SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2023 DAERAH PENYERTAAN 11 KARNIVAL BM - BERCERITA TAHAP 2 DAERAH PENYERTAAN 12 KARNIVAL BM - SAJAK DAERAH PENYERTAAN 13 PROGRAM PECUTAN KHATAM PERINGKAT ZON SEDILI DAERAH PENYERTAAN 14 KEJOHANAN BOLA JARING B12 DAERAH PENYERTAAN 15 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAWAH LELAKI 12 TAHUN DAERAH PENYERTAAN 16 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAWAH PEREMPUAN 12 TAHUN DAERAH PENYERTAAN 17 KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 (L) MMSD KOTA TINGGI TAHUN 2023 DAERAH PENYERTAAN 18 KEJOHANAN OLAHRAGA (L/P) BAWAH 11,12,14,15 & 18 TAHUN MSSD KOTA TINGGI TAHUN 2023 DAERAH 1 19 KEJOHANAN MERENTAS DESA (L/P) BAWAH 12,15 & 18 TAHUN MSSD KOTA TINGGI TAHUN 2023 DAERAH PENYERTAAN 20 KEJOHANAN PING PONG LELAKI B12 DAERAH PENYERTAAN 21 KEJOHANAN CATUR MSSD KOTA TINGGI DAERAH PENYERTAAN 22 UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL PERINGKAT DAERAH DAERAH PENYERTAAN 23 PERLAWANAN BOLA TAMPAR B11P DAERAH TEMPAT KETIGA 24 PERLAWANAN BOLA TAMPAR B11L DAERAH PENYERTAAN 25 BENGKEL MAKEROBOT : ISOBOT NEGERI PENYERTAAN 26 KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA KLUANG NEGERI PENYERTAAN 27 GERAK WIRA NEGERI DALAM PENILAIAN 28 KARNIVAL TKRS PERINGKAT NEGERI JOHOR NEGERI PENYERTAAN 29 OPEN TOURNAMENT PONTIAN B11 NEGERI PENYERTAAN 30 PERTANDINGAN MAHRAJAN ASRAMA HARIAN SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHAN, NAIB JOHAN, SAGUHATI 31 4th BALOO CAMP CHALLANGE NEGERI PENYERTAAN 32 PERTANDINGAN ROBOTIK MELALUI PENGUKUHAN STEM DAN PROMOSI ASRAMA MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 KEBANGSAAN JOHAN, NAIB JOHAN, SAGUHATI 33 REDONG VIRTUAL RUN 2.0 KEBANGSAAN PENYERTAAN PENCAPAIAN MURID SK GEMBUT 2023 /2023
LAPORAN AKTIVITI GOTONG – ROYONG SUPREME
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH RENDAH KARBON
LAPORAN AKTIVITI PERSAHABATAN 3 PENJURU BOLA SEPAK B12
LAPORAN AKTIVITI LAWATAN PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI TAKLIMAT PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN 1
kepada • SEMUA GURU, IBU BAPA / PENJAGA YANG SUDI HADIR SERTA MENJAYAKAN MAJLIS INI. • SEMUA DERMAWAN YANG SUDI MENYUMBANGKAN IDEA, MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT BAGI MENJAYAKAN SEMUA PROGRAM PIBG BAGI SESI 2023/2024 • SEMUA AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 • SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MAJLIS YANG PENUH DENGAN USAHA PERMUAFAKATAN INI. PIBG SK GEMBUT mengucapkan jutaan PENGHARGAAN