The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI NUR AFIQAH HUMAIRA 1S

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-11-11 22:08:12

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI NUR AFIQAH HUMAIRA 1S

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI NUR AFIQAH HUMAIRA 1S

Keywords: geografi,tingkatan 1,kajian lapangan geografi,sekolah menengah agama

SMA MAAHAD AL-MASHOOR AL-ISLAMI
JALAN SUNGAI NIPAH , KAMPUNG TERANG ,
11000 BALIK PULAU , PULAU PINANG

BAHAGIAN PEMBAGUNAN KURIKULUM
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NAMA MURID : NUR AFIQAH HUMAIRA’ BINTI AHMAD FAIZUL
NO. KAD PENGENALAN : 081019 - 07 – 0402
TINGKATAN : 1 SUMAIYAH
TAJUK KERJA LAPANGAN : SISA DOMESTIK

ISI KANDUGAN

PERKARA HALAMAN

1. PENGHARGAAN --------------------------------------------------------------------------------------------------- 1

2. PENDAHULUAN -------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2

3. OBJEKTIF KAJIAN --------------------------------------------------------------------------------------------------- 3

4. KAWASAN KAJIAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------- 4

5. PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN 5----------------------------------------------------------------------

6. KAEDAH KAJIAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6

7. HASIL KAJIAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 7-9

8. RUMUSAN --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10

9. RUJUKAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 11

10. LAMPIRAN --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 12

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami , En.
Azmi bin Abdul Hamid kerana telah memberi keizinan kepada saya
untuk menjalankan kajian lapangan geografi ini . Seterusnya ,
terima kasih kepada guru – guru terutamanya guru geografi iaitu
Pn. Fauziah binti Pauzeri kerana telah memberi bimbingan kepada
saya sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Terima kasih juga
kepada ibu bapa saya Ahmad Faizul bin Abu Bakar dan Zaharah
binti Md. Rodzee yang memberi sokongan untuk menyiapkan
tugasan kajian ini serta kepada kawan – kawan kerana telah
berkongsi pandangan antara satu sama lain .

1

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan sisa
domestik . Saya membuat kajian tentang jenis - jenis sisa domestik
dan kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan taman tersebut . Selain itu , saya juga
bercadang agar pengurusan sisa domestik secara terancang di
taman tersebut . Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah
kawasan ini berhampiran dengan rumah saya , jadi memudahkan
saya menjalankan kajian .

2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian di sekitar Taman Bakar Arang ,
bertujuan untuk :
1. Menyatakan konsep , jenis dan contoh sisa
domestik yang terdapat di Taman Bakar Arang .
2. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik
yang terdapat di Taman Bakar Arang .
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di kawasan sasaran .

3

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Taman Bakar Arang , Sungai
Petani , Kedah . Taman Bakar Arang merupakan sebuah taman
perumahan yang terletak di dalam daerah Sungai Petani iaitu
berdekatan dengan kawasan kajian saya . Kawasan ini terletak kira
- kira 5km daripada Taman Bakar Arang dan mengambil masa 8
minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta . Bentuk muka bumi
yang terdapat di Taman Bakar Arang ialah , tanah beralun dan
saliran . Terdapat banyak insfrastruktur yang dibangunkan di tanah
pamah seperti tempat beristiadat , sekolah , petempatan ,
pasaraya , pokok kelapa sawit dan sebagainya .

4

4.1 PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
DAN TAFSIRAN

Peta Lakar Taman Bakar Arang
5

5.0 KAEDAH KAJIAN

A. Pemerhatian :
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Taman Bakar
Arang untuk mengenalpasti jenis - jenis sisa domestik di kawasan
ini .
B. Rujukan :
Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik
dengan merujuk kepada Buku Teks Geografi dan bahan rujukan
lain . Selain itu , saya juga melayari internet untuk mencari
maklumat tentang kesan - kesan pembuangan sisa domestik dan
cadangan pengurusan sisa domestik yang terancang .

6

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep sisa domestik

Menurut Wikipedia , Sisa domestik ialah bahan - bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan,
botol plastik, kertas dan bahan logam terpakai . Sisa buangan
toksin pula seperti minyak masak atau enjin , lebihan racun rumpai
atau serangga dan hampas organic . Sisa domestik terdiri daripada
sisa pepejal dan sisa cecair . lanya dapat dikelaskan kepada bahan
organik dan bahan bukan organic .Kebanyakannya sisa domestik
berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya daripada
tindak balas semulajadi alam sekitar.

6.2 Jenis – jenis sisa domestic di Taman Bakar Arang

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Taman Bakar Arang,
saya mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan kilang
ini iaitu terdiri daripada bahan organik seperti, sisa makanan dan
kertas serta bahan bukan organic seperti, tin, plastik, besi buruk,
dan kaca .
Sisa domestik di Taman Bakar Arang ini juga terdiri daripada sisa
pepejal dan sisa cecair . Sisa pepejal ialah seperti sisa makanan,
plastik, kertas, logam, perabot dan lampin pakai buang . Manakala
sisa cecair seperti minyak masak dan kumbahan .

7

6.3 Banjir Kilat

Selain itu juga , penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya
banjir kilat yang seringkali berlaku di Taman Bakar Arang . Sikap
tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke
dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air
tersekat . Apabila hujan lebat , jumlah air meningkat secara
mendadak segingga menyebabkan banjir kilat berlaku .

6.4 Penguatkuasaan undang – undang

Antara lain juga , penduduk mencadangkan diperketatkan
Penguatkuasaan Undang-undang sebagai langkah pengurusan
sisa domestik lebih teratur . Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah
menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa domestik
dengan mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat
bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Akta
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 672)
dan akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
(Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik
dan sistematik .

8

6.5 Wabak penyakit
Berdasarkan kajian saya juga , penduduk turut
menghadapi masalah seperti wabak penyakit di persekitaran
pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti
tikus , lipas dan lalat . Sebagai contoh , penyakit taun , demam
denggi , malaria , zika dan rotavirus .

9

7.0 RUMUSAN

Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan , saya telah
menemui beberapa dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis
sisa domestik di Taman Bakar Arang . Dapatan ini juga dapat
membantu saya memahami lebih mendalam tentang kesan-kesan
pembuangan sisa domestik disekitar kawasan kajian . Selain itu,
saya telah mencadangkan beberapa cadangan untuk
menguruskan sisa domestik dengan lebih terancang dalam kerja
lapangan saya . Dengan itu , saya berharap kesan-kesan negatif
sisa domestik dapat dikurangkan dan Taman Bakar Arang makin
menjadi semakin bersih dan ceria pada masa akan datang .

10

8.0 RUJUKAN

Laman Sesawang
Pencemaran Alam Sekitar :
https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx1smE6oxh_xEA9zXjPwx.;_yl
u=Y29sbwNzZzMEcG9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=16
36653829/RO=10/RU=https%3a%2f%2fwww.permohonan.my%2f
pencemaran-alam-
sekitar%2f/RK=2/RS=rYBitbUQqKbtWz10Xbpe5r4agfQ-

Kepentingan Pengassingan Sisa – Sisa Pepekat :
https://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrxyxVM64xhECwAd0fjPwx.;_yl
u=Y29sbwNzZzMEcG9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=16
36654029/RO=10/RU=http%3a%2f%2fwww.myhealth.gov.my%2f
kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-pepejal-kepada-kesihatan-
awam%2f/RK=2/RS=NgC8jyCLwRncYweacrnaiqVoJcY-

Pentingnya Penjagaan Alam Sekitar :
https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx3q3F64xhARwABQ_jPwx.;_
ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAzMEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=
1636654149/RO=10/RU=https%3a%2f%2fwww.ipendidikan.my%
2fkepentingan-menjaga-alam-
sekitar.html/RK=2/RS=VJCqjH_mz8SIEbNUc6uwR3u2ewk-

11

9.0 LAMPIRAN

12


Click to View FlipBook Version