Kefahaman
Surah Ad Dhuha
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
Bersama Ustazah Kalthom Atan
Pendahuluan
Surah Ad Dhuha
Diturunkan di Mekah.
Mengandungi 11 ayat.
Dinamakan Ad Dhuha kerana
Allah telah bersumpah dengan
waktu Dhuha dipermulaan
surah.
Asbab Nuzul
Sebab diturunkan surah ini adalah ia
merupakan satu penafian Allah
terhadap tuduhan orang kafir yang
mengatakan bahawa Allah telah
membenci dan mengabaikan
Rasulullah SAW kerana telah lama
tidak menurunkan wahyu.
Kefahaman Ayat
Demi waktu dhuha
dan malam apabila ia sunyi sepi.
Bahawa tuhanmu (wahai
Muhammad) tidaklah
meninggalkanmu dan ia tidak
benci (kepadamu sebagimana
yang dituduh orang musyrik)
dan sesungguhnya kesudahan
keadaanmu adalah lebih baik
daripada permulaan.
dan sesungguhnya tuhanmu akan
memberimu (kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat)
sehingga engkau redha (berpuas
hati)
Bukankah ia mendapati engkau
yatim piatu, lalu ia memberikan
perlindungan?
dan didapatinya engkau
mencari-cari (jalan yang benar)
lalu ia memberikan hadiah
petunjuk (dengan wahyu al
Quran.
dan didapatinya engkau
miskin, lalu ia memberikan
kekayaan.
oleh itu, adapun anak yatim,
maka janganlah engkau
berlalu kasar terhadapnya.
adapun orang yang meminta
(bantuan pimpinan) maka
janganlah engkau tengking
herdik.
adapun nikmat tuhanmu, maka
hendaklah engkau sebut-sebut
(dan zahirkan) sebagi
bersyukur kepadanya.
Intisari Surah Ad Dhuha
1 Allah tidak pernah
mengabaikan Rasulullah SAW
dan baginda akan diberi
kegembiraan yang besar di
akhirat kelak berbanding
dunia.
Intisari Surah Ad Dhuha
2 menggambarkan nikmat
yang diterima oleh Rasulullah
SAW seperti perlindungan
semenjak kecil dan petunjuk
(al Quran)
Intisari Surah Ad Dhuha
3 Allah juga mengingatkan manusia
supaya menyantuni anak yatim,
membantu orang miskin dan orang
yang memerlukan bantuan serta
menyebut segala nikmat yang
diberikan sebagai tanda syukur.
Pengajaran Surah
1.Orang yang berusaha akan berjaya.
2.Kita hendaklah menjaga kebajikan
anak yatim dan membantu orang
yang memerlukan bantuan.
3.Sentiasa bersyukur dengan nikmat.
RUMUSAN
Dalam surah Ad Dhuha Allah
menceritakan nikmat-nikmat
kurniaan Allah kepada Rasulullah
SAW. Semua ini sebagai dalil-dalil
ketinggian dan kemuliaan Nabi
Muhammad SAW di dunia dan akhirat.