PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 TAHUN 2022 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN 09410 PADANG SERAI, KEDAH. Disediakan oleh; ................................... (MEGANATHAN A/L LACHIMANAN) Guru mata pelajaran Tingkatan 4 SMK Sungai Karangan. Disemak oleh; ................................... (LADDA JULAPHONG A/P EDENG) Guru Kanan Bahasa SMK Sungai Karangan. Disahkan oleh; ................................... (ABDUL TALIB BIN SULAIMAN) Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Karangan. Nama murid : ........................................................................... Kelas : .................................. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
2 BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif dan bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tidak jauh dari kawasan perumahan saya, ada sebuah gerai yang menjual pelbagai menu masakan kampung yang enak. Kakak saya selalu membeli lauk di situ untuk makan tengah hari. Gerai itu menjadi pilihan kakak kerana kawasan persekitarannya sangat bersih, luas dan cantik. Antara menu popular di gerai itu ialah gulai ikan air tawar yang tidak berbau hanyir dan lemak labu dimasak tidak begitu empuk. Gerai tersebut juga terhindar daripada bunyi bising kenderaan kerana berada jauh dari jalan raya. Selain itu, sikap peramah pemilik gerai terhadap pelanggan menyebabkan kakak selesa berkunjung ke gerai itu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menu Lazat, Lokasi Bersih’, Buku Teks Tingkatan 5, Bahasa Melayu. [8 markah] 2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Nira merupakan minuman tradisional terutamanya di kawasan yang ada banyak pokok kelapa, enau dan nipah. (1) Unsur cuaca menentukan jumlah hasil nira. (2) Nira boleh diproses untuk menjadi gula, tuak dan cuka. (3) Nira segar dimasak sehingga pekat lalu dimasukkan ke dalam acuan atau buluh untuk dibekukan. Umumnya, gula daripada nira disebut gula Melaka. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu’ Terbitan Dewan Bahasa Pustaka, Dewan Siswa, Bil.07/2021, Hal.33 [6 markah]
3 3. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Duit atau wang merupakan elemen luas dalam kehidupan manusia. Duit ada kalanya menentukan status sosial seseorang. Duit diburu oleh keramaian orang untuk menjamin keselesaan hidup di dunia ini. Berbagai jenis mata wang termasuk ringgit digunakan untuk urusan jualbeli dalam kegiatan ekonomi. Duit juga bersinonim dengan sebilangan kata lain yang dianggap sebagai kata altenatif untuk duit. Antaranya termasuklah wang, pitis, pitih, fulus, ringgit, rupiah dan yuan. Duit lazimnya terdiri daripada syiling dan wang kertas. Biasanya, wang kertas mempunyai nilai wang agar lebih tinggi berbanding dengan duit syiling. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kosa Kata Duit’ oleh S. Nathesan Pelita Bahasa Bil.08/2021. [7 markah] Berkebun atau bercucuk-tanam di rumah mampu menghilangkan tekanan dan rasa bosan. Antara kaedah tanaman popular ialah hidroponik yang semakin digemari masyarakat kerana mereka mampu berkebun tanpa gunakan tanah. Kaedah tanaman hidroponik lebih mudah dan menjimatkan masa. Tanaman ini bukan sahaja mesra alam, malah dapat menghasilkan produk pertanian segar dan selamat. Tanaman hidroponik juga bukan memerlukan ruang atau kawasan yang luas. Semua kelebihan itu menjadikan kaedah penanaman ini paling sesuai bagi mereka yang tinggal di kediaman jenis pangsapuri atau teres rumah dengan keluasan tanah terhad. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kaedah Tanaman Hidroponik Mudah, Selamat’ oleh Nur Aini Afiqah Mohd Zailani, Disember 2, 2020 @ http://www.bharian.com.my/rencana/mindapembaca//2020/12/760650. [4 markah] Bahan 1 Bahan 2
4 4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jendela Menghadap Jalan Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] 5. Baca petikan di bawah dengan telitinya dan kemukakan tiga peribahasa yang berkaitan dengan maklumat dalam petikan di bawah. Syamin bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang atlet badminton yang berprestij dan terkemuka kerana bapanya juga merupakan seorang atlet yang berjaya. Oleh itu, dia menjalani latihan setiap hari sejak kecil lagi untuk membina stamina dan kecergasan sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga belajar tentang teknik-teknik bermain badminton daripada banyak jurulatih yang hebat sekali kerana dia percaya bahawa dia boleh mempelajari kemahiran dan memperoleh pengalaman yang berharga daripada mereka. Berkat usaha yang gigih dan keiltizaman yang dimiliki, Syamin akhirnya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka di negara kita. Sumber : Yap Siew Fen Fail pengarang 2021. [6 markah]
5 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [35 markah] 6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Terdapat sembilan jenis diet yang popular pada hari ini yang tujuannya untuk menurunkan berat badan atau menambahkan berat badan menurut laman web www.healthline.com. Antara diet tersebut termasuklah diet Paleo, diet Vegan, diet rendah Karbo, diet Dukan, diet rendah lemak dan diet Atkins. Persoalannya, sejauh manakah masyarakat memahami tujuan diet yang diamalkan? Adakah mereka mengamalkan diet hanya untuk tujuan ingin tampil menarik tanpa memikirkan risiko yang buruk sekiranya pengamalan diet yang tidak tepat diamalkan? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lebih 50 peratus rakyat Malaysia didapati tidak aktif bersukan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Amalan demikian akan menyebabkan mereka terdedah kepada risiko menghidap penyakit tidak berjangkit. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sihat Semestinya Cantik’ oleh Mohamad T. Abdullah, Dewan Siswa, Bil 07/2020. Pengambilan makanan tanpa kawalan dan tekanan yang melampau antara penyumbang penyakit tidak berjangkit, seperti penyakit jantung, barah dan kencing manis yang menjadi faktor utama kematian di negara ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian paling tinggi dilaporkan di hospital kerajaan. Sekiranya penyakit jantung tidak dikesan awal dan dirawat dengan segeranya, jantung tidak dapat menjalankan fungsi mengepam darah ke seluruh badan, terutama organ kritikal seperti otak, yang akhirnya akan menyebabkan kematian. Dalam hal ini, pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak dan masa makan yang tidak menentu boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak teratur, seterusnya mengakibatkan pesakit boleh mendapat pelbagai komplikasi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengambilan Makanan Berkualiti Tunjang Penjagaan Kesihatan’ oleh Fakhrul Haziq Kamarulzaman, Berita Harian, 21 Disember 2021.
6 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata memikirkan risiko . [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca rakyat Malaysia menghidap penyakit seperti penyakit jantung, barah dan kencing manis? [3 markah] (iii) Hasil kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman antara lima penyebab utama kematian di hospital swasta dan awam di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang perlu diamalkan kerana pencegahan lebih utama daripada pengubatan. Pada pendapat anda, selain menjaga pemakanan, apakah kepentingan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang dalam diet seharian. [3 markah] (iv) Rakan anda didapati tidak sihat kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi walaupun dalam usia muda. Andaikan anda sebagai pakar pemakanan, kemukakan cadangan kepada rakan anda itu untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. [4 markah]
7 7. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. AKU MEMBACA LAGI Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran Kuselurusi alam Kicauan burung Desiran ombak dan wajah pelangi Mewarnai kehidupan umat-Mu Aku mendongak lagi membaca langit di dalam pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur Aku membaca langit kutemui bulan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa Aku mendongak langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Dipetik daripada sajak ‘Aku Membaca Lagi’ oleh Razali Mohd. Yussof, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 1 Bahan 2 Siapalah kami? Para pejuang bahasa yang tidak pernah pun diberi penghormatan yang sewajarnya. Pak Za’ba tentu menangis, jika dia melihat anak bangsanya sedang dirasuk kesedihan atas penghinaan seperti ini. “Kamu semua tidak perlu menangis,” Para pejuang itu terdiam. Mereka seperti sudah mendapat kembali semangat Za’ba. Sebenarnya semangat tidak pernah terpisah jauh daripada kami. “Cuma kami sedih kerana ada anak bangsa kami turut membenci bukit bahasa sendiri. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Runtuhnya Bukit Bahasa’ oleh Hasan Baseri Budiman, Pelita Bahasa, Bil. 8/2018.
8 (i) Dengan berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menaakuli kebesaran-Mu. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca bahasa Melayu semakin dipinggirkan? [3 markah] (iii) Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa Kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Pada pendapat anda, apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menarik minat generasi muda menggunakan bahasa Melayu. [4 markah] (iv) Rakan anda daripada kaum India telah ditawari biasiswa untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang bahasa Melayu di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Keluarga rakan anda tidak membenarkan anak mereka menerima tawaran tersebut. Sebagai rakan baik, bagaimanakah anda pujuk rakan anda untuk mengikuti pengajian tersebut. Berikan tiga cadangan anda. [4 markah]
9 8. Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bagaimanakah ‘aku’ tahu bahawa nenek dalam keadaan gusar? [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca daripada novel ini. Berikan alasan anda. [6 markah] Setelah kelima-lima tetamu itu pulang, aku membantu nenek di dapur mengemas dan membasuh pinggan mangkuk, juga menyediakan makan malam. Kulihat wajah nenek sedikit pun tidak beriak, tetap tenang seperti warna malam yang sekata, diterangi cahaya bulan separuh. Akan tetapi, daripada cara tangan nenek yang bekerja tidak teratur, pinggan diletaknya di tempat yang bukan sepatutnya, sudu dan gelas pula diletaknya di dalam belanga, menunjukkan hati nenek sedang bergelora oleh sesuatu. Aku teringin menyentuh jemari nenek yang sedang bekerja, menenangkannya tetapi aku fikir cara itu hanya akan menambahkan kegusarannya. Lantas aku duduk di kerusi memerhatikan nenek. Dipetik daripada novel ‘Jendela Menghadap Jalan’ oleh Ruhaini Matdarin Dewan Bahasa dan Pustaka.
10 BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asalnya petikan. Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Hal ini disebabkan kurang kesedaran dan kurang maklumat mengenai menderma darah. Antara langkah menggalakkan golongan muda ialah para artis perlu mempromosi kelebihan menderma darah. Guru mata pelajaran pula hendak mendidik murid tentang kepentingan derma darah di dalam bilik darjah. Selain itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka menderma darah. Bukan sahaja kerajaan, agensi swasta juga mengadakan kempen derma darah seperti sumbangan pek cenderamata kepada penderma. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah. Melalui amalan mulia ini, bukan sahaja penerima darah menerima manfaat malahan penderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah. Antara kelebihan ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan sangat menggembirakan apabila berjaya menyelamatkan nyawa orang lain. Seterusnya, penderma konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, perut dan tekak. Amalan ini dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan menghindarkan risiko sakit jantung. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu penderma mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit makin teruk serta penderma dapat mengetahui jenis darah secara percuma. Di samping itu, amalan ini boleh membantu seseorang mengurangkan berat badan dan membantu badan berfungsi lebih cekap. Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangnya. Setiap orang haruslah menganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’ The Borneopost.com, 2015) Bahan 1
11 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2