The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Latihan Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulamiradaud92, 2024-04-16 22:42:31

Latihan Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada

Latihan Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada

Cikgu Roslan Daud 1 PROSA TRADISIONAL ‘BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA’ Standard Pembelajaran 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. SINOPSIS Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai. aniaya penyelesaian kurnia dilantik aman ketakutan berperang berselisih menakluk berkahwin pokok semangat memanah merapatkan mengetuai Raja Siam, iaitu Bubunnya hendak (1)_____________________ negeri Melaka. Setelah diketahui Sultan Muzaffar Syah, baginda telah menghimpunkan rakyat jelata untuk (2)____________________. Kesemua terdiri daripada kaum lelaki, kecuali orang-orang Kelang yang diketuai Tun Perak telah membawa anak isteri bersama-sama untuk memberikan (3)____________________ . Hal ini bertujuan untuk memberikan semangat kepada suami dan bapa mereka. Setelah memenangi peperangan itu, Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak menjadi pembesar negeri. Baginda mendapat aduan daripada seorang rakyat tentang Tun Perak yang membuat (4)_________________. Seri Amerta ditugaskan untuk menanyakan Tun Perak tentang hal itu tetapi tidak dijawab olehnya hinggalah kali ketiga. Jawapan Tun Perak telah menunjukkan ketokohannya lalu (5)________________ sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja yang juga pembesar dingin. Mereka sering (6)__________________ pendapat. Rakyat juga berpuak-puak kerana sebahagian menyokong Paduka Raja manakala sebahagian lagi menyokong Seri Nara Diraja. Sultan berasa bimbang lalu mencari (7)__________________ terhadap masalah itu. Sultan mencadangkan bahawa Seri Nara Diraja yang telah lama kematian isteri (8)___________________ semula. Baginda menceraikan Tun Kudu lalu mengahwinkannya dengan Seri Nara Diraja bagi (9)___________________ hubungan antara dua pembesar itu memandangkan Tun Kudu ialah anak saudara Paduka Raja. Tindakan itu berhasil. Sekali lagi angkatan Siam hendak menyerang Melaka. Baginda menitahkan Paduka Raja membuat persiapan dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja. Dengan kebijaksanaan Paduka Raja yang membakar (10)____________________ seperti kayu bakau, nyirih dan api-api di sepanjang persisiran pantai. Tentera Siam berundur kerana (11)_____________________. Bubunnya berasa amat marah kerana gagal menakluk Melaka. Putera baginda, Cau Pandan ingin (12)___________________ angkatan perang. Rancangan itu diketahui Sultan Muzaffar Syah. Secara kebetulan, Sidi Arab, iaitu seorang alim yang keramat menawarkan bantuan untuk menghalang serangan itu. Dia telah (13)___________________ ke udara lalu menyebut Cau Pandan mati. Cau Pandan yang berada di Siam sakit dada lalu mati. Sultan memberikan (14)___________________ kepadanya. Melaka kembali (15)________________ tetapi Siam tetap mencari jalan untuk menewaskan Melaka. NILAI MURNI 1. ________________________. Contohnya, Tun Perak yang patuh kepada titah daripada Sultan Muzaffar Syah telah menghimpunkan orang Kelang dan membawanya ke Melaka untuk berperang dengan Siam. 2. ________________________. Contohnya, Tun Perak tegas mengatakan bahawa dirinya tidak melakukan aniaya kepada rakyat kerana pedang yang dikurniakan kepadanya tidak rosak matanya. 3. ________________________. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bertanggungjawab menjaga keamanan Melaka dengan mencari jalan untuk menjadikan hubungan antara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja berbaik-baik semula. 4. ________________________. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu yang merupakan anak saudara Seri Nara Diraja untuk dikahwinkan dengan Paduka Raja. 5. ________________________. Contohnya, Tun Perak bijak mengatur strategi untuk mengalahkan Siam dengan membakar pokok menyebabkan tentera Siam ketakutan dan berundur. 6. ________________________. Contohnya, Tuan Sidi Arab begitu baik hati kerana menawarkan diri untuk mengalahkan Siam dengan memanah ke udara hingga menyebabkan Cau Pandan mati kerana sakit muntah darah.


Cikgu Roslan Daud 2 Panduan Menukar Prosa Tradisional kepada Bahasa Melayu Standard 1. Soalan ini memperuntukkan sebanyak 6 markah penuh dalam Kertas 2. 2. Baca petikan dengan teliti untuk memahami kandungan. 3. Potong kata pangkal ayat seperti Maka, Sebermula, Adapun, Syahadan dan sebagainya. 4. Kekalkan bahasa istana seperti baginda, patik, titah, murka dan sebagainya. 5. Tukar kata arkaik atau bahasa lama seperti terpermanai (terhitung), dukacita (sedih), beringgit (bertelagah), lasykar (askar), dan alah (kalah) kepada bahasa yang digunakan sekarang. 6. Jangan ubah cakap pindah, susunan ayat dan kandungan petikan. 7. Jika petikan dalam bentuk perenggan, sila tulis jawapan juga dalam bentuk perenggan. 8. Jika petikan terdapat kesalahan bahasa seperti tatabahasa atau imbuhan, sila betulkan. Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Telah terdengar di Melaka bahawa telah mati, sakitnya muntahkan darah kerana dadanya seperti kena panah. Setelah / Sesudah Sultan Muzaffar Syah mendengar ____________________ itu, maka ___________________ ____________________, “Benarlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah yang ___________________. ___________________ telah memuji-muji Tuan Sidi Arab itu dan Tuan Sidir Arab dianugerahi oleh ___________________ dengan _________________. LATIHAN Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Latihan 1 Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Latihan 2 Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tuan Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia berita / cerita mulia / suci / warak / soleh selayaknya


Cikgu Roslan Daud 3 PROSA TRADISIONAL ‘BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA’ Standard Pembelajaran 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. SINOPSIS Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai. aniaya penyelesaian kurnia dilantik aman ketakutan berperang berselisih menakluk berkahwin pokok semangat memanah merapatkan mengetuai Raja Siam, iaitu Bubunnya hendak (1)menakluk negeri Melaka. Setelah diketahui Sultan Muzaffar Syah, baginda telah menghimpunkan rakyat jelata untuk (2)berperang. Kesemua terdiri daripada kaum lelaki, kecuali orang-orang Kelang yang diketuai Tun Perak telah membawa anak isteri bersama-sama untuk memberikan (3)semangat. Hal ini bertujuan untuk memberikan semangat kepada suami dan bapa mereka. Setelah memenangi peperangan itu, Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak menjadi pembesar negeri. Baginda mendapat aduan daripada seorang rakyat tentang Tun Perak yang membuat (4)aniaya. Seri Amerta ditugaskan untuk menanyakan Tun Perak tentang hal itu tetapi tidak dijawab olehnya hinggalah kali ketiga. Jawapan Tun Perak telah menunjukkan ketokohannya lalu (5)dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja yang juga pembesar dingin. Mereka sering (6)berselisih pendapat. Rakyat juga berpuak-puak kerana sebahagian menyokong Paduka Raja manakala sebahagian lagi menyokong Seri Nara Diraja. Sultan berasa bimbang lalu mencari (7)penyelesaian terhadap masalah itu. Sultan mencadangkan bahawa Seri Nara Diraja yang telah lama kematian isteri (8)berkahwin semula. Baginda menceraikan Tun Kudu lalu mengahwinkannya dengan Seri Nara Diraja bagi (9)merapatkan hubungan antara dua pembesar itu memandangkan Tun Kudu ialah anak saudara Paduka Raja. Tindakan itu berhasil. Sekali lagi angkatan Siam hendak menyerang Melaka. Baginda menitahkan Paduka Raja membuat persiapan dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja. Dengan kebijaksanaan Paduka Raja yang membakar (10)pokok seperti kayu bakau, nyirih dan api-api di sepanjang persisiran pantai. Tentera Siam berundur kerana (11)ketakutan. Bubunnya berasa amat marah kerana gagal menakluk Melaka. Putera baginda, Cau Pandan ingin (12)mengetuai angkatan perang. Rancangan itu diketahui Sultan Muzaffar Syah. Secara kebetulan, Sidi Arab, iaitu seorang alim yang keramat menawarkan bantuan untuk menghalang serangan itu. Dia telah (13)memanah ke udara lalu menyebut Cau Pandan mati. Cau Pandan yang berada di Siam sakit dada lalu mati. Sultan memberikan (14)kurnia kepadanya. Melaka kembali (15)aman tetapi Siam tetap mencari jalan untuk menewaskan Melaka. NILAI MURNI 1. Kepatuhan / Ketaatan / Kesetiaan. Contohnya, Tun Perak yang patuh kepada titah daripada Sultan Muzaffar Syah telah menghimpunkan orang Kelang dan membawanya ke Melaka untuk berperang dengan Siam. 2. Ketegasan. Contohnya, Tun Perak tegas mengatakan bahawa dirinya tidak melakukan aniaya kepada rakyat kerana pedang yang dikurniakan kepadanya tidak rosak matanya. 3. Tanggungjawab. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bertanggungjawab menjaga keamanan Melaka dengan mencari jalan untuk menjadikan hubungan antara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja berbaik-baik semula. 4. Pengorbanan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu yang merupakan anak saudara Seri Nara Diraja untuk dikahwinkan dengan Paduka Raja. 5. Kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bijak mengatur strategi untuk mengalahkan Siam dengan membakar pokok menyebabkan tentera Siam ketakutan dan berundur. 6. Baik hati. Contohnya, Tuan Sidi Arab begitu baik hati kerana menawarkan diri untuk mengalahkan Siam dengan memanah ke udara hingga menyebabkan Cau Pandan mati kerana sakit muntah darah.


Cikgu Roslan Daud 4 Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Telah terdengar di Melaka bahawa telah mati, sakitnya muntahkan darah kerana dadanya seperti kena panah. Setelah / Sesudah Sultan Muzaffar Syah mendengar berita / cerita itu, maka baginda bertitah, “Benarlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah yang mulia. Baginda telah memuji-muji Tuan Sidi Arab itu dan Tuan Sidi Arab dianugerahi oleh baginda dengan selayaknya. LATIHAN Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Latihan 1 Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak berapa lamanya datang pula orang Siam menyerang Melaka. Awi Dicu nama panglimanya. Kedengaran beritanya / ceritanya ke Melaka; lalu dipersembahkan orang kepada Sultan. Baginda pun menitahkan Bendahara bersiap / bersedia untuk mengusir / melawan orang Siam. Seri Bija Dirama dan semua / seluruh hulubalang dititahkan oleh baginda untuk mengiringi Bendahara Paduka Raja itu. Latihan 2 Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tuan Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap lalu duduk di tanah bersama rakyat / orang biasa. Bentara yang bergelar Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, seluruh / sekalian / segala orang Kelang ini menghadap baginda untuk memberitahukan / melaporkan / menyampaikan keadaannya / urusannya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Seluruh / Sekalian / Segala orang teluk rantau yang lain semuanya yang menghadap ialah lelaki juga tetapi orang Kelang yang dibawa oleh Tun Perak ini membawa perempuan sekali. Mengapakah demikian perangai / kelakuan tuan?” berita / cerita mulia / suci / warak / soleh selayaknya beritanya / ceritanya bersiap / bersedia mengusir / melawan perangai / kelakuan berita / cerita


Click to View FlipBook Version