The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NALI2018 SYMPOSIUM, 2018-05-27 01:04:40

PROCEEDINGS OF NEW ACADEMIA LEARNING INNOVATION (NALI) SYMPOSIUM 2018

NALI 2018

Keywords: NALI 2018

Implimentasi Pendekatan NALI dan Kaedah Pembelajaran

Implimentasi pendekatan NALI yang dijalankan adalah melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (Project
Based Learning/ PBL) iaitu satu kaedah pengajaran di mana pengajar menjadikan pembelajaran sebagai projek
sebenar (Buck Institute for Education, 2018). Sehingga kini sebanyak tiga projek di bawah Projek Asas Rekabentuk
Landskap telah berjaya dilaksanakan iaitu (1) Projek Play Sculpture pada semester 1 sesi 2014/2015, (2) Projek School
Garden Furniture for Holcim CSR eventpada semester 1 sesi 2015/2016 dan (3) Projek Inovasi Kreatif ICC pada
semester 1 sesi 2017/2018. Ketiga-tiga projek ini merupakan salah satu projek di dalam kursus studio Asas Senireka
(SBEL1404). Perlaksanaan projek-projek ini diterangkan secara rumusan di dalam jadual 1.

Jadual 1: Perlaksanaan Projek Asas Rekabentuk Landskap.

96

Terdapat empat Hasil Pembelajaran Program yang ingin dicapai dalam kursus ini iaitu (PLO2) AP-Aplikasi
ilmu(Applications), (PLO3) PS- Praktikal (Practical Skills), (PLO4) CS-Komunikasi(Communication Skills) dan (PLO5)TW-
Kerja Berpasukan (Leadership & Teamworking Skills). Penerangan lanjut berkaitan Hasil Pembelajaran Program yang
igin dicapai dalam kursus ini adalah seperti Jadual 1. Hasil Pembelajaran Kursus yang ingin dicapai oleh pelajar
setelah melalui projek ini adalah merangkumi dua sasaran iaitu CO1 dan CO2 seperti Jadual 2.

Jadual 1: Hasil Pembelajaran Program

PLO UTMGA Programme Learning Outcomes (PLO)

PLO2 AP-Applications Comprehend and apply appropriate and practical technological
knowledge and theories into landscape architectural projects.

PLO3 PS- Practical Skills Critically evaluate, plan, organise, direct and control landscape
architectural management resources i.e. Manpower, money,
materials and machineries.

PLO4 CS-Communication Communicate effectively landscape architectural aspects via visual
Skills and verbal techniques including ICT to a given audience.

PLO5 TW-Leadership & Communicate effectively and work collaboratively as a team with
Teamworking Skills clients, allied professionals and community while undertaking a range
of different team roles.

Jadual 2: Hasil Pembelajaran Kursus yang ingin dicapai dalam Projek Asas Rekabentuk Landskap.

Programme Taxonomies Graduate Attributes-(UTMGA) Assessment
Methods
Course Learning Outcomes Outcome(s) and
CO (CLO)

Soft-Skills

CO1 Able to comprehend the PLO2 & PLO4 P4 - TH3 - Ability to look for Design &
CO2 basic knowledge and apply
the methods and process of Mechanism alternative ideas and creative Presentation
site inventory, site analysis for
a small scale design exercise. solutions.

CS5- Ability to make clear

presentations to a diverse

audience with confidence.

Work in team effectively in the PLO3& PLO5 C5 -Evaluating, TW1 - Ability to establish rapport, Design &
C6 - Creating interact and work effectively
process of designing and with others to accomplish Workmanship,
common objectives.
constructing landscape AD5 - Ability to work effectively Team working
under pressure.
furniture by organizing,

discussing, and carrying out

the project design tasks

Kaedah Penilaian Dan Rumusan

Model penilaian Kirkpatrick's Four-Level Training Evaluation digunakan sebagai penanda aras prestasi dan
penilaian untuk penambahbaikan projek bagi semester kehadapan.Model Penilaian Latihan Empat Kirkpatrick
membantu para pelatih untuk mengukur keberkesanan pembelajaran mereka dengan cara yang objektif. Model
ini pada asalnya dicipta oleh Donald Kirkpatrick pada tahun 1959, dan telah melalui beberapa pembaharuan dan
semakan semula. Dengan meneruskan dan menganalisis setiap empat tahap ini, pemahaman yang mendalam
tentang bagaimana pembelajaran PBLdilaksanakan dengan berkesan, dan bagaimana untuk memperbaiki masa
depan.Empat tahap penilaian adalah melalui: (1)Reaksi (2) Pembelajaran (3) Kelakuan dan (4) Keputusan.Tahap 1:
Reaksi, Tahap ini mengukur bagaimana pelajar, bertindak balas terhadap tugasan. Adalah penting untuk
mengukur tindak balas, kerana ia membantu pengajar memahami sejauh mana tugasan diterima oleh pelajar. Ia
juga membantu menjadi indikator sejauh mana keperluan meningkatkan tugasan untuk pelajar masa depan.
Tahap 2: Pembelajaran, adalah dengan mengukur apa yang telah dipelajari oleh pelajar. Tahap 3: Perilaku, adalah
untuk menilai sejauh mana pelajar mengubah tingkah laku mereka, berdasarkan tugasan yang mereka terima dan
melihat bagaimana pelajar menggunakan ilmu tersebut. Tahap 4: Keputusan, adalah bagi menganalisis keputusan
akhir pembelajaran dan juga hasil projek yang dilaksanakan.

97

Secara rumusannya, perlaksanaan projek yang diadaptasi dari standard untuk Pembelajaran Berasaskan
Projekiaitu Project Based Learning: A Proven Approach to Rigorous Classroom Instruction, by John Larmer, John
Mergendoller, Suzie Boss (ASCD 2015)telah berjaya dicapai melalui ketiga-tiga projek.Hasilnya PBL telah membawa
kepada variasi dalam kualiti rekabentuk projek dan pelaksanaan pengajaran. Jika dilakukan dengan baik, PBL
mampu menghasilkan hasil yang hebat. Tetapi jika PBL tidak dilakukan dengan baik, dua masalah mungkin timbul.
Pertama, kita akan melihat banyak tugasan dan aktiviti yang dilabel sebagai "projek" tetapi yang tidak menepati
matlamat PBL, dan pembelajaran pelajar akan membebankan pelajar(John, 2015).Untuk menjalankan PBL dengan
baik, model berasaskan penyelidikan yang komprehensif untuk PBL - "standard emas" telah digunakan sebagai
rujukan untuk mengukur, menilai, dan memperbaiki amalan PBL. Standard Gold PBL mempunyai tiga bahagian: (1)
Matlamat Pembelajaran Pelajar (2) Elemen Rekabentuk Projek dan (3) Amalan Pengajaran Berdasarkan Projek.
Melalui adaptasi ini secara keseluruhannya Projek Asas Rekabentuk Landskap sentiasa diperbaiki dari masa ke
semasa dan bakal diteruskan sebagai medium pengajaran.

Rujukan

John, L., John, M. & Suzie, B. (2015). Setting the Standard for Project Based Learning: A Proven Approach to Rigorous Classroom
Instruction. https://www.bie.org/blog/gold_standard_pbl_essential_project_design_elements

98

99


Click to View FlipBook Version