TINTA PENGARAH
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat
dan kasih sayang-Nya, Modul MRSM Bitara ini dapat dihasilkan dengan
jayanya. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Bitara yang telah
mengambil inisiatif menghasilkan lima buah modul dalam usaha ke arah
Pemerkasaan MRSM Bitara. Sekalung penghargaan juga kepada guru-
guru yang terlibat, atas kesungguhan dan komitmen dalam
menghasilkan modul ini.
Program MRSM Bitara yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 menjadi teras kepada
Program Khas Pendidikan (PKP) yang telah diperkenalkan pada tahun 1990. Program ini
sebagai satu keperluan untuk membentuk modal insan yang dinamik selari dengan ciri-ciri
pintar cerdas melalui pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Selaras
dengan perkembangan Revolusi Perindustrian ke-4 (IR4.0) yang mencakupi penemuan
pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), big data dan simulasi
yang merancakkan kemajuan landskap dunia moden, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM)
menambah baik program ini dengan memberi fokus kepada pembangunan pelajar. Usaha ini
dilaksanakan bagi memastikan pelajar berkeupayaan mendepani alaf baharu selaras dengan
moto MARA iaitu “Keusahawanan dan Pendidikan Global”.
Pendidikan ialah suatu kewajipan dan memerlukan komitmen yang berterusan, dinamik dan
saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kebergunaan manusia kepada diri sendiri,
masyarakat dan Tuhan. Oleh itu, program MRSM Bitara diwujudkan bagi memenuhi keperluan
masyarakat akan datang.
Besar harapan MARA khususnya BPM agar Modul MRSM Bitara ini dilaksanakan dengan
sempurna selari dengan objektif yang telah digariskan untuk melahirkan pelajar yang seimbang
dan holistik (unggul, unik, terbeza dan tiada taranya) agar dapat memberikan khidmat dan
sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
“MRSM: Mendokong Aspirasi, Mencorak Kecemerlangan Generasi”
ABD MANAB BIN ABDUL MAJID
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
JAWATANKUASA MRSM BITARA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
1 ABD MANAB BIN ABDUL MAJID PENGARAH
2 JURIAH BINTI ALIAS TIMBALAN PENGARAH I
(PEMBANGUNAN KURIKULUM)
3 SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI TIMBALAN PENGARAH I
(PENGURUSAN & PERKHIDMATAN)
4 JASMIN BIN ABD SHUKOR TIMBALAN PENGARAH I
(HAL EHWAL PELAJAR)
5 NORIZAN BINTI KASAH TIMBALAN PENGARAH II (MATEMATIK)
6 NURUL BINTI SAHARUDIN KPP (BAHASA INGGERIS)
7 MAHATUN BINTI HITAM KPP (MATEMATIK)
8 AHMAD SYUKRI BIN AHMAD HARIRI KPP (PERKHIDMATAN GURU)
9 ITHNAINI BINTI MUHAMED KAMIL KPP (FIZIK)
10 RAFIDAH BINTI JAAFAR KPP (BAHASA MELAYU)
11 DR ZULKIFLI BIN HUSSAIN @ MAT HASSAN KPP (BIMBINGAN & KAUNSELING)
12 WAN AHMAD MARZUKI BIN WAN AHMAD KPP (PENDIDIKAN ISLAM)
13 KHAIRUL ANUAR BIN RAMLI KPP (PEMBANGUNAN SISTEM &
PEMANTAUAN)
14 SHAZARINA BINTI SOEIB KPP (PENGAMBILAN & PENEMPATAN)
15 ABDULLAH SHUHAIMI BIN ROZLAN KPP (SAINS KOMPUTER)
16 GHAZALI BIN MUSA KPP (KIMIA)
17 MOHD FAUZI BIN YUSOF KPP (LATIHAN)
18 NORASIKIN BINTI ZAINAL KPP (KOKURIKULUM)
19 AZIYANI BINTI AZIZAN KPP (BESTARI)
20 WAN JULIANA BINTI WAN ASHARUDDIN PENOLONG PENGARAH
2
MRSM BITARA
SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL (SEM) :
PENGAYAAN TYPE I, II & III
Edisi 1/2022
Panel Penggubal: Bahagian Pendidikan Menengah
MRSM Tun Ghafar Baba
1. Ghazali bin Musa MRSM Tun Ghafar Baba
2. Dr. Zulfaka bin Ishak @ Abd Manap MRSM Tun Ghafar Baba
3. Anizah binti Azis MRSM Taiping
4. Nor Siti Maimunah binti Abdul Razak MRSM Taiping
5. Nor Sa’adah binti Abdul Malek MRSM Pengkalan Chepa
6. Siti Julia binti Mustappa MRSM Pengkalan Chepa
7. Maryam binti Ruslan MRSM Pengkalan Chepa
8. Noorazilah binti Mohamad Rafdzi
9. Nur Nadziera binti Nazri
MAC 2022
3
KANDUNGAN 4
Skema kerja Schoolwide Enrichment Model (SEM) : 6
Pengayaan Type I, II & III 8
Modul Slot 1 : Pengenalan SEM 9
Modul Slot 2 : Taklimat Enrichment Cluster (EC) 11
Modul Slot 3 : Kajian Saintifik 13
Modul Slot 4 : Kejuruteraan / Inovasi 16
Modul Slot 5 : Kajian Lapangan / Deskriptif & Kajian Sains Komputer 17
18
Modul Slot 6 : Penulisan tesis 19
Modul Slot 7 : Penjurian Pesta Type III 20
Carta Gantt : Pelaksanaan Program SEM di MRSM BITARA 24
MRSM SEM Challenge 27
Lampiran 1 28
Lampiran 2 33
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
4
SKEMA KERJA SEM
BIL. PERKARA DURASI PENGISIAN / AKTIVITI CATATAN
1. Taklimat SEM 2 Jam Pengenalan tentang SEM Minggu
kepada para pelajar Tg.4 Orientasi
2. Pencarian Setengah Demonstrasi / Tunjuk ajar
Bakat Hari oleh guru / staf / pelajar
(Talent Scout) tentang kemahiran / bakat
tertentu kepada para pelajar
Persembahan bakat para
pelajar mengikut sesuatu
kemahiran / kebolehan /
minat
3. Pengayaan 1 Hari Lawatan ke agensi luar
Type I mengikut bidang yang
diminati oleh para pelajar
Demonstrasi / Tunjuk ajar
oleh guru / staf / pelajar
tentang kemahiran / bakat
tertentu kepada para pelajar
4. Bengkel 2 Jam x 4 Bengkel melibatkan Aktiviti
Pendedahan pertemuan jemputan daripada wakil Pengayaan
Bidang Kajian IPT (Pensyarah) / guru Type II
mengikut kategori:
a) Saintifik
b) Kejuruteraan / Inovasi
c) Komputer / ICT /
Multimedia / Deskriptif/
Kajian Lapangan /
d) Penulisan Tesis
5. Pembentukan 2 Jam Pendaftaran secara online
EC & Pemilihan guru penasihat
Pendaftaran
6. Kajian & 2 Jam x 5 Cadangan Perbincangan
Penulisan pertemuan Penasihat Bersama EC
Tesis semasa pertemuan:
PERTAMA:
Pengenalan Kajian yang
akan dilakukan.
5
KEDUA:
Perbincangan Kajian
Lampau (Literature Review)
KETIGA:
Perbincangan Kaedah
Menjalankan Kajian
(Methadology)
KEEMPAT:
Perbincangan dapatan
Kajian dan Analisa
KELIMA:
Cadangan dan Kesimpulan
7. Taklimat 2 Jam Taklimat tentang:
Penjurian
a) Persediaan para
8. Penjurian pelajar dalam membuat
& Pesta pembentangan yang
Type III memenuhi kriteria
penjurian
b) Prosedur pengambilan
display board
c) Persembahan display
board
d) Persembahan produk /
prototaip
Setengah Pelajar membuat Setelah
Hari pembentangan tentang pelajar Tg.4
kajian masing-masing mendaftar
mengikut kategori dan masuk ke
mempamerkan produk/
prototaip yang dihasilkan MRSM
Pelajar Tg.4 menyaksikan
pembentangan yang
dilakukan oleh para pelajar
Tg.5
6
MODUL SLOT SEM
SLOT 1
PENGAJARAN TAKLIMAT SEM
TOPIK PENGENALAN SEM
OBJEKTIF Pelajar dapat memahami idea SEM dan sejarah SEM
AKTIVTI 1. Guru memberikan pengenalan SEM secara ringkas
2. Rujuk Lampiran
CATATAN (Lampiran 1)
7
8
SLOT 2
PENGAJARAN TAKLIMAT ENRICHMENT CLUSTER
TOPIK PENDAFTARAN EC
OBJEKTIF Pelajar dapat memilih ahli kumpulan dan mendaftarkan diri
dalam EC yang sesuai.
AKTIVTI 1. Guru memberi taklimat tentang pembentukan
kumpulan.
2. Pelajar mendaftarkan diri dalam EC.
3. Rujuk Lampiran
CATATAN (Lampiran 2)
9
SLOT 3
PENGAJARAN Type II: Bengkel Pengenalan
TOPIK Kajian Saintifik
OBJEKTIF Pelajar dapat:
AKTIVITI (i) Mengenalpasti kategori dalam kajian Saintifik
(ii) Merancang kajian Saintifik
Aktiviti 1:
Guru mendedahkan contoh-contoh kajian Saintifik:
- Melalui gambar/video/keratan akhbar
Guru mengkategorikan kajian Saintifik kepada tiga:
(a) Fizik
(b) Kimia
(c) Biologi.
Aktiviti 2
Guru membimbing pelajar untuk merancang kajian
menggunakan Kaedah Saintifik (Scientific Method).
Rujuk Lampiran 1.
Guru memberikan satu contoh kajian yang lepas untuk
setiap kategori.
Aktiviti 3
Secara berpasangan, pelajar mencari maklumat berkaitan
dengan kajian Saintifik dalam masa 10 minit.
Secara rawak guru bertanya kepada pelajar mengenai
kajian yang dipilih dan apakah kategori yang bersesuaian.
CATATAN
10
11
SLOT 4
PENGAJARAN Type II : Bengkel Pengenalan
TOPIK Kajian Kejuruteraan / Inovasi
OBJEKTIF Pelajar dapat:
(i) Mengenalpasti kajian Kejuruteraan / Inovasi
(ii) Merancang kajian Kejuruteraan / Inovasi
AKTIVITI Aktiviti 1:
Guru mendedahkan contoh-contoh kajian Kejuruteraan /
Inovasi:
- Melalui gambar/video/keratan akhbar
Guru menyatakan pelajar perlu menghasilkan prototaip dan
impak kepada masyarakat.
Aktiviti 2
Guru membimbing pelajar untuk merancang kajian
menggunakan Proses Rekaan Kejuruteraan (Engineering
Design Process).
Rujuk Lampiran 1.
Guru memberikan satu contoh kajian yang lepas.
Aktiviti 3
Secara berpasangan, pelajar mencari maklumat berkaitan
dengan kajian Kejuruteraan / Inovasi dalam masa 10 minit.
Secara rawak guru bertanya kepada pelajar mengenai
kajian yang dipilih dan apakah impak kajian tersebut
kepada masyarakat.
CATATAN
12
13
SLOT 5
PELAJARAN PENERANGAN TENTANG JENIS KAJIAN
TOPIK KAJIAN LAPANGAN/DESKRIPTIF/LAIN-LAIN
KAJIAN SAINS KOMPUTER
OBJEKTIF Pelajar dapat:
Mengenalpasti ciri kajian lapangan/deskriptif/lain-lain
Merancang kajian lapangan/deskriptif/lain-lain
Merancang kajian Sains Komputer
AKTIVTI 3. Guru menerangkan definisi dan tujuan kajian deskriptif.
4. Guru menerangkan ciri kajian deskriptif dan jenis-jenis
instrument untuk mengumpul data – kualitatif, kuantitatif atau
campuran
5. Guru menerangkan bidang-bidang kajian dan memberikan
contoh-contoh kajian
Contoh-contoh tajuk kajian lapangan/deskriptif/lain-lain:
Kesan pembelajaran secara dalam talian terhadap pelajar
kesihatan mental pelajar
Pengurusan stress dalam kalangan warga kerja MRSM
Penghasilan drama muzikal
Penghasilan animasi
6. Guru memberi pendedahan tentang tajuk-tajuk dan ciri kajian
Sains Komputer
7. Guru menerangkan format penulisan Kajian Deskriptif dan
Sains Komputer
CATATAN (Lampiran 3)
14
15
16
SLOT 6
PELAJARAN PENULISAN TESIS
TOPIK Penulisan Tesis
Pelajar dapat:
1. Menghasilkan satu mini tesis mengikut format yang betul dan
OBJEKTIF
seragam.
AKTIVTI Guru menerangkan format mini tesis yang betul
Cadangan : panduan penulisan tesis diberikan dalam bentuk ‘
hardcopy’
Rujuk Lampiran
CATATAN (Lampiran 4)
17
SLOT 7
PELAJARAN PESTA SEM TYPE III
TOPIK TAKLIMAT PENJURIAN
Pelajar dapat:
OBJEKTIF 2. Memahami kriteria penjurian bagi setiap bidang kajiannya
AKTIVTI Guru menerangkan kriteria penjurian
Cadangan : rujuk lampiran penjurian dan cadangan rubrik
pemarkahan
CATATAN (Lampiran 5)
1
Carta Gantt : Perancangan Program SE
PERKARA 2022
1. Taklimat Sem APR MEI JUN JUL OGOS SE
2. Type I
3. Type II
4. Penyediaan projek
5. Pesta Pengayaan Type
III MRSM
6. MRSM SEM Challenge
7. Science, Technology,
Engineering & Rocket
Fair (STERF)
18
EM di MRSM BITARA (Tingkatan 4 2022)
2023
EPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APR MEI JUN
18
19
MRSM SEM CHALLENGE
Perkara Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
Syarat Peringkat Peringkat Zon Peringkat
Kebangsaan
Maktab
Pelajar perlu Pelajar perlu
Pelajar perlu menyediakan menyediakan
memenuhi syarat video video
SEM dan telah pembentangan pembentangan
melalui Type I, II berdurasi 3 minit berdurasi 3 minit
dan III dalam dan juga tesis dan juga tesis
penghasilan dalam bentuk pdf. dalam bentuk pdf.
kajian dan
penulisan tesis.
Contoh: Pemilihan
projek: projek
terbaik dari FASA
2 setiap kategori
(100 projek
terbaik)
Pengiktirafan Sijil SEM yang Sijil Kebangsaan 3 anugerah (Gold,
diiktiraf oleh yang dikeluarkan Silver, Bronze)
universiti. oleh MARA yang diiktiraf oleh
dengan universiti yang
pengiktirafan dipilih oleh
universiti. MARA.
5 tempat setiap
kategori untuk
PAJSK.
Kaedah Video / Penjurian Video /
mengikut zon (4 bersemuka
pembentangan Pembentangan zon).
Juri Guru MRSM Guru pakar dan Pensyarah
masing-masing/ kolaborasi antara universiti / pakar
yang bersesuaian guru MRSM Se- bidang
mengikut maktab Malaysia berkenaan.
masing masing
20
Lampiran 1
PENGENALAN SEM (UMUM)
Joseph S. Renzulli, Pengarah Center for Talent Development and of the National
Research Center on the Gifted and Talented Universiti of Connecticut , USA.
Beliau mempelopori program pintar cerdas dengan menggunakan Renzulli’ s
Three – Ring Conception of Giftedness. Model ini dikenali sebagai Schoolwide
Enrichment Model.
SEJARAH SEM DI MRSM
Schoolwide Enrichment Model (SEM) telah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) sejak tahun 1988. MRSM Kulim melaksanakan SEM sebelum
dipindahkan ke MRSM Taiping pada tahun 1991.
SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian
dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk
meningkatkan pencapaian di bawah ‘school improvement program’.
Pelaksanaan SEM di MRSM adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di
Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan
menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan
yang mencabar.
Program Pengayaan SEM (Schoolwide Enrichment Module) bagi pelajar-pelajar
pintar MRSM merangkumi aktiviti-aktiviti Type I, Type II dan Type III yang bertujuan
untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai kemahiran dan pengalaman.
21
SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL DALAM SISTEM MRSM
PENGENALAN
Schoolwide Enrichment Model (SEM) merupakan satu perancangan yang
sistematik untuk mengintegrasikan pelbagai pengalaman dan kemahiran berfikir
dalam kurikulum biasa persekolahan dan pengurusan kurikulum sekolah. Komiti
SEM berusaha memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai kemahiran,
peluang, sumber, perkhidmatan dan galakan dalam program pengayaan melalui
Aktiviti Type I, II dan III untuk mempertingkatkan prestasi akademik serta
mencapai kecemerlangan menyeluruh.
VISI
Membangunkan bakat pelajar secara seimbang dan optimal.
MISI
Dalam usaha untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang optimum,
pelbagai program diadakan seperti :
I. Mendedahkan pelajar kepada pelbagai kemahiran melalui aktiviti
pengayaan Type I, II dan III.
II. Menyediakan P&P yang berbeza bersesuaian dengan perbezaan yang
wujud dikalangan pelajar melalui “Curriculum Modification”.
III. Menyediakan alat untuk mencungkil dan memupuk bakat pelajar melalui
“Talent Unlimited (TU)”.
IV. Menyediakan ruang, sumber dan galakan untuk pelajar dengan minat yang
sama menghasilkan satu produk/perkhidmatan melalui “Enrichment
Cluster (EC)”.
V. Menyediakan ‘alat-alat’ untuk mengenalpasti bakat, minat, kecenderungan
dan kaedah P&P yang di senangi oleh pelajar melalui “Total Talent
Portfolio (TTP)”
VI. Menyediakan peluang untuk pelajar melakukan penyelidikan melalui
‘Conducting Research’.
VII. Menyediakan bantuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar
yang kemah melalui aktiviti ‘ Safety-Net
22
Aktiviti Pengayaan Type I (Aktiviti Penerokaan)
Definisi : Pengalaman dan aktiviti yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar
kepada pelbagai bidang ilmu cth seni,tajuk- tajuk tertentu, kerjaya, hobi, tokoh,
tempat, peristiwa dsbnya yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa.
Objektif :
• Memperkayakan minda pelajar dengan memperluaskan skop pengalaman yang
disediakan oleh sekolah.
• Meransang minat yang mungkin akan menjadi aktiviti susulan ( Type III)
Contoh Aktiviti :
• Ceramah / Demonstrasi / Pertunjukan Seni / Forum / Debat / Filem / Slaid / Pita
Audio / PitaVideo / CD / Program TV / Dokumentari / Artikel dari surat khabar /
Program Komputer / Pameran / Pusat Perkembangan Minat / Lawatan / Internet
/ Pusat Pembelajaran / Papan Buletin / Perhimpunan/ Aktiviti Kelab/ Persatuan/
Expo /Kuliah/ Kursus/ Sesi bersama Tokoh / Perbincangan (Formal/tidak) /
Latihan Amali (eg:Amali Haji)/ Kem-Kem Akademik, KoKurikulum atau
Kemahiran/Aktiviti lain yang menarik minat pelajar.
Aktiviti Pengayaan Type II (Pendedahan Kemahiran-Kemahiran)
Definisi: Aktiviti yang terdiri daripada kaedah pengajaran dan kemahiran yang
menggalakkan perkembangan proses-proses kognitif dan juga afektif pelajar.
Objektif :
• Membina dan memberi kemahiran kepada pelajar seperti kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran mengguna bahan rujukan dan sebagainya.
23
Contoh aktiviti :
• Membina dan memberi kemahiran kepada pelajar seperti Kemahiran Berfikir,
Kemahiran Belajar, Kemahiran Berkomunikasi, mengambil nota,
mewawancara, mengklasifikasi, menganalisa data, mengguna bahan rujukan,
mencari bahan melalui Internet dsb.
Aktiviti Pengayaan Type III (Proses Penyelidikan & Penghasilan Produk)
Definisi : Aktiviti penyelidikan dan penghasilan produk yang kreatif, di manapelajar
memainkan peranan sebagai penyelidik dan bertindak seperti seorang yang
profesional.
Objektif:
• Menyediakan ruang atau peluang supaya pelajar-pelajar boleh menggunakan
minat, pengetahuan, idea- idea kreatif, dan komitmen terhadap tugas untuk
mendalami permasalahan atau topik pilihan mereka.
• Menghasilkan produk yang asli yang dapat memberi kesan yang diingini kepada
kelompok pengguna atau sasaran.
Cadangan Pautan Bacaan
https://renzullilearning.com/
https://gifted.uconn.edu/schoolwide-enrichment-model/what_is_giftedness/
24
Lampiran 2
PEMBENTUKAN KUMPULAN ENRICHMENT CLUSTER (EC) &
PENDAFTARAN
PENGENALAN
EC merupakan singkatan bagi Enrichment Cluster di mana ianya merupakan
kumpulan yang terdiri daripada seorang guru dan beberapa orang pelajar untuk
melaksanakan Aktiviti Type III.
Berikut adalah kriteria dalam pembentukan Kumpulan EC :
1. EC boleh dibentuk secara berkumpulan.
2. Bilangan ahli kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang dan maksima 3 orang
sahaja.
3. Cadangan ahli kumpulan : Rakan dari kawasan/negeri yang sama serta
mempunyai minat yang sama
4. Ahli kumpulan pelajar boleh terdiri sama ada dari kelas yang sama atau
berlainan.
5. Ahli kumpulan boleh bekerjasama dan saling responsif antara satu sama lain.
6. Memilih satu sahaja Guru Penasihat EC.
7. Setiap kumpulan EC perlu menghasilkan satu produk Type III.
8. Pendaftaran Kumpulan EC adalah secara atas talian.
9. Memilih hanya satu Kategori produk yang dianjurkan sama ada :
i. Kajian Saintifik (Biologi/Kimia/Fizik)
ii. Kejuruteraan/Inovasi
iii. Deskriptif / Kajian Lapangan / Lain-lain
iv. Sains Komputer / ICT
25
IMPLEMENTASI KUMPULAN EC
Kumpulan EC yang dibentuk merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai daya
juang yang tinggi dalam melunaskan Aktiviti Pengayaan Type III yang mencabar.
Berikut adalah perjalanan Kumpulan EC yang perlu dilalui :
a) Pelajar di beri beberapa sesi taklimat atau bengkel mengenai garis masa dan
perkara berkaitan SEM dan EC dari semasa ke semasa.
b) Pelajar mendaftar nama kumpulan,memilih Guru Penasihat EC, Tajuk serta
Kategori Produk Type III secara atas talian.
c) Pelbagai pendedahan dan kemahiran yang sesuai dengan projek/kajian di beri
kepada pelajar (melalui Aktiviti Type I & II seperti Penulisan proposal,taklimat
format penulisan dan sebagainya.
d) Pelajar memulakan projek/penulisan mini tesis masing-masing di bawah
bimbingan guru penasihat EC.
e) Pelajar dikehendaki menulis laporan perjumpaan bersama Penasihat EC
berkenaan perbincangan dan kajian lapangan yang dilakukan.
f) Pelajar menghantar produk Type III (tesis/folio/produk penulisan) kepada
Penyelaras Kategori untuk dinilai.
g) Penjurian akan dilaksanakan sebanyak dua fasa iaitu Fasa 1 (Guru) dan Fasa
2 (Panel Luar).
h) Peserta Type III yang layak dinilai ke Fasa 2 akan membuat Pembentangan
Produk dalam Q&A Session yang dinilai oleh panel luar sama ada pensyarah
universiti, agensi atau organisasi tertentu.
i) Pemenang dinilai berdasarkan markah daripada panel termasuk Sesi
Pembentangan, Penulisan Mini Tesis dan Persembahan Video.
26
PEMILIHAN GURU PENASIHAT EC
Kumpulan EC dibimbing oleh seorang guru yang dikenali sebagai Guru penasihat
EC. Guru Penasihat EC memainkan peranan penting dalam menjayakan Aktiviti
Pengayaan Type III ini. Berikut adalah kriteria dalam pemilihan Guru Penasihat
EC:
a) Guru menyelia sekurang-kurangnya dua kumpulan EC dan maksimum tiga
kumpulan EC sahaja.
b) Komited dan berpengetahuan luas.
c) Menjadi pemudahcara terhadap projek yang diselia.
d) Bidang kategori/kajian boleh merentas bidang pengajaran.
PERTEMUAN BERSAMA KUMPULAN EC
Pertemuan bersama Kumpulan EC adalah bertujuan untuk membincangkan
perkara berkaitan tajuk projek, format penulisan tesis, kaedah kajian,
penghantaran tesis , pembikinan video dan sebagainya.
Pertemuan bersama Kumpulan EC boleh dilakukan secara maya melalui pelbagai
platform yang sesuai seperti Whats App, Telegram, Facebook, Instagram, Teams
Meet, Google Meet, Zoom, Cisco dan sebagainya.
Tempoh pertemuan adalah bergantung kepada garis masa yang telah ditentukan.
Pertemuan Kumpulan EC hendaklah sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali. Jika
ada kumpulan EC yang ingin membuat pertemuan tambahan boleh mengikut budi
bicara Guru Penasihat EC masing-masing.
Pertemuan Kumpulan EC juga boleh melibatkan kerjasama dengan pihak luar
seperti TNB, Telekom, UKM, MMU, UiTM dan lain-lain.Antara projek tersebut ialah
melibatkan kepakaran dan kemahiran yang tiada di makmal sekolah seperti
penggunaan aplikasi kejuruteraan, peranti robotik dan sebagainya.
Semua pertemuan hendaklah direkodkan oleh Kumpulan EC.
27
Lampiran 3 KATEGORI KAJIAN
FORMAT KANDUNGAN TESIS: PENULISAN
DESKRIPTIF
ISI KANDUNGAN
Bab 1: LATAR BELAKANG MASALAH
1.1 Penyataan masalah
1.2 Objektif kajian
1.3 Kepentingan kajian
1.4 Hipotesis kajian
1.5 Batasan kajian
1.6 Definisi istilah
Bab 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 Kajian lampau
Bab 3: METODOLOGI
3.1 Rekabentuk kajian
3.2 Populasi dan pemilihan sampel kajian
3.3 Alat kajian
3.4 Kaedah pengumpulan data
3.5 Analisis data
3.6 Tafsiran skor item-item soal selidik
Bab 4: HASIL PERBAHASAN / KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pembentangan hasil perbahasan
4.2 Persembahan hasil perbahasan
Bab 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan kajian
5.2 Perbincangan
5.3 Implikasi kajian
5.4 Cadangan penyelidikan akan datang
28
Lampiran 4
PANDUAN PENULISAN MINI TESIS
PENGENALAN
Panduan Penulisan Mini Tesis boleh disusun mengikut kategori yang dianjurkan
mengikut tahun semasa dan ianya sesuai sebagai pendedahan awal kepada
pelajar di peringkat sekolah. Pihak Komiti SEM juga telah menyediakan template
penulisan Mini Tesis SEM versi MRSM sebagai rujukan bagi menyiapkan
projek/kajian Aktiviti Pengayaan Type III.
MUKA DEPAN MINI TESIS
Berikut adalah contoh panduan menulis muka depan Mini Tesis ditunjukkan dalam
template yang disediakan. Pelajar dikehendaki menulis dengan betul dan
mengikut format.(Maklumat di muka hadapan disesuaikan mengikut keperluan
maktab masing masing
29
Nota : Guna Huruf Besar dan TEBAL
Font : Arial
Saiz : 18 hingga 24
30
PANDUAN AM PENULISAN MINI TESIS
Kertas
Hanya dibenarkan kertas warna putih berukuran A4 (210 mm x 297mm)
Ukuran Tepi
50 mm dari birai atas
25 mm dari birai kanan dan birai bawah 38 mm dari birai kiri.
Maklumat kulit ditaip 60 mm dari birai atas dan 40 mm birai bawah.
Bahasa
Sangat digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris, namun Bahasa Melayu juga
dibenarkan.
Penaipan Tajuk
Font : Arial, Saiz : 18 hingga 24.
Ditaip HURUF BESAR dan TEBAL.
Dengan ukuran 50 mm dari jidar atas.
Di tengah-tengah antara jidar kiri dan kanan (center).
Tajuk di halaman kulit ditaip berbentuk piramid terbalik dengan satu langkauan.
Selang baris
Selang baris teks adalah 1.5 langkau.
Huruf
Font : Arial, Saiz : 11
Satu langkau untuk :
a) Pengakuan
b) Penghargaan
c) Abstrak
d) Isi Kandungan
e) Lampiran
31
Rujukan untuk memulakan perenggan baru, jarak antara perenggan di selang
langkau.
Perenggan
Memulakan perenggan dengan esotan 1 tab dari jidar kiri.
Perenggan akhir yang kurang dari dua baris hendaklah di satukan ke halaman
baru.
Perkataan terakhir pada sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang.
Sesuatu halaman baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu baris
teks.
Menomborkan Halaman
Jenis dan ukuran huruf sama seperti teks.
Digit terakhir nombor halaman letaknya 15mm dari birai atas dan 25mm dari birai
kanan tanpa hiasan.
Halaman permulaan dinomborkan dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb)
Halaman teks di nomborkan dengan angka 1, 2, 3 .....
Penomboran bab hendaklah dieja dengan huruf besar (misalnya BAB I, BAB II
dsb)
Semua nombor halaman di taip kecuali nombor 1 dan 1 serta halaman pertama
setiap permulaan bab.
Catatan bawah / Nota kaki
Menggunakan angka superskrip pada teks di tempat yang berkenaan.
Menggunakan angka yang sama di bawah halaman (catatan bawah).
Garis pemisah antara teks dengan catatan bawah tidak kurang dari 40mm.
Jarak 1.5 langkau antara garis pemisah dengan teks dan satu langkau antara
catatan bawah dengan garis.
Angka berterusan bagi halaman seterusnya (tidak berulang angka yang sama).
32
Pengakuan
Akuan seperti berikut: “Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.
Atau ditulis dalam Bahasa Inggeris seperti berikut : “We admit that this is our own
work without plagiarism from other people’s work except for excerpts and
summaries which we have explained each of its sources”.
Tarikh.
Tandatangan penulis, nama dan no maktab.
Tandatangan penasihat beserta nama.
Abstrak
Merangkumi maklumat berikut :
Objektif dan matlamat kajian.
Perkaedahan kajian seperti kaedah, teknik dan kegunaannya.
Penemuan baru seperti teori baru, istilah tafsiran atau penilaian yang di nyatakan
dengan tepat.
Senarai Kandungan :
a) Pengakuan Penulis
b) Penghargaan
c) Abstrak (ditulis dalam kedua-dua bahasa sama ada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris)
d) Isi Kandungan
e) Bab 1 - Pendahuluan
f) Bab 2 - Literatur Kajian
g) Bab 3 - Metodologi
h) Bab 4 - Keputusan
i) Bab 5 - Rumusan
j) Bibliografi
k) Lampiran
Lampiran 5 33
PENJURIAN DAN PESTA TYPE III
PENGHANTARAN MINI TESIS DAN VIDEO
Tesis dan video yang telah dihantar akan dikumpulkan dalam folder Guru
Penasihat EC masing-masing melalui Microsoft Teams Channel SEM.
Berikut adalah syarat-syarat format Mini Tesis yang perlu dihantar :
a) Tesis mestilah karya asal pelajar
b) Penulisan tesis yang dikemukakan asli atau bukan diciplak.
c) Mengemukakan sumber dapatan yang jelas di dalam mini tesis.
d) Mini Tesis hendaklah dihantar dalam format pdf sahaja.
e) Mini Tesis tidak perlu dicetak.
Berikut adalah syarat-syarat video yang perlu dihantar :
a) Video mestilah karya asal pelajar.
b) Kandungan yang perlu ada dalam video ialah ringkasan daripada kandungan
tesis seperti Pengenalan, Kajian Literatur, Metodologi, Prototaip/Sampel, Graf
dan sebagainya.
c) Persembahan video mengikut kreativiti masing-masing.
d) Durasi video : 3 minit sahaja.
PENJURIAN AKTIVITI PENGAYAAN TYPE III
Aktiviti Pengayaan Type III harus dinilai dalam sesi penjurian bagi memastikan
pelajar melakukan aktiviti seperti mana format yang telah dibina. Penjurian Aktiviti
Pengayaan Type III dibahagikan kepada dua fasa iaitu :
a) Fasa 1 : Panel terdiri daripada Guru Penasihat EC
b) Fasa 2 : Panel terdiri daripada pensyarah universiti, rakan alumni, agensi atau
organisasi tertentu.
34
Semua pelajar mesti melalui Penjurian Fasa 1.Tetapi hanya pelajar yang layak dan
dicadangkan oleh Guru Penasihat EC sahaja yang akan melalui Penjurian Fasa 2.
Semua panel Fasa 1 dan Fasa 2 akan dijemput menghadiri sesi taklimat Penjurian
sebelum sesi penjurian dilaksanakan. Namun, panel Fasa 2 sahaja yang akan
terlibat dengan sesi pembentangan iaitu Q&A Session. Panel akan mengisi
markah melalui borang yang dijana melalui pautan yang disediakan.
Q & A SESSION
Kumpulan EC yang layak ke Fasa 2 akan melalui proses Q & A Session di mana
pelajar dikehendaki membentangkan projek/kajian masing-masing di hadapan
panel luar yang terdiri daripada pensyarah universiti, agensi atau organisasi
tertentu. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dinilai mengikut
kesesuaian bidang kepakaran panel tersebut. Moderator yang terdiri daripada
Penyelaras Kategori pula akan bertindak sebagai pemudahcara semasa Q&A
Session. Pelajar harus bersedia dengan penerangan ringkas berkaitan
projek/kajian seterusnya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh panel juri
secara langsung. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, mengasah
kemahiran psikososial dan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Sepanjang sesi
ini, pelajar dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai dan sentiasa menjaga
wibawa serta nama baik maktab.
35
RUBRIK PENJURIAN AKTIVITI PENGAYAAN TYPE III
Pemenang Pesta Type III akan dinilai berdasarkan 3 komponen utama iaitu
Penulisan Mini Tesis, Persembahan Video dan Sesi Q & A. Rubrik penjurian
dinyatakan secara holistik dalam jadual seperti berikut :
SKOR PENULISAN MINI PERSEMBAHAN SESI Q &A
KRITERIA
TESIS VIDEO
1
Terdapat banyak Tidak dapat Tidak dapat
2
3 kesilapan ejaan. menerangkan menerangkan
4 Tidak dapat dengan baik. dengan baik.
5 menerangkan
dengan baik.
Menerangkan Menerangkan Menerangkan
secara luaran secara luaran secara luaran
sahaja. sahaja. sahaja.
Menerangkan Menerangkan Menerangkan
dengan jelas dan dengan jelas dan dengan jelas dan
mengikut format mengikut format kemahiran
Penulisan Mini Persembahan komunikasi yang
Tesis yang Video yang baik.
dinyatakan. dinyatakan.
Menerangkan Menerangkan Menerangkan
secara terperinci. secara terperinci. secara terperinci.
Maklumat yang Maklumat yang Maklumat yang
tepat. tepat. tepat.
Mempunyai nilai Mempunyai nilai Mempunyai nilai
tambah dalam tambah tambah semasa
Penulisan Mini penghasilan video. sesi Q&A.
Tesis.
Jadual 1 : Rubrik Penjurian Aktiviti Pengayaan Type III.
36
PESTA TYPE III
Kemuncak Aktiviti Pengayaan Type III ialah Majlis Pesta Type III di mana ianya
merupakan platform untuk meraikan kejayaan pelajar yang telah menyelesaikan
tugasan Aktiviti Pengayaan Type III yang panjang dan mencabar. Pemenang akan
menerima sijil dan hadiah daripada pihak Komiti SEM sebagai tanda penghargaan
di atas usaha gigih, komited dan berterusan. Berikut adalah senarai anugerah yang
ditawarkan :
a) Anugerah Emas
b) Anugerah Perak
c) Anugerah Gangsa
d) Honourable Mention
e) Anugerah Penghantaran Awal
f) Anugerah Guru Penasihat EC Terbaik
*Anugerah-anugerah ini mungkin berbeza mengikut tahun semasa.