The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatul iman, 2022-08-07 10:39:41

PELANCONGAN GASTRONOMI

PELANCONGAN GASTRONOMI

PELANCONGAN
GASTRONOMI

DI PULAU PINANG

IMAN NAJIHA BINTI AHMAD NASIR
IZZATUL IMAN BINTI MUHARIZAL
NURUL HIDAYAH BINTI AZMAN

4 IBNU SINA

MAKSUD GASTRONOMI


Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan
antara budaya dan makanan. Istilah ini sering
disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada
seni masakan. Gastronomi hanyalah sebahagian
kecil dari seni memasak. Gastronomi mengkaji
berbagai komponen budaya dengan makanan
sebagai pusatnya.
Kata gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno
γαστήρ (gastros) yang ertinya "perut" dan νόμος
(nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau
"ilmu".

PELANCONGAN Pulau Pinang diibaratkan syurga
GASTRONOMI makanan bagi orang ramai kerana
DI PULAU terdapat pelbagai jenis makanan yang
PINANG boleh dicuba di negeri ini. Ramai
sanggup melancong ke Pulau Pinang
hanya untuk membuat ‘food hunting’
bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jangan lepaskan peluang untuk
mencuba makanan-makanan popular

di negeri ini seperti berikut:

NASI KANDAR

Nasi Kandar Pelita dan Deen Maju
merupakan antara lokasi terkenal

di sini bagi menikmati juadah
terlazat ini. Ia biasa dihidangkan
dengan nasi, pelbagai jenis kari,
ayam goreng berempah, bendi,

telur masin dan lain-lain lauk
mengikut selera masing-masing.

LAKSA PENANG

Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia yang
mempunyai rasa dan versi masakan tersendiri.
Namun, kelazatan Asam Laksa atau lebih dikenali
sebagai Laksa Pulau Pinang tidak setanding
dengan laksa lain.

Ia merupakan makanan wajib dimakan jika
sesiapa mengunjungi ke negeri ini kerana kuah
ikannya yang mempunyai rasa masam, manis dan
pedas. Hidangan ini disajikan bersama udang,
telur, limau nipis, daun pudina dan sambal
belacan yang lazat dimakan bersama mee.

ROJAK PASEMBUR

Makanan ini juga dikenali ramai
sebagai salad India Malaysia yang
disediakan daripada sayur-sayuran,
tauhu, cucur udang, mee kuning dan
bahan utama yang meningkatkan
kelazatan juadah ialah kuah kacang
pedas atau kuah merah manis pedas.

CHAR KUEY TEOW

Char Kuey Teow adalah makanan yang biasa
didengari oleh rakyat Malaysia dan ia gemar
dimakan pada bila-bila masa. Ia diperbuat
daripada mee beras yang leper dan digoreng
bersama udang, telur, daun bawang, taugeh,
kerang, sos kacang hitam, cili dan sebagainya.

Hidangan ini popular di Pulau Pinang kerana cara
masakannya lain iaitu menggoreng kuey teow
dengan telur itik dan daging ketam bagi
menambah rasa kemanisan.

FAEDAH PELANCONGAN
GASTRONOMI

menenangkan fikiran
menikmati keindahan alam
emosi lebih stabil
kualiti tidur meningkat
mengeratkan hubungan silaturrahim

PENDAPAT

Pada pendapat saya , melancong adalah perkara
yang sangat penting dalam kehidupan kita . Hal ini
kerana , dengan melancong kita dapat menikmati
alam semula jadi dan dapat menenangkan minda
kita daripada perkara - perkara yang membuatkan
kita stres . Di samping itu , kita dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama keluarga mahupun
bansa yang lain .

HARAPAN

Harapan saya ialah saya berharap
kita dapat merasai bercuti di
negeri lain lagi selepas pandemik
ini berakhir .


Click to View FlipBook Version