SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENTOK,
KEMAMAN, TERENGGANU
MOHAMAD AL ARSYAD
BIN MOHD ALFAIZAL
4 ZAMRUD
2022/2023
Terdapat pelbagai jenis kuih tradisi di negara kita ini dengan pelbagai nama dan rupa. Setiap
negeri berkongsi citarasa yang sama. Membezakan adalah nama kuih tradisi itu sendiri
mengikut negeri.
Sebut sahaja kuih tradisi melayu pasti akan terbayang akan keenakan kuih serimuka, kuih
karipap dan kuih cucur badak. Kuih-muih tradisi ini bukan sahaja popular di kalangan
masyarakat Melayu bahkan kaum lain juga amat menggemarinya.
Citarasa kuih-muih tradisi melayu ini sangat unik dan tidak boleh disamakan dengan pencuci
mulut dari negara Barat seperti kek,cookies mahupun pastri.
Dari segi masa dan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan kuih-muih tradisi melayu dan
Barat ini tidak jauh bezanya. Bahkan dari segi kos menghasilkan kuih muih melayu adalah lebih
murah berbanding dengan pencuci mulut dari negara Barat.
Mungkin yang membezakannya adalah kuih-muih melayu tidak tahan lama kerana kebiasaannya
kuih-muih tradisi melayu diperbuat daripada santan dan dimasak secara merebus dan
mengukus dan menggoreng
Zaman dahulu kuih-muih melayu ini hanya dihasilkan di rumah untuk dinikmati bersama ahli
keluarga sahaja. Tidak ramai yang berjualan kuih-muih pada masa dahulu.
KUIH ONDE-ONDE
KUIH MUIH
KUIH BAKAR KUIH KETAYAP
TRADISIONAL
KUIH SERI MUKA KUIH KARIPAP
1
KUIH ONDE-ONDE
Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana
adunan digentel bulat. Kuih onde-onde menggunakan gula nisan
yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam. Di
pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.
Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang
menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula
kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat
dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia
melekat-lekat di antara sesama sendiri.
2
KUIH KARIPAP
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand
dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada
inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.
Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan
serbuk kari sebagai bahan perasa. Isi ikan yang dibuat sebagai inti
karipap, dikenali sebagai temosa.
Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa
Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry
puff tidak semestinya seperti karipap .
3
KUIH KETAYAP
Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih
tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis
kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis
bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula
Melaka/nisan di dalamnya.
Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit
luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan
rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti
dalam.
4
KUIH SERI MUKA
Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.Kuih Seri
Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat
ataupun segiempat sama atau segiempat tepat.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi
berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah).
Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan
atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.
5
KUIH BAKAR
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu.
Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat
dan ditabur bijan di atasnya.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah
tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa
dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan
khas dan ia dibakar dengan dapur arang.