The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roscida46, 2020-06-02 00:49:46

CO2:NOTA PENYEDIAAN INTI MANIS DAN SAVORI

CO2-NOTA INTI 1

1. Pengenalan kepada inti
Inti adalah campuran makanan yang
digunakan untuk mengisi bun, puff,
donat, roti,pastri, pau dan ladu.

Inti boleh dibuat dengan
menggunakan pelbagai bahan.
Ini akan memberikan pelbagai rasa
dengan aroma tersendiri. Ia boleh
dihasilkan dengan menggunakan
daging, ayam, makanan laut, sayur-
sayuran, buah-buahan,kacang dan
krim.

Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Inti
Manis dan Inti Savori :

i. Inti Manis

Asas inti manis

Asas inti manis dibuat menggunakan
krim, susu, telur, gula, mentega dan
berperisa (contoh - vanilla)

Inti manis boleh disediakan dengan
menggunakan pelbagai bahan
seperti:

a) Buah segar (epal, pic, pir, nanas
dan kiwi)

b) Beri (strawberi, blueberry, raspberry
dan ceri)

c) Nut (Walnut, Hazelnut, kacang
kemiri, Almond) Inti nut / berasaskan
kacang dibuat menggunakan
keseluruhan, parut, dicincang atau
dihiris

d) Kastad Inti kastard dibuat

menggunakan susu, telur, gula atau

tepung kastad.Ia boleh

menggunakan perisa vanilla, coklat,

puri buah-buahan atau jus)

e) Krim

Inti buah-buahan boleh menjadi
dalam bentuk keseluruhan, dihiris
atau puri buah - buahan. Biasanya ia
dimasak dengan menggunakan gel,
pektin atau tepung jagung.

 Contoh masakan menggunakan
inti manis
i) berasaskan buah
Inti berasaskan buah adalah
yang mempunyai buah-buahan
sebagai bahan utama.

Contohnya Pastri Cherry, Pai
Blueberry, Pai Strawberi
ii) Krim/Cream
Bahan utamanya adalah krim
Contohnya pai cream, pai lemon
cream, egg tart
iii) kacang
Contohnya pai hazelnut, pecan
nut roll

ii)Inti Savori

Inti Savori disediakan dengan

menggunakan telur, double cream

atau susu. Perasa asas adalah garam

dan lada Inti ini biasanya ditumis

sebelum dimasukkan dalam

selongsong pai atau bun.

Contoh bahan yang digunakan ialah
ayam, daging lembu, makanan laut
dan sayursayuran Ia boleh
diperisakan menggunakan rempah
seperti thyme, rosemary atau rempah
lain sewajarnya.

Contoh masakan menggunakan inti
savori Bahan utama inti savori seperti
daging, ayam, karangan laut dan
sayuran.

Contohnya Chicken crepe
roll,croissant, pizza chicken


Click to View FlipBook Version