The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roscida46, 2021-10-01 18:51:51

PROSEDUR NAIK SEKOLAH PPKI SETIAWANGSA

PROSEDUR NAIK SEKOLAH PPKI SETIAWANGSA

1

2

 Murid diwajibkan memakai pelitup muka (surgical
mask)sepanjang masa. Pemakaian pelitup muka
berganda digalakkan.

 Pastikan penjarakan sosial 1 meter pada setiap masa.
 Sentiasa mengamalkan kebersihan dan mencuci

tangan menggunakan air, sabun atau sanitasi
tangan (hand sanitizer).
 Pergerakan murid dalam kelas dan kawasan sekolah
adalah sehala sahaja.
 Murid diminta memaklumkan kepada guru sekiranya
tidak sihat.

3

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK

IBU BAPA ATAU PENJAGA

 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas faktor
kesihatan akan dibantu oleh guru kelas dengan
menyediakan bahan dalam bentuk modul, WhatsApp dan
Google Classroom(GC).Guru kelas akan menghubungi ibu
bapa.

 Ibu bapa telah dimaklumkan untuk mengisi Borang Akuan
Pengisytiharan Kesihatan. Bagi yang belum menghantar sila
kembalikan pada hari pertama persekolahan melalui anak
masing-masing.

 Ibu bapa perlu menggunakan pintu utama sahaja untuk
menghantar dan mengambil anak.Pintu belakang di tutup
untuk sementara waktu.

 Bagi Ibu bapa yang ingin berurusan dengan pihak sekolah,
adalah diharapkan pihak tuan/ puan telah mendapatkan
vaksin lengkap 2 dos.

 Pastikan murid yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Sebarang masalah berkaitan kesihatan anak tuan/puan
boleh maklumkan kepada guru kelas.

 Murid yang tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk,
selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tidak dibenarkan ke
sekolah dan perlu dibawa membuat pemeriksaan kesihatan
yang sewajarnya.

 Ibu bapa diminta mengisi Lampiran 1 borang kit ujian covid
untuk TINDAKAN sekolah,sekiranya anak tuan/puan didapati
bergejala ujian akan dijalankan di sekolah.

4

 Kantin sekolah tidak akan beroperasi , Ibu bapa diminta
membekalkan makanan, minuman, sudu, garfu, penyedut
minuman, tisu atau kain lap yang secukupnya mengikut
keperluan murid. Berkongsi makanan tidak dibenarkan.

Hasil Pemeriksaan Suhu Badan Waktu Tiba di Sekolah

Kad Keterangan Tindakan
Hijau
suhu ideal Murid dibenarkan masuk ke
Merah ˂37.5°C dalam kawasan sekolah

suhu melebihi Murid perlu diambil oleh ibu

37.5°C atau bapa/penjaga untuk

bergejala mendapatkan rawatan

selanjutnya

 Ibu bapa diminta menunggu murid selesai menjalani
saringan suhu badan oleh guru bertugas dengan melihat
kad yang dipamerkan oleh guru tersebut.

 Jika hujan, ibu bapa diminta menghantar murid ke laluan
berbumbung di luar pagar utama untuk menjalani
pemeriksaan suhu.

 Ibu bapa digalakkan membekalkan murid dengan payung
atau yang bersesuaian kerana keadaan cuaca yang tidak
menentu kini.

 Semua kelas, bilik khas dan sebagainya akan disanitasi oleh
Pembantu Pengurusan Murid setiap hari.

 Pembelajaran dijalankan mengikut peraturan dan
penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

5

MAKLUMAT PERSEKOLAHAN
DAN WAKTU REHAT
MURID PPKI/KPKP

6

WAKTU PERSEKOLAHAN DAN PAKAIAN

Hari Waktu hadir Waktu Pakaian

(Pemeriksaan Suhu) Persekolahan

Isnin Seragam Sekolah
dan
Khamis 7.00 pagi 7.30 pagi
- -
Selasa
7.30 pagi 1.00
Tengahari

Baju Rumah
Sukan

Rabu Tshirt Pengakap

Jumaat 7.30 pagi Baju Melayu
- Sekolah (L)

12.00 Seragam Sekolah
Tengahari (P)

 Waktu persekolahan adalah seperti di atas.Ibu
bapa/penjaga diminta menghantar dan mengambil murid
sebagaimana jadual yang dinyatakan.

 Waktu rehat murid PPKI ialah pada pukul 9.00 - 9.30 pagi.
Semua murid akan makan di dalam kelas masing-masing di
bawah pengawasan guru dan PPM.

 Penggunaan tandas dihadkan kepada 4 orang murid pada
satu-satu masa.

7

LALUAN PERGERAKAN MURID
PPKI/KPKP

WAKTU HADIR DAN
PENYURAIAN

Penjelasan lanjut akan dimaklumkan oleh guru semasa di
sekolah

8

Pelan Laluan Murid PPKI/KPKP

D C B AA

RnR A

Pondok
Jaga

Pintu utama A

Petunjuk :

Waktu Hadir
Waktu Balik/Penyuraian
Pemeriksaan suhu badan murid PPKI

9

 Suhu badan murid akan diambil sebanyak 1 kali iaitu bermula
jam 7.00 hingga 7.30 pagi di laluan berbumbung ( )
hadapan pintu utama sekolah.

 Murid yang hadir lebih awal diminta menunggu di laluan
berbumbung bersama ibu bapa.

 Murid yang melepasi pemeriksaan suhu dan tidak bergejala
(sihat) akan diiringi oleh PPM ke kelas.

 Murid yang mempunyai ketidakupayaan tingkah laku di awal
pagi perlu diiringi oleh ibu bapa ke kelas. Guru kelas/bertugas
menunggu di kelas mulai jam 7.00 pagi.

 Murid yang melepasi pemeriksaan suhu namun bergejala
sewaktu mengikuti pdpc akan diletakkan di Bilik Isolasi. Pihak
sekolah akan menghubungi Pusat Kesihatan Daerah dan Ibu
bapa dengan kadar segera untuk rawatan selanjutnya.

 Semua murid perlu mengikut laluan terarah yang telah
ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.

 Waktu Penyuraian - Murid akan turun dari aras PPKI secara
berperingkat dengan diiringi oleh guru dan PPM bermula dari
Kelas Mutiara, 1 Nilam, 4 Intan , 2 Berlian, Delima, 5 Zamrud, 3
Kristal,Permata dan Baiduri.

 Murid tidak digalakkan berkumpul di tempat menunggu
(RnR) semasa pulang. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan
hadir tepat pada waktunya.

 Ibu bapa/penjaga diminta memastikan murid pulang terus
ke rumah masing-masing mengikut waktu pulang yang telah
ditetapkan.

10

SEKIAN

TERIMA KASIH

#PKP 3.0
#kitajagakita

11


Click to View FlipBook Version