INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000, KANGAR PERLIS KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KESELAMATAN NAMA PROGRAM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT DISEDIAKAN OLEH: ● MUHAMMAD HAZIQ HUSAINI BIN HASRUNNIZAM ● NURHADFINA BINTI NOREZAM ● NIK SYAFIKAF BINTI NIK ISMAIL
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI, 71800, NILAI, NEGERI SEMBILAN KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA, BANDAR BARU NILAI, 71800, NILAI, NEGERI SEMBILAN DISEDIAKAN OLEH: GURU PENASIHAT PERSATUAN KESELAMATAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA
1.0 PENDAHULUAN Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka harus mewujudkan keadaan sekolah yang selamat, sejahtera, ceria dan sihat kepada semua warga sekolah bagi memastikan matlamat pendidikan yang berkualiti dapat direalisasikan. Hal ini kerana, sekolah yang selamat akan menghindarkan warga sekolah daripada sebarang bahaya atau malapetaka yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, kejadian kebakaran, kemalangan, pencemaran, dan bencana alam. Oleh itu, program berkaitan keselamatan di sekolah adalah perlu untuk dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka agar dapat memastikan sekolah adalah tempat yang selamat, ceria, bersih dan kondusif kepada semua murid dan warga sekolah. Dalam kertas cadangan ini, penerangan secara terperinci akan dijelaskan mengenai ancaman dan bahaya yang berlaku semasa di sekolah supaya murid dan warga sekolah dapat mengenalpasti risiko dan bahaya di sekitar mereka dan mengetahui tindakan-tindakan awal untuk mengurangkan risiko dan bahaya tersebut. Maka, pelaksanaan program sekolah selamat diharapkan dapat memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat serta mampu menjaga reputasi sekolah. 2.0 OBJEKTIF Objektif Program Sekolah Selamat adalah untuk: I Meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada murid dan seluruh warga sekolah bahawa betapa pentingnya menjaga keselamatan. Ii Mempersiapkan diri murid dan semua warga sekolah supaya bertindak awal dan berkesan semasa keadaan kecemasan, kemalangan dan bencana. Iii Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, ceria, selesa dan bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan malapetaka. Iv Menambahbaik dan meningkatkan fasiliti di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka agar dapat digunakan dengan selamat oleh seluruh warga sekolah V Melatih semua warga sekolah agar sentiasa mengutamakan keselamatan di luar dan dalam sekolah.
3.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SEKOLAH SELAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA Pengerusi : Tuan Hj. Ahmad Yatim Bin Mat Arif (Guru Besar SK Desa Cempaka) Naib Pengerusi : Puan Norazizah Binti Othman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Penyelaras Program : Encik Mohd Daud Bin Salim Pen. Penyelaras Program : Puan Nor Hidayah Binti Abdul Hamid Setiausaha Program : Puan Suhana Binti Nizam Naib Setiausaha Program : Puan Nurin Binti Zali Bendahari Program : Cik Fatin Binti Ramli Naib Bendahari Program : CIk Fatimah Binti Musa 3.1 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengacara Majlis: - Puan Norhamidah Binti Zahir - Encik Samat Bin Salim AJK Aktiviti : Encik Nordin Bin Budi AJK Kebersihan : Puan Wati Binti Safi AJK Media, Siaraya dan Publisiti: Encik Hashim Bin Muhd AJK Teknikal dan Komunikasi : Encik Said Bin Izan AJK Makanan : Puan Zurina Binti Azhar AJK Keselamatan : Encik Abu Bin Jais AJK Protokol dan tugas khas : Encik Muiz Bin Nasir AJK Cenderahati dan Jemputan : Puan Aida Binti Rahim Program ini juga dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.
4.0 SPESIFIKASI PROGRAM / AKTIVITI 4.1 Cadangan Program / Aktiviti ● Ceramah Keselamatan ● Demonstrasi Kebakaran 4.2 Lokasi Sasaran ● Dewan Melati ● Dewan Terbuka SK Desa Cempaka ● Padang SK Desa Cempaka 4.3 Kumpulan Sasaran ● Beberapa orang guru SK Desa Cempaka (12 orang) ● Semua Murid Tahun 6 seramai 60 orang 4.4 Aturcara Program / Aktiviti TARIKH MASA PENGISIAN LOKASI JUMAAT 27 JANUARI 2023 8.00 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi Pendaftaran peserta Kehadiran VIP iaitu Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan (JPAM) Perasmian majlis oleh JPAM dan Ucapan daripada pegawai JPAM Sesi 1 - Pengenalan Kepada Jenis Bencana Alam (Ceramah) Dewan Melati
12.00 petang 2.00 petang 3.00 petang 3.30 petang 4.00 petang Rehat dan makan tengah hari Sesi 2 - Panduan dan Langkah Semasa Menghadapi Bencana Alam (Ceramah) Ucapan penutup oleh Pengetua SK Desa Cempaka dan JPAM Penyerahan cenderamata kepada JPAM dan sesi bergambar Majlis Bersurai SABTU 28 JANUARI 2023 8.00 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi Pendaftaran peserta Kehadiran VIP iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Perasmian majlis oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan beserta ucapan Dewan Melati
10.00 pagi 12.00 petang 2.00 petang 2.30 petang 3.30 petang 3.45 petang 4.00 petang Ceramah Keselamatan disampaikan oleh pegawai bomba dan penyelamat ( Tindakan Awal Semasa Kebakaran) Rehat dan makan tengah hari Taklimat mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan memadam kebakaran beserta tayangan video Aktiviti demonstrasi menggunakan alat pemadam api dan memadam kebakaran Ucapan penutup oleh pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Penyerahan cenderamata dan sesi bergambar Majlis bersurai Padang SK Desa Cempaka Dataran terbuka SK Desa Cempaka
AHAD 29 JANUARI 2023 7.00 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi 11.15 pagi 11.30 pagi 12.00 petang 1.00 petang Pendaftaran peserta Kehadiran VIP iaitu pegawai daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perasmian majlis oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya beserta ucapan Ceramah mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesedaran Terhadap Risiko-Risiko Keselamatan oleh pegawai JKJR Ucapan penutup oleh pegawai JKJR Pemberian cenderahati kepada pegawai JKJR Sesi bergambar Makan tengah hari Majlis bersurai Dewan Melati
5.0 TETAMU DARI AGENSI LUAR Antara tetamu-tetamu yang dijemput untuk menjayakan program ini ialah ● Jabatan Pertahanan Awam ● Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ● Jabatan Keselamatan Jalan Raya 6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 6.1 Sumber Kewangan BIL PERKARA JUMLAH 1 Unit Kokurikulum SK Desa Cempaka RM 600 2 Sumbangan (PIBG) RM 500 3 Sumbangan Murid Tahun 6 RM 200 JUMLAH BESAR RM1300 6.2 Perbelanjaan BIL PERKARA JUMLAH 1 Perbelanjaan Program Hari Pertama - Upah Penceramah = 1 orang X RM50 = RM50 - Makan tengah hari = 73 orang X RM5 = RM365 - Cenderamata = RM3 (1 unit) - Sijil Penyertaan = RM7 RM425.00 2 Perbelanjaan Program Hari Kedua - Upah Penceramah = 1 orang X RM50 = RM50 - Makan tengah hari = 78 orang X RM5 = RM390 - Cenderamata = RM3 (1 unit ) - Sijil Penyertaan = RM7 RM450.00 Perbelanjaan Program Hari Ketiga - Upah Penceramah = 1 orang X RM50 = RM50 - Makan tengah hari = 73 orang X RM5 = RM365 - Cenderamata = RM3 (1 unit ) - Sijil Penyertaan = RM7 RM425.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1300.00 7.0 PENUTUP Kesimpulannya, Program Sekolah Selamat amatlah berkesan dijayakan keana semua murid dan seluruh warga sekolah dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran dan juga rasa yakin untuk bertindak dengan pantas semasa keadaan kecemasan dan darurat serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka akan saling membantu untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. Malahan, sekolah yang melengkapi ciri-ciri keselamatan akan dapat menarik lebih banyak murid untuk mendaftar di sekolah itu. Hal ini merupakan suatu kejayaan kepada sekolah sehingga mampu menjaga reputasi sekolah dan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak ibu bapa terhadap sekolah. Di samping itu, sekolah juga akan menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi yang terlibat terhadap keselamatan. Oleh itu, Program Sekolah Selamat adalah suatu kemestian dan tidak boleh diabaikan kerana ia perlu dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka untuk menjadikan sekolah itu selamat dan menyeronokkan.