E-FOLIO MPU21032 : KONSEP PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD SABRI BIN ALIAS
ISI KANDUNGAN Ahli Kumpulan Pengenalan Tujuan Pengenalan Kaum Perpaduan dan Kepentingan Cara mengekalkan perpaduan 3 4 5 6-11 12-13 14 Kesan Masyarakat tidak 15-16 Bersepadu Kesimpulan 17
AHLI KUMPULAN NUR AMALIN AISYAH BINTI ISMAIL 06DPR22F2030 SAFIA ELLY SHAHILA BINTI MOHD AMIN 06DPR22F2045 NURUL AMISHA BINTI ROSLAN 06DPR22F2042 NYIMAS BALQIS NAZWANI BINTI KEMAS 06DPR22F2062 DIVAASENI A/P RAMASAMY 06DPR22F2051
Pengenalan Di Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Antara kaum yang boleh didapati di Malaysia adalah kaum Melayu, India dan Cina. Selain itu, perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama.
Tujuan • Dapat mempelajari dan mengetahui adat berlainan kaum • Mewujudkan kestabilan dari segi sosial golongan muda dan ekonomi • Membina dan memupuk semangat cinta akan bangsa • Mengenalpasti kesan perpaduan berbilang kaum
Kaum Melayu Orang Melayu Malaysia ialah bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia . Bangsa Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara ini . Mereka bertutur menggunakan Bahasa Melayu beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:- Baju Kurung Baju Kebaya Baju Melayu Pakaian Tradisional Permainan tradisional Sepak Raga yang kini dikenali sebagai Sepak takraw adalah salah satu permainan Melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, Sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan.
MAKANAN TRADISIONAL Antara makanan tradisi orang melayu ialah : Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Campur Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya. kaum melayu
-Orang cina di malaysia merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia .Malaysia dan Cina mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu.Masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun.Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan sebagai penziarahan antara ahli keluarga,saudara-mara dan sahabatsahabat.Biasanya orang yang sudah berkahwin wajib memberikan ang pau kepada orang muda dan kanak-kanak. Antara makanan tradisional kaum cina ialah : kuih bulan,jiaozi dan bak kut the -Pakaian tradisi kaum Cina yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina ialah jubah labuh yang menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.Bagi kaum perempuan pulak mereka terkenal dengan pakaian cheong sa.Cheong sam biasanya diperbuat daripada kain sutera,satin dan lain-lain jenis kain yang lembut.Cheong sam mempunyai leher yang tinggi,butang pada bahagian bahu,bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan pada kiri dan kanan kain. Kaum cina
Cabaran memupuk perpaduan Aspek ekonomi : Pemisahan fizikal yang bermaksud tempat tinggal yang berbeza sebagai contoh kaum cina tinggal di bandar,kaum india di estet manakala kaum melayu tinggal di kampung Selain itu,sistem pendidikan yang berbeza sebagai contohnya orang melayu yang bersekolah di sekolah melayu akan menggunakan bahasa melayu ,kaum cina yang bersekolah di sekolah cina pulak akan menggunakan bahasa mandarin manakala kaum india pulak yang bersekolah di sekolah india akan menggunakan bahasa india.Akan tetapi terdapat juga kaum-kaum lain yang bersekolah dia sekolah yang berbeza Sosial Golongan Muda : Pengenalan akan sekolah vernacular meninggalkan kesan yang kurang baik kepada bilangan kaum yang terdapat di Malaysia. Sistem pendidikan sekolah vernacular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan generasi muda pada masa kini semakin renggang dan tidak mudah untuk bersatu padu.
KAUM INDIA KAUM INDIA IALAH KAUM YANG BERASAL DARIINDIA. KEBANYAKAN MEREKA DATANG KE MALAYSIA SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH DI MALAYSIA. KINI, KAUM INI MERUPAKAN KAUM KETIGA TERBESAR DI MALAYSIA SELEPAS KAUM MELAYU DAN CINA. Deepavali Thaipusam Thaiponggal PERAYAAN INDIA Sari Dhoti Salwar kameez PAKAIAN TRADISIONAL Bharatanatyam Odissi Mohiniattam Khatak Kathakali Kuchupuddi Manipuri. TARIAN TRADISIONAL
MAKANAN TRADISIONAL INDIA MURUKU IDLI VADAI PUTUMAYAM NASI DAUN PISANG
Perpaduan ialah hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarkat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia adalam Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. Perpaduan
Kepentingan Perpaduan Kepentingan perpaduan dalam membentuk sesebuah negara yang maju termasuklah mampu meningkatkan ekonomi di sesebuah negara. Dengan wujudnya masyarakat yang aman dan harmoni, mampu menarik pelabur asing untuk melabur dan menjalankan aktiviti perdagangan di sesebuah negara. Kemasukan pelabur asing juga membantu kepesatan ekonomi di sesebuah negara. Pada masa yang sama, perpaduan juga mampu menjamin keselamatan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila rakyat sentiasa bersatu padu, unsur atau pengaruh luar tidak dapat menceroboh pemikiran dan hati masyarakat dalam sesebuah negara. sebagai contoh, dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat dibenarkan memilih pemimpin negara yang mampu menjaga negara dan memegang amanah serta menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Cara Mengekalkan Perpaduan Rakyat Malaysia Galakkan anak-anak berkomunikasi dengan jiran berlainan bangsa. Ibubapa disarankan membawa anak-anak berkunjung ke rumah jiran sempena perayaan. Anjur aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum dan memupuk kerjasama. Hindari tindakan cetus provokasi kaum. Bagi mengekalkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia, kita hendaklah mengelakkan isu sensitif yang merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Hayati tema sambutan hari kebangsaan. Gunakan bahasa kebangsaan. Bahsa kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan dan rasa harmoni anatar kaum di Malaysia.
Kesan masyarakat tidak bersepadu 1 2 Terdapat pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya berlaku ketidakwujudan perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Jika hal ini berlaku,negara menjadi kacau-bilau dan huruhara.Justeru menjadikan keselamatan dan keamanan negara akan terancam.Rakyat merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara. Namun,berikutan masyarakat yang telah berpecah belah, Kadar jenayah di dalam Negaraakan meningkat hal ini berikutan, perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi. Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang,tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti. Tunjuk perasaan,perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa. Selain itu, implikasi yang turut timbul kesan daripada masalah perpaduan rakyat ialah wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat .Sering kali kita dapati ada segolongan dalam masyarakat sanggup menggadai prinsip politik ,ekonomi,keadilan dan prokemanusian kerana mencari kepentingan diri. Rakyat seharusnya ingat bahawa kebanyakan masalah peribadi adalah berpunca daripada masalah perpaduan masyarakat .Namun,sekiranya tidak wujud perpaduan rakyat masing-masing mahu mencari kepentingan sendiri sehingga melupa hal kemasyarakatan yang sepatutnya didahulukan.Sikap ini perlu dikikis sekiranya tidak masyarakat akan menjadi suatu masyarakat yang berjiwa kosong.
K E S A N M A S Y A R A K A T T I D A K B E R S E P A D U 3 Kesatuan dan kesepakatan antara rakyat amatlah penting dalam membentuk sesebuah negara maju yang aman tapa konflik yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan mengakibatkan kehancuran negara. Tanpa perpaduan, amat mustahil kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat boleh dicapai. Masalah perpecahan kaum, masalah ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu, negara akan ishtihar darurat. Maka, segala urusan pembangunan yang dirancang akan tergendala. Sehubungan itu, imej negara akan tercemar. 4
Kesimpulan Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara yang amat penting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaaan harus bersama-sama memaikan peranan dalam menungkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi.