The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh: Nur Athila Nabihah binti Zawawi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 752-3-athila, 2024-03-19 11:37:28

ANGKARA BULU PELEPAH

Oleh: Nur Athila Nabihah binti Zawawi

BULU PELEPAH ANGKARA NUR ATHILA NABIHAH BINTI ZAWAWI Peringkat 8 - 9 tahun


Apakah haiwan yang boleh terbang di udara? Tentulah burung. Mengapa burung boleh terbang? Ini kerana burung mempunyai badan yang berbulu dan berkepak. Walau bagaimanapun, menurut cerita lama, burung pada mulanya tidak mempunyai bulu. Bulu-bulu di badan burung hanya tumbuh kemudian.


Ketika itu, burung-burung berasa diri mereka tidak cantik dan mereka menggigil kesejukan semasa cuaca dan iklim sejuk. Oleh itu, burung-burung telah mengadakan satu perbincangan untuk mengatasi masalah ini. Burung-burung bersepakat untuk memohon kepada Tuhan supaya badan mereka diberi bulu.


Setelah mendengar rayuan daripada burung-burung itu, Tuhan pun memberikan bulu berwarna biru kepada Si Raja Udang, hitam untuk Si Gagak dan kuning untuk Si Kenari. Manakala Si Kakak Tua dan Si Merak pula Tuhan berikan warna yang menarik sekali, iaitu hijau, biru, merah dan kuning.


Dengan bulu yang berwarna-warni itu, burung-burung itu kelihatan begitu cantik. Kesemua burung akhirnya boleh terbang dengan bebas di udara tanpa berasa kesejukan lagi.


Malangnya, seekor burung yang dikenali sebagai Si Malang telah terlewat tiba untuk mendapatkan bulunya. Si Malang berasa sedih melihat keadaan dirinya yang menjadi satusatunya burung yang masih tidak berbulu. Ditambah lagi, burung-burung lain langsung tidak menghiraukan nasib Si Malang. “Adalah tidak patut mempunyai kawan yang tidak berbulu antara kita, ” kata Si Merak.


“Bagaimana agaknya pandangan binatangbinatang lain terhadap kita jika Si Malang tinggal dalam kumpulan kita?” tanya burung hantu. “Binatang-binatang itu tentu akan memandang rendah terhadap kita, ” jawab Si Gagak. “Apa yang harus kita lakukan?” burung-burung lain bertanya dengan serentak.


Hari sudah semakin gelap dan masing masing masih mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Akhirnya, burungburung itu pun bersetuju untuk mengadakan perbincangan selepas makan malam.


Selepas makan malam, burung-burung berkumpul di satu kawasan lapang di dalam hutan sebagai mana yang telah dipersetujui. Pada waktu itu, bulan sedang mengambang. Tempat perjumpaan itu menjadi terangbenderang seperti di waktu siang.


Si Raja Udang mula-mula sekali bersuara, “Saudara-saudara yang dihormati sekalian, kita mesti menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Adakah antara kamu yang mempunyai cadangan yang baik selepas memikirkannya?”


“Betul, kasihan Si Malang. Kita patut membantunya, ” kata Si Kenari. Buat beberapa ketika, burung-burung itu tidak dapat memikirkan jalan penyelesaiannya.


Tiba-tiba burung hantu bersuara, “Saya ada satu cadangan.” Burung-burung lain pun memandangnya dengan senyap. “Apa yang boleh kita lakukan?” sampuk Si Gagak dengan tiba-tiba. “Tiap-tiap seekor daripada kita boleh berikan sepelepah bulu kepadanya. Sepelepah bulu tidak akan membahayakan diri kita, sebaliknya cukup untuk menutupi badan Si Malang, ” terang burung hantu.


“Ini cadangan yang baik, ” kata Si Raja Udang sambil memberikan bulunya. “Tidak! Saya tidak bersetuju!” bantah Si merak sambil berdiri. Semua perhatian burung-burung yang hadir di perjumpaan itu tertumpu kepadanya kerana suaranya yang lantang.


“Tidakkah awak sanggup untuk menolongnya?” burung hantu bertanya kehairanan. “Saya tidak kisah untuk menolong. Namun, jika tiap-tiap seekor daripada kita memberi Si Malang bulu, tidakkah dia akan menjadi lebih cantik daripada kita semua?” dengan kuat Si Merak menyuarakan pendapatnya.


“Ada betulnya juga. Jika Si Malang mengetahui tentang kecantikannya, pasti dia akan menjadi sombong dan meninggalkan kita semua, ” tambah Si Kenari. “Betul kata Si Kenari dan Si Merak tu. Kita tidak boleh biarkan dia begitu sahaja, ” kata Si Raja Udang pula. Burung-burung mula berpendapat bahawa idea burung hantu bukanlah idea yang bagus.


“Saya tidak setuju dengan pandangan Si Merak. Memandangkan Si Malang juga sejenis dengan kita, dia juga patut memiliki bulu. Biarlah saya menjadi penjaminnya dan akan memerhatikan gerak-gerinya, ” kata burung hantu dengan yakinnya. “Adakah awak akan bertanggungjawab ke atas tingkah lakunya?” tanya Si Merak. Burung hantu tanpa berfikir panjang dan dengan penuh keyakinan menjawab, “Ya, saya bersetuju.” Dengan pengakuan ini, semua burung pun merasa lega.


Akhirnya, setiap burung memberikan sepelepah bulu mereka kepada Si Malang. Si Malang pun menjadi burung yang tercantik. Ia lalu melebarkan sayapnya dan terbang di udara supaya burung-burung lain dapat melihat kecantikannya. Semua burung gembira kecuali Si Merak. Si Merak tidak suka melihat ada burung yang lebih cantik daripadanya.


Suatu hari, ketika Si Malang sedang minum air di kolam, ternampaklah ia akan kecantikan dirinya. Lalu tertawalah ia. “Ha! Ha! Ha! Aku kini menjadi seekor burung yang paling cantik di dunia! Mengapa harus aku membuang masa di sini?”


Tanpa mengucapkan terima kasih, Si Malang pun terbang dan menghilangkan diri di sebalik gunung.


Tidak lama selepas itu, semua burung pun mengetahui tentang pemergian Si Malang. “Dulu saya sudah ingatkan! Lihatlah sekarang! Sudah pasti kita tidak akan berjumpa dengannya lagi dan jangan harap Si Malang akan kembali ke sini semula!” rungut Si Merak.


Burung hantu yang menjadi penjamin kepada Si Malang kini terpaksa mencarinya. Tanpa membuang masa, burung hantu masuk ke dalam hutan untuk mencari Si Malang. Oleh kerana badannya yang gemuk, burung hantu cepat merasa penat. Dia pun berehat di atas pokok.


Manakala burung-burung lain dengan perasaan marah bergegas terbang ke dalam hutan mencari burung hantu untuk membuat perhitungan. Dalam keadaan ketakutan, burung hantu menyembunyikan dirinya di dalam sebuah gua selama tiga hari dan tiga malam. Ia bahkan tidak berani keluar untuk mencari makanan.


Tiba-tiba burung hantu terdengar suara dari arah pintu gua. Ruparupanya suara itu berasal dari seekor ayam yang sedang mencari makanan. Burung hantu menjenguk keluar lalu menegurnya, “Hei, ayam! Saya sangat gembira berjumpa dengan saudara.”


“Oh, saudara burung hantu! Ke mana saudara menghilang sejak akhir-akhir ini?” Ayam bertanya dalam kehairanan. “Kawan-kawan saudara sedang mencari saudara, ” sambung ayam.


“Adakah saudara fikir kawan-kawan saya akan memaafkan saya dan membenarkan saya pulang?” tanya burung hantu. “Keadaan tidak mengizinkan. Saya mendapat tahu bahawa kawan-kawan saudara bercadang untuk menghukum saudara sebagai penjamin kepada burung yang tidak bertanggungjawab itu, ” beritahu ayam dengan prihatin.


“Saya tidak boleh tinggal di dalam gua ini untuk selama-lamanya, ” keluh burung hantu dengan sedih. “Saya kelaparan selama tiga hari dan tiga malam. Saya terlalu lemah untuk bergerak, ” mengadu burung hantu.


Ayam kasihan melihat keadaan burung hantu lalu membawa sedikit makanan untuknya. “Terima kasih, saudara. Saudara sungguh baik, ” kata burung hantu. “Namun, saya tidak boleh tinggal di dalam gua ini sepanjang hayat saya. Saya harus keluar mencari burung yang tidak mengenang budi itu!” tekad burung hantu.


“Saudara seharusnya mencari pada waktu malam. Pada waktu itu, semua burung pasti sedang tidur, ” kata ayam selepas berfikir seketika. “Dan saya akan membantu mencari burung itu pada waktu siang, ” sambungnya lagi.


Sejak daripada peristiwa itu, kita dapati ayam berkelakuan seperti mencari sesuatu manakala burung hantu pula menyembunyikan diri pada siang hari dan hanya keluar pada waktu malam.


Si Malang yang menganggap dirinya adalah burung tercantik di dunia tidak lagi muncul hingga ke hari ini. Akhirnya, ia pun dilupakan.


Click to View FlipBook Version