The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

A212 | SBLM1023 | Tugasan 1 | Nur Aishah Amirah Binti Burhanuddin (272610)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aamirah206, 2022-05-11 05:27:39

KISAH PERSAHABATAN BURUNG DAN KUCING

A212 | SBLM1023 | Tugasan 1 | Nur Aishah Amirah Binti Burhanuddin (272610)

KISAH
PERSAHABATAN
BURUNG DAN

KUCING

Ditulis oleh:
Nur Aishah Amirah binti

Burhanuddin
(272610)

Di sebuah kampung pedalaman, terdapat seekor Burung dan Kucing
yang sangat akrab sejak mereka kecil lagi. Mereka tinggal bersebelahan.

2

Ikan Kekek Ikan Gelama Burung, kamu sudah
Mak Iloi Iloi Mak Ilai Ilai dapat tangkap
kumbang tadi?
Belum dapat Kucing, tadi
saya nampak ia di atas
batang kayu ini.

Mereka bermain, menyanyi, menari dan melakukan semua perkara
bersama-sama. Walaupun berbeza spesies, mereka berdua berkawan baik
dan meluangkan masa bersama.

3

Saya dapat buah Wah seronoknya Kenapa kamu sedih
tangan dari Kucing, baiklah Burung? Nanti saya
ibubapa saya.
kita makan akan sedih juga.
Mari kita makan bersama. Terima Janganlah bersedih,
bersama nanti. kasih ya Kucing. mari cerita pada saya.

Terima kasih banyak
Kucing kerana sudi
mahu mendengar

cerita saya.

Mereka berkongsi keseronokan dan kedukaan atas masalah yang dihadapi
dan menyelesaikannya bersama-sama. Tiada persahabatan lain yang
seakrab persahabatan Burung dan Kucing di kampung itu.

4

Baiklah Burung. Kucing, kamu rehat
Terima kasih ya. Kamu harus
makan ubat agar
kerana menjaga segera sembuh.
saya ya.

Pada suatu hari, Kucing jatuh sakit. Burung sangat sedih dengan keadaan
Kucing. Burung menemani dan menjaga Kucing di rumahnya.

5

Burung merawat Kucing dengan penuh kasih sayang. Burung seharian
menjaga Kucing sehingga tertidur.

6

4 hari kemudian….

Kucing, bagaimana
keadaan kamu hari ini?

(Bosan juga menjaga
Kucing, lama tidak

main di luar)

Belum sihat
sepenuhnya lagi
Burung. Saya yakin
sakit saya akan
beransur hilang.

Semenjak Kucing sakit, Burung tidak lagi dapat bermain dan bergembira.
Kucing terbaring di atas katil dari pagi hingga ke malam. Burung sangat
bosan sepanjang hari-harinya.

7

7 hari kemudian….

Maaf ya Burung, saya
belum makan ubat.
Boleh kamu ambilkan
ubat saya?

(Em bila ya Kucing
akan sembuh, sudah

bosan dan penat
menjaganya pada

setiap hari.)

Rutin Burung pada setiap hari ulang-alik ke rumah Kucing untuk menjaga
dan merawatnya. Namun setelah 7 hari, Burung mula rasa marah kerana
telah lama menjaga Kucing.

8

Saya sudah penat dan
bosan menjaga kamu.
Sejak menjaga kamu,

saya tidak lagi
bermain di luar dan

bergembira.
Beginilah Kucing,
sudah 7 hari saya
menjaga kamu. Tetap
kamu belum sembuh.
Saya mahu keluar,
sampai bila saya
harus menjaga kamu!

Burung meluahkan rasa marahnya kepada Kucing. Burung tidak mahu lagi
menjaga Kucing dan keluar dari rumah Kucing serta-merta.

9

Mengapa kamu
tinggalkan saya,

Burung.
Hanya kamu kawan

baik saya, begini
kamu ya saya sangat

tidak sangka.

Kucing sangat sedih setelah mendengar luahan Burung. Kucing tidak

sangka Burung seperti itu. Kucing sentiasa fikirkan Burung sehingga

membuatkan Kucing tidak selera makan dan tidak makan ubat. Kucing

semakin jatuh sakit. 10

Wah, akhirnya Eh itu siapa ya?
saya sudah Saya tidak
sampai ke pernah lihat
kampung. sebelum ini.

Setelah keluar dari rumah kucing, Burung pergi ke kawasan kampung.

Burung melihat kedatangan Anjing yang baru sahaja masuk ke kampung.

Burung tertanya-tanya akan kehadiran Anjing yang tidak pernah Burung

lihat sebelum ini di kampung. 11

Hai! Salam Perkenalan! Hai! Salam Perkenalan
Kamu siapa ya? Saya juga! Saya Anjing, baru
Burung. Ada apa yang
sahaja berpindah ke
saya boleh bantu? kampung ini.

Burung pergi berjumpa dan menyapa Anjing. Setelah berbual, Burung
mendapati Anjing baru sahaja berpindah ke kampungnya.

12

Mari Anjing, Wah boleh juga!
saya bawa kamu Saya juga berhajat
bersiar-siar di untuk bersiar-siar
di kampung setelah
kampung ini.
sampai.

Selepas itu, Burung membawa Anjing bersiar-siar di kampung. Anjing rasa
sangat gembira.

13

Ini kawasan yang Wah betul, kawasan
seronok untuk ini sangat cantik dan

bermain. Ada tasik seronok untuk
dan padang yang bermain, saya suka.
Kita boleh bermain di
luas.
sini.

Anjing terhutang budi dengan Burung. Anjing juga sunyi kerana tiada
kawan lain. Mulai saat itu, Anjing sentiasa meluangkan masa bersama
Burung. Mereka bermain dan bergembira bersama-sama.

14

Wah, ada ikan lah Wah idea menarik, mari!
dalam tasik. Mari (sudah lama tidak dapat
kita tangkap ikan bermain di luar begini)

ini.

Burung sangat gembira meluangkan masa bersama Anjing. Kini, Burung

berpuas hati dapat bergembira semula. Burung mula menjadikan Anjing

sebagai kawan baik barunya. Burung menilai Anjing kawan yang lebih

bagus daripada Kucing. 15

Burung,
dimana kamu

sekarang.
Maafkan saya
Burung kerana
telah banyak
susahkan kamu

sebelum ini.

Sementara itu, Kucing di rumah semakin lama semakin bertambah sakit.
Kucing sentiasa menunggu Burung datang semula ke rumahnya. Kucing
tidak mahu sesiapa pun menjaganya kecuali kawan baiknya, Burung.

16

Burung, mari kita Wah Anjing, mari!
main permainan Ini kali pertama
dalam komputer
saya dapat
baru saya ini. bermain komputer.

Pada suatu hari, Anjing mengajak Burung bermain di rumahnya. Anjing
baru sahaja membeli komputer untuk bermain permainan digital.

17

Betul sangat Seronoknya
seronok! bermain permainan
komputer kamu ini

Anjing.
Wah baiklah
Anjing! (seronoknya
berkawan dengan
Anjing dapat main
banyak permainan)

Burung sangat teruja kerana pertama kali melihat dan bermain komputer.
Burung sangat seronok berkawan dengan Anjing kerana dapat bermain
pelbagai permainan.

18

EHH Burung!!! OPS!!! Alamak
Apa kamu sudah

buat ini.

Burung begitu bersemangat bermain permainan komputer bersama Anjing.
Semasa seronok bermain, secara tiba-tiba Burung terjatuhkan alatan
komputer Anjing. Komputer Anjing tidak dapat berfungsi kerana rosak.

19

Argh komputer saya Maafkan saya Anjing,
suddaahhrorosasakk, ,kkaammuu saya tidak sengaja.

ganti semula Saya janji tidak akan
komputer saya rosakkan lagi

Burung! permainan kamu

Anjing sangat marah pada Burung kerana telah rosakkan komputernya.

Burung meminta maaf pada Anjing namun Anjing tidak mempedulikan

Burung. Malah, Anjing menghalau Burung keluar dan tidak mahu

berkawan lagi dengan Burung. 20

Keluar kamu dari sini,
saya tidak mahu lagi
berkawan dengan kamu.
Merosakkan barang saya

sahaja!

Baiklah, saya
keluar dari sini.

Burung sangat kecewa dengan Anjing kerana Burung hanya sekali sahaja
membuat kesalahan namun Anjing terus memutuskan persahabatan
mereka. Anjing juga langsung tidak mempedulikan maaf dari Burung.

21

Sampai hati kamu
Anjing, saya sangat
tidak sangka kamu

begini.

Jika Kucing, dia pasti
akan maafkan saya.

Kucing~ maafkan
saya. Saya mahu ke

rumah Kucing.

Burung keluar dari rumah Anjing dengan perasaan yang sangat sedih.
Burung tidak sangka Anjing seperti itu. Burung mula memikirkan Kucing
kembali. Burung ingin berkawan semula dengan Kucing.

22

“Kucing sekarang makin teruk
dirumahnya. Kasihan Kucing,
tiada siapa yang menjaganya

sekarang. Kucing nampak
sangat sedih dirumah.”

Kucing~ Saya harus
segera ke rumah Kucing.

Saya mahu berjumpa
Kucing sekarang juga!

Ketika dalam perjalanan di kawasan kampung, Burung tidak sengaja

mendengar berita tentang keadaan Kucing. Kucing kini semakin

bertambah teruk sakit yang dialaminya. Lantas Burung ingin segera ke

rumah Kucing. 23

Burung! Akhirnya
kamu datang semula.

Sudah lama saya
menunggu kamu.

Kucing~ saya datang,
bagaimana kamu

sekarang? Mengapa
kamu bertambah sakit,
kamu tidak makan ubat

ke Kucing?

Sampai sahaja Burung di rumah Kucing, Burung sangat sedih melihat
keadaan Kucing yang bertambah sakit. Kucing pula sangat gembira
melihat Burung kerana sudah lama menanti kedatangan kawan baiknya.

24

Maafkan saya Kucing.
Saya akan menjaga
kamu sehingga kamu
sembuh sepenuhnya.
Itu janji saya!

Burung meminta maaf pada Kucing kerana sangat menyesal dengan

perbuatannya sebelum ini pada Kucing. Burung ingin menjaga Kucing

semula. Burung berjanji ingin merawat Kucing sehingga sembuh

sepenuhnya. 25

Burung~ Terima kasih Tidak
banyak, saya juga berjanji Kucing, saya

akan sihat seperti dulu yang
semula ya! Saya telah lama bersalah.
memaafkan kamu Burung.
Malah saya ingin meminta
maaf kerana saya lah yang

susahkan kamu dahulu.

Kucing sangat terharu akan kata-kata dan janji Burung. Kucing telah
lama memaafkan Burung. Kucing juga meminta maaf kepada Burung
kerana banyak menyusahkannya. Burung menafikan kata-kata Kucing.

26

Burung sangat kecewa dengan dirinya kerana terlalu pentingkan diri.

Burung sedar Kucing adalah satu-satunya kawan baik dalam hidupnya.

Tiada yang dapat menggantikan Kucing yang sangat baik dan ikhlas

berkawan dengannya. 27

8 hari kemudian…. Akhirnya Kucing kamu
sudah sihat! Lega dan
Ini semua hasil seronok saya melihat
jagaan kamu yang
sangat baik, terima keadaan kamu
sekarang.
kasih banyak
Burung! Tanpa kamu,
saya mungkin tidak
dapat sihat semula.

Beberapa hari kemudian, Kucing sihat sepenuhnya hasil jagaan dari

Burung. Burung menjaga dan merawat Kucing dengan sangat baik. Burung

sangat gembira dengan keadaan Kucing. Akhirnya Kucing kelihatan

gembira seperti sebelum ini. 28

Kini Burung dan Kucing dapat kembali meluangkan masa bermain

bersama-sama. Burung sangat seronok berkawan dengan Kucing. Burung

berjanji pada dirinya akan tetap berkawan dengan Kucing hingga ke

hujung nyawa.

29

Rujukan gambar

• Dreamstime.com
• Pinterest.com

• Depositpoint.com
• Elo7.com

• Pngwing.com
• Shutterstock.com


Click to View FlipBook Version