TEKS PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TEKS PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53 TAHUN 2024 PADA 16 MEI 2024 TEMA HARI GURU “GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI”
1 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia MADANI PENDAHULUAN 1. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita sama-sama dapat meraikan Sambutan Hari Guru pada tahun ini. “Selamat Hari Guru” dan terima kasih atas komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada anak bangsa serta negara. Pada hari ini, tanggal 16 Mei kita memperingati dan mengiktiraf jasa dan bakti guru yang tidak terkira demi membangunkan generasi yang mampu mendepani cabaran apabila mereka melangkah meninggalkan alam persekolahan. 2. Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan manusia dan kemajuan masyarakat. Melalui pendidikan seseorang individu menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang menjadi alat yang kuat untuk memberdayakan individu dan mengubah masyarakat. Hal ini diperlukan untuk menavigasi kompleksiti dunia moden. Mendepani landskap global yang berubah dengan pantas, guru perlu bersedia untuk melahirkan individu yang berdaya tahan
2 bagi menghadapi cabaran di samping memupuk kemampuan berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah dan rasional dalam membuat keputusan. Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, TEMA HARI GURU 3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini, iaitu “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI” adalah selari dan bersesuaian dengan senario pada masa sekarang kerana teknologi digital telah menjadi sangat rapat dengan kehidupan kita, termasuklah dalam bidang pendidikan. Konsep tema Hari Guru pada tahun ini menekankan peri pentingnya peranan guru sebagai agen perubahan yang membentuk pemikiran kritis, nilainilai murni serta sikap positif dalam kalangan generasi muda. Guru berperanan membangunkan negara MADANI sekali gus menjadi suri teladan bagi melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing. 4. Oleh itu, guru perlu memiliki kebolehan dan keupayaan dalam menggunakan teknologi digital terkini bagi memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian dan minat yang mendalam untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran. Guru yang berkemahiran digital dapat melaksanakan
3 pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang cekap, berkesan seterusnya membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 5. Tema “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI” ini diangkat bagi menyokong salah satu daripada 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Teras ini bertujuan untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik. Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 November 2023 bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai pada diri murid, pendidik dan pemimpin pendidikan. 6. DPD ini menepati dan menyokong hasrat negara melalui inisiatif Teras 4 MyDigital dalam Dasar Digital Negara, iaitu membangunkan bakat digital yang kompeten. Oleh itu, pemimpin pendidikan dan guru perlu berupaya mengintegrasikan teknologi dalam ekosistem pendidikan. Guru Jauhari Digital merupakan kumpulan pendidik yang benar-benar kompeten sebagai peneraju digital dan menjadi pakar rujuk.
4 7. Guru merupakan teladan yang mengajar murid tentang kemahiran teknologi, penggunaan peranti digital, keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab. Guru membantu murid memahami konsep-konsep asas digital seperti penggunaan e-mel, navigasi laman sesawang dan aplikasi digital dengan betul. Pendedahan tentang risiko dan cara melindungi diri daripada ancaman siber termasuklah kesedaran tentang privasi, penipuan dan keselamatan data sentiasa dititikberatkan oleh guru. Di samping itu, pemupukan etika digital dalam diri murid oleh guru, seperti adab berkomunikasi dalam talian, menghormati hak cipta dan mengelakkan penyebaran berita palsu, berupaya membentuk karakter karamah insaniah selari dengan hasrat negara MADANI. 8. Selain itu, guru juga sentiasa memastikan murid dapat menguruskan masa mereka dengan bijaksana dalam penggunaan teknologi. Ini termasuk mengelakkan ketagihan media sosial dan memastikan murid fokus terhadap pembelajaran. Guru turut memantau perkembangan murid dalam penggunaan teknologi. Selain memberikan sokongan, guru jauhari digital juga membantu murid mencapai tahap Digital Innovator iaitu murid berupaya menggunakan teknologi digital tanpa bantuan dan boleh menyelesaikan masalah.
5 Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 9. Sesungguhnya pendidikan adalah milik dan tanggungjawab bersama. Penyesuaian dan perubahan harus dilakukan bukan sahaja oleh guru semata-mata, bahkan murid serta masyarakat bagi menyahut evolusi ekosistem pendidikan digital. Guru dan murid perlu bersedia melengkapkan diri dengan kemahiran digital selaras perkembangan era digitalisasi, seperti penggunaan dron, robot, kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), cetakan 3D, dan kejuruteraan genetik yang sedang merubah dunia kita. Minda dan keupayaan guru serta murid perlu dipersiap untuk menghadapi perubahan pesat yang dipacu oleh ekonomi gig. KEJAYAAN Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 10. KPM amat berkeyakinan bahawa kita mampu dan sudah bersedia untuk menyahut cabaran era pendidikan digital masa kini. Hal ini telah dibuktikan melalui kejayaan yang telah dicapai oleh guru dan murid bukan sahaja pada peringkat nasional malah di persada antarabangsa.
6 11. Antara kejayaan yang telah dicapai oleh guru kita ialah kejayaan Cikgu Mohd Al Khalifa bin Mohd Afnan dari Kolej Vokasional Keningau yang telah dianugerahkan Australia Award 2024 dalam ASEAN Digital Transformation and Future Skills oleh Australian Department of Foreign Affairs and Trade, Australia. Beliau aktif berkolaboratif dengan UNESCO-AsiaPacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) melalui program pertukaran guru Asia Pacific Teacher Exchange Programme (APTE) dan telah dinobatkan sebagai Best Practice Teacher 2023 UNESCO-APCEIU. 12. Selain itu juga, KPM melalui DELIMa telah menerima pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Recognition of Excellence 2023 daripada OpenGovAsia, Special Mention: The Inter-Agency Award oleh GovInsider dan pengiktirafan Learning Pioneer Country Award 2024-2025 daripada pihak UNICEF. Semua pengiktirafan yang diterima membuktikan komitmen KPM dalam menyediakan sumber pendidikan yang berkualiti untuk dimanfaatkan oleh guru dan murid. Syabas dan tahniah diucapkan.
7 Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 13. KPM telah melaksanakan Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid 2024 melalui DPD. Program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid 2024 dirancang dan dilaksanakan bertujuan menyokong objektif DPD untuk membangunkan murid fasih digital bagi memenuhi keperluan era digital. Aktiviti berbentuk bengkel seperti Digital Storytelling Animation dan pembangunan aplikasi android serta pertandingan My Robotic Challenge (MYRC) dan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA) sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi digital murid. 14. Bagi meningkatkan kompetensi guru, KPM telah mengorak langkah melalui pelaksanaan program Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) bertujuan untuk mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. GPGD berperanan memberi khidmat bantu dan bimbingan kepada murid dan rakan guru dalam mengintegrasikan teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP). GPGD telah memberi bimbingan kepada 129,467 orang guru dan murid. Daripada jumlah tersebut, 120,440 melibatkan guru manakala 9,027 pula adalah murid.
8 15. Pada kesempatan ini, saya juga ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Saifulnizan bin Che Ismail, Guru Cemerlang Matematik dari Sekolah Kebangsaan Raja Bahar, Kelantan yang juga merupakan Ikon Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan 2020, Cikgu Juara Digital 2020 dan Edufluencers KPM. Beliau merupakan guru Inspirasi McDonald 2019 dan penerima Anugerah Rise Educator Kebangsaan 2022. 16. Kecemerlangan berterusan beliau ini telah memberi inspirasi kepada guru yang lain sehinggakan beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess Maha Chakri yang ke-5 oleh Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari negara Thailand. Usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh beliau dalam memartabatkan profesion perguruan telah membuahkan hasil dan impak yang positif kepada murid-muridnya apabila beliau berjaya membimbing murid-muridnya dalam bidang STEM untuk membentangkan projek mereka di Rom, Itali (2019), Singapura (2020) dan di India (2023). Moto beliau iaitu Let’s Code for Our Future adalah selari dengan DPD, pendidik yang kompeten mampu melahirkan murid fasih digital.
9 PENUTUP Warga guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 17. KPM amat berharap agar semua guru dan murid dapat menggerakkan pelbagai inisiatif digital untuk memperkukuh dan meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Saya berharap kita semua dapat berganding bahu dalam menyediakan persekitaran yang kondusif dan pendidikan yang berkualiti untuk generasi kita pada masa akan datang. Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita menanam azam dan tekad untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam pendidikan negara demi membangunkan generasi MADANI yang berupaya memacu negara kita ke mercu kejayaan. 18. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah cikgu-cikgu sumbangkan. Teruslah berjuang mendepani pelbagai cabaran mendatang demi mendidik generasi ini. Bangkitkanlah roh dan jiwa seorang guru yang menjadi sumber dan kunci utama dalam proses keberhasilan pendidikan. 19. Saya akhiri dengan sajak “ABADI DALAM HARUM NAMA” nukilan ISMAIL HADI (ISMALA).
10 Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malamnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. (1988)
11 “SELAMAT HARI GURU” TERIMA KASIH CIKGU! Sekian. Wabillahi al-taufik wal hidayah Wassalamualaikumwarahmatullahi wa barakatuh. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 16 Mei 2024
TEKS PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN
1 TEKS PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53 TAHUN 2024 TARIKH: 16 MEI 2024 TEMA: “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI”
2 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia MADANI PENDAHULUAN Ke hadapan para guru yang dicintai dan dihargai, 1. Mewakili seluruh jajaran kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya dengan suci hati dan tulus ikhlas, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pendidik yang telah menabur khidmat bakti di seluruh pelosok tanah air. Selamat Hari Guru! 2. Cabaran sebagai seorang pendidik pastinya tidak semudah yang disangka. Tugasnya berat, bebanannya besar. Itulah amanah yang dipikul di atas jemala para guru. Guru merupakan suatu profesion yang paling dipercayai zaman berzaman. Sejak zaman bahari, hingga era teknologi, guru menjadi tonggak masyarakat dan pelaku pembangunan peradaban bangsa. 3. Hatta, seorang guru yang baik dan berjasa tidak mungkin dilupakan masyarakatnya. Natijahnya, guru-guru dalam masyarakat kita sering kali dijadikan rujukan oleh penduduk. Dipanggil pula dengan panggilan “Cikgu".
3 4. Sekali bergelar guru, sampai hujung nyawa dipanggil Cikgu. Berbicara tentang guru umpama kita berbicara tentang ibu bapa kita. Sering kali perasaan terharu dan sebak datang menusuk kalbu saat bercakap perihal guru. 5. Saya berkesempatan mengadakan kunjungan dan lawatan ke banyak institusi pendidikan dan sekolah sama ada yang terletak di bandar, pinggir bandar, luar bandar, mahupun pedalaman. Kesimpulan saya, memang masih banyak perkara yang perlu diperbaik, baik dalam konteks infrastruktur dan kemudahan, mahupun akses dan peluang pendidikan, namun pendidikan kita di Malaysia masih bertahan dan gencar bergerak, kerana tonggak utamanya – Guru. 6. Saya bertuah kerana dapat merasai pengalaman bermakna ini yang mengajar saya erti kegigihan. Sesekali dalam lawatan, saya mengelamun sejenak kerana memikirkan betapa kesungguhan para pendidik ini tidak mungkin dapat dibalas dengan ganjaran dunia. 7. Oleh yang demikian, sering kali saya misalkan guru dan para pendidik ini ibarat “hujung mata tombak”. Dialah yang paling tajam – mampu menusukkan ilmu, adab dan kesedaran ke dalam akal dan jiwa setiap anak-anak kita.
4 Dialah juga yang sentiasa di atas – menjunjung prinsip dan ikrar sumpah perjuangan keguruan. Dia juga yang sentiasa bersedia – menangkis dan menepis saat anasir jahat datang mengganggu. MAQAM CINTA: ESENSI PENDIDIKAN DAN KEMULIAAN INSAN Warga pendidik sekalian, 8. Menyikapi agenda pendidikan bukan sekadar dan semata-mata fokus kepada aspek prestasi dan kecemerlangan akademik, mahupun prasarana dan fasiliti institusi pendidikan. Agenda pendidikan harus dilihat dan disikapi secara menyeluruh, komprehensif dan meliputi keseluruhan horizonnya yang luas. 9. Aspek keinsanan atau dimensi manusiawi wajar menjadi keutamaan dalam pendidikan. Esensi utama kependidikan ini mesti dipertahankan. Oleh yang demikian, peranan pendidikan sebagai “...usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu...” sebagaimana terungkap dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus diberi penekanan.
5 10. Manusia ialah makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah, yang ditandai dengan kemuliaan (karamah insaniah/human dignity) yang Tuhan kurniakan. 11. Kemulian insan (karamah insaniah) harus dihormati dan dilindungi, dan pendidikan seharusnya menjadi wahana yang terus teguh dan tekal menghormati dan melindungi kemulian insan. 12. Pendidikan adalah tentang pembentukan “otak dan watak” – kecemerlangan akademik dan keterpujian sahsiah, yang merangkumi perkembangan ilmu, pembentukan karakter, pemurnian adab dan akhlak serta pengukuhan integriti. 13. Pendidikan juga adalah tentang “interaksi” – kesalingan hubungan antara sesama manusia. Oleh yang demikian, menjadi suatu keyakinan kita bahawa maqam tertinggi dalam pendidikan ialah “cinta”. Secara idealnya, pendidikan berperanan memelihara dan memandu fitrah manusiawi. Pendidikan seharusnya menjadi suatu proses “memanusiakan manusia” dan antara esensi utama dalam diri manusia ialah kasih sayang dan cinta. Justeru, pendidikan bukan sekadar
6 mengasah “akal fikiran” semata, tapi juga mengasah “akal budi” manusia. 14. Persoalannya, bagaimana memanifestasikan pendidikan dalam kefungsiannya yang sebenarnya? Hal ini berbalik kepada para guru dan pendidik sendiri, dan para pendidik adalah golongan yang mengemban tugas kepemimpinan. Pendidik ialah pemimpin, dan para guru ialah pemimpin bangsa ini. PERANAN GURU JAUHARI DIGITAL DALAM MEMACU PEMBANGUNAN Guru-guru yang berjasa sekalian, 15. Dalam kesedaran dan keinsafan bahawa langkahan ke depan adalah sangat mencabar dan mendebarkan, ayuh kita sama-sama mengatur pemposisian tetapan minda yang optimis. Kita menyaksikan pelbagai impak dan implikasi yang muncul natijah daripada perubahan global yang berlaku khasnya pasca Covid-19. 16. Sememangnya kita khuatir dengan anak-anak kita, yang bakal berhadapan dengan segala macam kesulitan era generasi ‘pandemials’, namun dalam masa yang sama, kita
7 juga wajar melihat peluang yang terbit daripada kepayahan ini. 17. Pengetahuan digital merupakan kunci yang perlu dikuasai oleh para pendidik untuk membuka pintu kepada pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD). 18. Paling utama, guru-guru disarankan untuk membangun kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas. Melalui latihan dan pembelajaran kendiri, mereka akan menjadi peneraju dalam membentuk landskap pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang. 19. Selain itu, KPM juga telah menambah baik ekosistem pendidikan digital, iaitu infrastruktur dan infostruktur. Usaha berterusan ini bertujuan untuk membantu dan memberikan sokongan kepada para pendidik ini untuk mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran dalam digital serta membudayakan pengetahuan, kreativiti dan inovasi pendidikan digital dalam kalangan anak-anak kita. 20. Terkadang, ada segelintir yang sinis dengan usaha kita dalam merangka perancangan pendidikan digital ini, kerana
8 masih adanya anak-anak yang tercicir atau tertinggal daripada asas literasi dan numerasi dalam pendidikan mereka. 21. Keprihatinan mereka ini berasas sebenarnya. Namun, memang telah kita usahakan “campur tangan” dan intervensi dalam kurikulum kita sekarang ini dan memberi fokus kepada perkara asas yang belum selesai seperti penguasaan “3M” (Membaca, Menulis dan Mengira). 22. Apa yang tidak kita sedari adalah teknologi sebenarnya mampu menjadi solusi untuk mengatasi pelbagai permasalahan pendidikan, termasuklah mengatasi keciciran. Ketika pandemik Covid-19 membadai, kita menyaksikan bagaimana teknologi membantu – walau banyak kekurangannya – dalam meneruskan pembelajaran. 23. Kita juga yakin, untuk masa-masa ke depan ini, teknologi digital akan mampu mengesan keciciran dan membantu kita menanganinya. Justeru, digitalisasi bukanlah sematamata suatu “privilege” kepada anak-anak yang berkemampuan dan yang mempunyai akses, tetapi ia akan diperluas menjadi sebahagian penyelesaian kepada permasalahan yang membelenggu proses pendidikan.
9 GENERASI FASIH DIGITAL, ANGKATAN BAHARU YANG AMPUH Para pendidik yang disanjung sekalian, 24. Dalam konteks pembangunan negara, generasi fasih digital ini amat diperlukan sebagai persediaan negara menghadapi perubahan dunia teknologi dan digital. 25. Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh KPM untuk merealisasikan strategi ini adalah dengan menambah baik jurang digital antara murid di kawasan bandar dan luar bandar. 26. KPM juga telah menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara berfasa ke sekolah-sekolah sejak Mac 2022. Ini termasuklah melengkapi kesemua sekolah dengan rangkaian jaringan internet. 27. Selain itu, antara platform terpenting yang disediakan oleh KPM ialah pelantar DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) yang mengandungi perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
10 28. Saya yakin, para guru sekalian sedar bahawa pendidikan ialah proses yang holistik, yang membantu manusia memenuhi keperluan akal (aspek kognitif) dan menyempurnakan kehendak psikologi-emosi manusia (aspek afektif); di samping membangun kapasiti jasmani insan (aspek psikomotor). 29. Walaupun teknologi hadir sebagai alat bantu, memudah cara dalam pelaksanaan proses pendidikan, namun tetap tidak akan mampu menggantikan “interaksi manusiawi” dalam ekosistem pendidikan. Pendidikan semestinya perlu kepada “hi-touch” di samping “hi-tech”, “heartware” bukannya “hardware”. PENUTUP 30. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering kali menegaskan bahawa Malaysia yang tercinta ini mestilah dibangunkan bukan sekadar menumpu kepada aspek lahiriah dan pembangunan fizikal, tetapi yang paling pertama dan utama adalah pembinaan jati diri dan keterampilan warganya. 31. Pembinaan jati diri dan keterampilan warga Malaysia akan mampu diteguhkan melalui pendidikan. Tegasnya,
11 pendidikan ialah proses memanusiakan manusia. Dengan pendidikan, manusia memanifestasikan diri, membebaskan diri daripada belenggu kejahilan, menerapkan nilai dan prinsip manusiawi, membangun interaksi dengan kasih sayang, menyubur kesedaran berbakti, dan membangun bersama masyarakat madani. 32. Digitalisasi hadir sebagai proses pelengkap dalam memenuhi tujuan dan “maqsud” pendidikan. Teknologi, merupakan solusi kepada permasalahan dan keciciran dalam pendidikan, di samping membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam proses pendidikan hari ini. 33. Oleh yang demikian, guru jauhari digital yang sedar akan peranannya sebagai pendidik insani bertanggungjawab mengintegrasikan teknologi secara efektif dalam proses pendidikan, di samping memastikan murid-murid mahir dan beretika menggunakan peranti digital bagi memenuhi keperluan generasi Alfa, selaras dengan hasrat reformasi pendidikan negara yang sedang diusahakan bersama. 34. Hasrat untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan guru ke tahap jauhari digital adalah sebahagian daripada aspirasi negara MADANI yang kita sasarkan. Sebagaimana yang
12 telah saya bahaskan, guru ibarat hujung tombak, golongan yang paling awal mendepani cabaran zaman, dan yang paling layak mengendali bahtera perubahan nusa ini. Usai sembahyang kita bersama, Munajat dan doa kita panjatkan; Agenda pendidikan sangat utama, Malaysia Madani kita harapkan. Setelah berdoa bingkaslah bangun, Bergerak menuju ke ruang dapur; Jauhari digital tiada ngelamun, Guru maju tiada mundur. Kumpul di dapur keluarga seisi, Makan kari resipi Bengal; Teknologi digital jadi solusi, Agar tiada murid tertinggal. Sudah makan basuhlah pinggan, Kemaskan dapur janganlah culas; Guru insani banyak berkorban, Jasa baktimu tiada terbalas.
13 Sudah kenyang bacalah buku, Ulang kaji mata pelajaran; Sekali guru selamanya cikgu, Hanya syurga tempat ganjaran. Usai membaca mata tak cerah, Masuk ke bilik tempat beradu; Kepada guru cintaku curah, Tak pernah lekang dalam doaku. SELAMAT HARI GURU TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. MENTERI PENDIDIKAN 16 MEI 2024 -Tamat-
IKRAR
IKRAR HARI GURU Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat dan negara kami Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.
LIRIK LAGU
LIRIK LAGU KAMI GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
BROSUR
Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI 16 MEI 2024 S M K P E R I M B U N
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia Matlamat Program Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru. Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. 2
I K RAR HARI G U R U Ba h a w a s any a k a m i G uru-guru nega r a M a l a y s i a Dengan ini be ri k r a r M endukung t e rus c it a - c it a k a m i T e r h adap tuga s k a m i Dan m eny a t a k an k e y a k inan k a m i Pada c it a - c it a m urni pe k e rj a an k a m i K a m i a k an be rba k ti K epada m a s y a r a k a t Dan nega r a k a m i . K a m i s enti a s a m enjunjung Pe rl e m baga an nega r a K a m i m enga m a l k an Prins ip-prins ip Rukun N ega r a Pada s e ti ap m a s a . 3 Ikrar Guru
K ami g u r u Ma l a y s i a B e ri k r a r d a n b e rj a n j i Me n d i d i k d a n memimp i n P u t e r a P u t e ri Ne g a r a k it a P a d a S e ri P a d u k a K ami t ump a h k a n s e ti a R u k u n e g a r a k it a P a n d u a n h i d u p k ami s emu a Di b i d a n g p emb a n g u n a n K ami t e t a p b e r s ama Memb a n t u memb i n a Ne g a r a y a n g t e r c i n t a Ama n a h y a n g d i b e ri K ami t a k p e r s i a k a n Ap a y a n g k ami j a n j i T u n a i , t e t a p k ami t u n a i k a n L a g u d a n s e n i k a t a : HASHIM AHMAD 4
P ENASIHAT P ENGE RUSI NAI B . P ENGE RUSI PENYELARAS PROGRAM PEN PENYELARAS PROGRAM SETIAUSAHA PROGRAM PEN SETIAUSAHA PROGRAM BENDAHARI PROGRAM PEN BENDAHARI PROGRAM : P n . No r e h a n b i n ti Ab d u l S a n i P e n g e t u a SMK P e rimb u n : P n . S iti No ri z a b i n ti S ame a n P K P e n t a d b ir a n SMK P e rimb u n : P n . No r h a y a ti b i n ti Z a k a ri a P n . S a l a s i a h b i n ti I sma i l : P n . S h a h ri n a b i n ti Z a i n a l Ab i d i n P n . R o s a s l i n n a h b i n ti K ami s : P n . Na d h r a t u n n a im b t Z a k a ri a : P n . Az e a n if a i z a l b t K ama r u z ama n : P n . S iti R o h a y u b t Ahma d a n : P n . S u r a i n i b t Ab d o l S u k o r : C i k Nu r u l E z z a ti b t Z a ir u d d i n : P n . S iti No rr a i h a n b t Z a i n a l R a s h i d 5 Jawatankuasa
J EMPUTAN Pn. Siti Rohayu bt Ahmadan BA C AAN DOA Ses i Pagi Pn. Shatrah bt.Ahmad Ses i Petang En. Ahmad Khaliq b. Mohamad Ras id BUKU ATUR C ARA Pn Shafrida binti Md I sa T EKS U C APAN Pn. Robiah bt Yaacob (Wak i l Murid) Pn. Nurin Zulal i bt Md. Zaini (PK Petang) P E RARAKAN MASUK S e s i P a g i P n .Nu r I b T i s am b t I b r a h im ( K ) Cik Nur Amalin Dania Bt. Shaharudin P n . Az l i n d a b t S . J e fri j i n C i k C h y e Hu i Yi n S e s i P e t a n g P n . Mu z l i n d a b t Ab d u l Ma n a f P n . S h a z a n a b t Mo h d S u t a n C i k Aimi F a ti n a h b t Ma z l a n BANNE R E n . Mo h d Z a i l a n i b R i d z w a n C ENDE RAHAT I Sesi Pagi Pn. Nur Dania bt Othman (K) Pn Nur Syahidah bt Hussain Pn. Sharifah bt Tahir Pn. Mimi Hayati Abdul Rahaman Sesi Petang Pn Rofazela bt Mohd Nor (K) Cik Nurul Ain bt Hawaji Pn Noor Hamiza bt Suhami Pn Wan Zubaidah bt Wan Hamzah SIARAYA & T EKNIKAL Ses i Pagi En Ashabul Tak im b Mohd Idrus En. Alex Tan Siaw Wei Ses i Petang En. Mohd Fai zal bin Abdul lah P ROTOKOL Ses i Pagi Pn. Hamilah bt Mohamed Pn. Suraini bt Abdol Sukor Ses i Petang Pn. Ariza bt Che Omar P E RSEDIAAN T EMPAT Ses i Pagi Pn Nur Khairi y yah bt Ahmad ( K ) Pn. Nurul Amirah bt Muwaz ir Ses i Petang En. Saiful Anuar Bin Abidin Nur Ain I z zati Bt. Jasni 6 Jawatankuasa
P ENGA C ARA MAJ L IS S e s i P a g i E n F a u z a n Ari e f b J a l a l u d i n S e s i P e t a n g P n . Z a i d a h B i n ti Z a i n a l P E RSIAPAN P ENTAS Pn. Halimaton Raha bt Ros li (K) Pn. Ani s Fadzlin bt Mohd Zubir Pn. Mas y ita bt I shak Pn. Siti Zaharah bt Abdul Khodir En. Mohd Noori khwan b Sarbini Tn Syed Ahmad I y lia Haziq b Syed Ahmad Rizal MENGEMAS P ENTAS En Ahmad Razin b I smail Tn Syed Abu Bakar b Syed Mahaza P EMBA C A IKRAR S e s i P a g i E n . Mo h d J ami l Ha fi z B . Md Yu s o ff S e s i P e t a n g E n . R o z a i n i b Ab d u l R a h im NYANYIAN S e s i P a g i E n . Ahma d Z u l h a k im E n . Z amir I s k a n d a r b i n Z a r e j a S e s i P e t a n g P n S iti No rr a i h a n b t Z a i n a l R a s h i d KE B E RSIHAN P n K h o o B o o n S e e P E RSEMBAHAN Ses i Pagi Ci k Nurul Ezzati bt Zairudin Pn. Lew Sheau Yun Pn. Marzy yati Bt. Md Hashim Pn Norwani bt Ibrahim Pn. Azlena Bt. Yahya Ses i Petang Pn. Zainah Afdhillah bt Ros lan En Raja Ahmad Khairie b Raja Nasaruddin Pn Fatimah Hanani bt Mohd Azman DISI P L IN & KESE LAMATAN Ses i Pagi En. Remi bin I sa En. Nasarudin Bin Nas irai Ses i Petang En. Mohd Hanafi bt Ali Pn L ili Suri yani bt Ahmad Hairi FOTOGRAF I Ses i Pagi Pn. Nur Farhana bt Mohd Poad Ses i Petang Pn Siti Khadijah bt M. Sharif 6 Jawatankuasa
JAMUAN MAKAN GURU S e s i P a g i P n Ha z a l i n a b t Ha s s im P n F a d z i l a h T u n n o r b t Ha s s a n P n S iti No r a z i y a h b t Mo h ame d S a l l e h P n Gn a n amb a l a / p T h a n i g a s a l am P n J ami l a h b t Ma t Yu s o f P n S iti S u z a n a b t S u l a ima n P n T u a n Az l y n a b t T u a n Yu s o ff P n An i s F a d z l i n b t Mo h d Z u b ir P n Az ir a w a ti b t Z a k a ri a P n No r ri z a b t Mo h d Arifi n P n Nu r Az e r a b t J amri P n Nu r z a l i z a b t Mu h ama d As ri S e s i P e t a n g P n No r h a s l i z a b t Ha s s a n P n No r Az l i n a b t Hu s a i n P n Nu r u l h u d a b t Hamd a n P n No r Ha i z a b t J a i n e P n . S u h a i l i B t. S h a ir MENGEMAS T EMPAT JAMUAN Pn Rohana bt Kas s im Pn Seow Shit Kiang Siti Nori szuwani Bt. Safiail P E RUTUSAN P n Ay u n a w a ti b i n ti Na y a n DOKUMENTASI P n . L o o S a i Oo i 6 Jawatankuasa
7 : Murid-murid berkumpul di Dataran Muhibah : Aluan pengerusi majlis : Bacaan Doa : Ucapan Wakil Murid : Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (En Mohd Zailani b Ridwan) : Bacaan perutusan Menteri Pendidikan (En Mohamad Hasim b Nasehah) : Bacaan Ikrar Hari Guru (En Mohd Mohd Jamil Hafiz b Mohd Yusoff) : Nanyian Lagu Kami Guru Malaysia(diketuai oleh En Zamir Iskandar) : Gimik Sambutan Hari Guru (Acara memotong kek) : Persembahan : Rehat : Jamuan Makan Guru : PdPc seperti biasa selepas rehat 7.20 pagi 7.30 pagi 9.15 Pagi 11.00 Pagi Tentatif Majlis 1.00 petang 1.15 petang 3.30 petang 4.00 petang : Murid-murid berkumpul di Dataran Muhibah : Aluan pengerusi majlis : Bacaan Doa : Ucapan Wakil Murid : Ucapan Penolong Kanan Petang (Pn Rosaslinnah bt Kamis) : Bacaan Ikrar Hari Guru (En Rozaini bin Abdul Rahim) : Nanyian Lagu Kami Guru Malaysia : Gimik Sambutan Hari Guru (Acara memotong kek) : Persembahan guru dan murid : Jamuan Makan Guru : Bersurai SESI PAGI SESI PETANGI
GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI Biar penat b e rdi r i , Jangan penat memb e r i . Biar l e lah t e rduduk , Jangan l e lah memb entuk . Biar penat b e r cakap, Jangan penat b e rharap. S ede t i k b e r sama c i k gu, l e b ih b e rmakna dar ipada s e r i bu tahun mencar i ilmu. SE LA M AT HARI GURU, T ERI M A KASIH CIKGU! S M K P E R I M B U N
ALBUM
PERARAKAN MASUK
PERARAKAN MASUK
GIMIK PEMOTONGAN KEK
PEMBACAAN PERUTUSAN HARI GURU LAFAZ IKRAR HARI GURU
PERSEMBAHAN MURID
PERSEMBAHAN MURID
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA