AR-RAHNU #1 E-MAJALAH
Pengarah Sidang redaksi PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN
Sidang redaksi FATIN NUR ASYIQIN BT BADRUL 18DHF22F1023 AIDA NASUHA BT RODZAIN 18DHF22F1029
Sidang redaksi SITI NUR ZETTY AKHTAR BT ABDUL HALIM 18DHF22F1033 NURUL ATHIRAH BT AZAHAR 18DHF22F1041 NUR FARZANA BT MOHD FAHMI 18DHF22F1043
PENGHARGAAN 6 SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT 7-9 •Perkahwinancampur KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN 10-12 DENGAN KERAGUAN •Isu di CU-mart KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN 13-15 •Vaksin Covid-19 KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN 16-18 •Sabunsamak dansertu ADAT SEBAGAI SUMBER HUKUM 19-20 •Fotografipraperkahwinan danselepasperkahwinan GALERI ALBUM 21-23 PENUTUP 24 SUMBERRUJUKAN 25 Isi Kandungan
penghargaaan ِحْيِم ْحَمِن الَّر ِبْســــــــــــــــــِمِهللا الَّر Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainul Farhaan Binti Harun selaku pensyarah kursus ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan atas memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. 6
Perkahwinan campur Perkahwinan campur membawa maksud perkahwinan yang melibatkan dua individu dengan latar belakang berbeza. Latar belakang yang berbeza bermaksud berbeza agama, bangsa ,budaya atau kewarganegaraannya. Sebagai contoh orang melayu kahwin dengan orang cina. Adam Corrie - Beliau dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang.Beliau telah mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.Selepas 6 tahun kembali kepada fitrah (menganut agama Islam) beliau sekarang sering dijemput berkongsi pengalaman dan motivasi sebagai pendakwah bebas Saudara Baru di Pejabatpejabat Kerajaan, masjid-masjid, badan NGO serta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Beliau aktif menghadiri pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan sertai kelas Usrah Fitrah yang ditubuh untuk artis-artis Malaysia yang telah berhijrah atau yang ingin menambahkan ilmu agama dan memperbaiki diri. Kehidupan beliau sekeluarga lebih aman dan diberkati oleh Allah SWT. Contoh kesan jika mendalami Islam terlebih dahulu dengan niat ikhlas dan berkahwin Oleh: Fatin Nur Asyiqin Bt Badrul 7
Perkahwinan campur ☆ Sifat prejudis juga akan muncul antara satu sama lain ☆Potensi juga untuk ketua keluarga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya ☆Jika berlaku sebarang konflik sehingga melibatkan campur tangan ahli keluarga lain, ia berpotensi mencetuskan pergaduhan yang berasaskan kaum. ☆Kesan jika niat memeluk islam hanya sebab mahu berkahwin: -perkahwinan akan berasa tidak aman kerana tiada keberkatan Allah SWT -Perkahwinan akan kucar kacir kerana tidak merasakan indahnya Islam kesan jika mendalami Islam terlebih dahulu dengan niat ikhlas dan berkahwin -Perkahwinan akan lebih mesra dan aman kerana saling mengamalkan cara pekahwinan dalam agama Islam -Perkahwinan akan lebih bahagia kerana mendapat rahmat dari Allah SWT Impak negatif perkahwinan campur 1) Kesan positif ialah pasangan dan seluruh keluarga yang terlibat perkahwinan campu akan berpeluang untuk dapat berkenalan, mempelajari dan memahami adat, amalan tradisi di antara satu sama lain 2)Perkahwinan campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Apabila seorang yang bukan muslim berkahwin dengan orang yang muslim, pihak perlu menukar agamanya kepada agama Islam. Tindakan ini akan dapat menyebarkan agama Islam yang murni dan dapat dipelajarkan oleh pihak yang bukan Muslim tersebut. 3)Perkahwinan campur dapat memupuk sikap keharmonian dan keperpaduan di antara kaum-kaum di negara ini. 4)Kesan jika mendalami Islam terlebih dahulu dengan niat ikhlas dan berkahwinan: -Perkahwinan akan lebih mesra dan aman kerana saling mengamalkan cara pekahwinan dalam agama Islam -Perkahwinan akan lebih bahagia kerana mendapat rahmat dari Allah SWT Impak positif perkahwinan campur 8
Perkahwinan campur Islam membenarkan perkahwinan campur . Niat perkahwinan campur adalah bergantung kepada individu sendiri. Sekiranya seseorang individu masuk agama Islam hanya kerana ingin berkahwin sahaja maka perkahwinan akan tidak aman dan tidak bahagia kerana terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenarnya tetapi jika sesorang itu masuk agama Islam niat untuk mendalami agama Islam dengan ikhlas dan berkahwin maka hidupnya akan diberkati Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala serta berada di jalan yang lurus. Kesimpulan Maqasid Al-Syariah Bagi pasangan berlainan agama, maka wajib memeluk Islam terlebih dahulu kerana maqasid al syariah yang ditetapkan adalah memelihara agama. Islam sangat menjaga kesucian agama agar agama Islam sentiasa dihormati dan dijaga oleh semua agama. Perkahwinan berlainan agama perlukan niat yang benar agar perkahwinan lebih bahagia dan bertepatan dengan kaedah fiqh iaitu segala amalan berdasarkan niat. 9
ISU DICU-MART CU-mart merupakan kedai serbaneka nombor satu di Korea Selatan. Kini CU-mart telah membuka cawangan sulungnya di Malaysia di Centerpoint Bandar Utama, Petaling Jaya. Cu mart menawarkan pelbagai produk korea selatan daripada makanan jalanan terkenal yang baru dimasak, produk kecantikan serta snek dan minuman terkenal. Namun begitu, beberapa isu telah timbul berkenaan dengan status halal makanan-makanan yang dijual di situ kerana ada sesetengah produk yang tidak mempunyai logo halal. Oleh: nurul athirah bt azahar 10
ISU DICU-MART Antara produk yang pernah menjadi isu ialah mi segera yang berasal dari Korea iaitu Samyang Hot Chicken Ramen yang mempunyai pelbagai jenis perisa dengan tahap kepedasan yang berbeza. Ramen ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutamnya golongan remeja kerana rasanya yang unik dan lazat. Terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa makanan segera itu tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf JAKIM kerana logo halal itu berasal daripada Korea. Namun dakwaan itu adalah tidak benar kerana logo halal untuk makanan tersebut merupakan logo halal yang diiktiraf JAKIM 11
ISU DICU-MART Hampir kesemua produk di CUmart mempunyai logo halal Korea yang diiktiraf tetapi cuma sesetengah makanan dan minuman sahaja yang tidak mempunyai logo halal yang sah. Jadi kita perlulah mengelakkan diri dari membeli produk yang tidak halal. Namun begitu jika produk yang dijual mempunyai logo halal yang sah, sebagai pengguna kita tidak perlu ragu-ragu lagi tentang status halal makanan tersebut. Hal ini selari dengan kaedah fiqh iaitu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan dan juga Maqasid Syariah yang mementingkan akal. KESIMPULAN 12
Apa itu vaksin? Jenis-jenis vaksin di Malaysia Vaksin adalah produk biologi yang berisi antigen di mana apabila diberikan kepada seseorang akan menimbulkan kekebalan spesifik secara aktif terhadap penyakit tertentu. Vaksin mengandungi bahan aktif iaitu antigen. Penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada berunsurkan virus atau bakteria. ▪️Pfizer ▪️Sinovac ▪️AstraZeneca ▪️Johnson& Johnson VAKSIN COVID-19 Kenapa kita kena ambil vaksin ? Vaksin diberikan untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia. Apabila semua mendapat suntikan vaksin, antibodi dapat dibentuk di kalangan orang ramai. Selain itu, risiko jangkitan dalam kalangan orang ramai dapat dikurangkan. OLEH : SITI NUR ZETTY AKHTAR BINTI ABDUL HALIM 13
Perlukah mengambil suntikan vaksin ? Untuk mengawal penularan jangkitan Untuk menjaga ekonomi kerana jika majoriti rakyat tidak mengambil vaksin, negara luar tidak mahu membuat pelaburan atau bekerjasama. Dapat melindungi diri, keluarga, institusi dan ekonomi Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam bersidang dan memutuskan hukum pengambilan vaksin ini adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan. Hukum mengambil vaksin bagi umat Islam Kesan mengambil suntikan vaksin COVID-19 Dapat meningkat imunisasi badan Dapat mengurangkan kadar kes yang semakin meningkat Beri kesan sampingan seperti lenguh tangan dan demam 14
Apabila wabak atau penyakit semakin berleluasa, kita mestilah yakin dan mengambil ikhtiar untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri kita dengan mengambil suntikan vaksin. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah bertindak dalam mencari solusi untuk menghilangkan perkara yang boleh memberi kemudaratan. Hal ini selari dengan kaedah fiqh iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan dan juga Maqasid Syariah yang mementingkan nyawa umat. Kesimpulan VAKSIN COVID-19 15
Sabun Samak Dan Sertu Sertu adalah proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, kinzir dan keturunannya manakala samak adalah proses menyamak kulit bagi mengeluarkan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya. Selain daripada tanah, ada juga bahan lain yang boleh menggantikan tanah iaitu sabun sertu atau samak. Sabun sertu atau samak diperbuat daripada 90% tanah liat dan beberapa mineral semulajadi seperti sodium, kalsium dan potassium berteknologi tinggi dan tiada penggunaan lemak haiwan. Sabun sertu atau samak telah disahkan oleh jabatanjabatan mufti negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu bahawa sabun ini halal untuk digunakan tujuan bersamak. Oleh: Nur Farzana Bt Mohd Fahmi 16
Cara menggunakan sabun sertu atau samak ini adalah sama seperti menggunakan tanah yang biasa iaitu dengan memasukkan sabun ke dalam sebaldi air dan kocak hingga sabun larut bersama air. Kemudian, siram air tersebut ke tempat yang hendak disertu beserta niat. Akhir sekali, bilas bersama 6 kali air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. Basuhan pertama haruslah membersihkan kewujudan najis dan tidak berada di sebelah air untuk basuhan kedua. Bagi keadaaan air adalah mestilah air mutlak, bukan mustakmal iaitu air yang kurang daripada dua qullah yang telah digunakan untuk bersuci beserta tiada najis. Sabun Samak Dan Sertu Kaedah menggunakan sabun sertu dan samak. Kesan menggunakan sabun sertu dan samak. Kesan sabun ini adalah dapat menyucikan najis mughallazah dimana sahaja keberadaaan kita serta menjimatkan masa tanpa keperluan untuk mencari tanah di sekitar rumah. Sabun ini juga dapat bertindak sebagai produk penjagaan kulit kerana mengandungi 5.5-7pH yang amat bersesuaian dengan kulit manusia seperti melembapkan kulit yang kering, memperbaiki sel-sel kulit yang mati, menghilangkan bau badan,menurunkan suhu badan sekiranya demam panas dan lain-lain. 17
Sabun Samak Dan Sertu Kesimpulan Masyarakat yang hidup di kawasankawasan bandar atau melancong di negara yang terdedah kepada najis mughallazah yang sukar untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Jadi, sabun samak atau sertu ini dapat membantu dalam memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini dapat dikaitkan berkenaan kaedah fiqh iaitu kesulitan membawa kepada keringanan dan tidak melanggar maqasid al-syariah iaitu dari segi agama kerana dapat menyucikan diri daripada najis mughallazah supaya dapat menunaikan solat fardhu yang sah. 18
Fotografi pra perkahwinan dan selepas perkahwinan. Fotografi pra perkahwinan adalah sebagai satu permulaan atau sesuatu yang diperingkat awal sebelum perkahwinan iaitu pertunangan atau lamaran. Fotografi selepas perkahwinan adalah sesi yang dilakukan oleh sepasang suami isteri yang baru menikah atau selepas majlis perkahwinan. Oleh : Aida Nasuha Binti Rodzain Fotografi pra perkahwinan di dalam Islam adalah diharamkan kerana dengan kelaziman bakal pengantin berfotografi secara intim iaitu secara berpelukan, bersentuhan yang akan mendatangkan dosa dan daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Fotografi selepas perkahwinan di dalam Islam adalah digalakkan kerana pasangan tersebut telah sah bergelar suami isteri dan daripada segi hukum adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam Kesan daripada fotografi pra perkahwinan pasangan yang mengambil gambar seperti berpelukan, bersentuhan adalah akan mendatangkan dosa dan dalam satu riwayat dikatakan adalah orang-orang yang menandingi ciptaan allah. Selain itu, allah ta’ala berfirman : “Dan janganlah kamu mendekati zina” sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al Isro: 32). Fotografi selepas perkahwinan Fotografi pra perkahwinan 19
Perkahwinan dalam Islam adalah sesuatu yang suci dan dikira suatu ibadat dan juga sunnah nabi. Namun Islam masih meletakkan had dan batasan yang perlu diikuti oleh para peganutnya seperti contoh trend fotografi pra perkahwinan adalah bertentanggan dengan maqasid Islam iaitu maruah dan keturunan. Ini adalah kerana pasangan masih belum ada ikatan yang sah melalui akad nikah. Berbeza pula dengan fotografi selepas perkahwinan dimana pasangan telah sah menjadi suami isteri dan mengambil gambar untuk tujuan kenangan. Ini jelas menujukkan Islam mengiktiraf adat sesuatu masyarakat seperti yang terkandung dalam kaedah fiqh iaitu adat sebagai sumber hukum. Kesimpulan 20
P E R B I N C A N G A N B E R S A M A P E N S Y A R A H 21
P E R B I N C A N G A N B E R S A M A A H L I K U M P U L A N 22
P R O S E S P E N G H A S I L A N E - F O L I O 23
penut-up E-book Ar-rahnu yang diterbitkan oleh kumpulan kami telah mengupas beberapa isu tentang kaedah fiqh dan maqasid syariah yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Kami berharap agar e-book yang dihasilkan ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Antara cabaran yang dihadapi semasa menghasilkan e-book ini ialah kekeliruan semasa mencari maklumat. Kami menghadapi masalah dalam memahami istilah-istilah kaedah fiqh dan contoh-contoh maqasid syariah yang boleh dikaitkan dengan setiap isu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus kami iaitu Puan Ainul Farhaan Binti Harun yang tidak penat lelah memberi tunjuk ajar kepada kami. Beliau memberikan penjelasan untuk setiap persoalan kami dengan terperinci. Semasa dalam tempoh menyiapkan tugasan ini, kami telah menempuhi satu pengalaman baharu antaranya ialah, kami dapat mempelajari sesuatu yang baharu contohnya seperti istilah-istilah kaedah fiqh kerana sebelum ini kami tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut. 24
sumber rujukan Perkahwinan campur https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Adam_Corrie https://udakwah.com/perkahwinan-campur/ https://www.bharian.com.my/bisnes/korpora t/2021/04/802586/cu-buka-cawanganpertama-di-malaysia k https://mysejahtera.malaysia.gov.my/vaccin e/faq.pdf https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum/2365-irsyad-alfatwa-siri-ke-221-hukum-sertumenggunakan-sabun-taharah https://id.wikipedia.org/wiki/Fotografi_pernik ahan 1. 2. Isu di CU-mart 3. Vaksin covid-19 4. Sabun samak & sertu 5. Fotografi pra perkahwinan 25
1. NURUL ATHIRAH BT AZAHAR 18DHF22F1041 2. SITI NUR ZETTY AKHTAR BT ABDUL HALIM 18DHF22F1033 3. NURFARZANA BT MOHD FAHMI 18DHF22F1043 4. FATIN NUR ASYIQIN BT BADRUL 18DHF22F1023 5.AIDA NASUHA BTRODZAIN 18DHF22F1029 Disediakan oleh:
Terima kasih K A L A U A D A K E S A L A H A N M O H O N D I M A A F K A N , K A L A U A D A Y A N G S A Y A N G M O H O N D I U N G K A P K A N , S E K I A N T E R I M A K A S I H