The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by drfansp, 2020-10-22 08:31:09

1111



TAJUK MUKA
Pengenalan 1 Komponen Micro:bit 1 Fungsi Micro:bit 3 Muat Turun Kod 6
Kaedah 1 6
Kaedah 2 7 Peringkat Asas 8 Aktiviti 1 8 Aktiviti 2 9
Peringkat Sederhana 10 Aktiviti 1 10 Aktiviti 2 11
Peringkat Tinggi 12 Aktiviti 1 8 Aktiviti 2 9 Maqueen 15


PENGENALAN
Micro:bit adalah komputer bersaiz poket yang memperkenalkan software dan hardware berfungsi bersama-sama. Micro:bit terdiri daripada LED, butang, sensor, pelbagai jenis fungsi input dan output. Apabila diprogramkan, murid dapat menghubung kait dunia IT dengan dunia kehidupan harian.
KOMPONEN Micro:bit
Input. Sebarang hardware yang membolehkan kita menghantar data kepada computer. Contohnya, menaip perkataan pada keyboard atau menyentuh skrin bagi melakukan sesuatu. Kesemua contoh ini merupakan input device. Dalam Micro:bit, input device merujuk kepada butang, sensor cahaya, sensor suhu, pergerakan, dan kompas.
Output. Sebarang hardware yang membolehkan computer berkomunikasi, iaitu menyampaikan informasi kepada kita. Contohnya, memaparkan informasi pada skrin, memainkan muzik. Dalam Micro:bit, output device merujuk kepada Radio dan Pin.


Processor. Sekeping hardware yang dikenali sebagai otak komputer. Ini adalah kerana ia merupakan bahagian yang menerima, melaksana, dan mempamerkan hasil. Micro:bit mempunyai processor mikro. Oleh itu, kelajuan proses adalah lambat berbanding computer atau handphone. Prosessor mirobit mencari kod yang dimuatturunkan dari memory, decode kod yang dikenal pasti, dan melaksanakan arahan yang dimuatturunkan.
Butang. Merupakan alat asas input. Ia dapat ditekan bagi melaksanakan tugas. Terdapat dua butang A dan B yang dapat ditekan bersama atau berasingan. Selain itu, terdapat juga butang RESET di belakang Micro:bit. Apabila butang ini ditekan, ia akan RESET semula program.


FUNGSI MICROBIT
Input device. Input device bagi microbit terdiri daripada empat jenis, iaitu accelerometer, sensor suhu, kompas, dan sensor cahaya.
Accelerometer. Merupakan sensor pergerakan. Ia mengukur halaju atau pergerakan sesuatu. Contohnya, telefon bimbit menggunakan accelerometer mengesan perubahan kedudukan telefon dan menukar kedudukan skrin. Contoh lain, game controller mengesan tilt semasa bermain game.
Sensor Suhu. Merupakan sensor bagi mengesan suhu. Ia mengukur perubahan suhu yang terdapat dipersekitaran. Dengan menulis program yang sesuai untuk menggunakan sensor suhu dapat mengesan suhu di persekitaran dan dapat memaparkan suhu pada microbit.


Kompas. Merupakan sensor bermagnet. Ia mengesan arah mata angin bumi (timur, selatan, baratm utara). Dengan menulis program yang sesuai untuk menggunakan sensor ini dapat mengesan arah mata angin bumi dan dapat memaparkan pada microbit.
Sensor Cahaya. Merupakan sensor untuk mengesan tahap pencahayaan. Walau pun tiada sensor cahaya yang sebenar dalam microbit, kita dapat program microbit dan menggunakan LED untuk mengesan cahaya. Contohnya, lampu jalan menggunakan sensor cahaya untuk mengesan tahap pencahayaan. Jika tahap pencahayaan rendah, lampu akan menyala.


Output device. Output device bagi microbit terdiri daripada dua iaitu radio dan pins.
Radio. Merupakan satu kaedah untuk menghantar dan menerima mesej pada jarak tertentu. BBC micro:bit boleh menggunakan gelombang radio untuk berkomunikasi tanpa menggunakan sebarang wayar dengan micro:bit lain. Micro:bit mempunyai antenna di belakang yang berfungsi untuk menerima dan menghasilkan gelombang radio. Dengan code atau program yang betul dan sesuai, pengguna dapat melakukan interaksi antara micro:bits.
Pins. Di hujung papan micro:bit, terdapat 5 lubang kecil yang berlabel 0, 1, 2, 3v dan GND. Kelima-lima lubang ini merupakan pin yang boleh digunakan oleh pengguna untuk menghasilkan litar dengan menyambung menggunakan wayar. Terdapat 25 pin kecil kesemuanya. Pin 0, 1, 2 merupakan pin umum yang boleh digunakan sebagai output atau input (dikenali sebagai GPIO, General Purpose Input and Output). Pin 3v (Voltan 3) dan GND (ground) berkaitan dengan sumber elektrik papan micro:bit. (Jangan sambung pin 3v terus ke pin GND).


CARA MUAT TURUN KOD Kaedah 1
1. Sambung micro:bit kepada komputer menggunakan wayar USB
2
1
3. Tekan nama micro:bit yang ingin disambung dengan komputer dan tekan butang “connect”
4. Untuk memastikan bahawa micro:bit telah berjaya disambung dengan komputar tekan butang gambar “lock” dan semak bahawa nama micro:bit telah mucul atau pun tidak.
5. Akhir sekali tekan butang “Download” apabila siap semak untuk memuat turun code ke dalam micro:bit.
2. Tekan “Pair device”


Kaedah 2
1. Sambung micro:bit dengan komputer menggunakan wayar USB 2. Tekan “Download”
3. Apabila butang “Download” ditekan, file code akan dimuat turun.
4. Buka “document” dan cari “MICROBIT(F: ) di “This PC”.
5. Guna kaedah “drag” untuk menarik file code ke dalam “MICROBIT(F: )”. File tersebut akan dimuat turun ke dalam micro:bit serta merta.


AKTIVIT MICRO:BIT PERINGKAT : ASAS
AkQviQ 1: buSons with LED
Untuk akQviQ ini, pengguna mampu mempelajari cara untuk menggunakan butang yang terdapat di atas papan micro:bit serta code yang senang untuk difahami.
Alat yang diperlukan: 1. Micro:bit
2. Komputer 3. USB type C
Langkah: 1. Buka laman untuk cod micro:bit
2. Cod bagi akQviQ ini adalah seperQ berikut.
3. Apabila butang A ditekan, gambar yang dipilih akan dipamir pada
papan micro:bit , apabila butang B ditekan ,gambar yang dipilih
akan dipamirkan
4. Pengguna juga boleh melakukan code di mana, apabila kedua-dua
butang ditekan serentak, gambar yang berlainan dipamirkan
5. Pengguna digalak untuk memcuba gambar yang berlainan untuk
butang berlainan.


Aktiviti 2: gambar berkelip
Dalam aktiviti ini, pengguna mempelajari untuk membiarkan gambar berkelip
Alat yang diperlukan: 1. Micro:bit 2. Komputer
3. USB type C Langkah: 1. Buka laman untuk cod micro:bit
2. Blok “ pause (ms) 100” bermaksud membiarkan gambar tersebut untuk kekal selama 100ms( millisecond).


AKTIVIT MICRO:BIT PERINGKAT : SEDERHANA
Aktiviti 1: Bearing
Micro:bit mempunyai kompas sensor yang dipanggil magnetometer. Ia mampu mengesan medan magnet bumi kepada Utara, Timur, Barat dan Selatan. Dalam melaksanakan aktiviti ini, pengguna dapat mengetahui pengetahuan asas tentang Bearing serta asas pengetahuan Loop.
Alat yang diperlukan: 1. Micro:bit 2. Komputer
Langkah:
3. USB type C
1. Gambar di atas merujuk kepada bearing untuk Utara(North), Selatan(South),Timur(East) dan Barat(West).
2. Cod di atas merupakan contoh untuk mengesan kedudukan bearing Utara, penggunaboleh merujuk kepada code di atas serta bearing bagi Selatan, Timur dan Barat untuk membolehkan micro:bit mengesan kedudukan lain.


Informasi: LOOP(struktur berbentuk program yang akan berulangan sehingga sesuatu syarat dicapai)
- Kaedah loop digunakan dalam code ini, iaitu loop “forever” dan loop “if.....else”.
- Loop “foever” bermaksud code yang bertakluk dalam loop ini akan berulang selama-lamanya dan tidak akan berhenti.
- Loop”if...else” merupakan loop bersyarat dimana ia akan melakukan arahan yangdibina dalamnya apabila menepati syarat tertentu sahaja.
Aktiviti 2: Suhu dan Accelerometer
Aktiviti ini memperkenalkan the fungsi Thermometer dan Accelerometer yang terdapat dalam pada papan micro:bit. Temperature sensor yang terdapat dalam processor mampu memberi anggaran yang agak
tepat dalam˚C ( celsius ).
Alat yang diperlukan: 1. Micro:bit 2. Komputer
3. USB type C
Langkah:
1. Muat turun cod di atas, apabila butang A ditekan, LED micro:bit akan menunjukkan suhu persekitaran
2. Dengan menggunakan blok ini apabila micro:bit digoyang maka suhu akan dipapar pada papan micro:bit. Pengguna boleh mengubahsuai code untuk mencuba.


AKTIVIT MICRO:BIT PERINGKAT : TINGGI
Aktiviti 1 : Music
Dalam aktiviti ini pengguna dapat menghasilkan lagu dengan menggunakan micro:bit
Alat yang diperlukan: 1.micro:bit 2.headphones/earphones
langkah:
3.5 klip buaya 4.keping kotak 5. Tin foil
6. Gunting
7. glu
1. Pengguna boleh merujuk gambar di atas menyusun kedudukan wayar dan headphone/earphone
2. Muat turun code di atas ke dalam micro:bit.
3. Jika diperhati pin 0 (wayar putih) disambung kepada
headphone sebagai Output. Micro:bit menghantar lagu dalam
bentuk signal elektrik melalui pin 0.
4. Headphone juga perlu disambung dengan GND ( wayar Hijiau)
untuk melengkapkan litar.


5. Pin 1 ( wayar merah ), Pin 2 (wayar kuning) dan GND (wayar hitam) disambung dengan tin foil.
6. Pin 1 dan 2 berfungsi sebagai input. Dengan menggunakan satu jari menyentuh tin foil wayar hitam dan jari kedua menyentuh tin foil wayar merah atau wayar kuning, maka lagu akan dimain.
Aktiviti 2: Permainan tindak balas
Aktiviti ini memerlukan pengguna untuk menghasilkan satu permainan tidak balas untuk dua pemain. Dalam aktiviti ini, pnegguna akan mempelajari pengetahuan Boolean Variables yang sering digunakan dalam dunia programmming.
Alat yang diperlukan: 1. Micro:bit
2. 4 klip buaya
3. 2 cardboard 4. Tin foil
5. Gunting
6. Glu
Langkah:
1. Merujuk kepada gambar di atas untuk menyusun semua alat yang diperlukan


2. Gambar berikut menunjukkan code yang diperlukan untuk menghasilkan permainnan ini.
Informasi: Boolean variables ( merupakan suatu kemungkinan yang dikategorikan Benar(True,1)
atau Salah ( False, 0 )


MAQUEEN
Merupakan robot yang telah diprogram untuk tujuan pembelajaran STEM. Ia amat sesuai kepada pengguna yang baru dalam dunia robotik.
Dengan operasi robot yang senang serta, pengguna dapat mempelajari Ilmu pengetahuan programming dalam kaedah yang menyeronokkan, serta merangsang pemikiran pengguna dari segi pemikiran logic dan sains. Robot ini telah dibina siap kepada pengguna, pengguna hanya Perlu menyambung beberapa komponen sahaja. Gambar 1 menunjukkan robot Maqueen yang telah siap disambung.
Gambar 1
Robot Maqueen adalah gabungan micro:bit. Cod akan dimuat turun ke dalam micro:bit dan berkomunikasi dengan setiap komponen Maqueen untuk melakukan sebarang pergerakan. Ia bersaiz tapak tangan dan mempunyai pergerakan yang fleksibel. Gambar 2 merupakan komponen-komponen yang terdapat pada robot Maqueen.
Gambar 2


Komponen yang terdapat pada robot Maqueen:
• Supply Voltage: 3.5V-5V DC ( 3 AAA bateri )
• Infrared Grayscale Sensor(High-low level) x 2
• Buzzer x 1
• Infrared Receiver (NEC decoder) x 1
• LED Lights (High-low level control) x 2
• RGB Ambient Light (16 million colors) x 4
• SR04, SR04P Ultrasonic Interface(5V) x 1
• IIC Interface (3.3V) x 1
• Servo Interface (S1 S2)x 2
• Gravity Extension Interfaces (P1, P2) x 2
• N20 All-metal Gear Motor x 2
• Motor Reduction Ratio: 1:150
• Maximum Rotate Speed: 133 rpm
• Motor Drive Mode: PWM motor drive
• Bracket and Protective Cover Extension M3 Screw Hole x 6
• Dimensi: 81mm x 85 mm x 44mm/3.19 x 3.35 x 1.73in
• berat: 75.55g
• badan robot x 1 (Motor dan roda bearing telah siap disambung)
• rodax2
• 3 AAA kotak bateri x 1
• Pita pelekat dua sisi x 1
• Ultrasonic distance sensor x1
• Line tracking sensor x2


Oleh kerana pada makecode.micro:bit tidak mempunyai cod untuk Maqueen, pengguna harus menambah perpustakaan maqueen. Ikut langkah di bawah untuk menambah perpustakaan Maqueen. 1.
tekan “Advanced” dan cari “Extensions”.
2.
3.
apabila “extensions” telah ditekan, tulis “Maqueen” pada “search” dan tekan butang cari.
Tekan “Maqueen” untuk menambah cod bagi robot Maqueen.


4.
Cod-Cod bagi Maqueen akan keluar maka siap persiapan pengguna untuk memulakan projek Maqueen.
Aktiviti: Maqueen
Module ini memberi 3 jenis aktiviti untuk pengguna. Pengguna digalakkan untuk mencuba dan memahami maksud di sebalik setiap pergerakkan yang dilakukan dan mencuba kaedah yang baru untuk bermain dengan Maqueen.
Aktiviti 1: Asas pergerakan
Dalam aktiviti ini, pengguna akan memahami asas cara untuk mengerakkan robot Maqueen. Pergerakkan asas seperti bergerak ke hadapan, ke kiri, ke kanan dan ke belakang.
•Cod ini merupakan cod yang paling senang dan paling asas.
•Apabila kelajuan kedua-dua motor ditetap kepada 225, Maqueen akan bergerak ke hadapan. •Apabila kelajuan motor kiri ditetap kepada 0 dan motor kanan ditetap kepada 225, Maqueen akan bergerak ke kiri. Maqueen akan bergerak ke kanan apabila motor kiri ditetap kepada 225 dan motor kanan kepada 0
•Kelajuan Maqueen boleh diubah suai menikut keinginan pengguna.
•Ingat untuk menambah blok “pause” untuk kelancaran pergerakkan.


Aktiviti 2: Ultrasonic distance sensor
Dalam aktiviti ini, pengguna akan mempelajari cara untuk menggunakan Ultrasonic distance sensor HC-SR04. Maqueen akan sentiasa mengesan objek yang menghalang laluannya. Apabila sensor mengesan objek menghalang pada jarak tertentu, Maqueen akan bergerak ke kiri atau
ke kanan secara rawak. Pengguna akan mempelajari kaedah untuk membuat cod, kerana cod yang digunakan memerlukan pengetahuan yang lebih dalam. Pengguna boleh mengikut contoh cod yang diberi untuk mempelajari codnya.
- Dalam cod ini kaedah Loop (if...else), Boolean dan variables digunakan dalam contoh cod ini.
- Loop (if...else) memastikan cod tersebut akan dilaksanakan apabila syarat yang ditetap berlaku
- Variables adalah satu pemboleh ubah yang diberi kepada prossescor ini kita menetapkan nombor atau kepadanya. Pemboleh ubah ini boleh ditetap kepada apa-apa sahaja, asalkan ia memudahkan
pengguna.
- Boolean adalah Benar (True) atau Salah (False)
- Menetapkan jarak yang diingini untuk sensor mengesan objek.
Pengguna boleh mengubah nilai mengikut kehendak sendiri.


Aktiviti 3: Line sensor
Maqueen mempunyai 2 line tracking sensor. Line tracking sensor mengesan warna hitam. Secara kasarnya apabila ia mengesan warna hitam ia akan melakukan pergerakan yang diarahkan. Tujuan menggunakan 2 line tracking sensor adalah untuk membolehkan Maqueen bergerak ke kiri, ke kanan atau berhenti. Gambar 3 menunjukkan litar yang dibina menggunakan pita berwarna hitam.
Gambar 3
•nilai “0” bermaksud mengesan warna hitam dan nilai “1” merujuk kepada warna sebalik hitam, merujuk kepada Gambar 3, putih.
•Apabila kedua-dua sensor mengesan warna hitam maka ia akan bergerak ke hadapan.
•Apabila sensor kiri sahaja mengesan warna hitam, maka ia akan bergerak ke kiri
•Apabila sensor kanan sahaja mengesan warna hitam, maka ia akan bergerak ke kanan
•Apabila kedua-dua sensor tidak mengesan warna hitam, maka ia akan berhenti


Click to View FlipBook Version