RANCANGAN
MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: PUAN SITI AISHAH
KURSUS&KOD: ETIKA DAN PERADABAN(MPU21032)
SESI: 1 2021/2022
NAMA PELAJAR:
MUHAMMAD IMAN BIN SUKRI (16DPR21F1055)
MUHAMMAD IRFAN BIN ANUAR (16DPR21F1061)
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ____________________________________________________________________________________________ 1
KONSEP DAN LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN EKONOMI _______________________________________ 2
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP PERTAMA (1956-1970) ____________________________________________ 3
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KEDUA (1971-1975) _______________________________________________ 4
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KETIGA (1976-1980) ______________________________________________ 5
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KEEMPAT (1981-1985) ____________________________________________ 6
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KELIMA (1986-1990) ______________________________________________ 7
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (RMK-6: 1991-1995)_____________________________________________ 8
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7: 1996-2000) ____________________________________________ 9
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-8: 2001-2005)___________________________________________ 10
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-8: 2006-2010) ______________________________________ 11
RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10:2011-2015) ______________________________________________ 12
RUJUKAN ________________________________________________________________________________________________ 13
PENGENALAN
Dilihat dari perspektif sejarah Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia selepas mendapat
kemerdekaan daerpada penjajah British. Pihak british menggalakkan perkembangan
masyarakat secara 'plural' atau dikenali sebagai amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British
telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah british pada masa tersebut dalam sektor perlombongan bijih timah,
perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi
telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dibuat dan dibina untuk
memudahkan kegiatan ekonomi. Pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi
keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar
bandar bertambah besar. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan
pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari
1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos
1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat
pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada
20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan
penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu. Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,Sarawak dan Singapura kecuali Brunei
disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963. Selepas mencapai kemerdekaan,
Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan
Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan
pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di
mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan sehingga ke hari ini dan kenali
sebagai Rancangan Malaysia ke-duabelas selepas sekian lamanya Rancang malaysia ini
dirancang oleh pendana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj
RANCANGAN MALAYSIA
KONSEP DAN LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN EKONOMI
Latar belakang rancangan pembangunan ekonomi negara ialah pembangunan ekonomi di
negara kita dilaksanankan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun dalam dua tahap
iaitu tahap pertama dan tahap kedua.Tahap pertama bermula dari tahun 1956 hingga
1970,manakala tahap kedua dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1
(RRJP1) bermula dari tahun 1971 hingga 1990.
Pada peringkat awalnya dimulakan oleh kerajan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka
lagi.Rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar
bandar melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru merupakan satu
program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia kedua
oleh perdana Menteri Tun Abdul Razak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan
Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dilaksanankan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh Dasar
Ekonomi Baru (DEB) tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasiona (DPN)
diperkenalkan untuk memyambung hasrat Dasar Ekonomi Baru sehingga tahun 2000.
Dalam pelaksanan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),banyak dasar pembangunan dan agensi
kerajaan diwujudkan secar bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi
negara.
Page 2
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP PERTAMA (1956-1970)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-1990 mengariskan rangka
sosioekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru
(DEB).selain daripada menentukan matlamat utama pertubuhan ekonomi dan
pengagihan, Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 juga menggariskan dasar,strategi
dan program bagi memcapai matlamat tersebut.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di malaysia yang
diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi
serampang dua mata untuk:mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan. mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi
Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasionl (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Page 3
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KEDUA (1971-1975)
Rancangan Malaysia kedua (1971-1990) merupakan rancangan pembangunan lima tahun
pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru. Matlamat rancangan Malaysia Kedua adalah
untuk memyelesaikan masalah ekonomi dan social antara kaum, kawasan dan wilayah.
Tumpuan diberikan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang
ekonomi serta menghapuskan identity kaum mengikut fungsi ekonomi. Program
pembangunan kawasan luar bandar diteruskan. Beberapa agensi dibawah Kementerian
Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan
wilayah. Agensi ini bertujuan membantu golongan petani, mengalakkan perkembangan
perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar. Contohnya Lembaga Beras dan
Padi Negara (LPN) menstabilkan harga padi dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) membantu golongan pekebun kecil.
Contoh ladang getah padan tahun 1971-1990
Page 4
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KETIGA (1976-1980)
Rancangan Malaysia ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus
mendokong aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Usaha mambasmi kemiskinan dan Menyusun
semula masyarakat menjadi matlamat utama, segala program pembangunan ekonomi
dalam tempoh ini. Program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan untuk
mengingkatkan produktiviti, membuka peluang berkerjaan dan meningkatkan taraf hidup
rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan dibawah program
pembangunan wilayah oleh agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Selatan (KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap
penanaman getah dan kelapa sawit kerana permintaan dan keperluan eksport. Seterusnya,
peranan agensi pembangunan wilayah diperluaskan lagi dalam sektor pembangunan
industri dan pembangunan bandar baru.
KEJORA, KESEDAR
Program pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan
produktiviti,membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pembukakan tanah secara besar-besaran dilaksanakan dibawah program pembangunan
wilayah oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA),Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Page 5
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KEEMPAT (1981-1985)
Rancangang Malaysia keempat juga memdukung aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Namun
begitu, Rancanga Malaysia Keempat dilancarakan semasa dunia mengalami kelembapan
ekonomi. Selain meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia
Ketiga, Rancangang Malaysia keempat mula memberikan tumpuan kepada perkembangan
perusahahan berat berasaskan perlaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta
keperluan tenaga kerja mahir. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM
adalah untuk mengenal pasti,memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan
cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi mengiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan modal asing,perusahaan baru telah dibuka seperti di Sekudai
(Johor),Bintulu (Sarawak) serta Menggatal dan likas (Sabah).
Di samping itu, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayam Lepas (Pulau
Pinang) dan Sungai Way (Selangor). Bagi memastikan keberkesanan projek
perindustrian,dua program dilancarkan pada tahun 1983 iaitu Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian kelemahan dalam struktur perindustrian negara
dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula
menyediakan hala tuju bagi pembangunan industri dan strategi pelaksanannya. Pengenalan
Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia merupakan perkembangan baru dalam
Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan sektor swasta dalam menjana
pembangunan ekonomi negara dan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung
oleh kerajaan. Bagi menimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum
bumiputera dengan bukan bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad telah ditubuhkan dan
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981. Dasar Pertanian
Negara dibentuk pada tahun 1984 untuk memodenkan dan mengiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan
sokongan. Secara kesururuhannya, Rancangan Malaysia Keempat memcatatkan
perkembangan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.5% setahun.
Pendapatan perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada
tahun 1985.
Page 6
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA TAHAP KELIMA (1986-1990)
Rancangan Malaysia kelima merupakan rancangan lima tahun yang berakhir untuk
merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990.
Penekanan utama Rancangan Malaysia kelima adalah untuk meningkatkan sektor
perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan
dalam sektor swasta. Selain itu, syarikat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk
meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang
sama,kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Pembangunan kawasan lura
bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan
supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri desa yang
berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Kemudahan kredit dan intensif telah
diperluaskan melalui Bank Pertanian Negara,Skim Pinjaman Khas Pertani dan Amanah
Ikhtiar Malaysia. Sektor pelancongan menjadi perusahan penting dan Perbadanan
Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri berkenaan terutama dengan pelancaran
Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Penyelidikan dan pembangunan turut
ditekankan serta dimajukan bagi dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna
tenaga tempatan untuk meningkatkan lagi produktiviti negara Malaysia.
Page 7
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (RMK-6: 1991-1995)
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan
fasapertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000.
DasarPembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan
keseluruhanobjektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan
negaradalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan
projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.Teras utama RMK-6 ialah untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggidan menguruskannya dengan
berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada
‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepadakesedaran bahawa sungguhpun
terdapatkemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang
mantapmemerlukan asas ekonomi yang lebih luas.Strategi pembangunan seimbang
merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asasperindustrian, meningkatkan
pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatanteknologi dan mengurangkan
ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayahdi negara ini. Jumlah
peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8%untuk sektor
ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4%untuk sektor
pentadbiran.
Page 8
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7: 1996-2000)
RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia
berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa
negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi
baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan
ekonomi. RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang
sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi
diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang
dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau
input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh
produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi
eksport oleh industri-industri Malaysia. RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber
manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan
untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu
RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan
ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat
(1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah
menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998. Rancangan
ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah
mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara
tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7
Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.Teras RMK-7
adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan
pembangunan yang seimbang. Dengan persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang
baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan,
tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan
terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha
meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang
penting adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan
memperkukuhkan daya saingan negara.
Page 9
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-8: 2001-2005)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa
pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. Dasar
Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah
pembangunannegara dalam dekad pertama abad ke-21.RMK-8 menggabungkan strategi,
program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan
dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkanmasyarakat yang bersatu padu dan
saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberitumpuan untuk mencapai
pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.Teras RMK-8 adalah mengubah strategi
pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh inputkepada strategi yang didorong oleh
pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepadainisiatif sektor swasta sementara
sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yangkondusif serta perkhidmatan
berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalamusaha meningkatkan daya saing
negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkanproduktiviti dan kecekapan menerusi
pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti danP&P serta penggunaan teknologi
terkini terutamanya ICT.
Page 10
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-8: 2006-2010)
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), penekanan yang lebih akan diberi
kepada pembangunan budaya, seni dan warisan. Penekanan ini adalah selaras dengan Misi
Negara untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berdaya
saing dari segi ekonomi, tetapi juga berketerampilan progresif dan bernilai murni termasuk
nilai budaya positif. Industri berkaitan kebudayaan, keseniaan dan warisan terutamanya kraf
juga akan digalakkan sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi. Penghayatan terhadap
budaya, seni dan warisan akan dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada agenda
pembangunan negara yang lebih besar dalam membina kesedaran terhadap warisan dan
sejarah serta masa depan untuk dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia. Kerajaan juga
akan membangunkan persekitaran budaya aktif sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO)
dan rakyat dalam program dan aktiviti berkaitan budaya, seni dan warisan akan digalakkan
sementara usaha naik taraf sumber dan infrastruktur budaya akan dipergiat.
Buku Rancangan Malaysia Kesembilan
Page 11
RANCANGAN MALAYSIA
RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10:2011-2015)
Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial”
itumemperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun
berkenaan. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus
kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk
pentadbiran am. RMK10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan
peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai
status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
KESIMPULAN
Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menjaga keharmonian negara dan sesame kaun di
negara. Selain itu kita seharusnya mempunyai semangat petriotisme yang tinggi kerana telah
banyak tokoh tokoh negara terkorban kerana hanya untuk mendapatkan kermedekaan untuk
generasi yang akan datang. Disebabkan oleh Rancang Malaysia yang dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman Putera Al-haj telah memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan
seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat. Oleh kerana itu,banyak perubahan yang berlaku
didalam negara,pelbagai usaha untuk membangunankan kawasan bandar dan terutamanya
membangunkan ekonomi luar bandar. Disebabkan oleh, usaha-usaha itu negara kita telah
menjadi negara yang membangun maju. Justeru itu kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah
memiliki semangat nasional yang tinggi dan semangat patriotisme yang kuat dalam jadi diri
seseorang anak jati Malaysia walaupu kita berbeza bangsa,agama,budaya tetapi kita semua
adalah sama iaitu rakyat Malaysia yang setia dan taat akan negara.
Page 12
RANCANGAN MALAYSIA
RUJUKAN
Anuwar Abdul Amit. Zulfhikar Rabe. (2018). DASAR EKONOMI BARU MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI
NEGARA(SEJARAH SPM). Sandakan: Sandakan offset percetakan Sdn Bhd.(1806-M).
babynestum. (2013). SCRIBD. Retrieved from Dasar Ekonomi Baru:
https://www.scribd.com/doc/27754184/Dasar-Ekonomi-Baru
Lau, W. D. (n.d.). SCRIBD. Retrieved from Rancangan Malaysia Kedua:
https://www.scribd.com/doc/276520604/Rancangan-Malaysia-Kedua
Malaysia, J. P. (2017). MyGov. Retrieved from Maklumat Sejarah Malaysia:
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30120?language=my
MichaelLew. (n.d.). SCRIBD. Retrieved from Dasar Ekonomi Baru Malaysia:
https://www.scribd.com/document/254672885/Dasar-Ekonomi-Baru-Malaysia
pmo.gov.my. (n.d.). Retrieved from Dasar Ekonomi Baru:
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Page 13