INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2021 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2021)
- KERJA KURSUS –
KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KOD KURSUS : BMMB1104
KANDUNGAN :
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
TUGASAN 2: PERSEMBAHAN KUMPULAN
Nama Guru Pelatih : ANNE ELSYE AHMAD
No. Kad Matrik : P21074246
Kumpulan : BM SK 4
Ambilan : AMBILAN JUN 2021
Semester/Sesi : SEMESTER 2
No. Telefon Bimbit : 0146756329
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus: EN AG AHMAD BIN AG SIRING
Markah:
KRITERIA 30 % 30 % 60 %
Pemeriksa 1 Penghasilan Produk Persembahan Jumlah
Kumpulan
Pemeriksa 2
1. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur -unsur plagiat
didalamnya. Saya f aham imp lik as i ya ng aka n sa ya ter ima sek ir any a p eng aku an in i adalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 31.03.2022
2. Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada
pensyarah) . Sila scan dan isi:
i
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
kursus Keterampilan Bahsa dengan kod BMMB 1104, Encik Ag Ahmad Ag Siring kerana telah
meluangkan banyak masa dengan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Tidak lupa juga ucapaan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli
keluarga terutamanya kedua ibu bapa saya iaitu Encik Ahmad Godtol dan Puan Jamalisah Kenketung
kerana tidak pernah berhenti memberikan saya sokongan dari segi moral mahupun kewangan.
Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan
terutamanya rakan sekelas saya atas kesudian untuk membantu dan memberi nasihat kepada saya
bagi menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua individu yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aspek untuk menyiapkan kerja kursus ini.
i
ISI KANDUNGAn
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN…………………………………………………………………i…………
ISI KANDUNGAN………………………………………………………………...ii………..
1.0 PENGENALAN……………………………………………………………….1……….
1.1 Jenis kesusasteraan Melayu……………………………………....1……….
1.2 Bentuk kesusasteraan Melayu…………………………………….1-2…….
1.3 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu…………………………………….2………
2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU…………………………………..2………
2.1 Hiburan………………………………………………………………2-3……
2.2 Pendidikan…………………………………………………………..3………
2.3 Dakwah………………………………………………………………3-4…...
2.4 Kritikan sosial……………………………………………………….4………
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI………………………………………………..4………
3.1 Pantun……………………………………………………………....4……….
3.2 Syair…………………………………………………………………5……….
3.3 Seloka……………………………………………………………….5………
3.4 Gurindam……………………………………………………………5………
4.0 PENUTUP……………………………………………………………….......5………
SUMBER RUJUKAN……………………………………………………………6………
ii
1.0 PENGENALAN
Perkataan kesusasteraan terbentuk dari perkataan Sanskrit iaitu iaitu ‘castra’.
Secara khususnya su membawa maksud indah, baik atau lebih berfaedah. Sastera pula
bermaksud buku atau huruf. Tambahan ‘ke’ dan ‘an’ pula bermaksud kumpulan buku-buku
yang indah bahasanya serta baik isinya. Terdapat beberapa definisi kesusasteraan Melayu
menurut tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dalam Hidayah, (2019). Misalnya menurut Ali
Ahmad (1994) ‘susastera’ membawa maksud sastera atau seni bahasa dan awalan su dan
akhiran an yang ditambah membawa maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan
indah. Menurut Hashim Awang (1987) pula mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai
“Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa dan dituturkan iaitu disebut sastera lisan
serta yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera memiliki keindahan dalam
aspek-aspek isi atau daya pengucapanya. Manakala menurut Muhammad Hj Salleh (1995),
kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta tulisan yang membawa unsur-unsur
cereka dan disampaikan melalui bahasa dan pelbagai perkataan.
1.1 Jenis kesusasteraan Melayu
Terdapat dua jenis kesusasteraan Melayu iaitu jenis naratif dan bukan naratif.
Kesusasteraan jenis naratif ialah karya yang mengandungi perkembangan plot iaitu bahan
sastera yang menceritakan suatu peristiwa yang mengandungi unsur watak, masa berlaku
serta berlakunya sesuatu peristiwa itu atau dalam erti kata lain, sebuah karya yang
berkronologi. Misalnya sastera jenis naratif wujud dalam cerita rakyat atau syair.
Jenis kesusasteraan Melayu yang kedua pula ialah jenis bukan naratif. Jenis sastera
ini tidak mengandungi plot tetapi mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang dan
banyak dizahirkan dalam bentuk puisi seperti pantun
1.2 Bentuk kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk prosa dan
puisi. Sastera berbentuk prosa akan ditulis dalam ayat-ayat biasa menggunakan tatabahasa
yang mudah dan disusun dalam bentuk karanagan. Ia lebih mudah difahami berbanding
puisi kerana maksud penyampaiannya lebih mudah difahami. Prosa terbahagi kepada dua
kategori iaitu prosa tradisional misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita asal usul
dan epik serta prosa moden seprti novel.
Bentuk yang kedua dalam kesusasteraan Melayu ialah puisi. Puisi tidak tertumpu
kepada aturan tatabahasa, tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap tetapi terdiri
1
daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Puisi merupakan bahasa
berirama dan berentak apabila dibaca. Puisi juga terbahagi kepada dua iaitu puisi tradisional
seperti peribahasa, pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan teromba serta puisi moden
misalnya sajak.
1.3 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Terdapat pelbagai ciri yang terkandung dalam Kesusasteraan Melayu. Antaranya
ialah dari segi keindahan melalui gaya bahasa yang digunakan yang memenuhi empat
syarat iaitu keutuhan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur. Ciri yang berikutnya
ialah mencerminkan pengalaman iaitu tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti atau dalam erti kata lain pengalaman yang sudah ditempuhi oleh
penulis dan diungkapkan dalam karya kesusasteraan. Seterusnya ialah bercirikan
pengalaman seni dimana pembaca dapat memahami atau menaakul serta merasai
perasaan dan fikiran pengkarya. Kepuasan pengkarya apabila karya mereka dihargai oleh
pembaca juga merupakan suatu pengalaman seni. Nilai karya sastera memfokuskan isi
yang disampaikan, cara dan bentuk penyampaian akan meninggalkan pengalaman dan
nilai-nilai seni kepada pembaca. Akhir sekali ialah yang bercirikan karya seni.
Kesusasteraan bersifat fiksyen iaitu yang terhasil melalui imaginasi pengkarya berdasarkan
pengalaman mahupun tindak balas pengkarya terhadap alam realiti mempunyai nilai-nilai
estetik yang membolehkan para pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan
mendalam serta menggunakan gaya bahasa yang khusus yang dapat membezakan karya
sastera dan bukan sastera.
2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 Hiburan
Fungsi kesusasteraan dalam hiburan terhasil melalui kehadiran kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai
emosi pembaca atau pendengar dalam sesebuah karya sastera. Konsep hiburan dalam
kesusasteraan melahirkan minat yang mendalam dalam kalangan masyarakat. Hal ini bukan
sahaja menimbulkan kegembiraan dalam diri pembaca atau pendengar tetapi juga
menyebabkan masyarakat menjiwai dan menggunakan karya sastera dalam pertuturan
mereka sehari-hari. Sebagai contoh pantun yang menghibur seperti dalam jadual 1. Mankala
dalam jadual 2, antara pantun yang sering digunakan oleh pengacara majlis bagi
mengakhirisesuatu majlis yang berlangsung.
2
Banyak terbang si burung camar, Jumpa dulang penuh berlian,
Di pokok ara singgah menanti, Rupanya mimpi diawal pagi,
Banyak orang datang melamar, Selamat pulang hadirin sekalian,
Hanya abang aku menanti. Panjang umur bersua lagi.
Jadual 1 Jadual 2
2.2 Pendidikan
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusateraan Melayu berfungsi dalam pendidikan
melalui pengalaman-pengalaman pengarang yang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang
ditulis oleh mereka yang dirangkumkan melalui pelbagai bidang ilmu misalnya ekonomi,
politik, sosiologi dan agama.Pengalaman yang diungkapkan melalui prosa atau puisi telah
yang ditambah unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya
yang boleh diambil dan diaplikasikan oleh pembaca yang yang boleh melahirkan pendidikan
secara tidak langsung,
Dalam konteks matapelajaran atau kursus Kesusasteraan Melayu, ia bukan sahaja
menjadi satu cabang ilmu didedahkan dengan teknik penyulisan ilmiah, rencana, penulisan
kreatif serta pendedahan mengenai dunia terbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat
pembudayaan bahasa Melayu tetapi juga dapat menjadi batu lonjatan kepada pelajar serta
seluruh rakyat Malaysia untuk menjiwai unsur dan ilai murni dari segi kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan serta menanam perasaan
bangga dan cinta akan tanah air. Dengan ini, jelaslah bahawa Kesusasteraan dalam aspek
pendidikan dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji
keindahan karya sastera yang menguasai kemahiran berbahsa bahasa Melayu.
2.3 Dakwah
Fungsi kesusasteraan dalam dakwah memberi kesan yang mendalam dimana
sastera digunakan bagi menyampaikan pesan suci Tuhan bukan sahaja dengan menjunjung
tinggi nilai-nilai perbuatan mungkar supaya mendapat kesusasteraan tetapi juga dengan
mengajak orang lain. Hujah ini dapat disokong menurut tokoh Syauqi Dhaif(1969) dalam Al-
3
Adab fi al-Asri al-Islami yang mengatakan sejak zaman Rasulullah lagi, penyair ditanamkan
rasa pengabdian, meletakkan fitrah asal manusia yang bertujuan sebagai penyerahan dan
tawaduk sebagai makhluk kepada Khaliqnya. Jelaslah bahawa, fungsi kesusasteraan dalam
dakwah telah hadir sejak dahulu kala lagi yang menuntut ajaran-ajaran Islam.
2.4 Kritikan sosial
Dalam kritikan sosial pula, kesusasteraan berfungsi untuk mempengaruhi tindakan
atau perbuatan manusia sama ada yang bertujuan untuk menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej. Hal ini demikian kerana, sastera yang dihasilkan merupakan
rakaman kehidupan manusia dalam kehidupan realiti yang akan mempengaruhi pemikiran,
melahirkan pertimbangan dan tindakan manusia dalam pelbagai susun lapis masyarakat
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Manifestasi dapat didefinisikan sebagai perbuatan melahirkan atau menjelaskan
sesuatu. (Kamus Dewan, 2017) Manakala akal budi ialah pemikiran positif yang rasional.
Oleh hal yang demikian, manifestasi akal budi membawa maksud penjelasan menurut
pemikiran yang dapat diterima. Kupasan manifestasi akal budi terhadap puisi tradisional iaitu
pantun, syair, seloka dan gurindam adalah seperti berikut.
3.1 Pantun
Pantun ditulis dalam rangkap dan terbahagi kepada dua iaitu pembayang dan
maksud pantun. Contohnya dalam pantun 4 kerat, 2 baris pertama ialah pembayang yang
biasanya menggunakan alam sebagai sumber manakala 2 baris terakhir ialah maksud dari
pantun tersebut. Pembayang berperanan untuk memberi persamaan rima kepada maksud
pantun. Kewujudan pantun bukan sahaja berperanan sebagai hiburan kepada manusia
namun juga mengajar manusia untuk sedar dan memahami maksud yang tersirat sama ada
ia berfungsi segai teguran, pengetahuan mahupun mendidik kita.
3.2 Syair
Syair merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu meskipun perkataan syair berasal
dari perkataan ‘ shi’r ’ yang bermaksud puisi atau sajak. Puisi mempunyai irama tersendiri
dan berlagu. Syair merupakan karya yang membawa makna yang berhubung dengan
sindiran, nasihat, pengajaran, agama serta sejarah dan kisah dongeng. Sebagai contoh
Syair al-qimayah berbentuk keagamaan yang memanifestasikan keadaan hari kiamat,
nikmat syurga dan seksa neraka bagi menimbulkan kesedaran masyarakat.
4
3.3 Seloka
Seloka pula biasa digunakan untuk mengkritik perbuatan negatif masyarakat tanpa
menyinggung perasaan indiviu yang disasarkan. Medium ini digunakan secara umum
namun memberi kesan kepada individu yang disasarkan. Dengan ini, seloka berperanan
sebagai alat kawalan sosial masyarakat terutama sekali mereka yang melakukan perkara
yang tidak sepatutnya dilakukan. Seloka terdiri daripada puisi bebas mahupun terikat yang
tidak mempunyai pembayang. Ciri lain bagi seloka ialah jumlah perkataan dalam setiap baris
tidak sama, jumlah suku kata dalam baris tidak tetap serta rima akhir dalam serangkap tidak
tetap. Misalnya dalam seloka Pak Kaduk yang memanifestasikan pengajaran kepada
masyarakat untuk tidak bersikap tamak dan tidak mengabaikan keluarga dengan
menggunakan akal budi sihat kita.
3.4 Gurindam
Gurindam dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu atau menerusi
bahasa Tamil (India), “yaitu kirindam” yang bererti perumpamaan. Gurindam merupakan
puisi bebas atau tidak terikat yang boleh terdiri daripada dua, empat atau bebas baris dalam
satu rangkap. Terdiri daripada rima yang serima seperti a/a : a/b. Manifestasi gurindam
memberikan dorongan kepada masyarakat untuk melakukan hal yang membawa
keuntungan. Contohnya dalam gurindam dua baris “Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.
4.0 PENUTUP
Intihannya, kesusasteraan Melayu berperanan penting bukan sahaja dalam bidang
pendidikan di Malsysia namun juga dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Kita
seharusnya bersyukur kerana kehadiran kesusasteraan Melayu memberi kesan yang positif
kepada kita sejak zaman dahulu dan karya ini haruslah dihargai agar tidak hilang ditelan
zaman kerana sesungguhnya ia amat bererti bukan sahaja sebagai wadah kesenian
Malaysia tetapi juga sebagai cerminan akal budi masyarakat Melayu di negara kita.
5
SUMBER RUJUKAN
Deng, M. (2019, March 18). Fungsi sastera. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Encyclopedia Titanica. (2021, March 21). Makna sastera. Encyclopedia Titanica.
https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-literatura
Eu, M. (2021, September 29). Fungsi sastera dalam masyarakat. Scribd.
https://www.scribd.com/embeds/528240293/content?start_page=1&view_mode=scrol
l&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
Hidayah. (2019, February 4). Kesusasteraan Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/398376935/Kesusasteraan-Melayu
Issuu. (2022, March 27). FUNGSI SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI
TRADISIONAL. Issuu.com.
https://issuu.com/manifestasi.my/docs/fungsi_serta_manifestasi_akal_budi_69b3c2ae
83ca52
Jimat, M. A., Othman, N. M. B., Mohd Zaidi, N. F., & Mohammad Anuar, M. arrnida. (2020,
October 18). Manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. Anyflip.com.
https://anyflip.com/sfcby/lmxq/basic
Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka
Nia, A. (2018, October 12). Genre kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu.
Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/35963588/BMM_3163_GENRE_KESUSASTERAAN_M
ELAYU_DALAM_BAHASA_MELAYU_TUGASAN_1
Shazela, A. (2015, July 4). Ciri ciri pantun. Slideshare.
https://www.slideshare.net/azy88/ciri-ciri-pantun
6