The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Halangan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa.
Tugasan 3:Penghasilan produk digital
Kursus Keterampilan Berbahasa (BMMB 1134)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anneahmad45, 2022-04-27 12:44:55

Halangan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa

Halangan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa.
Tugasan 3:Penghasilan produk digital
Kursus Keterampilan Berbahasa (BMMB 1134)

TUGASAN 3:

PENGHASILAN
PRODUK DIGITAL

BMMB 1134

Nama


: Anne Elsye Ahmad

Angka giliran : 2021072310082

Kumpulan : BM SK 4

Nama pensyarah: Puan Arbiah binti Maddahiri

BMMB 1134

1.0 PENGENALAN

Komunikasi dapat ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan
maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada
individu atau sekumpulan individu yang lain. Perkataan komunikasi
berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “untuk berkongsi” atau
“berhubung dengan”. (Wikipedia, 2021). Hal ini menunjukkan bahawa
komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan seharian tidak kira

secara lisan mahupun tulisan.

Proses komunikasi bermula dari penghantar iaitu individu atau pihak yang
memulakan sesuatu komunikasi dan mencetuskan mesej untuk dihantar kepada
orang lain. Kemudian proses enkod berlaku dimana penghantar akan menterjemah
mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk simbol seperti perkataan atau suara
supaya mudah difahami oleh penerima. Kemudian saluran iaitu alat yang digunakan
untuk menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima seperti saluran
dalam bentuk ceramah, syarahan dan sebagainya. Seterusnya proses dekod berlaku

dimana penerima cuba menginterprestasikan perkataan atau suara daripada
penghantar untuk memahami maksud mesej. Mesej ini akan diterima oleh penerima

yang merupakan sasaran individu atau kumpulan yang akan menerima mesej.
Manakala proses terakhir dalam komunikasi ialah maklumbalas iaitu tindak balas yang

dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu maklumat.
Maklumbalas boleh berbentuk setuju, tidak setuju mahupun sikap tidak peduli.

Maklum balas yang negatif sudah pasti menunjukkan bahawa proses
komunikasi yang berlaku tidak berjalan dengan lancar. Oleh hal yang

demikian, setiap penghantar maklumat hendaklah mengetahui
halangan-halangan yang boleh berlaku dalam sesebuah proses

komunikasi agar dapat dielakkan bagi menjadikan proses
penyampaian maklumat berjalan dengan jayanya

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.1 MAKLUM BALAS
Keberkesanan sesebuah komunikasi bergant
ung kepada maklum balas penerima untuk
menunjukkan komunikasi dua hala tersebut berhasil disampaikan. Dalam konteks ini,

penelitian maklum balas daripada penerima mesej amat penting untuk melihat
sekiranya penerima tersebut benar-benar menerima maklumat yang disampaikan

melalui proses komunikasi atau tidak.
Misalnya sesebuah komunikasi berlaku dalam bentuk bengkel menjawab soalan Bahasa
Melayu. Selepas guru yang mengendalikan bengkel tersebut memberi ilmu mengenai
kata nama khas dan memberi soalan dalam sesi soal jawab, namun tiada murid yang

dapat menjawab soalan tersebut, maka ia menunjukkan bahawa komunikasi yang
berlaku tidak berjaya. Oleh hal yang demikian, maklum balas daripada pendengar

amatlah penting untuk mengetahui tahap kejayaan komunikasi agar dapat
ditambahbaik atau dapat mencari metode untuk menghasilkan proses komunikasi yang

lebih berkesan.

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.2 KOMUNIKASI SEHALA



Komunikasi sehala berlaku apabila pengirim berkomunikasi tanpa
memerlukan maklum balas daripada penerima contohnya dalam bentuk

pidato, ceramah, syarahan dan sebagainya. Dalam konteks ini,
pendengar hendaklah mendengar dengan lebih aktif kerana tidak
berpeluang untuk mengajukan soalan-soalan atau maklumat yang

ingin ditahu dengan lebih terperinci. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa komunikasi sehala juga merupakan salah satu

halangan dalam komunikasi.

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.3 GANGGUAN SARAF PENERIMA



Setiap manusia yang normal mempunyai sistem saraf yang berfungsi sebagai
sistem penghubung yang sangat kompleks yang dapat mengirim dan

menerima informasi dalam jumlah yang besar secara bersamaan. Gangguan
saraf pula merupakan gangguan, kelainan atau kerosakan yang terjadi pada

sistem saraf manusia sehingga menjejaskan fungsinya.
Maka, penerima yang mengalami gangguaan saraf sudah pasti mengalami

kesukaran untuk menerima maklumat seperti lambat atau tidak dapat
mentafsir maklumat yang disampaikan. Dengan ini, boleh dikatakan bahawa

maklumat yang disampaikan kepada penerima yang mengalami gangguan
saraf adalah seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana dihalang
dengan masalah fizikal dalaman penerima mesej.

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.4 PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA



Penyampaian menerusi saluran kedua akan melibatkan dua atau lebih ajen
dalam proses komunikasi atau juga boleh difahami sebagai ‘orang tengah’.

Metode sebegini dikatakan mampu menjadi halangan dalam komunikasi
kerana penyampaian makluamat daripada pemberi mesej kepada penerima
berkemungkinan tidak berkesan. Hal ini demikian kerana, proses komunikasi
dari pemberi kepada ajen berkemungkinan tidak tepat sepenuhnya apabila

sampai kepada penerima disebabkan tahap kefahaman, ingatan atau
ketidaksediaan agen untuk menyampaikan maklumat kepada penerima mesej

sebenar.

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.5 GANGGUAN EMOSI



Emosi seseorang akan mempengaruhi perwatakaannya misalnya dari segi pertuturan,
mimik muka, reaksi muka dan sebagainya ketika proses komunikasi berjalan. Oleh hal
yang demikian, pengawalan emosi adalah amat penting untuk memastikan komunikasi

tidak terganggu dan berjalan dengan lancar.
Seseorang penyampai yang mengalami gangguan emosi perlulah memiliki nilai
professional yang tinggi agar tidak terjejas dengan masalah emosi yang dihadapinya

semasa proses komunikasi.
Kesulitan dalam pengendalian emosi akan menyebabkan penyampaian maklumat tidak

berkesan dan turut mempengaruhi emosi penerima mesej.
Sebagai contoh, penyampai maklumat yang tidak mampu mengendalikan gangguan
emosi mereka akan menyampaikan maklumat mengikut perasaan yang mereka sedang

alami tanpa memikirkan objektif sebenar penyampaian maklumatnya.

2.0 HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

2.6 GANGGUAN LUARAN



Gangguan luaran bersinonim dengan gangguan yang datang dari persekitaran.
Antara gangguan yang terlibat ialah bunyi bising dari dalam mahupun luar kawasan.

Contoh bunyi bising dari dalam kawasan ialah apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sedang berlangsung, banyak murid yang berbuat bising sehingga

menyebabkan suara guru tenggelam dan tidak mampu didengar. Hal ini akan
menyebabkan sesi PdP terganggu dan penyampaian ilmu tidak terlaksana dengan
baik. Bunyi bising pula boleh berlaku apabila murid lain sedang berlari-lari di luar
kelas atau sorakan semasa kelas lain melakukan aktiviti sukan. Selain itu, gangguan
yang boleh berlaku juga apabila pembinaan bangunan atau penyelenggeraan sedang

dilakukan berdekatan dengan kelas.
Gangguan luaran ini amat mempengaruhi keberkesanan sesebuah komunikasi itu

kerana gangguan itu berlaku secara langsung dan sukar untuk dikawal.

3.0 ISU KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

3.1 ISU BAHASA



Dalam isu bahasa, penggunaan laras bahasa yang sesuai amatlah penting untuk
dititikberatkan. Hal ini demikian kerana, ketidaksesuaian penggunaan laras bahasa

dalam sesebuah proses komunikasi akan menimbulkan ketidakselesaan kepada
penerima maklumat. Sebagai contoh dalam pengucapan formal, penggunaan humor
yang berlebihan tidak sesuai kerana pengucapan awam melibatkan majlis-majlis
formal yang memerlukan penggunaan laras bahasa yang formal juga. Oleh hal yang

demikian pemilihan laras bahasa semasa proses komunikasi amat penting bagi
mengekang isu bahasa ini dalam keterampilan berbahasa.

3.0 ISU KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

3.2 ISU BUDAYA



Kepelbagaian budaya di negara kita, Malaysia sudah tidak asing lagi dalam kalangan
masyarakat. Oleh hal yang demikian kebiasaan dari budaya seseorang individu sudah
tentu terserap dalam kehidupan seharian yang mencerminkan keterampilan berbahasa

seseorang. Apatah lagi pada zaman kini, semakin hari semakin banyak bahasa dan
budaya yang dipelajari oleh seseotrang individu itu. Oleh hal yang demikian, ia
mempengaruhi penggunaan bahasa atau pertuturan seseorang. Sebagai contoh
seorang murid hendak mengajak rakannya untuk makan tetapi menggunakan bahasa
campuran seperti “you, mari i makan” yang seharusnya berbunyi seperti “awak,
jom kita pergi makan”’ Penggunaan bahasa sebegini juga disebut sebagai ‘bahasa
rojak’ atau pencampuran bahasa asing yang menunjukkan ketidaktepatan dalam

penggunaan Bahasa Melayu.

3.0 ISU KOMUNIKASI DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

3.3 ISU MEDIA SOSIAL



Dalam era globalisasi ini, kita lebih banyak menggunakan kemudahan media dalam
komunikasi seharian kita. Kemudahan teknologi ini banyak membantu dalam segenap
lapisan masyarakat. Namun, terdapat banyak faktor penggunaan media sosial yang

dikhuatiri akan menjejaskan keterampilan bahasa seseorang individu. Misalnya
singkatan ejaan yang digunakan dalam komunikasi media sosial berkemungkinan akan

terbawa-bawa ketika membuat penulisan akademik atau penulisan ilmiah. Seperti
perkataan ‘saya’ yang disingkatkan menjadi ‘sy’. Dalam konteks ini, akan
berlaku kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang tidak tepat. Isu ini
menunjukkan bahawa kecanggihan digital mampu menenggelamkan keterampilan
berbahasa yang sepatutnya ada dalam individu masyarakat Malaysia.

PENUTUP

Intihannya, sebagai rakyat Malaysia yang seharusnya
memiliki keterampilan berbahasa, kita seharusnya
peka terhadap isu-isu keterampilan berbahasa yang
berlaku dan bergandingan tangan dalam menangani
isu ini demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita

disamping mencerminkan negara kita, Malaysia yang
masih tinggi pekertinya meskipun hidup dalam
kepelbagaian budaya.

SUMBER RUJUKAN

Wikipedia. (2021, Ogos 25). Komunikasi.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi.

Ihda Fadila & Tania Savitri (2021, Disember 9). Penyakit
saraf. https://hellosehat.com/saraf/penyakit-saraf

Karthik. (2015, Mac 5). Komunikasi.
http://cikgukarthik.blogspot.com/2015/03/komunikasi-
proses-komunikasi.html

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version