The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL IMAN SOPHIA_2019212350066_TUGASAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imansophia22, 2022-10-26 10:21:04

LASS 3013 Lestari Alam Sekitar

NURUL IMAN SOPHIA_2019212350066_TUGASAN 4

SESI
SEMESTER 1 TAHUN 4

Nama : NURUL IMAN SOPHIA BINTI MOHD DAUD

Angka Giliran : 2019212350066

Nombor Kad Pengenalan : 000622-03-0352

Kumpulan/Unit : TESL D Jun 2019

Kod dan Nama Kursus : LASS 3013 LESTARI ALAM SEKITAR

Nama Pensyarah : EN. MOHAMAD AZHAR BIN ABDUL WAHAB

Tarikh Hantar : 14.10.2022
:
Tarikh Diterima

(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami.

Tandatangan Pelajar : Sophia Jumlah markah:

Tarikh :

Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.

LAPORAN PROJEK AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
GOTONG-ROYONG BERSAMA PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG YUNUS DI
PANTAI SENAK, BACHOK, KELANTAN

RINGKASAN PROJEK LESTARI ALAM SEKITAR

Jenis Projek Aktiviti Khidmat Masyarakat Gotong-Royong
Tarikh 22 Oktober 2022
Masa 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi Pantai Senak, Bachok, Kelantan
Peserta Pelajar Tingkatan 6 SMK Long Yunus
Jumlah peserta 30 orang
Aktiviti yang dijalankan: 1. Membersihkan kawasan pantai
2. Mengutip sampah-sarap

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Projek
3.0 Strategi Pelaksanaan Projek- Sebelum, Semasa dan Selepas
4.0 Kekuatan Projek
5.0 Kelemahan Projek
6.0 Peluang Projek
7.0 Ancaman Projek
8.0 Cadangan penambahbaikan
9.0 Penutup

LAPORAN PROJEK AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
GOTONG-ROYONG BERSAMA PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG YUNUS DI
PANTAI SENOK, BACHOK, KELANTAN

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, keratan akhbar sering menyajikan kita dengan paparan tentang kemusnahan
alam sekitar atau lebih tepat lagi pencemaran alam sekitar. Isu kemusnahan alam sekitar
merupakan isu yang sentiasa menjadi tajuk utama dalam media cetak mahupun media sosial.
Jabatan Alam Sekitar (2019) mendefinisikan pencemaran alam sekitar sebagai sesuatu
perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga mampu menjejaskan ekosistem di muka
bumi. Jika isu ini tidak ditangani dengan segera, generasi akan datang tidak akan dapat
menikmati keindahan dan kelestarian alam sekitar yang terdapat di negara kita. Di peringkat
sekolah, guru merupakan ejen utama yang berperanan memupuk kesedaran dalam diri
murid-murid serta komuniti setempat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.
Pelaksanaan aktiviti alam sekitar di peringkat kampus, sekolah atau komuniti setempat akan
dapat membuka mata semua pihak supaya lebih berwaspada dengan isu-isu kemusnahan
alam sekitar di sekitar mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi isu
tersebut.

Aktiviti khidmat masyarakat gotong-royong merupakan satu aktiviti yang merujuk kepada
kerja-kerja kemasyarakatan bertujuan untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan
kesejahteraan kepada komuniti tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara
berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti yang menerima.
Menurut Anas Suzastri & Hadijah Johari (2022), penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarkat
dapat membentuk hubungan positif, berinteraksi dan bekerjasama antara pelajar.
Contoh-contoh aktiviti khidmat masyarakat ialah gotong-royong membersihkan kawasan
persekitaran, mengecat dan membaiki bangunan/peralatan serta menjalankan aktiviti ramah
mesra dan sumbangan di Rumah Anak Yatim dan Rumah Orang Tua.

Penulisan laporan projek ini memfokuskan pelaksanaan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan pantai. Oleh yang demikian, aktiviti khidmat masyarakat
gotong-royong yang dilaksanakan merupakan satu inisiatif yang diambil bagi menangani isu
sampah-sarap di kawasan Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Projek ini telah dilaksanakan
dengan jayanya di kawasan pantai tersebut dengan kerjasama pelajar-pelajar SMK Long
Yunus dan Majlis Daerah Bachok pada 22 Oktober 2022 yang lalu.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat adalah untuk melatih warga SMKLY agar :
i. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengan alam sekitar
ii. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
iii. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan
masalahnya.
iv. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROJEK – SEBELUM, SEMASA, SELEPAS

Sebelum
Sebelum merancang dan melaksanakan program gotong-royong, saya melakukan

tinjauan di sekitar kawasan Pantai Senok dan saya dapati terdapat banyak sampah-sarap di
merata tempat. Saya memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi isu alam sekitar di
kawasan ini. Saya mendapati persekitaran pantai agak kotor dan tiada tong sampah di
kawasan tersebut. Terdapat banyak sampah yang boleh dikitar semula tetapi dibiarkan begitu
sahaja. Justeru, saya bekerjasama dengan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Long Yunus untuk
melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan pantai. Sebelum projek
dimulakan, saya menyediakan surat rujukan daripada IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
untuk rujukan Pengetua SMKLY. Surat tersebut bertujuan untuk mendapat kelulusan daripada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus dan memohon kerjasama daripada
Majlis Daerah Bachok.

Kawasan Pantai Senak yang dicemari dengan sampah-sarap

Semasa
Gotong-Royong Perdana

Program gotong-royong adalah bertujuan untuk menjaga kebersihan dan menceriakan
kawasan pantai supaya bebas sampah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan
segala sampah yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Aktiviti gotong-royong ini telah
dijalankan pada 22 Oktober 2022 bertempat di Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Pada pukul
8.00 pagi, semua pelajar yang berjumlah 30 orang serta 5 orang guru pengiring berkumpul di
kawasan pantai untuk sesi taklimat ringkas daripada saya dan Majlis Daerah Bachok. Taklimat
ringkas ini bertujuan untuk memberi panduan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan.
Pelajar-pelajar juga telah dibahagikan kepada lima kumpulan kecil untuk memudahkan aktiviti
gotong-royong. Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang guru pengiring.

Selepas menyampaikan taklimat, saya dan dua orang Pegawai Majlis Daerah Bachok
menyerahkan plastik sampah kepada setiap kumpulan. Aktiviti gotong-royong dimulakan tepat
pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Semua pelajar dilihat saling
bekerjasama dan membantu antara satu sama lain semasa menyelesaikan tugas diberi.
Mereka kelihatan tekun mengutip sampah dan menyapu dedaun kering untuk memastikan
kawasan sekitar pantai bersih. Para pelajar juga diberi rehat selama setengah jam sebelum
menyambung aktiviti pembersihan.

Para peserta mengutip sampah-sarap seperti plastik-plastik makanan dan sebagainya

Dua orang Pegawai Majlis Daerah Bachok turut terlibat dalam gotong-royong ini

Program Kitar Semula

Menurut Tramizi Hussin (2021), kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses
semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
merujuk kepada proses memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi menghasilkan
keluaran baru dan ia akan menggunakan bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk
yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas akan
dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk
atau bahan baru. Program Kitar Semula ini mensasarkan pelajar SMKLY sebagai agen utama
dalam mengatasi masalah isu sampah-sarap di kawasan pelancongan ini. Program Kitar
Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mengekalkan
keindahan alam sekitar di sekeliling kita. Program Kitar Semula kali ini berpeluang
mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik pelajar tentang cara
yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab
dalam diri pelajar. Program ini diadakan sekaligus kerana para pelajar dapat mengitar semula
sampah tersebut untuk menjadi barangan baru. Saya telah mengarahkan para peserta untuk
mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula mengikut kategori masing-masing. Matlamat
bagi aktiviti ini adalah untuk melibatkan semua pelajar dalam usaha menjaga alam sekitar dan
memupuk nilai tanggungjawab dalam diri pelajar. Setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan
sampah dari aktiviti gotong royong perdana mengikut kategori bahan. Hal ini demikian supaya
para peserta dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu menjalankan aktiviti

mengasingkan bahan buangan mengikut tiga kategori Sebagai contoh, botol air mineral akan
dikumpulkan dalam satu plastik sampah yang hanya mengandungi botol air. Tin kosong juga
akan dikutip dan dimasukkan dalam plastik sampah yang berasingan untuk mengelakkan tin
tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan aktiviti ini, segala sampah dapat dikitar
semula menjadi bahan yang baru dan sampah akan dapat dikurangkan.

Para peserta mengasingkan sampah mengikut kategori untuk proses kitar semula
Selepas

Pada pukul 12 tengahari, setiap kumpulan telah siap mengutip semua sampah-sarap di
kawasan sekitar Pantai Senok. Setiap kumpulan berjaya mengumpulkan sekurang-kurangya lima
plastik besar sampah. Antara barangan yang dikutip pada program itu seperti botol plastik, ranting
kayu, plastik makanan dan lain-lain. Barangan-barangan ini telah dikutip dan diasingkan mengikut
kategori untuk memudahkan proses kitar semula serta menjimatkan masa para peserta. Setiap
kategori sampah yang telah diasingkan dikumpulkan di suatu tempat untuk dihantar ke pusat kitar
semula. Program ini tamat tepat pada masa yang dijadualkan seperti dalam tentatif. Hal ini
demikian kerana pengagihan tugasan diberikan secara sistematik dan teratur. Secara keseluruhan,
program gotong-royong ini berjalan dengan lancar dan semua pelajar memberikan kerjasama dan
sokongan penuh untuk menjayakan projek lestari ini. Walaupun para pelajar kelihatan penat,
mereka berasa gembira apabila melihat kawasan pantai menjadi bersih dan bebas daripada
sampah-sarap.

Sampah yang telah diasingkan dikumpul di satu tempat
Saya bergambar bersama dua orang guru pengiring SMKLY

Para peserta bergambar untuk kenangan

4.0 KEKUATAN PROJEK

Melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan, warga SMKLY terutamanya pelajar dapat
memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan isu sampah-sarap di kawasan sekitar mereka
kerana mereka dapat melihat dengan mata mereka sendiri bahawa isu sampah-sarap ialah bukan
isu yang remeh dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Pelajar juga menyedari akan
kepentingan dan kesan mengabaikan isu alam sekitar. Di samping itu, aktiviti gotong-royong ini
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Para pelajar dilihat memperoleh nilai, mempunyai sikap
yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Guru-guru pengiring yang terlibat dalam program ini
juga amat komited dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Pihak Majlis Daerah
Bachok juga memberi sokongan dan turut sama terlibat membantu membersihkan kawasan sekitar
pantai bagi memastikan kelancaran program gotong royong ini.

Seterusnya, melalui program gotong-royong ini wujudnya keadaan saling bertoleransi dan
bekerjasama antara satu sama lain sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
warga SMKLY. Sebagai contoh, mereka bekerjasama melakukan aktiviti pembersihan seperti
mengutip sampah dan menyapu dedaun kering. Mereka dapat menyelesaikan aktiviti pembersihan
dalam masa yang singkat kerana mereka saling bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang
diberi. Menurut Izah Badriah & Khazri Osman (2022), aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat dan menyumbang kepada komuniti setempat
melalui aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan. Jelaslah bahawa bergotong-royong dapat
mengukuhkan nilai perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita
kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila. Projek ini juga berjaya membuatkan pantai ini kembali
bersih dan terjaga. Pantai Senok merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di Negeri
Kelantan. Keindahan pantai ini akan menarik minat pelancong untuk datang ke negeri ini sekaligus
menjana sumber ekonomi untuk penduduk setempat. Dengan adanya aktiviti ini, kesedaran sivik
serta kesedaran kitar semula dapat dipupuk dalam kalangan para pelaja supaya sentiasa menjaga
kebersihan alam sekitar selain dapat beriadah. Program ini juga memberi pendedahan luas
terhadap kepentingan menjaga dan seterusnya mengubah imej buruk pantai di Kelantan.

Bertitik-tolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa warga SMKLY memahami
tujuan aktviti khidmat masyarakat yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk
menjayakannya. Hal ini selari dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dalam
usaha menjadikan kerja sukarelawan atau penglibatan dalam aktiviti masyarakat sebagai aktiviti
pelajar seperti yang tertulis dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (Siti Nathrah et
al., 2020). Secara keseluruhannya, projek ini berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kelemahan
semasa menjalankan projek ini.

5.0 KELEMAHAN PROJEK

Peminjaman peralatan gotong royong daripada pihak Majlis Daerah Bachok (MDB) dibuat
pada minit-minit akhir. Hal ini kerana saya telah terlepas pandang tentang peralatan gotong-royong
yang perlu disediakan untuk program ini. Mujurlah pihak MDB sanggup menghulurkan bantuan
walaupun surat permohonan dihantar terlalu lewat. Saya juga tidak sempat memohon sumbangan
penaja untuk makanan para pelajar kerana kekangan masa. Hal ini tidak sepatutnya berlaku
kerana makanan merupakan keperluan asas semasa gotong royong supaya para pelajar lebih
bertenaga ketika melaksanakan aktiviti tersebut. Di akhir program, para pelajar agak keletihan dan
kehabisan tenaga. Raut wajah masing-masing menunjukkan kekecewaan mereka terhadap
kelemahan tersebut.

6.0 PELUANG PROJEK

Melalui program ini, saya mendapat peluang yang amat baik untuk memajukan lagi diri saya
kerana saya belajar membuat persediaan awal dan mengurus program mengikut kemampuan diri
saya. Hal ini kerana saya telah memperolehi pengalaman dan pelajaran baru sepanjang
menjayakan aktiviti khidmat masyarakat ini. Saya juga berpeluang beramah mesra dengan para
pelajar SMKLY dan berkongsi pengetahuan tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Selain
itu, saya telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti yang berfaedah
pada hujung minggu dengan mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan pantai. Mereka juga dapat beriadah bersama rakan-rakan sekelas mereka. Para pelajar
juga berpeluang menabur bakti terhadap komuniti setempat dan menceriakan kawasan
perlancongan terkenal di Kelantan. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada para peserta
untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka.

7.0 ANCAMAN PROJEK

Para pelajar terdedah kepada ancaman keselamatan kerana mereka menggunakan
pengangkutan sendiri untuk ke Pantai Senak. Kebanyakan pelajar menunggang motorsikal
menyebabkan mereka terdedah dengan risiko kemalangan. Ancaman ini akan memberikan impak
yang besar kepada aktiviti ini sekiranya terjadi kemalangan yang tidak diingini kepada pelajar. Oleh
itu, ancaman ini perlu dikenal pasti supaya langkah penyelesaian dapat diambil untuk memastikan
keselamatan para pelajar terjamin sepanjang pelaksanaan aktiviti ini.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dengan pelaksanaan gotong royong di Pantai Senok, pelbagai kelemahan telah dikenalpasti.
Perkara ini penting untuk memastikan kesilapan tidak berulang pada masa hadapan agar
perancangan dan pelaksanaan lebih lancar. Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan untuk memastikan kelancaran aktiviti ini pada masa akan datang. Dalam merancang
aktiviti seumpama ini, satu senarai semak perlu dibuat untuk memastikan semua kerja persiapan
atau perancangan berjalan dengan lancar. Setiap kerja yang seharusnya dibuat awal tidak boleh
ditunda sewenang-wenangnya kerana akan melambatkan proses. Oleh itu, kita perlu menghargai
masa dan menggunakannya sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara sama tidak berulang dan
menyusahkan semua pihak. Di samping itu, pihak penganjur perlulah menyediakan makanan
untuk para peserta sebgaai balasan menghargai jasa mereka dalam menjaga kebersihan alam
sekitar. Kelemahan-kelemahan yang timbul haruslah diambil sebagai iktibar bagi memastikan
aktiviti atau program yang akan dianjurkan pada masa hadapan berjalan lancar dan sempurna.
Pihak penganjur juga boleh melibatkan komuniti setempat untuk turut sama terlibat dalam aktiviti
khidmat masyarakat ini untuk mempuk kesedaran mencintai alam sekitar.

9.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, tugasan ini telah memberi saya peluang untuk merancang dan
melaksanakan program gotong-royong. Program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancang bersama meskipun terdapat beberapa kesulitan dan kelemahan yang tidak dapat
dielakkan. Menurut Siti Khatijah (2016), masyarakat yang lestari akan menghargai, memelihara
dan memulihara persekitaran yang didiami serta berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan
kerosakan ke atas alam semula jadi. Pernyataan ini berkait rapat dengan objektif program ini iaitu
melahirkan para pelajar yang lebih sedar, peka dan prihatin terhadap persekitaran sekeliling serta
masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, program ini juga menerapkan nilai dalam
setiap individu dan menyedarkan mereka tenntang peranan masing-masing dalam menjaga
kebersihan alam sekitar. Kita seharusnya tidak hanya berharap kepada pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan mengatasi masalah alam sekitar. Hal ini kerana tanggungjawab menjaga alam
sekitar adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Kita mampu menyumbang ke arah
melestarikan alam sekitar walaupun melalui usaha yang kelihatan kecil. Sekecil-kecil usaha itu
sebenarnya memberikan impak positif kepada bumi kita. Justeru itu, para peserta diharapkan akan
dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang diperoleh melalui program
ini untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada masa kini dan masa akan datang
serta mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya penjagaan alam sekitar
demi keharmonian dan kesejahteraan manusia sejagat.

Disediakan oleh,
Sophia
(NURUL IMAN SOPHIA BINTI MOHD DAUD)

RUJUKAN

Anas Suzastri, A. & Hadijah Johari (2022). MOTIF KESUKARELAWAN DAN KEMAHIRAN
INSANIAH MAHASISWA KHIDMAT MASYARAKAT. International Journal of Social Science
Research, 4(1), 124-138

Izah Badriah & Khazri Osman. (2022). PENDEKATAN DAKWAH ISLAM DALAM KALANGAN
MASYARAKAT DI MASJID AR-RAHMAN.

Jabatan Alam Sekitar. (2019). Maksud pencemaran alam sekitar. Retrieved 10 October 2019, from
https://www.doe.gov.my/portalv1/search/maksud+pencemaran+alam+sekitar

Siti Khatijah Zamhari. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Nathrah, Che Fazilah & Fuziah Shaffie (2020), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Motivasi Sukarelawan Dalam Menjalankan Aktiviti Kesukarelawanan: Satu Kajian Literatur,
Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 23: 25-38.

Tramizi Hussin (2021). Konsep Dan Pusat Kitar semula Malaysia anda perlu tahu!, Property Guru.
Available at: https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/konsep-pusat-kitar-
semula-malaysia-42954 (Accessed: October 18, 2022).

LAMPIRAN 1



SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT UNTUK PROJEK LESTARI

LAMPIRAN 2


Click to View FlipBook Version