The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Razin Irfan, 2022-06-07 11:06:08

MACROECONOMICS

MACROECONOMICS

MAKSUD TINGKAH LAKU PENGGUNA

Tingkah laku pengguna boleh ditakrifkan sebagai tindakan
individu (pengguna) yang terlibat secara langsung dalam
mendapatkan, menggunakan, dan melupuskan barangan dan
perkhidmatan ekonomi, termasuk proses keputusan yang
mendahului dan menentukan tindakan ini. Memahami cara
pengguna membuat keputusan pembelian boleh membantu
pengurus pemasaran dalam beberapa cara.

MAKSUD UTILITY

Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh seseorang daripada
penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

MAKSUD JUMLAH UTILITI

Jumlah utiliti ialah jumlah kepuasan yang diterima daripada mengambil
jumlah kuantiti barangan atau perkhidmatan tertentu

MAKSUD MARGINAL UTILITI

utiliti marginal ialah kepuasan yang diperoleh daripada mengambil
kuantiti tambahan item tersebut. Kadangkala, ahli ekonomi suka

membahagikan utiliti kepada unit individu yang mereka panggil util.

keseimbangan pengguna
Keseimbangan pengguna ialah apabila pelanggan mencapai
kepuasan maksimum daripada corak penggunaan semasanya
dengan pendapatan tertentu dan harga pasaran semasa.

Keseimbangan Pengguna dalam kes Komoditi Tunggal
Formula untuk mengira Keseimbangan Pengguna
untuk satu komoditi(X):-

MUX ialah utiliti marginal produk,
PX ialah harga produk

Perwakilan Grafik dalam Kes Komoditi Tunggal

Keseimbangan Pengguna dalam kes Dua Komoditi
Mari kita andaikan kedua-dua komoditi ini sebagai X dan Y.
Persamaan berikut ialah syarat utama untuk keseimbangan
pengguna:

MUX ialah utiliti marginal X
PX ialah harga yang dibayar untuk X
MUY ialah utiliti marginal Y
PY ialah harga yang dibayar untuk Y

Keseimbangan Pengguna dalam kes Dua Komoditi

Maksud Pengeluaran
- Satu proses menukarkan input atau faktor pengeluaran
kepada output/ keluaran.
- Melibatkan komponen penting iaitu unit pengeluaran, input,
output dan jangka masa

Input pengeluaran
1. Input tetap
- Input tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat
keluaran
- Cth: kilang

2. Input berubah
- Input boleh ditambah mengikut tingkat keluaran
- Cth: buruh

Terminologi pengeluaran
1. Loji
- Unit pengeluaran yg merangkumi segala peralatan fizikal yg
digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Cth: bangunan, mesin

2. Firma
- Unit ekonomi yg menggunakan faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Cth: Proton, KFC

3. Industri
- Sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan
yang sama di pasaran
- Industr kereta, industr makanan segera

4. Jangka masa
- Merujuk kpd tempoh yg diperlukan oleh firma untuk menukar
input kpd output
- Dibahagikan kpd dua
1. Jangka masa pendek
- Wujud input tetap dan input berubah
- Firma menanggung kos tetap dan kos berubah

2. Jangka masa panjang
- Semua input adalah input berubah
- Firma hanya menanggung kos berubah shj

Hukum pulangan berkurangan
- Menerangkan apabila sejumlah input berubah ditambah
secara berterusan ke atas input tetap sementara teknologi adalah
tetap, pada peringkat awal tambahan jum keluaran meningkat
selepas satu tingkat keluaran tertentu tambahan jum keluaran
semakin berkurang dan akhirnya menjadi negatif.
- Dibahagikan kpd pulangan sut bertambah, pulangan sut
berkurang dan pulangan sut negatif.



Jumlah keluaran (TP)
- Jumlah keluaran yang dapat dihasilkan dengan
menggunakan faktor pengeluaran pada suatu tingkat keluaran
tertentu.

Keluaran purata (AP)
- Keluaran bagi setiap unit input berubah yang digunakan
dalam proses pengeluaran
- AP = TP/L

Keluaran sut (MP)
- Perubahan jumlah keluaran apabila berlaku perubahan
penggunaan satu input berubah ke atas input tetap
- MP = ∆TP/ ∆L

MAKSUD KOS

Kos pengeluaran ialah jumlah perbelanjaan yg dibayar oleh
firma untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran

Kos pengeluaran dikategorikan kpd
1. Kos eksplisit
- Perbelanjaan/ kos sebenar yang dibayar oleh firma
kepada pemilik faktor pengeluaran
- Cth: upah pekerja, perbelanjaan keatas bahan mentah.

2. Kos implisit
- kos ke atas faktor-faktor pengeluaran milik firma itu
sendiri yang digunakan dalam proses pengeluaran barang
dan perkhidmatan
- cth: gaji yang diterima sekiranya bekerja dengan orang
lain.

Dalam jangka pendek wujud input tetap (kos tetap) dan input berubah (kos
berubah)

1. Kos tetap (FC)
- Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap
- Cth: sewa kilang
- FC = TC - VC
2. Kos berubah (VC)
- Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah
- Cth: upah buruh
- VC = TC - FC
3. Jumlah kos (TC)
- Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah dan
input tetap
- TC = FC + VC
4. Kos tetap purata (AFC)
- Kos tetap seunit bagi sesuatu keluaran
- AFC = FC / Q
5. Kos berubah purata (AVC)
- Kos berubah seunit bagi sesuatu keluaran
- AVC = VC / Q
6. Kos purata (AC)
- Kos seunit bagi sesuatu keluaran
- AC = TC / Q
7. Kos sut (MC)
- perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan satu unit keluaran
- MC = ∆TC / ∆Q

Hubungan antara AC dan MC
1. AC sedang menurun, dimana AC > MC
2. AC mencapai minimum, dimana AC = MC
3. AC sedang meningkat, dimana AC < MC

Hubungan antara AVC dan MC
1. AVC sedang menurun, dimana AVC > MC
2. AVC mencapai minimum, dimana AVC = MC
3. AVC sedang meningkat, dimana AVC < MC

Dalam jangka panjang semua input adalah input
berubah (kos berubah). Oleh itu, Firma boleh
mengubahkan skil pengeluarannya, menyebabkan
wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang
mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek
(SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
Satu prinsip yang penting bagi firma ialah, cuba
mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling
rendah bagi setiap tingkat keluaran

Kos purata jangka pendek (SAC) dan kos purata jangka panjang (LAC)

- Diandaikan firma memiliki tiga loji iaitu SAC, SAC1 dan SAC2
- Pada output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada kos purata iaitu
aQ pada titik a.
- Pada output Q1, firma boleh memilih loji sama ada SAC atau SAC1.
Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata
lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.
- Pada output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1 pada kos purata
iaitu dQ2 pada titik d.
- Pada output Q3, firma boleh memilih loji sama ada SAC1 atau SAC2
kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau bagaimanapun,
firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan
keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg
menyebabkan kos purata akan meningkat.
- Pada output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2 pada kos purata
iaitu fQ4 pada titik f

Ekonomi Bidangan
- Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos
purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang

Tak Ekonomi Bidangan
- Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos
purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang

Ekonomi Bidangan Dalaman
- Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata
(LAC) apabila firma itu sendiri berkembang

- Faktor
1. Ekonomi pengkhususan
2. Ekonomi pengurusan
3. Ekonomi kewangan
4. Ekonomi pemasaran
5. Ekonomi teknikal

Tak Ekonomi Bidangan Luaran
- Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos
purata (LAC) apabila industri berkembang

- Faktor
1. Kekurangan faktor pengeluaran
2. Kesesakan
3. Kenaikkan upah buruh
4. Pencemaran

1. Ekonomi bidangan luaran
- Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk
LAC ke bawah dari LAC1 kepada LAC
- Disebabkan firma menikmati Ekonomi teknologi maklumat
menyebabkan kos purata turun dari BQ kpd AQ.

2. Tak Ekonomi bidangan luaran
- Tak Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan
keluk LAC ke atas dari LAC kepada LAC1
- Disebabkan firma menghadapi kenaikkan upah buruh
menyebabkan kos purata meningkat dari AQ kpd BQ


Click to View FlipBook Version