The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Razin Irfan, 2022-06-07 10:39:59

BAB (pengenalan)

BAB (pengenalan)

ISI KANDUNGAN :

1. pengenalan kepada asas mikroekonomi
2. Teori permintaan dan penawaran
3. Keseimbangan pasaran
4. Keanjalan pemintaan dan pernawaran
5. Toeri pengeluaran dan kos pergeluaran
6. Pasaran

PENGENALAN

DEFINISI ILMU SUMBER EKONOMI KEHENDAK MASALAH ASAS KELUK SISTEM EKONOMI
EKONOMI (FAKTOR MANUSIA EKONOMI KEMUNGKINAN
PENGELUARAN EKONOMI PASARAN
PENGELUARAN) BEBAS, EKONOMI
PERANCANGAN
PUSAT, EKONOMI
CAMPURAN, DAN
EKONOMI ISLAM

PASARAN DAN
PENYELESAIAN
MASALAH ASAS

EKONOMI

OBJEKTIF AM

Memahami konsep dan kepentingan ilmu ekonomi, sumber ekonomi, kehendak manusia,
masalah asas ekonomi, keluk kemungkinan pengeluaran, dan sistem ekonomi.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :
1. Mengetahui punca masalah ekonomi, iaitu sama ada kehendak yang tidak terhad atau
sumber yang terhad.
2. Membincangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas.
3. Mengenal pasti masalah asas ekonomi.
4. Menjelaskan keluk kemungkinan pengeluaran.
5. Menggunakan pelbagai kaedah analisis dalam ilmu ekonomi dan membandingkan
pelbagai jenis sistem ekonomi.

1.1 DEFINISI ILMU EKONOMI

DEFINISI

Ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan
sumber ekonomi yang terhad untuk menghasilkan barang bagi memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad.

BIDANG KAJIAN EKONOMI

Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi.

Mikroekonomi

Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau bahagian
kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan industri. Kajian
tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan tingkat harga dan
kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba mencapai tingkat kepuasan
yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai keuntungan yang maksima.

Makroekonomi

Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan
ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, inflasi,
guna tenaga dan pengangguran, imbangan pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini
penting bagi menentukan dasar dan perancangan ekonomi sesebuah negara untuk
meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk.

Perbezaan antara Mikroekonomi dan Makroekonomi

ASPEK MIKROEKONOMI MAKROEKONOMI

SKOP Kecil Besar

➢ Mengkaji interaksi pengguna, ➢ Mengkaji kegiatan dan masalah

pengeluar dan industri dalam ekonomi yang lebih luas dan

pelbagai pasaran untuk menyeluruh.

MATLAMAT mencapai matlamat masing- ➢ Menilai dan melaksanakan dasar

masing. aktiviti ekonomi sesebuah negara

➢ Menyelesaikan masalah asas untuk mencapai peningkatan

ekonomi iaitu apa, berapa, dalam pendapatan negara,
bagaimana dan untuk siapa pertumbuhan ekonomi, guna

dikeluarkan. tenaga, imbangan pembayaran

Output firma / industri : dan mengatasi masalah inflasi
➢ Kuantiti baju yang dihasilkan
dan pengangguran.
PENGELUARAN oleh firma A
Nilai Keluaran Negara :
➢ Nilai keluaran sektor kedua
➢ Pertumbuhan keluaran negara

HARGA ➢ Kuantiti pakaian yang Tingkat harga umum
PENDAPATAN ➢ Indeks harga pengguna
GUNA TENAGA dikeluarkan oleh industri ➢ Kadar inflasi
➢ Nilai wang
tekstil. Pendapatan Negara
➢ Pendapatan Perkapita
Harga satu barang dan ➢ Pendapatan benar
➢ Imbangan pembayaran
perkhidmatan
➢ Harga baju Guna tenaga dan pengangguran
➢ Harga makanan ➢ Jumlah Guna tenaga
➢ Kadar Pengangguran
Agihan pendapatan :
➢ Upah
➢ Sewa
➢ Bunga/Faedah
➢ Untung

Penggunaan faktor pengeluaran

dalam sebuah firma/industri :
➢ Bilangan input berubah

(buruh)
➢ Kecekapan input pada setiap

tingkat keluaran

1.2 SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN)
Pada umumnya, sumber ekonomi dapat dikategorikan kepada empat jenis :

TANAH BURUH
MODAL
FAKTOR-FAKTOR
PENGELUARAN

USAHAWAN

Tanah

• Anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad.
• Contohnya, bahan galian minyak, tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain yang tidak

dihasilkan oleh manusia.
• Ganjaran kepada pemilik tanah ialah sewa.

Buruh

• Tenaga kerja fizikal dan mental yang disumbangkan oleh manusia.
• Contoh buruh ialah pekerja kilang, guru, doktor, tentera dan individu lain yang

bekerja menerima upah sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang.
• Dari segi perangkaan, buruh mesti berada dalam lingkungan umur bekerja, iaitu

antara 18 hingga 64 tahun. Justeru, kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai buruh
walaupun bekerja dan menerima upah.

• Ganjaran buruh ialah upah.

Modal

• Alatan yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang lain bagi
menghasilkan pulangan.

• Terdapat pelbagai jenis modal, misalnya modal tetap, modal kerja dan modal sosial.
• Modal tetap ialah modal yang tidak akan berubah dari segi bentuk fizikalnya selepas

digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal tetap ialah mesin.
• Modal kerja ialah modal atau input yang akan berubah dari segi bentuk fizikalnya

selepas digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal kerja ialah bahan
pembakar.
• Modal sosial ialah modal yang dapat melicinkan proses pengeluaran sesuatu barang
atau perkhidmatan. Contoh modal sosial ialah jalan raya, sekolah, dan hospital.
• Ganjaran modal ialah faedah.

Usahawan

• Individu yang menggabungkan semua input yang akan digunakan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Selain itu, usahawan ialah individu yang
akan menanggung semua risiko perniagaan.

• Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
• Ganjaran usahawan ialah untung.

3. KEHENDAK MANUSIA

KEHENDAK DAN KEPERLUAN

Definisi

1. Kehendak boleh didefinisikan sebagai keinginan individu untuk menggunakan
barang dan perkhidmatan bagi menikmati hidup yang lebih selesa.

2. Keperluan boleh didefinisikan sebagai keinginan individu terhadap barang keperluan
asas yang mesti dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.

Perbezaan

1. Keperluan ialah keinginan terhadap barang asas yang penting untuk terus hidup,
manakala kehendak merupakan keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan
supaya hidup menjadi lebih selesa.

2. Keperluan manusia terhadap barang keperluan asas adalah terhad dan terbahagi
kepada tiga jenis sahaja, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Sebaliknya,
kehendak manusia adalah tidak terhad.

3. Keperluan mesti dipenuhi bagi membolehkan seseorang individu terus hidup.
Sebaliknya, kehendak tidak perlu dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.

4. Keperluan bersifat sejagat tetapi kehendak bersifat pelbagai. Setiap individu
mempunyai kehendak yang berlainan, bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Misalnya, golongan berpendapatan tinggi berkehendakkan barang mewah tetapi bagi
golongan berpendapatan rendah, barang normal lebih dipentingkan.

PENGELASAN BARANG

Barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada :

1. Barang percuma dan barang ekonomi

BARANG PERCUMA BARANG EKONOMI

• Penawarannya yang tidak terhad • Semua barang selain barang percuma

• Tidak dikeluarkan oleh manusia. dikenali sebagai barang ekonomi.

Sebaliknya, barang percuma merupakan • Ciri utama barang ekonomi ialah

anugerah alam semula jadi penawarannya yang terhad.

• Tidak mempunyai kos pengeluaran. Kos • Oleh sebab pengeluaran barang ekonomi

lepas barang percuma ialah sifar melibatkan kos, pengguna perlu

• Boleh diperoleh tanpa sebarang bayaran membayar untuk menggunakannya.

kerana tidak mempunyai harga sebagai • Barang ekonomi mempunyai kos lepas

pengukur nilai yang tersendiri.

• Namun, harus diingat, hadiah yang kita

dapat secara percuma bukanlah barang

percuma, tetapi merupakan barang

ekonomi.

• Contoh : udara, cahaya matahari, air laut

2. Barang awam dan barang persendirian

BARANG AWAM BARANG PERSENDIRIAN

• Barang yang tidak mempunyai sifat • Barang yang mempunyai sifat kekecualian.
• Bukan semua orang boleh menggunakan
kekecualian. Ini bermaksud, semua orang
barang persendirian, sebaliknya hanya semua
boleh menggunakan barang awam tanpa orang yang mampu membelinya sahaja boleh
menggunakan barang ini.
mengira sama ada mampu membayar • Contoh : baju
• Barang persendirian juga dikenali sebagai
ataupun tidak. barang swasta.

• Barang awam ditawarkan kepada semua

golongan masyarakat, sama ada golongan

kaya atau golongan miskin.

• Biasanya disediakan oleh kerajaan bagi

tujuan meningkatkan taraf kebajikan

masyarakat, bukannya untuk

memaksimumkan keuntungan.

• Jika barang awam dikenakan harga, harga

yang perlu dibayar adalah sangat murah

supaya mampu digunakan oleh semua

golongan masyarakat.

• Contoh : sekolah dan hospital.

• Barang awam juga dikenali sebagai

barang sosial.

3. Barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna

BARANG MODAL BARANG BARANG PENGGUNA
PERANTARAAN
• Tidak akan kehilangan • Barang yang digunakan • Barang yang boleh
bentuk asalnya walaupun oleh firma sebagai input
selepas digunakan dalam pengeluaran (bahan digunakan terus oleh
proses pengeluaran. mentah).
• Barang perantaraan akan pengguna tanpa perlu
• Barang modal juga kehilangan bentuk
dikenali sebagai modal asalnya selepas digunakan diproses lagi.
tetap, contohnya peralatan dalam proses
dan jentera. pengeluaran. Barang • Berbanding dengan
perantaraan juga dikenali
sebagai modal kerja. barang pengeluar yang
• Contoh barang
perantaraan, ialah getah, dibeli oleh penjual,
kelapa sawit, koko, dan
bijih timah. pengeluar atau firma lain,

barang pengguna dibeli

oleh pengguna.

• Barang pengguna juga

dikenali sebagai barang

akhir atau barang siap.

• Contoh barang pengguna

ialah baju. Walau

bagaimanapun, jika baju

dibeli oleh penjual untuk

dijual semula, baju

tersebut bukan barang

pengguna walaupun baju

tersebut telah siap dan

boleh digunakan tanpa

perlu diproses lagi.

4. MASALAH ASAS EKONOMI

Masalah asas ekonomi wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan
kehendak yang tidak terhad. Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara tanpa
mengira sama ada negara maju atau di negara sedang membangun. Masalah asas ekonomi
boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu :

a. Kekurangan, pilihan, dan kos lepas
b. Apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan

MASALAH EKONOMI

Tiga masalah ekonomi ialah masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang berpunca
daripada sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad.

Konsep Kekurangan

1. Sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad mewujudkan masalah
kekurangan. Semua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi atau diperolehi.

2. Pendapatan isi rumah yang terhad tidak cukup untuk membeli semua barang dan
perkhidmatan yang dikehendaki.

3. Faktor pengeluaran yang terhad menghalang firma mengeluarkan semua barang dan
perkhidmatan yang diingini.

4. Hasil kerajaan yang terhad menghalang kerajaan untuk membiayai semua projek
pembangunan.

Konsep Pilihan

1. Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada keutamaan dan matlamat unit ekonomi.

2. Pendapatan isi rumah yang terhad memaksa isi rumah membuat pilihan membeli
barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Contoh, jika buku
memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju, maka isi rumah akan membuat
pilihan membeli buku.

3. Faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, firma terpaksa membuat pilihan
mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan keuntungan. Contoh, jika tanaman
kelapa sawit memberi keuntungan lebih besar berbanding tanaman getah, maka firma
akan memilih pengeluaran kelapa sawit.

4. Hasil kerajaan yang terhad menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan
melaksanakan projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan
masyarakat. Contoh, jika pembinaan jalan raya akan meningkatkan kebajikan yang
lebih tinggi berbanding sekolah, maka kerajaan akan memilih projek pembinaan jalan
raya.

Konsep Kos Lepas

1. Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan
hasil daripada pemilihan barang yang terbaik.

2. Setelah Isi rumah membuat pilihan membeli buku (kekurangan wang untuk membeli
kedua-dua barang) maka baju merupakan kos lepas bagi mendapatkan buku tersebut.

3. Begitu juga dengan firma, kos lepas mengeluarkan kelapa sawit ialah getah.
4. Demikian juga hal yang terjadi bagi kerajaan, projek pembinaan sekolah merupakan

kos lepas untuk membina jalan raya.

MASALAH ASAS EKONOMI

Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu :

1. Apa barang yang hendak dikeluarkan

Merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar berikutan sumber
ekonomi yang terhad. Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan kepada kehendak
masyarakat dan corak peruntukan sumber. Walau bagaimanapun, pengeluar tidak dapat
mengeluarkan semua jenis barang yang diminta oleh pengguna kerana kekurangan sumber.
Jenis barang yang dikeluarkan mestilah dapat memenuhi kehendak dan memaksimumkan
kepuasan masyarakat serta keuntungan firma.

2. Berapa hendak dikeluarkan

Merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan oleh firma. Jumlah keluaran
bergantung kepada mekanisme harga (permintaan dalam pasaran) atau ditentukan oleh

kerajaan. Jika permintaan tinggi, firma akan menambahkan pengeluaran terhadap barang
tersebut dan sebaliknya.

3. Bagaimana hendak dikeluarkan

Merujuk kepada teknik pengeluaran atau kaedah pengeluaran. Terdapat dua teknik
pengeluaran, iaitu intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar yang rasional akan memilih
teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan
keuntungan.

4. Untuk siapa dikeluarkan

Merujuk penentuan corak agihan barangan dan perkhidmatan. Pengagihan barang yang
dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli dan agihan pendapatan. Pengeluar mesti bijak
menentukan golongan yang akan menikmati barang yang dikeluarkan. Golongan
berpendapatan tinggi akan dapat menikmati barangan lebih banyak berbanding golongan
berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan tinggi juga mampu membeli barangan yang
harganya lebih tinggi berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

5. KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

Satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi 2 jenis barang yang dapat
dihasilkan oleh ekonomi dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang ada.

Andaian KKP :

1. Ekonomi hanya dapat mengeluarkan 2 jenis barang sahaja.
2. Tingkat teknologi yang digunakan adalah tetap.
3. Faktor-faktor pengeluaran adalah terhad.
4. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh (GTP).

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh diperhatikan secara jadual dan rajah.

(a) Secara Jadual

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh dibentuk berdasarkan Jadual 1 di bawah.

Kombinasi Kelapa sawit (tan metrik) Getah (tan metrik)

A0 40

B 10 30

C 20 20

D 30 10

E 40 0

JADUAL 1 : JADUAL KEMUNGKINAN PENGELUARAN KELAPA SAWIT DAN
GETAH

(b) Secara rajah
Berdasarkan kepada jadual 1, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digambarkan seperti
pada Rajah 1.

RAJAH 1
a. Keluk menunjukkan had maksimum pelbagai kombinasi keluaran kelapa sawit dan

getah yang dapat dihasilkan oleh ekonomi yang ditunjukkan oleh titik A, B, C, D, dan
E.
b. Titik A, B, C, D, dan E di sepanjang KKP menunjukkan ekonomi mencapai guna
tenaga penuh kerana ekonomi telah mencapai tahap pengeluaran yang maksimum.
c. Pergerakan dari titik A ke E menunjukkan semakin banyak faktor-faktor pengeluaran
dialihkan daripada pengeluaran getah kepada pengeluaran kelapa sawit.
d. Sebarang titik yang berada dalam lingkungan (bahagian kiri keluk) menunjukkan
kombinasi pengeluaran yang tidak cekap kerana ekonomi gagal menggunakan faktor
pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya. Ini bermakna, masalah pengangguran
wujud dalam ekonomi atau berlaku pembaziran faktor-faktor pengeluaran.
e. Andaikan ekonomi berada pada titik F, ekonomi akan mengeluarkan 10 tan metrik
kelapa sawit dan 20 tan metrik getah. Ekonomi menghadapi pengangguran kerana jika
semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya, ekonomi boleh bergerak dari titik F
ke titik B atau ke titik C.
f. Sebarang kombinasi keluaran yang berada di luar KKP (kanan keluk) menunjukkan
ketidakmampuan ekonomi (tidak boleh dicapai). Contoh, pada titik G. kombinasi G
tidak boleh dicapai kerana berada di luar KKP yang bermakna ekonomi tidak mampu
untuk mengeluarkan kombinasi keluaran akibat kekurangan faktor-faktor
pengeluaran.
Keluk kemungkinan pengeluaran berkait rapat dengan konsep kekurangan, pilihan, dan kos
lepas.

RAJAH 2

1) Konsep Kekurangan
• Berdasarkan Rajah 2, kombinasi keluaran di sepanjang KKP (A→E) menunjukkan

had maksimum 2 jenis barang yag dapat dihasilkan dengan faktor-faktor pengeluaran
yang ada.
• Setelah menghadapi had maksimum itu, masalah kekurangan menghalang ekonomi
untuk menambahkan pengeluaran barang secara serentak. Untuk menambahkan
keluaran kelapa sawit, sejumlah keluaran getah perlu dikurangkan.
• Kecerunan negatif KKP menggambarkan masalah kekurangan, iaitu untuk
menambahkan sejumlah barang, pengeluaran barang lain perlu dikurangkan.

2) Konsep Pilihan
• Masalah kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan. Masyarakat

dapat memilih pelbagai kombinasi barang di sepanjang KKP.
• Contoh, jika ekonomi lebih mementingkan pengeluaran kelapa sawit yang

digambarkan oleh titik D, maka masyarakat akan memperuntukkan lebih banyak
faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kelapa sawit.
• Pilihan ditunjukkan oleh pergerakan titik-titik di sepanjang KKP.

3) Konsep Kos Lepas
• Apabila masyarakat membuat pilihan, masyarakat perlu menanggung kos lepas.
• Contoh, pilihan untuk menambahkan 10 tan metrik kelapa sawit dari titik A ke titik B

menyebabkan ekonomi akan mengurangkan 10 tan metrik getah daripada 40 tan
metrik kepada 30 tan metrik. Maka, kos lepas 10 tan metrik kelapa sawit ialah 10 tan
metrik getah.

BENTUK KKP

Bentuk KKP dipengaruhi oleh kos lepas. Terdapat 2 bentuk KKP, iaitu bentuk cembung dan
garis lurus. KKP garis lurus menunjukkan kos lepas malar. KKP cembung menunjukkan kos
lepas meningkat.

Kos Lepas Malar

1. Kos lepas malar boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang dilepaskan
dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang lain.

2. Kos lepas malar digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk
satu garis lurus.

Kombinasi Barang X Barang Y
A 0 8
B 1 6
C 2 4
D 3 2
E 4 0

RAJAH 3

Kos Lepas Meningkat

1. Kos lepas meningkat boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang
dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit
barang lain.

2. Kos lepas meningkat digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang
berbentuk cembung.

Kombinasi Barang X Barang Y
A 0 10

B19
C27
D34
E40

RAJAH 4

PERUBAHAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

Perubahan KKP adalah kesan daripada perubahan kuantiti sumber ekonomi teknologi.
Andaian bahawa jumlah faktor pengeluaran tetap dan tingkat teknologi tetap hanya benar
dalam jangka masa pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, jumlah faktor
pengeluaran dan kemajuan teknologi akan menyebabkan KKP beralih ke kanan.

1. Kemajuan teknologi

(a) Penggunaan tekonologi moden akan meningkatkan daya pengeluaran. Oleh itu,

keluaran akan bertambah. Pertambahan keluaran ditunjukkan oleh perpindahan

keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan.

(b) Jika kemajuan teknologi

dalam pengeluaran dua

barang berlaku pada kadar

yang sama, keluk

kemungkinan pengeluaran

akan berpindah ke kanan

secara selari seperti

ditunjukkan pada Rajah 5.

(c) Perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran

dari P0P0 ke P1P1
menggambarkan

kemajuan teknologi.

(d) Jarak yang sama antara

P0P1 barang X dengan
P0P1 barang Y

menggambarkan kemajuan teknologi yang sama dalam proses pengeluaran barang

X dan barang Y.

(e) Jika kemajuan teknologi

dalam pengeluaran

kedua-dua barang tidak

sama, keluk

kemungkinan

pengeluaran akan

berpindah ke kanan

secara tidak selari seperti

ditunjukkan dalam Rajah

6.

(f) Perpindahan keluk

kemungkinan

pengeluaran dari PP0 ke

P1P2 pada Rajah 6

menunjukkan kemajuan

teknologi pengeluaran

barang X kurang pesat

berbanding dengan

kemajuan teknologi

pengeluaran barang Y.

(g) Jika kemajuan teknologi

dalam pengeluaran barang

X lebih pesat, keluk

kemungkinan pengeluaran

akan berpindah ke kanan

dari PP0 ke P1P2 seperti

ditunjukkan pada Rajah 7.

Didapati jarak P0P2 adalah

lebih besar daripada jarak

PP1.

(h) Jika kemajuan teknologi

berlaku dalam

pengeluaran satu barang sahaja, perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran

adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 8 dan Rajah 9. Perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 pada Rajah 8 menunjukkan kemajuan

teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X sahaja.

(i) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan
kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X sahaja.

(j) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan
kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang Y sahaja.

2. Pertambahan sumber pengeluaran

(a) Pertambahan sumber pengeluaran akan meningkatkan keupayaan pengeluaran

barang dalam ekonomi.

(b) Pertambahan sumber pengeluaran terdiri daripada pertambahan penduduk dan

pertambahan tenaga kerja (buruh).

(c) Pertambahan sumber pengeluaran akan menyebabkan keluk kemungkinan

pengeluaran berpindah ke kanan.
(d) Berdasarkan Rajah 10,

keluk kemungkinan

pengeluaran asal ialah

P0P0. Pertambahan sumber

pengeluaran menyebabkan

keupayaan untuk

mengeluarkan barang X

dan barang Y bertambah

seperti ditunjukkan oleh

perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran

ke kanan dari P0P0 ke P1P1.

(e) Perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran

dari P0P0 ke P1P1 turut
menunjukkan pertumbuhan

ekonomi yang positif

dalam ekonomi tersebut.

3. Pertambahan barang modal

(a) Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara pada masa hadapan bergantung pada

jumlah barang modal yang dimiliki.

(b) Semakin banyak barang modal yang dimiliki, semakin tinggi kadar pertumbuhan

ekonominya. Semakin kurang barang modal yang dimilikinya, semakin kurang

kada pertumbuhan ekonominya.
(c) Berdasarkan Rajah 11,

pada kombinasi A,

didapati jumlah barang

modal adalah sedikit.
Pada kombinasi B pula,

jumlah barang modal

adalah lebih banyak.

(d) Sekiranya sesebuah

negara memilih kombinasi

A yang lebih

mementingkan

pengeluaran barang

pengguna, pertumbuhan

ekonomi akan menjadi

kurang pesat.
(e) Pertumbuhan ekonomi

yang kurang pesat

digambarkan oleh perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari P0P0 ke P1P1.

(f) Sebaliknya, jika negara tersebut memilih kombinasi B yang lebih mengutamakan

pengeluaran barang modal, pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih pesat.

(g) Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat digambarkan oleh perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran yang lebih jauh ke kanan, iatu dari P0P0 ke P2P2.

1.6 SISTEM EKONOMI

SISTEM
EKONOMI

PASARAN BEBAS PERANCANGAN CAMPURAN ISLAM
PUSAT

ASPEK PERBEZAAN CIRI SISTEM EKONOMI
1. Pemilikan Sumber

Merujuk kepada pemilik sumber ekonomi, sama ada milik individu, swasta, kerajaan
atau kedua-duanya.
2. Pembuat Keputusan

Siapakah yang berhak membuat keputusan ekonomi (Apa, Berapa, Untuk Siapa,
Bagaimana) dalam pengeluaran barang.

3. Pilihan

Sama ada individu dan swasta mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan
terhadap barangan dan penggunaan tetap.
4. Penentu harga

Siapakah yang menentukan harga barangan, sama ada melalui interaksi pengguna dan
pengeluar atau kerajaan sahaja atau kedua-duanya.
5. Persaingan
Sama ada wujud persaingan ataupun tidak antara pengeluar.
6. Motif
Tujuan bagi barang dikeluarkan dan diagihkan, sama ada untuk mendapatkan
keuntungan maksimum atau mencapai kebajikan masyarakat atau kedua-duanya.

1. EKONOMI PASARAN BEBAS, EKONOMI PERANCANGAN PUSAT,
EKONOMI CAMPURAN, DAN EKONOMI ISLAM

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
1. Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa melibatkan sebarang campur tangan kerajaan.

2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran, sistem ekonomi kapitalis, sistem
mekanisme harga, sistem harga, dan sistem laissez faire.

3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini, ialah Amerika Syarikat.

Ciri :

Dimiliki oleh Pengeluar / Pengguna

Kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi

SISTEM EKONOMI Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak
KAPITALIS dikeluarkan. Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan.

Ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa
permintaan.

Pengeluar bebas bersaing.

Memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan kos.

KEBAIKAN
Dapat membuat keputusan dengan cepat
Semua keputusan ekonomi dapat dibuat melalui mekanisme harga. Harga pasaran akan naik
apabila wujud lebihan permintaan, manakala harga pasaran akan jatuh apabila wujud lebihan
penawaran.

Insentif bekerja
Oleh sebab semua keuntungan akan menjadi milik persendirian individu atau firma,
pengeluar akan bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua individu bebas mengumpul harta kekayaan
sebanyak mungkin.
Memandangkan sistem ekonomi pasaran bebas tidak melibatkan campur tangan kerajaan,
firma tidak perlu membayar cukai pendapatan dan cukai lain.

Insentif bekerja
Konsep kecekapan ekonomi merujuk kepada output maksimum yang dapat dikeluarkan
dengan menggunakan sumber atau input yag terhad. Memandangkan matlamat firma adalah
untuk memperoleh keuntungan maksimum, firma harus memastikan proses pengeluaran yang
dijalankan sentiasa berada pada tahap kecekapan yang tinggi.

Faedah persaingan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma bebas bersaing antara satu sama lain.
Sesungguhnya, persaingan yang sihat dapat menggalakkan inovasi, kemajuan teknologi dan
meningkatkan daya saing firma dalam pasaran.
Seterusnya, pengguna dapat mencapai tingkat kepuasan yang lebih tinggi melalui penawaran
pelbagai jenis barang oleh firma dalam pasaran.

KELEMAHAN
Pengabaian kebajikan masyarakat
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kebajikan masyarakat sering diabaikan kerana firma
hanya mementingkan keuntungan persendirian semata-mata. Tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat kurang diberi perhatian oleh firma. Contohnya, firma akan tetap menjual mercun
dan barang yang berbahaya kepada pengguna selagi barang tersebut mendapat permintaan
daripada pengguna.

Harga tidak stabil
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barang tidak dikawal oleh kerajaan. Sebaliknya,
harga barang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apabila
permintaan melebihi penawaran, harga akan naik. Sesungguhnya, kenaikan harga ini akan
membebankan pengguna yang berpendapatan rendah.
Beban pengguna akan menjadi semakin ketara jika barang yang mengalami kenaikan harga
merupakan barang keperluan yang penting kepada pengguna. Sebaliknya, jika penawaran
melebihi permintaan, harga pasaran akan jatuh. Keadaan ini akan menyukarkan para petani
yang terpaksa berhadapan dengan masalah keluaran pertanian yang sangat rendah.

Kekurangan pengeluaran barang sosial
Barang sosial ialah barang yang tidak boleh dikecualikan penggunaannya. Biasanya,
pengeluaran barang sosial bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan masyarakat dan
bukan untuk memaksimumkan keuntungan persendirian. Oleh itu, barang sosial kurang
dikeluarkan oleh sektor swasta. Contoh barang sosial ialah taman permainan kanak-kanak.

Eksternaliti negatif
Eksternaliti negatif ialah kesan luaran negatif yang timbul daripada perkembangan industri
yang tidak terkawal. Contoh eksternaliti negatif yang wujud daripada proses pengeluaran

firma ialah pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya, pencemaran yang berpunca daripada
pembuangan sisa dan bahan toksik yang mencemarkan persekitaran merupakan kos sosial
yang perlu ditanggung oleh masyarakat setempat.

Jurang agihan pendapatan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud jurang agihan pendapatan yang luas antara
golongan kaya dengan golongan miskin. Jurang agihan pendapatan yang luas ini boleh
menggugat keharmonian masyarakat. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada
pertumbuhan ekonomi negara.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan sepenuhnya dalam semua

kegiatan ekonomi.
2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat, sistem ekonomi arahan, sistem

ekonomi terancang, sistem ekonomi arahan kerajaan, dan sistem ekonomi kapitalis.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Persekutuan Rusia dan

Korea Utara.

Ciri :

Dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya

SISTEM EKONOMI Segala keputusan dibuat oleh kerajaan mengikut arahan unit perancang
PERANCANGAN PUSAT ekonomi

Pengeluar dan pengguna tidak mempunyai kebebasan, terbatas, dan
ditentukan oleh kerajaan dalam pemilihan barang (tidak mempunyai

banyak pilihan barang)

Ditetapkan oleh kerajaan, tiada kuasa permintaan dan penawaran

Tidak wujud persaingan

Memaksimumkan kebajikan rakyat

KEBAIKAN
Mengutamakan kebajikan masyarakat
Kerajaan akan mengutamakan tingkat kebajikan masyarakat dalam melaksanakan projek
pembangunannya. Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan, satu analisis kos dan
faedah akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengenal pasti kos yang akan dilibatkan dan
faedah yang akan diperoleh daripada pelaksanaan projek pembangunan berkenaan. Jika hasil
kajian menunjukkan kos sosial melebihi faedah sosial, projek tersebut tidak akan dijalankan.
Kerajaan hanya akan meneruskan sesuatu projek pembangunan sekiranya didapati kos sosial
yang akan dilibatkan adalah kurang daripada faedah sosial yang akan diperoleh.

Merapatkan jurang agihan pendapatan
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, jurang agihan pendapatan antara golongan kaya
dengan golongan miskin dapat dikurangkan. Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai
pendapatan yang bersifat progresif. Melalui sistem cukai pendapatan progresif, semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak cukai pendapatan yang perlu dibayar dan semakin rendah
pendapatan, semakin sedikit cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui cara ini, jurang
agihan pendapatan yang luas dalam kalangan ahli masyarakat dapat dikurangkan.

Peruntukan sumber yang cekap
Peruntukan sumber yang cekap berlaku apabila sumber pengeluaran digunakan untuk
mengeluarkan barang yang bukan bermotifkan keuntungan, tetapi bermotifkan kebajikan
masyarakat. Contohnya, tanah digunakan untuk membina sekolah, bukan untuk membina
hotel mewah.

Perancangan yang lebih teratur
Memandangkan semua kegiatan ekonomi telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan,
ekonomi dapat berkembang dengan lebih menyeluruh dan pesat. Melalui campur tangan
kerajaan, apa-apa kegiatan ekonomi yang tidak mencapai tahap piawai yang telah dirancang
dan diunjurkan akan disemak semula dan seterusnya, langkah-langkah pembetulan akan
diambil jika perlu.

Meningkatkan daya pengeluaran
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, sebarang penemuan teknik pengeluaran baru atau
inovasi daripada kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan tidak menjadi
milik firma secara individu. Sebaliknya, maklumat tersebut akan disebarkan seluas-luasnya.
Melalui cara ini, semua pengeluar dapat menikmati faedah daripada penemuan baru atau
inovasi tersebut. Kesannya, daya pengeluaran firma-firma, khususnya dan seluruh negara
akan meningkatkan secara amnya.

KEBURUKAN
Pengurusan yang tidak efisien
Dalam pentadbiran kerajaan, karenah birokrasi (red tape) sering melambatkan proses
pembuatan keputusan dan pelaksanaan urusan rasmi. Pekerja-pekerja dalam sektor awam
lazimnya kurang bermotivasi berbanding dengan pekerja-pekerja dala sektor swasta.
Kesannya, kos pengurusan akan meningkat dan pentadbiran menjadi tidak efisien.

Pilihan terhad
Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk
membeli barang yang diinginkan. Memandangkan pengguna terpaksa membeli barang yang
tidak disukai atau digemari oleh mereka, kepuasan pengguna tidak dapat dimaksimumkan.

Pembaziran sumber
Memandangkan kerajaan lebih mementingkan kebajikan pekerja, teknik pengeluaran
berintensifkan buruh akan digunakan. Dalam keadaan ini, pembaziran sumber mungkin
berlaku apabila terlalu ramai buruh digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran. Apabila
terlalu ramai buruh digunakan, daya pengeluaran akan semakin menurun sehingga
menimbulkan masalah pengangguran tidak ketara.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN
1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi

bersama-sama sektor swasta. Sistem ekonomi campuran boleh diamalkan sebagai
langkah untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua
sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.
2. Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan sistem ekonomi pasaran bebas dan
sistem ekonomi perancangan pusat.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia.

Ciri :

Sumber-sumber dimiliki oleh kerajaan dan firma

SISTEM EKONOMI Keputusan dibuat bersama oleh kerajaan dan firma
CAMPURAN
Pengguna bebas membuat pilihan, sesetengah barang dikawal oleh
kerajaan

Harga barang awam ditentukan kerajaan. Harga barang swasta
ditentukan mekanisme harga

Persaingan wujud antara firma

Pengguna memaksimumkan kepuasan, firma memaksimumkan
keuntungan, dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat

KEBAIKAN
Harga barang yang berpatutan
Walaupun harga barang ditentukan melalui mekanisme harga dalam pasaran, namun kerajaan
akan campur tangan untuk menentukan harga maksimum dan harga minimum terutamanya
bagi barang keperluan.

Membuat keputusan bersama
Dalam sistem ekonomi campuran, masalah asas ekonomi diselesaikan bersama-sama oleh
pihak swasta dan kerajaan. Kerajaan akan berusaha untuk melindungi kebajikan dan
kepentingan golongan miskin atau berpendapatan rendah.

Pengagihan pendapatan yang seimbang
Kerajaan akan campur tangan untuk menjamin pengagihan pendapatan yang seimbang dalam
kalangan ahli masyarakat dengan mengenakan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi
dan memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.

SISTEM EKONOMI ISLAM
1. Sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dijalankan mengikut syariat Islam.
2. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bebas daripada unsur riba dan bentuk

penindasan lain yang tidak dibenarkan oleh Islam.
3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam, ialah Kuwait, Iran, Iraq,

dan Arab Saudi.

Ciri :

Sumber-sumber adalah hak milik mutlak Allah, berdasarkan
hukum syarak

Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar tanpa melanggar
hukum syarak

SISTEM EKONOMI ISLAM Pengeluar dan pengguna bebas membuat pilihan terhadap
barangan yang halal

Ditentukan oleh interaksi antara pengguna dan pengeluar
melalui kuasa pasaran

Wujud persaingan sihat dan aktiviti ekonomi tidak melibatkan
riba dan faedah

Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

1.6.2 PASARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

Apa yang hendak dikeluarkan
1. Pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar
berdasarkan kuasa permintaan mereka.
2. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas atau kapitalis, pengguna dikatakan mempunyai

“kuasa besar pengguna”.
3. Firma akan mengeluarkan jenis barang yang diminta oleh pengguna.

Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar adalah bergantung kepada
kuasa permintaan terhadap sesuatu barang.
2. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu barang, semakin banyak barang tersebut
akan dikeluarkan. Ini kerana matlamat firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan.

Untuk siapa dikeluarkan
1. Oleh sebab matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, pengeluar
akan menjual barang kepada pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.
2. Biasanya, pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi ialah golongan kaya.

Oleh itu, firma akan mengeluarkan barang mewah yang biasanya digunakan oleh
golongan kaya, misalnya barang perhiasan yang sangat mahal. Sebaliknya, bagi
golongan yang kurang berkemampuan, firma akan menawarkan barang biasa sahaja.
3. Barang biasa dan barang sosial kurang dikeluarkan kerana pengeluaran barang
sebegini kurang menguntungkan.

Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Pengeluar mempunyai kebebasan untuk memilih teknik pengeluaran yang akan
digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang.
2. Jika kos menggunakan mesin lebih murah berbanding dengan kos upah, pengeluar
akan memilih teknik pengeluaran berintensifkan modal. Sebaliknya, jika kos
menggunakan mesin lebih mahal berbanding dengan kos upah, pengeluar akan
memilih teknik pengeluaran berintensifkan buruh.
3. Memandangkan matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, firma
akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.
4. Secara umum, firma di negara maju akan menggunakan teknik pengeluaran
berintensifkan modal, manakala di negara sedang membangun akan menggunakan
teknik pengeluaran berintensifkan buruh.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

Apa yang hendak dikeluarkan
1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan.
2. Barang dikeluarkan bukan untuk tujuan mengaut keuntungan, tetapi untuk tujuan
penggunaan bagi meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.
3. Oleh sebab semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah ditentukan
oleh kerajaan, pengguna tidak mempunyai sebarang pilihan terhadap barang-barang
yang ingin dibeli.
4. Kerajaan akan mengeluarkan barang yang dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat, bukan barang yang dapat memberi keuntungan semata-mata.

Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Keputusan mengenai jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada
keperluan masyarakat setempat.
2. Misalnya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah bagi menampung keperluan
penduduk yang semakin meningkat.

Untuk siapa dikeluarkan
1. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh semua
golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan renddah.
2. Sekiranya kerajaan merasakan harga barang yang dikenakan terlalu tinggi, kerajaan
akan melaksanakan dasar harga maksimum dan dasar kawalan harga terhadap barang
tertentu.
3. Kerajaan juga boleh melaksanakan dasar catuan untuk mengawal kuantiti barang yang
boleh dibeli pada sesuatu masa tertentu. Langkah ini adalah perlu bagi menstabilkan
harga pasaran.

Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran yang akan digunakan untuk
mengeluarkan sesuatu barang, iaitu sama ada berintensifkan buruh atau berintensifkan
modal.
2. Sekiranya ekonomi sedang mengalami masalah pengangguran, teknik pengeluaran
berintensifkan buruh akan digunakan.

3. Dalam menentukan kaedah pengeluaran yang akan digunakan, kriteria kos minimum
tidak dipentingkan. Sebaliknya, kebajikan pekerja lebih diutamakan.

4. Dalam usaha meningkatkan kebajikan pekerja, kerajaan akan melaksanakan dasar
upah minimum, skim perlindungan kemalangan, jaminan pendapatan selepas
persaraan dan sebagainya.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Apa yang hendak dikeluarkan
1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga dan
campur tangan pihak kerajaan.
2. Firma akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan
agar dapat memperoleh keuntungan yang maksimum.
3. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mampu
dikeluarkan oleh pihak swasta ataupun mengeluarkan barang yang tidak mencukupi

dalam pasaran.
4. Biasanya, kerajaan akan mengeluarkan barang sosial, manakala pihak swasta akan

mengeluarkan barang mewah yang lebih menguntungkan.
Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga.
2. Firma akan meningkatkan pengeluaran sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang

dan perkhidmatan meningkat dan sebaliknya.
3. Kerajaan akan mengeluarkan barang berdasarkan keperluan rakyat.
Untuk siapa dikeluarkan
1. Dalam sistem ekonomi campuran, masalah untuk siapa dikeluarkan juga diselesaikan

melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.
2. Pihak swasta akan menawarkan barang kepada pengguna yang mempunyai

kemampuan membayar yang tinggi.
3. Biasanya, pengguna daripada golongan berpendapatan tinggi mempunyai kemampuan

membayar yang tinggi. Oleh sebab golongan kaya lebih menggemari barang mewah,
firma akan mengeluarkan barang mewah untuk dijual kepada golongan kaya.
4. Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan barang awam bagi memenuhi keperluan
semua golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah.
Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Cara barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme
harga dan campur tangan kerajaan.
2. Firma akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap bagi meminimumkan kos
pengeluaran. Teknik pengeluaran yang dipilih oleh kerajaan pula bergantung pada kos
kebajikan. Jika matlamat kerajaan adalah untuk mengurangkan pengangguran, teknik
pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan.
3. Dalam sistem ekonomi campuran, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan
asas, kawasan perindustrian, dan kawasan perumahan bagi membantu firma
menjalankan kegiatan perniagaan.

SISTEM EKONOMI ISLAM

Apa yang hendak dikeluarkan

1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh pengguna dan kerajaan
berlandaskan hukum Islam.

Berapa yang hendak dikeluarkan
1. Jumlah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh
mekanisme harga dan kerajaan.

Untuk siapa dikeluarkan
1. Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk semua golongan
masyarakat secara keseluruhannya. Kepentingan individu dan orang awam tidak
dibezakan

Bagaimana hendak dikeluarkan
1. Dalam sistem ekonomi Islam, cara barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah
dengan menggunakan teknik yang dapat mengurangkan pembaziran sumber.


Click to View FlipBook Version