1
SHAHUL DANISH HARITH BIN
SHAHUL HAMID
Kelas : 5 Al Zahrawi
Alamat e-mail : [email protected]
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Masai
Alamat Sekolah : Jalan Bacang Utama, Taman
Kota Masai,81700 Pasir Gudang, Johor.
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL TAJUK 4
1 Pendahuluan 5
2 Biodata Tun Hussein Onn 7
3 Garis Masa 10
4 Pendidikan 11
5 Kerjaya 14
6 Sumbangan 18
7 Nilai Kepimpinan 19
8 Penutup 20
9 Rujukan
3
PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera, setinggi tinggi kesyukuran terhadap Illahi
dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan pembikinan buku skrap digital ini dengan
sempurna walaupun masih terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia
tidaklah menjejakan pembuatan projek ini.
Namun begitu saya tetap berusaha untuk mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan
ini dapat diselesaikan tepat pada masanya. Tugasan ini dapat diselesaikan atas usaha keras dan
juga bantuan daripada guru pembimbing saya. Di kesempatan ini, ingin saya zahirkan ucapan
ribuan terima kasih kepada guru pembimbing saya iaitu Cikgu Fadila Binti Ithnain kerana telah
banyak membantu dalam memberikan panduan tentang pelaksanaanya.
Sekian, terima kasih.
4
BIODATA TUN HUSSEIN ONN
NAMA : TUN HUSSEIN BIN DATO ONN
TARIKH LAHIR : 12 FEBRUARI 1922
TARIKH MENINGGAL DUNIA : 29 MEI 1990
TEMPAT LAHIR : JOHOR BAHRU, JOHOR
PASANGAN : TUN SUHAILAH BINTI MOHAMED NOAH
CAHAYA MATA : 6 ORANG ANAK,
2 LELAKI DAN 4 PEREMPUAN
PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH TELUK KURAU,
SINGAPURA
ENGLISH COLLEGE, JOHOR BAHRU
PERINGKAT SENIOR CAMBRIDGE
LINCOLN’S INN, LONDON
Gambar Tun Hussein Onn bersama Tun Suhailah
5
KERJAYA
MENYERTAI PASUKAN ASKAR TIMBALAN JOHOR (JMF) MENJADI ANGGOTA
PERISIKKAN DI INDIA
KOMANDAN DEPOT POLIS JOHOR BAHRU
PENOLONG PEGAWAI PENTADBIR
PEGAWAI DAERAH
KETUA PEMUDA UMNO
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
AHLI MAJLIS UNDANGAN NEGERI JOHOR
AHLI JAWATANKUASA KERJA UMNO
MENTERI PELAJARAN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
TIMBALAN PERDANA MENTERI
PERDANA MENTERI
GELARAN : BAPA PERPADUAN
Gambar Tun Hussein Onn bersama Tun Abdul Razak
6
GARIS MASA
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942: Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
1945: Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946: Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO.
1950: Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama, juga
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951: Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of
Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958: Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964: Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang
DiPertua UMNO
7
1969: Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertiggi
UMNO) pada Jun.
1970: Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972: Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973: Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis
Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
1976 : Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak.
Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978: Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
Logo Parti UMNO yang lama
8
1981: Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO
sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh
Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.
1990: Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat
kerana serangan sakit jantung.
Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Dato Sri Hishamuddin Hussein menziarahi makam ayahandanya di Makam
Pahlawan Masjid Negara
9
PENDIDIKAN
Tun Hussein Onn memulakan awal persekolahan di Sekolah Rendah Telok Kurau di
Singapura. Kemudian, apabila melangkah ke sekolah menengah, beliau bersekolah di English
College atau kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar yang terletak di Johor Bahru.
Selepas tamat sesi persekolahan, Tun Hussein Onn menyambung pelajarannya di peringkat
senior Cambridge tetapi tidak dapat menamatkan pengajiannya apabila Perang Dunia ke 2
meletus. Setelah itu, beliau pun pulang ke Tanah Melayu bagi menyertai pasukan ketenteraan.
Namun setelah beberapa tahun berada di kancah ketenteraan dan politik, beliau membuat
keputusan untuk bersara dan menyambung pengajiannya di Lincoln’s Inn, London dalam
jurusan undang-undang. Beliau telah berjaya lulus pada peperiksaan akhir dan ini menjadikan
beliau sebagai seorang peguam pada tahun 1958.
Gambar Sekolah Rendah Telok Kurau di Singapura
10
KERJAYA
Setelah Tun Hussein Onn terpaksa pulang ke Tanah Melayu disebabkan peperangan dunia ke
2, beliau pun menyertai pasukan ketenteraan iaitu Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Beliau telah di hantar ke Maktab Tentera Sanders di India untuk menjalani Latihan professional.
Disebabkan ketangkasan dan kecerdasan yang dimiliki olehnya, beliau telah dilantik sebagai
anggota perisikan di India untuk beberapa tahun. Beliau pulang semula ke Tanah Melayu
setelah tamat tugas di luar negara.
Beliau memulakan kerjaya di Tanah Melayu dengan dilantik sebagai Komandan Depot Polis di
Johor Bahru selama 6 bulan sahaja. Kemudian, Tun Hussein Onn menyertai Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu dan dilantik sebagai penolong pegawai pentadbir di Segamat, Johor.
Kemudian, beliau ditugaskan sebagai pegawai daerah di Klang dan Kuala Selangor.
Pada tahun 1946, beliau mula menyertai parti politik yang ditubuhkan oleh ayahnya sendiri iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Setelah 3 tahun menyertai UMNO, beliau
menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang pertama. Setahun selepas itu, beliau
dinaikkan pangkat sebagai setiausaha agung dan menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor
dan Majlis Undangan Persekutuan.
Pada tahun 1951, beliau mengikut jejak ayahnya iaitu Dato Onn Jaafar untuk keluar daripada
parti politik UMNO. Dato Onn Jaafar membuat keputusan untuk membentuk sebuah lagi parti
politik yang baharu dan dinamakan sebagai Independent of Malaya Party (IMP). Oleh itu, beliau
11
pun turut sama menyertainya. Setelah beberapa tahun penubuhan IMP, akhirnya parti tersebut
dibubarkan. Beliau membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di London.
Pada tahun 1958, beliau telah berjaya menjadi seorang peguam yang bertauliah. 6 tahun selepas
itu, atas desakan Yang Di-Pertua UMNO Tun Abdul Razak, beliau menyertai semula parti
politik UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Kerja UMNO.
Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 lalu dilantik sebagai
Menteri Pelajaran. Kenaikan pangkatnya berterusan apabila mewarisi jawatan Timbalan
Perdana Menteri yang meninggal dunia Ketika itu iaitu Tun Dr Ismail pada tahun 1973. Pada
tahun 1976 pula, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat apabila Perdana Menteri Malaysia yang
ke 2 iaitu Tun Abdul Razak meninggal dunia. Beliau hanya memegang jawatan sebagai Perdana
Menteri selama 5 tahun sehingga 1981 sebelum melepaskannya kepada Tun Dr Mahathir.
Gambar Tun Hussein Onn bersama Tun Mahathir
12
SUMBANGAN
BIDANG KESELAMATAN
Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 iaitu Tun Hussein Onn mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang ketenteraan. Oleh yang demikian, kepakarannya itu digunakan dalam bidang hal
ehwal keselamatan. Jadi, tidak hairanlah semasa pemerintahan beliau, Malaysia aman dan damai
daripada ancaman komunis serta pengganas.
Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan
apatah lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya
kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.
Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan
dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan
menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.
Tun Hussein Onn dengan uniform tentera suatu ketika dahulu
13
Sambungan
Selain itu, beliau juga sangat mengambil berat akan ekonomi rakyatnya sendiri. Pelbagai pelan
dan rancangan yang dilakukan olehnya bagi memastikan setiap kaum mempunyai ekonomi yang
mantap. Pada tahun 1981 sebelum beliau bersara, beliau sempat melancarkan Skim Amanah
Saham Nasional yang kini masih berjalan sehingga hari ini. Kewujudan skim ini sedikit sebanyak
membantu meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Beliau telah digelar sebagai ‘Bapa Perpaduan’ oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau amat
mementingkan semangat perpaduan tidak kira bangsa mahupun agama. Beliau menganggap
apabila semua bangsa bersatu padu, negara akan kekal makmur. Selama beliau menjadi Menteri
dan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah berjaya menyemai semangat bersatu padu dalam
stigma bermasyarakat.
BIDANG POLITIK
Beliau telah menabur jasa dan bakti dalam parti UMNO. Pada tahun 1977, krisis melanda
Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri
Besar Kelantan. UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan
krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa
kepada keadaan huru hara, Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut.
Dalam bulan Mac 1978, satu pilihan raya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan
kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.
14
Dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang bermanifesto
“A man whom you can trust” (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan 131
kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan
Negeri.
Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa
tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu
beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki
terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.
Bagi kemajuan parti, Tun Hussein telah melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada bulan
Mei 1977. Koperasi ini menerima keahlian daripada kalangan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu
umumnya dengan tujuan memesatkan lagi penyertaan orang-orang Melayu dalam ekonomi.
Setelah memangku jawatan Presiden selama dua tahun, Tun Hussein Onn dipilih menjadi
Presiden UMNO yang ke-4 dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam tahun 1978. Beliau telah
menewaskan penentangnya, Tuan Haji Sulaiman Palestin dengan memperolehi majoriti yang
besar.
15
BIDANG KESIHATAN
Selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, jasa beliau tidak terhenti di situ. Beliau
terus melakukan kebajikan dengan memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata
Tun Hussein Onn atau sekarang dikenali dengan THONEH. Adanya hospital sebegini yang
memberikan kos rawatan rendah dapat menyelesaikan masalah rakyat yang mengalami masalah
mata. Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institusi Kajian Strategik Dan
Antarabangsa (ISIS) dan pernah dilantik sebagai penasihat syarikat minyak terbesar di Malaysia
iaitu PETRONAS.
Gambar dari hadapan THONEH
16
BIDANG EKONOMI
Ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal
keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Selain itu, beliau
juga sangat mengambil berat akan ekonomi rakyatnya sendiri.
Pelbagai pelan dan rancangan yang dilakukan oleh nya bagi memastikan setiap kaum mempunyai
ekonomi yang mantap. Pada tahun 1981 sebelum beliau bersara, beliau sempat melancarkan Skim
Amanah Saham Nasional yang kini masih berfungsi sehingga hari ini. Kewujudan skim ini sedikit
sebanyak membantu meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981.
Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia
dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosioekonomi rakyat adalah:
menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain
dalam Malaysia
mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan
dalam negeri
meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
memastikan pembangunan industri
Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58%
daripada jumlah ini dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.
17
NILAI KEPIMPINAN
Tun Hussein Onn sentiasa mengikut corak langkah ayahnya iaitu allahyarham Dato Onn Jaafar
dengan sikap lemah lembutnya. Akan tetapi dalam sifatnya yang sebegitu, masih ada sifat tegas
dalam dirinya dan sangat menitik beratkan aspek disiplin dalam menjalankan tugas seharian.
Tidak hairanlah jika Tun Hussein Onn memiliki disiplin yang sangat tinggi kerana beliau telah
menyertai pasukan ketenteraan sejak usia muda lagi.
Sikap berdisiplin perlu dididik dalam diri setiap mayarakat terutamanya generasi kini kerana
merekalah calon pemimpin pada masa yang akan datang. Ibu bapa merupakan individu yang
bertanggungjawab dalam mencorak anak-anak sejak dari kecil lagi.
Selain itu, generasi kini perlu mempunyai sikap ketegasan seperti Tun Hussein Onn agar orang
lain tidak boleh mengambil kesempatan terhadap diri kita. Akan tetapi, dalam ketegasan pun, kita
masih perlu mempunyai sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.
Seterusnya, dalam kepimpinan Tun Hussein Onn, beliau turut lantang bersuara terutamanya
ketika bersidang di dalam parlimen. Beliau berani bersuara di khayalak ramai tanpa segan silu
kerana beliau sedar bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam
membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.
Akhir sekali, pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang sangat menghargai masa. Anda akan
menjadi seorang yang berdisiplin apabila anda menepati masa. Tun Hussein tidak pernah lewat
sekiranya menghadiri parlimen atau majlis kerana beliau sangat menghargai masa.
18
PENUTUP
Sebagai penutup wacana ini, dapat disimpulkan bahawa pelbagai teladan dapat diperoleh
daripada kisah hidup mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 ini iaitu Tun Hussein bin
Dato Jaafar Onn. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang hebat
dan disegani ramai kerana sifat keperibadiannya. Ramai pemimpin di luar negara yang pernah
bekerjasama dengan Tun Hussein Onn sangat senang terhadap beliau.
Beliau juga adalah pemimpin yang bijak dan amat berhati-hati apabila membuat keputusan
yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau tidak mahu disebabkan dirinya negara menerima
kesan buruk. Selain itu, beliau merupakan satu satunya pemimpin di Malaysia yang
memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan
dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa
dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk
semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat
Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram
pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi.
Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr.
Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu. Sebagai rakyat Malaysia
yang mempunyai sikap patriotisme, janganlah kita melupakan jasa dan pengorbanan beliau
terhadap negara. Tanpa beliau mungkin kita tidak dapat hidup dengan tenteram pada hari ini
19
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://en.wikipedia.org/wiki/Suhailah_Noah
https://pt.slideshare.net/layyinulharir184/kumpulan-4-tun-hussien-onn
https://www.youtube.com/watch?v=d0PfkbrU_Fg
https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tun-hussein-bin-dato-onn
20