The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yulhr72, 2021-08-25 00:18:18

Kertas Cdgn Teraju NMO 250821

Kertas Cdgn Teraju NMO 250821

KERTAS CADANGAN

UNTUK

PERMOHONAN

DANA KEMAKMURAN
BUMIPUTERA

DIBAWAH

TERAJU

CADANGAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN KILANG
BAHARU DAN PEMBELIAN SISTEM PENGELUARAN

PERABOT BERASASKAN BESI OTOMATIK UNTUK KERJA-
KERJA PEMBUATAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN DAN

PEMASANGAN SISTEM PERABOT BINA DALAM DAN
PERABOT TERLERAI.

OLEH:

N-MO SDN BHD

NO. 169, LOT 263, TINGKAT 2
WISMA BIDAR, JALAN SATOK

93400 KUCHING, SARAWAK

TEL: 082-412107
FAKS: 082-251808

1

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PERKARA 3
3
1.0 LATARBELAKANG SYARIKAT 3
2.0 OBJEKTIF 4
3.0 JUSTIFIKASI CADANGAN PROJEK 7
4.0 PELAKSANAAN PROJEK 8
5.0 ANGGARAN KOS 8
6.0 KESIMPULAN
7.0 PERSETUJUAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

2

1.0 LATARBELAKANG SYARIKAT

N-MO Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan
pada 1989 dan telah bergiat secara aktif sejak tahun 1991 dalam bidang
pembuatan perabot berasaskan besi dan telah mengembangkan operasinya
dengan menceburi bidang kejuruteraan awam pada tahun 2005. Mempunyai
alamat berdaftar di No. 169, Lot 263, Tingkat 2, Wisma Bidar, Jalan Satok,
93400 Kuching, Sarawak, N-MO Sdn Bhd telah berdaftar dengan
Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Pusat Khidmat Kontraktor Kelas A dan
CIDB Gred 7. Selain daripada itu, N-MO Sdn Bhd juga telah dipilih dalam
program TERAS, Jabatan Perdana Menteri dengan mendapat penarafan 4
bintang.

Syarikat N-MO Sdn Bhd mempunyai tenaga kerja seramai lebih-kurang
25 orang yang semuanya adalah bumiputera dan mempunyai bangunan kilang
sendiri di atas tanah yang berkeluasan lebih-kurang 1 ekar yang berupaya
mengeluarkan produk perabot berasaskan besi yang bermutu tinggi dengan
keupayaan pengeluaran yang tinggi di samping menjalankan kerja-kerja
kejuruteraan awam dan bangunan. Untuk aktiviti pengilangan dan kerja-kerja
kejuruteraan awam ini, pihak N-MO Sdn Bhd telah dan sedang dilaksanakan
menggunakan sistem pengurusan kualiti yang mendapat pengitirafan MS ISO
9001:2015.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama kertas cadangan ini ialah untuk mendapatkan bantuan
dana dari pihak Kerajaan Malaysia menerusi Teraju Sarawak untuk membina
bangunan kilang baharu dan membeli peralatan mesin pengeluaran dan
peralatan sokongan.

3.0 JUSTIFIKASI CADANGAN PROJEK

Justifikasi untuk cadangan projek ini boleh dibahagikan kepada beberapa
perkara:

1. Permintaan Produk Baru

Produk baru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan
prestasi jualan sesebuah syarikat. Perkara ini ditambah lagi dengan rekabentuk
yang terkini dan penggunaan bahan yang lebih mesra alam akan menjadi arah
tuju industri pembuatan perabot pada masa sekarang dan juga pada masa
akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat telah mengambil inisiatif
dalam memantapkan lagi sistem dan aktiviti pengeluaran dengan melabur
dalam projek ini agar syarikat tidak ketinggalan dari segi teknologi pengeluaran
dan seterus meningkatkan prestasi jualan di samping mengambil peluang yang
telah ditawarkan oleh pihak kerajaan.

3

2. Persaingan

Bangunan kilang baharu dan sistem peralatan pengeluaran yang baru ini,
selain daripada meningkatkan kecekapan pengeluaran ianya juga dapat
memberikan kelebihan kepada syarikat untuk bersaing dengan syarikat lain
dari segi kualiti, jangkamasa pengeluaran dan kos harga pengeluaran dan
jualan.

3. Penyelenggaraan bagunan kilang dan peralatan yang lebih mudah dan
ekonomik.

Dengan adanya bangunan kilang yang baru dan juga mesin-mesin
pengeluaran yang baru maka kerja-kerja peyelenggaraan dan pembaikian
bangunan kilang dan peralatan pengeluaran dapat dilaksanakan dengan lebih
cekap dan ekonomik.

4. Lain-lain

Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan diatas, pihak syarikat juga
beriltizam untuk terlibat secara langsung perkembangan industri perkilangan di
kalangan bumiputera di Sarawak dan membantu dalam penyediaan peluang
pekerjaan di kalangan penduudk tempatan.

4.0 PELAKSANAAN PROJEK

Syarikat N-MO Sdn Bhd merupakan antara syarikat terawal yang terlibat
dengan aktiviti pembuatan, pembekalan dan pemasangan sistem perabot bina
dalam dan perabot terlerai di negeri Sarawak. Antara pelanggan utama syarikat
adalah agensi-agensi kerajaan persekutuan seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia serta jabatan-jabatan
persekutuan, institusi pengajian tinggi awam seperti UNIMAS, UPM Kampus
Bintulu, PPKS dan badan-badan berkanun.

Projek ini akan dilaksanakan dalam TIGA (3) bahagian utama iaitu:

1. Pembinaan Bangunan Kilang Baharu
2. Pembelian Peralatan Mesin Pengeluaran Utama
3. Pembelian Peralatan Sokongan

3.1 Pembinaan Bangunan Kilang Baharu

Perkara ini akan melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan kilang yang
baru di tapak yang baru. Komponen-komponen yang terlibat adalah seperti
berikut:

a. Pembinaan struktur bangunan klang seperti idinding, lantai, pintu, atap
dan pancur

4

b. Kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian elektrik, sistem lampu dan
perpaipan yang baru termasuk pemasangan sistem pencegahan
kebakaran

c. Kerja-kerja pemasangan sistem integrasi pengumpulan bahan sisa.
d. Kerja-kerja pemasangan sistem Kebuk Kemasiapan

3.2 Pembelian Peralatan Mesin Pengeluaran Utama
Perkara ini akan melibatkan pembelian dan pemasangan mesin-mesin
seperti berikut:
(a) LVD CNC Laser Cutting Maching (LVD - XXX)
(B) LVD Auto Line Edge Banding Maching (LVD - XXX)
(C) LVD Auto Conveyor (LVD- XXX)
(D) LVD Robotic Welding Machine (LVD- XXXs)
(E) LVD Auto Bending Machine - Automatic Feeding (LVD XXX)
(F) LVD Drilling Machine - Automatic Feeding (LVD 6042)

3.3 Pembelian Peralatan Sokongan
Perkara ini akan melibatkanpembelian dan pemasangan mesin-mesin
seperti berikut:
a. Forklift 5 tan
b. Lori 10 tan
c. Van 12-seater
d. Kereta pacuan 4 roda

Projek ini dirancang untuk dimulakan pada suku pertama tahun 2022 dan dianggar
akan mengambil masa selama lebih-kurang lapan (8) bulan. Dengan siapnya
projek ini nanti, ianya diharap akan dapat meningkatkan pengeluaran syarikat
sebanyak lebih-kurang 40 peratus.
Gunatenaga sedia ada seramai 25 orang pula dijangka akan bertambah sebanyak
20 peratus iaitu tambahan seramai 30 orang yang mana sebahagiannya iaitu 15
orang akan melibatkan tenaga kerja mahir termasuk pemandu jentera.

5

5.0 ANGGARAN KOS

ANGGARAN KOS KESELURUHAN CADANGAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN
KILANG BAHARU, SISTEM PENGELUARAN PERABOT OTOMATIK DAN PERALATAN
SOKONGAN UNTUK KERJA-KERJA PEMBUATAN, PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN
SISTEM PERABOT BINA DALAM DAN BERABOT TERLERAI BERASASKAN BESI

BIL JENIS HARGA (RM)
2,000,000.00
1 BANGUNAN KILANG BARU 145,600.00
2 OTHERS : 110,500.00
200,400.00
(a) M&E
(b) SPRINKLER SYSTEM 1,200,000.00
(c) INFRA WORKS
3 MACHINERIES 130,500.00
(a) LVD CNC Laser Cutting Maching (LVD - XXX) 150,500.00
(b) LVD Auto Line Edge Banding Maching (LVD - XXX) 70,000.00
(c) LVD Auto Conveyor (LVD- XXX) 125,000.00
(d) LVD Robotic Welding Machine (LVD- XXXs)
(e) LVD Auto Bending Machine - Automatic Feeding (LVD XXX) 90,500.00
(f) LVD Drilling Machine - Automatic Feeding (LVD 6042) 110,000.00
4 LORRY
(a) NISSAN DIESEL 4X2 4,333,000.00
(b) NISSAN DIESEL 6X2
5 FORKLIFT
(a) TOYOTA 2.5 TON
(b) TOYOTA 4.5 TON
6 VAN
(a) TOYOTA HIACE 3.0
7 PICK-UP
(a) TOYOTA HILUX AUTO

JUMLAH

6

6.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan agar usaha murni ini dipermudahkan dan mendapat
keberkatan dari Illahi serta memberikan banyak manafaat kepada semua pihak
yang terlibat. Kami mohon mencadangkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. ……………………………………….

WABILLAHHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMMUALAIKUM
WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH.
SEKIAN. TERIMA KASIH

7.0 PERSETUJUAN

CADANGAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN KILANG BAHARU, SISTEM PENGELUARAN
PERABOT OTOMATIK DAN PERALATAN SOKONGAN UNTUK PROJEK PEMBUATAN,
PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN SISTEM PERABOT BINA DALAM DAN PERABOT TERLERAI

1. - SETUJU

2. - TIDAK SETUJU

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Tandatangan :…………………………………………….. Cop:
Nama Penuh :……………………………………………..
Jawatan :……………………………………………..

7

RINGKASAN EKSEKUTIF

N-MO Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang ditubuhkan pada 1989 dan telah bergiat
secara aktif sejak tahun 1991 dalam bidang pembuatan perabot dan telah mengembangkan operasinya
dengan menceburi bidang kejuruteraan awam pada tahun 2005. Mempunyai alamat berdaftar di No. 169,
Lot 263, Tingkat 2, Wisma Bidar, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak, N-MO Sdn Bhd telah berdaftar
dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan di bawah Gred 7 (Bumiputera) dan juga
dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G7. Selain
daripada itu, pihak kami juga berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (FFO) dan telah
dianugerahkan dengan kontrak pusat untuk pembuatan dan pembekalan perabot berasaskan besi untuk
semua agensi persekutuan di Sarawak.
Dengan infrastruktur, kemudahan dan pengalaman yang ada serta bantuan dana dari pihak Teraju, N-
MO Sdn Bhd telah merancang projek menaiktaraf kilang dan mesin-mesin pengeluaran untuk
memantapkan lagi operasi pengilangan syarikat untuk menghadapi persaingan dan memenuhi keperluan
pasaran sedia ada syarikat di samping pasaran baru. Projek ini akan dilaksanakan dalam TIGA (3)
bahagian utama iaitu:

1. Pembinaan Bangunan Kilang Baharu
2. Pembelian Peralatan Mesin Pengeluaran Utama
3. Pembelian Peralatan Sokongan
Kos yang terlibat dalam projek ini dianggarkan sebanyak RM 4,333,000.00 dan dijangka akan dibiayai
dengan menggunakan dana dalaman syarikat dan pinjaman dari institusi kewangan. Projek ini dirancang
untuk dimulakan pada suku pertama tahun 2022 dan dianggar akan mengambil masa selama lebih-
kurang lapan (8) bulan. Dengan siapnya projek ini nanti, ianya diharap akan dapat meningkatkan
pengeluaran syarikat sebanyak lebih-kurang 40 peratus manakala gunatenaga sedia ada seramai 25
orang pula dijangka akan bertambah sebanyak 20 peratus yang mana sebahagiannya akan melibatkan
tenaga kerja mahir.
Adalah diharapkan agar usaha murni ini dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari Illahi serta
memberikan banyak manafaat kepada pihak syarikat dan juga penduduk setempat sebagai memberi
peluang pekerjaan kepada mereka, insyaAllah.

SEKIAN, WASSALAM.

8


Click to View FlipBook Version