The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiambangmewah.sdnbhd, 2019-11-28 22:41:51

Profail Koperasi Perpaduan Islam Perak Berhad

Profail Koperasi V3

Keywords: profail koperasi

KOPERASI PERPADUAN ISLAM PERAK BERHAD

(No Pendaftaran Koperasi: A-4-0922)

Alamat:
No 50 A Tingkat 1,
Persiaran Dataran 4,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel/Fax: +6 05 371 1059

Laman Web: http://www.kpipb.com

Facebook Page: https://www.facebook.com/kpiperak

Email: [email protected]

KANDUNGAN PROFAIL

KATA ALUAN PENGERUSI................................................................................................................................................... 3
DARI MEJA TIMBALAN PENGERUSI.................................................................................................................................... 4
TENTANG KAMI.................................................................................................................................................................. 5

LATAR BELAKANG .......................................................................................................................................................... 5
OBJEKTIF ........................................................................................................................................................................ 5
WAWASAN KOPERASI........................................................................................................................................................ 6
VISI ................................................................................................................................................................................. 6
MISI ................................................................................................................................................................................ 6
MOTTO KOPERASI.......................................................................................................................................................... 6
BUTIRAN KOPERASI............................................................................................................................................................ 7
SENARAI AHLI LEMBAGA ................................................................................................................................................... 8
Ahli Jawatankuasa.......................................................................................................................................................... 8
Ahli Jawatankuasa (sambungan) ................................................................................................................................... 9
JURUAUDIT DALAMAN ...................................................................................................................................................... 9
CARTA ORGANISASI ......................................................................................................................................................... 10
UNIT HARTANAH.............................................................................................................................................................. 11
Perkhidmatan Yang Ditawarkan .................................................................................................................................. 12
UNIT DAGANG & PEMASARAN ........................................................................................................................................ 13
PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN ...................................................................................... 13
STRATEGI PERNIAGAAN................................................................................................................................................... 14
Strategi Pertama - “Differentiation”............................................................................................................................ 14
Strategi Kedua - “Cost Leadership”.............................................................................................................................. 14
RAKAN STRATEGIK ........................................................................................................................................................... 15
PENUTUP.......................................................................................................................................................................... 16
FALSAFAH KOPERASI.................................................................................................................................................... 16

i) Sosial .............................................................................................................................................................. 16
ii) Ekonomi.......................................................................................................................................................... 16
iii) Budaya........................................................................................................................................................ 16

KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota Lembaga
KPIPB di atas kegigihan dan kesungguhan dalam memastikan koperasi ini terus maju dan sentiasa
berdaya saing.

Pengalaman saya sepanjang berkecimpung di dalam dunia korporat dan dunia koperasi selama
lebih 7 tahun ini diharap dapat membantu KPIPB melangkah ke arah yang lebih tinggi. Disertakan
dengan pengalaman saya menerajui beberapa pertubuhan bukan kerajaan maka saya yakin
KPIPB juga mampu muncul sebagai antara koperasi terbaik di dalam Negeri ini suatu hari nanti.

Perniagaan yang dijalankan KPIPB berasaskan Hartanah dan juga Teknologi Maklumat telah
menyakinkan saya bahawa KPIPB berada di landasan yang betul dan tepat untuk mengecapi
kejayaan. Ini kerana industri yang diceburi oleh KPIPB merupakan industri yang amat berdaya
saing dan pulangan yang bakal diperolehi adalah cukup baik. Pengalaman saya sendiri di dalam
bidang Teknologi Maklumat ini amat mengujakan apatah lagi saya sendiri telah menyaksikan
bagaimana teknologi yang digunapakai di luar Negara dalam pengurusan koperasi ini mampu
memberikan pulangan yang lumayan kepada para pengusaha.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada golongan muda yang ingin menggembleng tenaga
di dalam industri yang sangat diperlukan di negara ini

Akhir kata, saya amat berbesar hati untuk sama-sama menyumbang idea dan pendapat dalam
memajukan KPIPB. Dengan harapan agar KPIPB benar-benar mampu menjadi wadah perjuangan
ekonomi untuk orang-orang Melayu – Islam di negara ini terutamanya untuk generasi muda agar
dapat bersatu membina ekonomi bersama.

Sekian, Terima Kasih

AZMI BIN MURID
Pengerusi

3

DARI MEJA TIMBALAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberikan penghargaan untuk menukilkan sedikit ucapan di
dalam buku profil Koperasi Perpaduan Islam Perak Berhad (“KPIPB”) ini. Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota Lembaga KPIPB di atas
kegigihan dan kesungguhan dalam memastikan koperasi ini terus maju dan berdaya saing.
Sudah tiba masanya aktiviti-aktiviti perniagaan koperasi yang bersifat tradisional perlu
ditransformasikan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan baru yang lebih luas pasarannya, releven
dengan keadaan semasa,berisiko rendah dan mendatangkan pulangan yang tinggi. Sektor
Hartanah dan Teknologi Maklumat misalnya, amat wajar diterokai kerana masih kurang
Bumiputera dan koperasi terlibat dalam bidangkan ini sedangkan ianya menjadi satu keperluan
dalam dunia kehidupan masa kini.
Suatu fakta yang menarik, koperasi berjaya bertaraf dunia, anggota-anggotanya lebih sejahtera
dan mampu bersaing menghadapi globalisasi.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Koperasi
Perpaduan Islam Perak Berhad dalam usaha membangunkan perniagaan berasaskan industri
Hartanah dan Teknologi Maklumat. Semoga usaha ini menyumbang kepada pembangunan dan
kemajuan gerakan koperasi yang lebih baik di masa akan datang.
Sekian, Terima Kasih

ZULHAMZI BIN MOKHTAR
Timbalan Pengerusi

4

TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG

Koperasi Perpaduan Islam Perak Berhad, atau lebih dikenali sebagai KPIPB, adalah sebuah
koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 28 Febuari 2012 bernombor pendaftaran A-4-0922
dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-
prinsip koperasi.

Sejak ditubuhkan, KPIPB telah melalui beberapa proses percubaan untuk mencari dan
memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhannya.

Selama hampir 8 tahun usia penubuhan, kini KPIPB mula mengorak langkah untuk memajukan
aktiviti perniagaan di dalam industri Hartanah dan Teknologi Maklumat. Ini bersesuaian dengan
Fungsi Utama KPIPB itu sendiri iaitu menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan Perkhidmatan
dan Peruncitan.

Berbekalankan pengalaman Ahli Lembaga Koperasi yang terdiri dari usahawan tempatan diharap
dapat menyuntik nafas baru dan terus memacu KPIPB ke tahap yang lebih baik.

OBJEKTIF

Objektif utama penubuhan KOPERASI PERPADUAN ISLAM PERAK BERHAD ialah untuk
mengembeling modal dan tenaga usahawan muslim bagi memenuhi keperluan bersama
meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan para anggota. Objektif penubuhan koperasi juga
bermatlamat untuk menyediakan kemudahan menyimpan bagi menggalakkan anggota menabung
serta berjimat cermat. Bagi memaksimumkan pulangan kepada para anggota, Koperasi telah
mempelbagaikan aktiviti. Ini termasuklah dengan menceburi perniagaan bidang Teknologi
Maklumat dan Hartanah. Aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan anggota turut diberi penekanan.

Objektif Koperasi dapat diringkaskan seperti berikut :-

- Meningkatkan kebajikan anggota melalui aktiviti yang dijalankan.
- Mengurus kepentingan ekonomi anggota dengan cekap, berkesan dan berwawasan

mengikut undang–undang dan peraturan.
- Meningkatkan pulangan kepada pelaburan anggota.
- Meningkatkan nilai aset koperasi dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dengan

risiko yang minimum.

5

WAWASAN KOPERASI

VISI

Menjadikan KOPERASI PERPADUAN ISLAM PERAK BERHAD antara Koperasi yang maju dan
terbaik di Negeri Perak dan Malaysia dengan menekankan kepada memenuhi keperluan dan
matlamat anggota–anggotanya berasaskan prinsip–prinsip dan nilai–nilai islam.

KPIPB berhasrat menjadi koperasi yang berasaskan pembangunan hartanah dan Teknologi
Maklumat untuk memajukan kesejahteraan anggota khususnya dan masyarakat umumnya.
Dengan pengelolaan organisasi serta usaha berdikari, terbuka, kukuh, berkembang, profesional
dan diyakini sehingga mampu mengembangkan usaha perpaduan ummah dan jatidiri yang di
dalamnya memupuk semangat secara adil serta berperanan sebagai gerakan koperasi untuk
menyumbang kepada faktor perekonomian setempat serta peringkat nasional melalui Ekonomi
Rakyat dalam rangka mewujudkan masyarakat yang maju, adil dan makmur.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota tanpa ada pilih kasih dan kompromi
dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota.

Visi dan Misi telah diperhalusi dengan terperinci. Semuanya adalah sia-sia tanpa sokongan
perilaku yang bersesuaian iaitu dengan mengamalkan budaya yang positif. Kami percaya dengan
mengamalkan sifat-sifat berikut serta nilai dan sikap yang positif, kami akan sama-sama mencapai
matlamat koperasi :-

- Pemikiran Berkualiti
- Berlandaskan Keputusan
- Kepimpinan
- Profesionalisme
- Mengutamakan Pelanggan
- Komunikasi
- Kerja Berpasukan

MOTTO KOPERASI

Ukhwah Teguh, Ekonomi Ummah Kukuh.

6

BUTIRAN KOPERASI : Koperasi Perpaduan Islam Perak Berhad
: A-4-0922
Nama Koperasi : 28 Febuari 2012
Nombor Pendaftaran SKM : No 50 A Tingkat 1,
Tarikh Pendaftaran
Alamat Ibu Pejabat Persiaran Dataran 4,
32610 Seri Iskandar, Perak
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad,
08086010027124 / Akaun Semasa
Ground Floor No. 21 & 22 Persiaran SIBC 2 32610
Bandar Seri Iskandar Perak

7

SENARAI AHLI LEMBAGA

Sesi 2019/2020

Pengerusi : Azmi bin Murid
Email : [email protected]
Portfolio : Ketua Biro Teknologi Maklumat Dan Diplomatik Korporat

Timbalan Pengerusi : Zulhamzi bin Mohktar
Email : [email protected]
Portfolio : Ketua Biro Multimedia, Pinjaman Dan Geran

Setiausaha : Mohd Azrien bin Mohd Salleh
Email : [email protected]
Portfolio : Ketua Biro Tadbir Korporat

Bendahari : Syed Zahari bin Syed Harun
Email : [email protected]
Portfolio : Ketua Biro Kewangan Korporat

Ahli Jawatankuasa

Email : Cik Nuramira binti Ab. Razak
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Bantuan Kewangan (ebanker) dan Perakaunan

Email : En. Ishak bin Saari
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Agama, Kebajikan, Sosial Dan Khairat Kematian

Email : En. Khayru Ed Adnan bin Din
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Sumber Manusia Dan Keanggotaan

Email : En. Roslan bin Ahmad
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi Korporat

Email : En. Amerul Syafiq bin Ramli
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Pembangunan Perindustrian Dan Perkilangan

Email : Puan Maizatul Akma bt Baharudin
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Pendidikan, Penyelidikan Dan Penerbitan

8

Ahli Jawatankuasa (sambungan)

Email : Puan Rafidah binti Yahya
Portfolio : [email protected]
: Ketua Biro Pemasaran dan Promosi
Email
Portfolio : En. Khairun Anuar bin Abd. Rashid
: [email protected]
: Ketua Biro Pembangunan Dan Perniagaan Korporat

JURUAUDIT DALAMAN

Nama Email Jawatan
Normah bt Alias
[email protected] Ketua Jawatankuasa Audit Dalaman

Nor Nazida bt Awang [email protected] Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman I

Nur Syuhada bt Zaffali [email protected] Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman II

Sharifah Azreen bt Syed Jalaldin [email protected] Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman III

Siti Hana Fatin bt Syed Omar [email protected] Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman IV

9

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
AZMI BIN MURID

TIMBALAN PENGERUSI
ZULHAMZI BIN MOKHTAR

SETIAUSAHA BENDAHARI
MOHD AZRIEN BIN MOHD SALLEH SYED ZAHARI BIN SYED HARUN

AHLI JAWATANKUASA

DRS ISHAK BIN SAARI MAIZATUL AKMA BT BAHARUDIN NURAMIRA BT AB. RAZAK KHAYRU ED ADNAN BIN DIN

AMERUL SYAFIQ KHAIRUN ANUAR ROSLAN BIN AHMAD RAFIDAH
BIN RAMLI BIN ABD. RASHID BT YAHYA

JURUAUDIT DALAMAN

NUR SYUHADA NUR NAZIDA NORMAH BT ALIAS SHARIFAH AZREEN SITI HANA FATIN
BT ZAFFALI BT AWANG BT SYED JALALDIN BT SYED OMAR

10

UNIT HARTANAH

Koperasi Perpaduan Islam Perak Berhad yang beribu pejabat di Bandar Seri Iskandar, Perak
adalah merupakan kontraktor kerja-kerja pembinaan rumah. Kami menawarkan perkhidmatan
kerja ubahsuai rumah melibatkan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian rumah sediada seperti
perbesar atau tambah ruang untuk ruang dapur, ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, bilik
tidur, tandas, ruang letak kereta, balkoni, penambahan dari setingkat ke dua tingkat, dua tingkat ke
tiga tingkat dan sebagainya.

Kami menawarkan perkhidmatan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, bekerja sendiri
dan sebagainya. Pihak kami turut menawarkan satu pakej mudah bagi kakitangan kerajaan yang
berkelayakan dalam membantu menguruskan segala urusan termasuk urusan pinjaman dengan
pihak Bahagian Perbendaharaan Pinjaman Perumahan (BPPP, Kementerian Kewangan) sehingga
kerja-kerja pembinaan selesai sepenuhnya. Buat masa ini kawasan perkhidmatan kami adalah
meliputi negeri Perak sahaja.

Matlamat kami adalah untuk memberi kepuasan pelanggan dalam kualiti kerja dalam
pengubahsuaian dan pembinaan pada harga yang bersesuaian disamping memastikan bahawa
projek yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dan diselesaikan pada tahap yang terbaik
serta memenuhi kehendak pelanggan. Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi
syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat kami dapat memberikan perkhidmatan
yang terbaik dalam memenuhi citarasa pelanggan kami.

Kelebihan Perkhidmatan Kami

1. Kami menyediakan rekabentuk banglo yang berkualiti tinggi mengikut citarasa dan
imaginasi yang diimpikan oleh anda,

2. Kami menyediakan lukisan imej 3D PERCUMA bagi memastikan anda berpuashati bahawa
rekabentuk yang disediakan menepati rekabentuk sebenar yang anda inginkan,

3. Pemantauan kerja dilaksanakan oleh kakitangan pihak kami yang berpengalaman bagi
memastikan spesifikasi pembinaan dipatuhi sepenuhnya dan kualiti kerja yang baik,

4. Sebutharga PERCUMA dan sedia dibincang sekiranya anda serius mendapatkan
perkhidmatan kami,

5. Kos pembinaan yang realistik mengikut kemampuan dan bajet anda,
6. Bayaran kemajuan kerja mengikut progres kerja samada bagi kerja ubahsuai atau bina

rumah,
7. Menyediakan skop kerja bertulis yang dipersetujui bersama/perjanjian guaman (S&P) bagi

menjaga kepentingan kedua pihak,
8. Semua proses pinjaman akan diuruskan oleh pihak kami (untuk kakitangan awam yang

berkelayakan). Anda tidak perlu bersusah payah untuk ini, biar kami uruskan untuk anda
sehingga rumah siap dibina dan diserahkan kepada anda.

11

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
- Penyediaan sebutharga dan kos projek (Ubahsuai & Bina Banglo)
- Penyediaan pelan arkitek
- Penyediaan pelan kejuruteraan (jika perlu)
- Permohonan Penilaian Dari Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH)
- Permohonan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Jual Beli Tanah
- Menyediakan perjanjian guaman (S&P) bagi menjaga kepentingan kedua pihak.
- Permohonan Kelulusan Pinjaman Bina Banglo/Ubahsuai Rumah dari BAHAGIAN
PERBENDAHARAAN PINJAMAN PERUMAHAN MALAYSIA (BPPP)
- Pengurusan Pembinaan Rumah Idaman anda A to Z

12

UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu
memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan KPIPB. Dalam masa yang sama,
unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta
mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi
Perpaduan Islam Perak Berhad.
Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Telefon Pintar,
Laptop dan Komputer. Ini termasuk Perkhidmatan membaiki telefon dan laptop. Selain itu, terdapat
juga barangan-barangan aksesori telefon dan computer dijual.
PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN
QIAM X-Pert (kedai serbaneka menjual barangan telefon dan komputer)
Iphone (Diperbaharui) – Refurbished Iphone
Komputer Riba Diperbaharui (Refurbished Laptop)
Kabel pengecas telefon (Charger Cable)
Alat Pendengar Telinga (Earphone)
Penyimpan Kuasa (Powerbank)
Pemegang Telefon bimbit (Phone Holder)
Pelindung Skrin (Screen Protector)
Pembesar Suara Bluetooth (Bluetooth Speaker)
Dan banyak lagi gajet-gajet bagi peralatan telefon dan laptop.

13

STRATEGI PERNIAGAAN

Aktiviti utama di KPIPB ialah Hartanah dan Teknologi Maklumat. Mesyuarat Lembaga KPIPB 2019
telah memutuskan konsep strategi perniagaan “Competitive Advantage” diguna pakai sebelum
merancang dan memulakan apa-apa aktiviti perniagaan.
Asas strategi “Competitive Advantage” menyarankan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
KPIPB hendaklah memastikan KPIPB mempunyai kelebihan berbanding pesaing yang lain dalam
banyak aspek.
KPIPB menggariskan strategi-strategi perniagaan yang berikut bagi semua aktiviti-aktiviti
perniagaan KPIPB:
1. Strategi Pertama - “Differentiation”
2. Strategi Kedua - “Cost Leadership”
3. Strategi Ketiga - “Strategic Alliance” atau Rakan Niaga Strategik

Strategi Pertama - “Differentiation”
Kelangsungan KPIPB dalam perniagaan, bergantung penuh kepada strategi “differentiation”.
“Differentiation” ialah apabila KPIPB mampu menghasilkan produk yang berbeza, unik dan
berkelebihan berbanding pesaing lain. Hanya dengan strategi ini, KPIPB mampu menghasilkan
produk dengan nilai tambah (“Value Added Product”) dan seterusnya menjual dengan harga yang
premium berbanding pesaing.

Strategi Kedua - “Cost Leadership”
“Cost Leadership” ialah apabila KPIPB mampu menjalankan operasi perniagaan dengan kos yang
kompetitif dan rendah berbanding pesaing dan pasaran. Ini akan meningkatkan margin
keuntungan. Untuk mencapai satu tahap operasi yang efisien, kompetitif dan mampu bersaing
secara terbuka dipasaran, sesuatu operasi perniagaan itu kebiasannya perlu cekap dan berskala
besar (economic of scale). KPIPB sebagai sebuah koperasi iaitu syarikat berhad dengan liabiliti
terhad, menyasarkan pemilikan modal daripada ahli-ahli

14

RAKAN STRATEGIK

Demi memastikan kejayaan perniagaan KPIPB, maka KPIPB telah memilih beberapa rakan
strategik perniagaan berdasarkan pengalaman perniagaan, daya saing yang tinggi dan mampu
membantu KPIPB menjadi sebuah entiti perniagaan yang lebih maju.
ZMA BINA RESOURCES SDN BHD

- Perunding hartanah
KIAMBANG MEWAH SDN BHD

- Pembekal peralatan laptop dan komputer
IMIKA EMPIRE SDN BHD

- Pembekal peralatan telefon dan gajet
ASALJAYA SDN BHD

- Perunding perniagaan
AFFLUENT VISTA RESOURCES

- Penyedia Perkhidmatan ICT
TRI-C MARKETING

- Penyedia Perkhidmatan pengiklanan

15

PENUTUP

FALSAFAH KOPERASI

Penubuhan KPIPB bertujuan mewujudkan kerjasama melalui keadilan sosial dan ekonomi dengan
menghapuskan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah. Kerjasama dilihat
dari aspek:

i) Sosial – koperasi bertujuan membentuk persekitaran yang lebih baik supaya anggota mencapai
kepuasan dalam kehidupan. Persekitaran yang lebih baik dapat dicapai apabila koperasi
memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota, menyediakan peluang dan memberi
pendidikan kepada anggotanya, menjaga kesihatan, kebajikan dan perlindungan anggotanya
dan memastikan anggotanya bergabung dan mengamalkan nilai serta etika yang baik supaya
perpaduan yang kukuh dan harmoni dapat dicapai.

ii) Ekonomi – koperasi bertujuan membantu anggota menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan dan usaha yang dilaksanakan bagi memenuhi
setiap keperluan bersama anggota dapat mengurangkan beban kehidupan mereka seperti
perkhidmatan perbankan/kredit, kepenggunaan, perumahan, perusahaan, perindustrian dan
sebagainya.

iii) Budaya – koperasi bertujuan membina jati diri masyarakat yang bersatu dan harmoni mengikut
nilai dan etika yang boleh diterima pakai oleh anggota yang menubuhkannya. Antara kegiatan
yang sesuai dilaksanakan adalah seperti bergotong-royong, berkenduri-kendara, menyambut
bersama perayaan dan sebagainya. Selain itu koperasi turut menanam budaya positif yang lain
seperti budaya membaca, budaya IT, menghormati waktu, berwawasan dan berkeusahawanan.

TERIMA KASIH
Dari kami di KOPERASI PERPADUAN ISLAM PERAK BERHAD

16


Click to View FlipBook Version