1 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | PROFIL GURU
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR ❏ Sistem Pengurusan Sekolah dan Pembelajaran menggunakan Google Workspace ❏ Domain KPM - moe-dl.edu.my ❏ Domain Sekolah - sktamanmelati.edu.my ❏ Penggunaan E-RPH menggunakan aplikasi Google Classroom ❏ Sistem Pengurusan Pusat Sumber (Laman OPAC) ❏ Dashboard Sekolah (Pengurusan & Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum) menggunakan aplikasi Datastudio. ❏ Program Peluasan Bring Your Own Device To School (BYODS) PPD Keramat - Tahun kedua ❏ Digital Info / Media - Laman Web, Google Sites, Facebook, YouTube Channel, Melati Creative Studio ❏ Jaringan dan jalinan bersama organisasi dan sekolah 2 MAKLUMAT AM
3 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | ISI KANDUNGAN Maklumat Am Kata Alu-Aluan Guru Besar Surat Lantikan Surat Aku Janji SOP PdPC Info Umum & Pendidikan Maklumat Guru Maklumat Am Sekolah - Logo KPM, FPK, Visi, Misi & Moto Sekolah - Falsafah Sekolah - Piagam Pelanggan - Logo Sekolah & Logo JITU - Lagu-lagu Rasmi - Atur Cara Perhimpunan Rasmi Sekolah - Pelan Bangunan Tatasusila Profesion Perguruan Peraturan-Peraturan Pentadbiran Pengurusan Pentaksiran Sekolah Panduan HEM Jadual Bertugas Guru Jadual Pemantauan Pengurusan & Pentadbiran Pentadbir SKTM Carta Organisasi Induk Senarai Jawatankuasa Kurikulum Carta Organisasi Kurikulum Senarai Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Carta Organisasi Hal Ehwal Murid Senarai Jawatankuasa Kokurikulum Carta Organisasi Kokurikulum Senarai Jawatankuasa Takwim dan Planner 2023/24 Editor Buku : HafizTamizi
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 4 PRAKATA GB Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Digitalisasi SKTM JITU Bersyukur kita kerana telah diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 SK Taman Melati telah berjaya dizahirkan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Memanusiakan manusia merupakan tanggungjawab kita sebagai pendidik dan pemimpin. Setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas pimpinannya. Sesungguhnya bidang pendidikan Negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus dalam semua aspek sepanjang tahun 2023/2024 bagi merealisasikan cita-cita tersebut. Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan Kualiti Pengurusan dan Pencapaian Akdemik, Sahsiah Murid dan Kokurikulum ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat kebangsaan dan jua antarabangsa. Pembudayaan ICT dalam pengurusan dan pembelajaran di bilik darjah akan membantu peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini. Informasi yang berkesan melalui laman web sekolah dapat dikongsi bersama untuk mencapai pendidikan bestari bertaraf dunia selari dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Amalan bekerja berteraskan MMI (Melindungi Masa Intruksional) diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah dan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia bergerak seiring dalam menuju sasaran yang ditetapkan. Versi GROW dan SKPMg2 yang digubal menjadi pelengkap kehendak PPPM gelombang ketiga kini. Selain itu, proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan lima elemen iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti (4K) serta aplikasi nilai murni dan etika (1N) hendaklah diberi penekanan dalam usaha kita ke arah menghasilkan kemenjadian murid yang holistik. Kata Alu-Aluan ENCIK KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR GURU BESAR, SK TAMAN MELATI, K. LUMPUR
5 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | PRAKATA GB Saya berharap Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan ini dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan tugas seharian. Semua guru diingatkan agar meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif. Pendekatan PdPc akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka secara holistik dalam bidang yang dinilai (PBS, PAJSK, Psikometrik dan Sahsiah) Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk dan mencorak modal insan yang ada. Fungsi mereka semakin bernilai dalam penglibatan sarana di sekolah. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua warga Guru SK Taman Melati dan kakitangan sekolah ini yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja dan ke arah peningkatan kualiti dan minda kelas pertama. Bekerjalah dengan tulus ikhlas dan berintergriti semoga apa yang kita kerjakan mendapat keberkatan dan sama-samalah kita merealisasikan hasrat semua untuk melihat SKTM terus cemerlang dan gemilang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR) Guru Besar, SK Taman Melati, Kuala Lumpur.
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 6 SURAT LANTIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur E-mel: [email protected] Tel: 03-41084420 Lawan web: sktamanmelati.edu.my Fax: 03-41082473 Ruj.Kami : SKTM (1) Tarikh : 13 Mac 2023 Kepada, Semua Guru & Kakitangan, SK Taman Melati, Kuala Lumpur. Tuan/Puan, SENARAI TUGAS & TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024. Sukacita dengan ini diedarkan Senarai Tugas dan Takwim Persekolahan bagi Sesi 2023/2024. 2. Dengan segala hormatnya semua guru telah dilantik dengan rasminya untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seperti yang tercatat dalam Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2023/2024 ini. 3. Saya berharap agar dokumen dan maklumat yang terdapat di dalamnya dapat dijadikan panduan supaya segala yang dirancang dan didokumentasikan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4. Sehubungan dengan itu semua guru diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sebagai sekolah yang cemerlang dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR) Guru Besar, SK Taman Melati, Kuala Lumpur. JAYA ILTIZAM TEKUN USAHA - JITU
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | SENARAI TUGAS SENARAI TUGAS MENGIKUT BIDANG : BIDANG UNIT / KELAS / JAWATANKUASA JAWATAN Pengurusan dan Pentadbiran 1. 2. 3. Kurikulum 1. 2. 3. Hal Ehwal Murid 1. 2. 3. Kokurikulum 1. 2. 3. 4. Program-program / Majlis Rasmi Sekolah 1. 2. 3. 4 7 Saya bersetuju menerima pelantikan jawatan-jawatan di atas sebagaimana yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah SK Taman Melati Sesi 2023/2024 dengan penuh rasa tanggungjawab. …………………………………. ( ) Tarikh :
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 8 SURAT AKU JANJI SURAT AKU JANJI Saya, _____________________________, No.Kad Pengenalan _________________ beralamat di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR (alamat tempat bertugas) dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: i. akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; ii. akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; iii. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; iv. tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; v. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; vi. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; vii. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam; viii. tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan ix. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ………………………………… ………….………………………… (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) No.Ruj : SPP/70/1/12/699 Di Hadapan: ………………………………………. (Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………… (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | SOP PdPC Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) PdPC Dalam Kelas LANG KAH PERKARA TINDAKAN 1 Bersedia untuk PdP sebelum masuk kelas Guru mata pelajaran 2 Menepati waktu masuk kelas Guru mata pelajaran 3 Mengucapkan salam kepada murid Guru mata pelajaran 4 Memastikan semua murid membalas ucapan salam guru Guru mata pelajaran 5 Mengisi kehadiran dan buku kawalan kelas Guru mata pelajaran 6 Menguruskan kebersihan kelas Guru mata pelajaran 7 Memastikan murid menyusun meja dan kerusi di dalam kelas Guru mata pelajaran 8 Memastikan murid berdisiplin dan bersedia menerima pelajaran Guru mata pelajaran 9 Memberi nasihat, motivasi atau mengambil tindakan kawalan kelas terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan kelas Guru mata pelajaran 10 Memulakan PdP apabila murid telah bersedia Guru mata pelajaran 11 Mengajar dan mendidik dengan bersungguh-sungguh Guru mata pelajaran 12 Mempelbagaikan kaedah PdP untuk menarik minat murid Guru mata pelajaran 13 Memastikan objektif pembelajaran tercapai Guru mata pelajaran 14 Memahami tanggungjawab ‘duty of care’ dalam kelas Guru mata pelajaran 15 Tidak boleh buat kerja sendiri waktu PdP Guru mata pelajaran 16 Tidak boleh menggunakan telefon bimbit di dalam kelas Guru mata pelajaran 17 Tidak boleh meninggalkan kelas ketika PdP sedang berlangsung Guru mata pelajaran 18 Tidak boleh duduk mengajar kecuali guru tidak sihat Guru mata pelajaran 19 Memberi latihan kelas (PdP berpusatkan murid) Guru mata pelajaran 20 Meronda dan membimbimg ketika murid membuat latihan dalam kelas Guru mata pelajaran 21 Memberi kerja rumah atau latihan pengukuhan selepas setiap waktu PdP Guru mata pelajaran 22 Merumus PdP Guru mata pelajaran 23 Membudayakan Budaya mengucapkan Terima Kasih Guru mata pelajaran 24 Menyemak tugasan murid, memberi komen dan galakan serta menyimpan rekod penghantaran latihan murid Guru mata pelajaran 25 Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak membuat tugasan/ pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan Guru mata pelajaran 26 Menyelia PdP GB / PK / KP 27 Memantau penyemakan buku GB / PK / KP 28 Menilai keberkesanan PdP GB / PK / KP 9 Nama Guru : ........................................... Tarikh : ..................................... ...........................................
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 10 INFO UMUM MEMBANGUN MALAYSIA MADANI ● Tema "Membangun Malaysia MADANI" memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa dan akan datang. ● Penstrukturan semula ekonomi perlu berasaskan etika mampan, elak pembaziran, kemewahan, basmi ketirisan dan rasuah. ● Malaysia akan diangkat semula martabatnya sebagai negara yang makmur dan adil kepada semua rakyat.
11 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO PENDIDIKAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 12 INFO PENDIDIKAN TS25& PBS
13 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO PENDIDIKAN Konsep ABC
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 14 INFO PENDIDIKAN Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara Negara Sejahtera Keutamaan Pendidikan melalui tujuh teras utama
15 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO PENDIDIKAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 16 INFO PENDIDIKAN AmalanBerintegriti
17 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO PENDIDIKAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 18 INFO PENDIDIKAN
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | SENARAI NAMA GURU BIL NAMA GURU BIL NAMA GURU 1 Kasniza Jumari bin Shamsir - GB 37 Norisah binti Wahab 2 Azizah binti Ali - GPK PEN 38 Nornadiatul Hadawiyah binti Othman 3 Rosli bin Juhari @ Zahari - GPK HEM 39 Nor Zalifah binti Kamaruddin 4 Kosong - GPK KOKU 40 Nur Aimi binti Alias 5 Khairul Azmi bin Habidin 41 Nur Alwani binti Ariffin 6 Ady Suhana bt Zulkefli 42 Nur Raiyani bt Ab Halim 7 Anis Alwani binti Mat Zain 43 Nur Syahida binti Mohd Basari 8 Anne Zureena binti Ahmad Ramli 44 Nurhidayah bt Adnan 9 Armaan Arif bin Nuri 45 Nurul Hisham binti Mat Rosidi 10 Azlila bt Bashiah 46 Nurul Shuhada binti Saidin 11 Bibi Nasrin binti Alif Shah 47 Nurusamsiah bt Hasan 12 Ereesmaa binti Elias 48 Raudatul Akmal binti Ahmad Bashri 13 Faizatul binti Abd Halim 49 Raz Izyantie Wahezar binti Rahman 14 Hasanol Said bin Mohd Sabri 50 Rizal bin Harun @ Ali 15 Hishamuddin bin Abdullah 51 Rozila binti Abdul Rahman 16 Husni bin Ibrahim 52 Rozita bt Abu Bakar 17 Intan Rahayu binti Sulaiman 53 Rozlina bt Abd Razib 18 Komati a/p Sinna Camundan 54 Saminah bt M.Ahamed Gani 19 Masnani binti Mohamad Zawawi 55 Sarinah binti Baharum 20 Mohamad Nazali bin Ibrahim 56 Siti Arafiah binti Mohamad Noor 21 Mohd Hafiz bin Ahmad Tamizi 57 Siti Robiah binti Omar 22 Mohd Jasni bin Daud 58 Siti Mariah binti Mohd Muksin 23 Mohd Norashidi bin Ab.Razak 59 Siti Zawiyah binti Harun 24 Muhammad Afiq bin Ahmad 60 Siti Noorfadilah binti Hussin 25 Muhammad Amar Safwan b Hashim 61 Zarina binti Zainuddin 26 Muhammad Faiq bin Abdullah 62 Zarolhisham bin Yaccob 27 Muhammad Hazim bin Miswan 28 Muhammad Lium bin Megan 29 Naiemah binti Sidek 30 Nik Noor Aziella binti Nik Mustafa STAF SOKONGAN 31 Noor Azora binti Mohamad Mokhtar 63 Roziah binti Nazeri - KPT 32 Noorulizah binti Kadir 64 Nor Emawahida binti Maruddin 33 Noramira binti Mohd Fazil 65 Noraini binti Ishak 34 Norlin Soraya binti Ahmad Bashri 66 Rosmawati Ahamad 35 Nor Fazliana Azwa binti M.Yusof 67 Mohd Hazriq bin Abu Bakar 36 Nor Husniyah binti Mohd Yusuff 19
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 20 INFO GURU BARISAN PENTADBIRAN KASNIZA JUMARI [email protected] / [email protected] Guru Besar AZIZAH [email protected] GPK Pentadbiran ROSLI [email protected] GPK Hal Ehwal Murid (KOSONG) - GPK Kokurikulum
21 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO GURU PERJAWATAN KHAS (GURU LUAR NORMA) KHAIRUL AZMI [email protected] Guru Bimbingan & Kaunseling MOHD HAFIZ [email protected] Guru Penyelaras Bestari MUHAMMAD FAIQ [email protected] Guru Pemulihan MUHAMMAD HAZIM [email protected] Guru Perpustakaan & Media ROZLINA [email protected] Guru Prasekolah RAZ IZYANTIE [email protected] Guru Data NORAMIRA [email protected] Guru Bahasa Cina SK
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 22 INFO GURU GURU AKADEMIK & GURU AGAMA ADY SUHANA [email protected] Bahasa Melayu ANIS ALWANI [email protected] Pendidikan Islam (GA) ANNE ZUREENA [email protected] Sejarah ARMAAN ARIF [email protected] Bahasa Melayu AZLILA [email protected] Bahasa Melayu BIBI NASRIN [email protected] Bahasa Melayu EREESMAA [email protected] Bahasa Inggeris FAIZATUL [email protected] Bahasa Melayu HASANOL SAID [email protected] Bahasa Inggeris
23 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO GURU HUSNI [email protected] Pendidikan Islam (GA) INTAN RAHAYU [email protected] Bahasa Inggeris KOMATHI [email protected] Bahasa Inggeris HISHAMUDDIN [email protected] Pendidikan Islam MASNANI [email protected] Pendidikan Islam (GA) MOHAMAD NAZALI [email protected] Pendidikan Islam (GA) MOHD JASNI [email protected] Bahasa Melayu MOHD NORASHIDI [email protected] Matematik MUHAMMAD AFIQ [email protected] Pendidikan Jasmani & Kesihatan GURU AKADEMIK & GURU AGAMA
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 24 INFO GURU M. AMAR SAFWAN [email protected] Matematik MUHAMMAD LIUM [email protected] Reka Bentuk & Teknologi NAIEMAH [email protected] Sains NIK NOOR AZIELLA [email protected] Bahasa Arab NOOR AZORA [email protected] Pendidikan Islam (GA) NOORULIZAH [email protected] Pendidikan Islam (GA) NORLIN SORAYA [email protected] Bahasa Inggeris NOR FAZLIANA AZWA [email protected] Pendidikan Islam (GA) NOR HUSNIYAH [email protected] Matematik GURU AKADEMIK & GURU AGAMA
25 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO GURU NORISAH [email protected] Matematik NORNADIATUL [email protected] Sains NOR ZALIFAH [email protected] Pendidikan Jasmani & Kesihatan NUR AIMI [email protected] Bahasa Inggeris NUR ALWANI [email protected] Pendidikan Islam (GA) NUR RAIYANI [email protected] Pendidikan Islam NUR SYAHIDA [email protected] Bahasa Inggeris NURHIDAYAH [email protected] Sains NURUL HISHAM [email protected] Am / Pendidikan Moral GURU AKADEMIK & GURU AGAMA
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 26 INFO GURU NURUL SHUHADA [email protected] Pendidikan Islam (GA) NURUSAMSIAH [email protected] Bahasa Arab RAUDATUL AKMAL [email protected] Pendidikan Seni Visual RIZAL [email protected] Bahasa Melayu ROZILA [email protected] Matematik ROZITA [email protected] Bahasa Melayu SAMINAH [email protected] Bahasa Inggeris SARINAH [email protected] Pendidikan Islam (GA) SITI ARAFIAH [email protected] Pendidikan Islam GURU AKADEMIK & GURU AGAMA
27 JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | INFO GURU SITI ROBIAH [email protected] Pendidikan Islam SITI MARIAH [email protected] Pendidikan Islam (GA) SITI ZAWIYAH [email protected] Pendidikan Islam SITI NOORFADILAH [email protected] Sains ZARINA [email protected] Matematik ZAROLHISHAM [email protected] Bahasa Melayu GURU AKADEMIK & GURU AGAMA
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 28 INFO STAF ROZIAH [email protected] Ketua Pembantu Tadbir NOR EMAWAHIDA [email protected] Pembantu Tadbir NORAINI [email protected] PPM (Prasekolah) ROSMAWATI [email protected] Pembantu Operasi MOHD HAZRIQ [email protected] Pembantu Operasi STAF SOKONGAN
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | MAKLUMAT AM Logo KPM Falsafah Pendidikan Kebangsaan endidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. P 29
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR Jaya Iltizam Tekun Usaha [u.sa.ha] | اوسھا Daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud. [te.kun] | تکون Perihal tekun, kerajinan, kesungguhan [ja.ya] | جاي Berjaya beroleh kemenangan, mencapai ke majuan, berhasil [il.ti.zam] | التزام Keterlibatan secara bersungguh-sungguh & penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen Moto Sekolah (JITU) Visi KPM & Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi KPM & Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MAKLUMAT AM 30
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | Falsafah Sekolah 1. Melahirkan individu yang berdisiplin, berakhlak mulia, menjaga nama baik sekolah dan menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang positif. 2. Meningkatkan prestasi akademik dan memastikan pencapaian yang membanggakan dalam bidang kokurikulum. 3. Memupuk ke arah perpaduan dalam kalangan guru, murid, ibu bapadan masyarakat selaras dengan matlamat pendidikan negara. 31 MAKLUMAT AM
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 32 MAKLUMAT AM Piagam Pelanggan Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Melati, dengan penuh iltizam dan semangat berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk : 1. Mengamalkan perkhidmatan berkualiti, mesra dan penyayang. 2. Menjalin hubungan erat dengan PIBG dan komuniti. 3. Memastikan semua murid dilayan dengan mesra dan saksama. 4. Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum dan prasarana lengkap dan mencukupi mengikut keperluan murid. 5. Bersedia dan sanggup menerima teguran, cadangan, syor dan pandangan yang membina supaya perkhidmatan dapat ditingkatkan. 6. Mendidik murid-murid menjadi murid berdaya saing, berpekerti mulia dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 7. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan keperluan murid dan ibu bapa. 8. Menyediakan suasana yang ceria supaya keselamatan murid selesa dan terjamin. 9. Memberi peluang pembelajaran yang adil dan pelbagai serta pengajaran yang memberangsangkan.
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 5 Gelung/ Spora Bunga Raya ❏ Menjunjung Rukun Islam yang 5 ❏ Mendokong 5 prinsip Rukun Negara ❏ Melambangkan perpaduan rakyat ❏ Melambangkan kemajuan dalam bidang sukan Bunga Raya Bunga Kebangsaan Negara Malaysia Bentuk Logo (Tetikus) Menggambarkan kepentingan teknologi (IT) kepada generasi alaf baru yang celik IT Kelopak Melambangkan 3 kelompok kaum terbesar iaitu Melayu, Cina & India Moto (JITU) Gabungan perkataan Jaya, Iltizam, Tekun & Usaha Jam Randik / Kelalang Melambangkan kepesatan bidang Sains & Teknologi yang sentiasa berkembang maju setiap detik. Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan Gabungan warna merah dan kuning Merah – Berani dan cekal Kuning – Warna kedaulatan, lambang diraja & Negara berpelembagaan Melambangkan tiada jurang ekonomi, darjat, kaya atau miskin Logo Sekolah Pencipta Logo : En Yusri bin Hasbullah (Bekas guru SKTM) #DE7323 #162E63 #D1D5DC 33 MAKLUMAT AM
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR Salam Hormat Melambangkan sahsiah terpuji. Litar Elektronik Berlatar belakangkan warna biru melambangkan kemajuan sains dan teknologi. Buku Bentuk buku berwarna kuning keemasan simbolik kepada generasi yang kaya ilmu pengetahuan serta rajin membaca Garis Tengah Melambangkan kesimbangan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri Bentuk Logo (Topi Graduasi) Melambangkan kejayaan dalam bidang pendidikan Akronim JITU Bermaksud Jaya, Iltizam, Tekun, Usaha Logo JITU Pencipta Logo : En Shahrul Hisyam bin Abdullah (Bekas guru SKTM) 34 MAKLUMAT AM
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | Lagu-lagu Rasmi Lagu Negaraku Negaraku Tanah Tumpahnya darahku Rakyat Hidup bersatu dan maju Rahmat Bahgia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat Bahgia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Lagu Wilayah Persekutuan Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Maju Membangun Dijulang Megah Aman sentosa disepanjang masa Teguh disemai sentiasa Membara semangat setiap warganya Cerdas minda dan semangat waja Pada Wilayah ditumpah setia Hormat hormati penuh mesra Bersatulah....berbaktilah.. Semua warga wilayah Sayangilah.. lindungilah..... Sepenuh jiwa raga Kita jaga keharmonian semua Maju Sejahtera.... Wilayah Persekutuan. Lagu Sekolah Jaya diri satu wawasan Bergerak bersama iltizam Tekun usaha jadi iringan Ikrar kami jadi amalan Tuntut ilmu demi kejayaan Untuk bangsa Malaysia Membina diri untuk harapan Masa depan yang cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Melati Gedung ilmu putera dan puteri Di sini kamu teguh berdiri Puncak jaya untuk didaki Jaya iltizam tekun berusaha Itulah ikrar janji setia Marilah kita jayakan bersama Untuk sekolah yang tercinta Pencipta Lagu & Lirik : En. Mohd Hafiz B. Daud 35 MAKLUMAT AM
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 36 MAKLUMAT AM Atur Cara Perhimpunan Rasmi Sekolah
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | Pelan Bangunan 37 MAKLUMAT AM Pelan Lantai Aras Bawah
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR Pelan Lantai Aras 1 Pelan Lantai Aras 2 Pelan Bangunan 38 MAKLUMAT AM Dataran Melati Dataran Melati BLOK DELIMA BLOK ZAMRUD BLOK NILAM
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | Pelan Lantai Aras 3 Pelan Lantai Aras 4 39 MAKLUMAT AM Dataran Melati Dataran Melati Pelan Bangunan
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR Tatasusila Profesion Perguruan Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha ke arah menuju kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. 1) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. ii. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. v. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. 40 TATASUSILA PROSEFESION
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 2) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA i. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima oleh ibubapa secara teliti dan bijaksana. v. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa murid. 3) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA i. Mengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat dan Negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. ii. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. iv. Menggalakkan kerjasama dan kesefahaman antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. v. Memberikan sumbangan cergas meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat. vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 41 TATASUSILA PROFESION
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 4) TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN i. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan. Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi termasuk guru yang terlatih bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. 42 TATASUSILA PROFESION
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 1. PENGENALAN 1.1. Peraturan-peraturan pentadbiran ini diwujudkan dan dikuatkuasakan bertujuan bagi memelihara kelancaran dan kelicinan pentadbiran sekolah dalam usaha menuju ke arah matlamat memberikan pendidikan yang bermutu tinggi kepada murid-murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2. Setiap guru yang berkhidmat di sekolah ini, dari semasa ke semasa, hendaklah seringkali membaca dengan penuh teliti setiap peraturan yang terkandung di dalam pekeliling ini bagi mengelakkan diri masing-masing daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan matlamat (1.1). 1.3. Setelah teguran dan nasihat diberikan oleh pentadbir sekolah, mana-mana guru yang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan peraturan-peraturan pentadbiran ini, maka perihal guru tersebut akan dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan selanjutnya. 2. WAKTU PERSEKOLAHAN 2.1. TAHAP 1 (Tahun 1, 2 & 3) Isnin - Khamis - 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Jumaat - 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari TAHAP 2 (Tahun 4, 5 & 6) Isnin - Khamis - 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari Rabu - 2.30 petang hingga 4.30 petang (Aktiviti Kokurikulum) Jumaat - 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari 2.2. Semua guru wajib berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu persekolahan. 2.3. Guru-guru yang datang lewat hendaklah terlebih dahulu berjumpa dengan Guru Besar dan memberi alasan atas kelewatan. Peraturan-Peraturan Pentadbiran 43 PERATURAN-PERATURAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 1.4. Guru-guru Tahap 1 tidak dibenarkan balik awal. Mereka hendaklah balik mengikut waktu persekolahan. 1.5. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. 1.6. Guru-guru dibenarkan pulang pada : i. 1.45 tengah hari pada hari Isnin, Selasa & Khamis ii. 4.30 petang pada hari Rabu (Kokurikulum) iii. 12.15 tengah hari pada hari Jumaat 44 PERATURAN-PERATURAN 3. KEHADIRAN GURU DAN AKP 3.1. Sebaik-baik sahaja sampai di sekolah, semua guru dan AKP dikehendaki merakam kad perakam waktu yang terletak di pejabat sekolah. 3.2. Sebaik-baik sahaja waktu persekolahan dimulakan kad perakam waktu yang tidak diketik akan dibawa ke bilik Guru Besar, guru-guru yang tidak/belum merakam kad perakam waktu dianggap tidak hadir atau lewat datang. 3.3. Guru Penolong Kanan akan menyediakan dan mengedarkan senarai guru ganti bagi menggantikan tempat guru-guru yang tidak hadir. 3.4. Di akhir waktu persekolahan / selepas waktu pejabat, sebelum meninggalkan sekolah guru-guru dan AKP dikehendaki merakam kad perakam waktu sekali lagi. 4. PERHIMPUNAN RASMI 4.1. Diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama. Guru-guru wajib berada di Dataran Melati/Dewan Terbuka selewatnya 7.25 pagi 4.2. Guru-guru bertugas hendaklah sentiasa mengawal / mengawasi disiplin murid murid di sepanjang perhimpunan itu. 4.3. Jika perhimpunan pada hari berkenaan tamat awal atau perhimpunan tidak dapat dijalankan atas satu-satu sebab, guru-guru kelas bertanggungjawab menguruskan kelas masing-masing.
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 5. PERHIMPUNAN HARIAN (SEL – JUM) & SELEPAS WAKTU REHAT 5.1. Diadakan pada setiap hari pukul 7.20 pagi dan selepas waktu rehat Tahap 1 dan 2 di Dataran Melati/Dewan Terbuka. 5.2. Semua guru mata pelajaran atau guru ganti waktu pertama dan selepas rehat dikehendaki berada di Dataran Melati/Dewan Terbuka untuk membawa murid ke kelas. 5.3. Semua guru mata pelajaran atau guru ganti waktu pertama dan selepas rehat hendaklah sentiasa mengawal / mengawasi disiplin murid-murid kelas masing masing di sepanjang perjalanan ke kelas. 6. GURU BERTUGAS 6.1. Guru bertugas hendaklah sampai di sekolah sebelum pukul 7:10 pagi. 6.2. Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi dan murid mestilah beratur di tempat perhimpunan. Guru bertugas perlu menjalankan aktiviti :- I. Al-Fatihah dan Bacaan Doa. II. Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Maju & Sejahtera. III. Ikrar Rukun Negara IV. Bacaan Visi & Misi KPM V. Ikrar Murid SKTM VI. Laporan Guru Bertugas (minggu sebelum) VII. Bacaan Manual Nilai (GPK) VIII. Ucapan Guru Besar atau wakil. IX. Lagu Sekolah & Laungan Slogan X. Murid-murid beredar ke kelas/bersurai dengan tertib diiringi guru waktu pertama. XI. Mengemaskan segala peralatan yang digunakan semasa perhimpunan. 6.3. Sebelum balik, guru bertugas hendaklah memeriksa bilik kelas dan memastikan kebersihan kelas. 6.4. Kes-kes disiplin akan dirujuk kepada guru bertugas dahulu yang akan menguruskan dengan bantuan Guru Disiplin / GPK HEM. 6.5. Laporan harian dan laporan kantin perlu di buat dan buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Guru Besar untuk ditandatangani sebelum tamat waktu persekolahan (waktu terakhir) pada setiap hari oleh guru bertugas. 45 PERATURAN-PERATURAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 7. WAKTU MENGAJAR 7.1. Guru-guru hendaklah menunjukkan minat dan mengajar dengan bersemangat. 7.2. Disiplin murid-murid sentiasa terkawal dalam pengawasan guru di sepanjang pengajarannya. Guru-guru hendaklah memastikan semua murid berada dan menumpukan pdpc matapelajaran. 7.3. Guru hendaklah membantu / memberikan bimbingan kepada murid yang lemah semasa mereka membuat kerja-kerja bertulis atau melukis. 7.4. Guru-guru tidak dibenarkan duduk di sepanjang waktu mengajar. 7.5. Guru mata pelajaran waktu itu bertanggungjawab mengenai disiplin dan keselamatan murid-murid kelas tersebut. 8. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR 8.1. Waktu tidak mengajar adalah masih waktu bekerja, guru-guru mesti menggunakan waktu tersebut dengan kerja-kerja berfaedah seperti memeriksa buku dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran atau perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti sekolah. 8.2. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan boleh mengarah guru pada waktu tidak mengajar menggantikan tempat guru tidak hadir/ tugas luar/ memberikan tugas lain. 9. TATATERTIB DI DALAM BILIK GURU 9.1. Bilik Guru hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih dan kemas. 9.2. Bilik Guru hendaklah dijadikan satu “Bilik Sumber” bagi memupuk perasaan harmoni dan berbincang mengenai Pengajaran dan Pembelajaran. 9.3. Bilik Guru juga adalah tempat untuk guru-guru membuat kerja-kerja sekolah seperti memeriksa buku latihan atau membuat persediaan mengajar. 9.4. Guru-guru dilarang merokok, tidur dan berniaga di dalam Bilik Guru. 9.5. Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di Bilik Guru. 46 PERATURAN-PERATURAN
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 10. HUKUMAN TERHADAP MURID 10.1. Guru-guru hendaklah bersikap tegas dan tidak dibenarkan sama sekali menghukum murid dalam apa bentuk sekalipun. Sebaliknya murid yang bersalah boleh disuruh membuat kerja bertulis seperti menulis karangan atau kerja tambahan. 10.2. Murid bermasalah hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin & Pengawas serta Guru Kaunseling sebelum dirujuk kepada Guru Penolong Kanan HEM / Guru Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum / Guru Besar. 11. PAKAIAN GURU 11.1. Semua guru diwajibkan memakai “Tanda Nama/Name Tag” semasa bertugas. 11.2. Semua guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada setiap hari Isnin. 11.3. Semua guru perempuan diingatkan supaya sentiasa berpakaian sopan. 12. E-RPH 12.1. Masa menghantar E-RPH secara atas talian ialah sebelum atau pada pukul 12.00 tengah malam setiap hari Jumaat. 12.2. Guru yang lewat menghantar E-RPH hendaklah menemui Guru Besar dan memberi penjelasan. 12.3. E-RPH hendaklah hendaklah sentiasa dikemas kini. 12.4. E-RPH pada hari berikutnya hendaklah disediakan selepas mengajar pada hari tersebut. 12.5. E-RPH pada hari Isnin minggu berikutnya hendaklah disediakan juga sebelum menghantarnya pada hari Jumaat. 47 PERATURAN-PERATURAN
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 13. CUTI : CUTI REHAT / CUTI PENGGAL / CUTI SAKIT / DARURAT 13.1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti. 13.2. CUTI SAKIT I. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. II. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. III. Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 13.3. CUTI TANPA GAJI I. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab sebab persendirian yang mustahak. II. Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti rehat telah habis. III. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. IV. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam tempoh 4 tahun. V. Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. VI. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh KPM. VII. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 13.4. CUTI REHAT KHAS I. Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. II. Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bg tempoh 10 hari dlm setahun. (Dengan syarat tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran). - Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2017 48 PERATURAN-PERATURAN
JITU - | JAYA - ILTIZAM - TEKUN - USAHA | 1.5. CUTI KE LUAR NEGARA Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 6 minggu sebelum tankh bercuti. 1.6. GARIS PANDUAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G – MEMATUHI WAKTU BEKERJA Perkara 4 a. Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan; b. tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan; c. pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut; d. tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan; 49 PERATURAN-PERATURAN 14. LAPORAN AKHBAR 14.1. Guru-guru tidak dibenarkan membuat laporan akhbar sama ada bagi pihak sekolah mahupun Guru Besar.
SK TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR 15. SURAT-SURAT PEKELILING DAN SURAT MENYURAT 15.1. Guru-guru hendaklah peka dengan surat pekeliling dari sekolah / Pejabat Pendidikan / Jabatan Pendidikan / Kementerian Pendidikan Malaysia / sumber sumber lain yang diedarkan. 15.2. Mematuhi dan melaksanakan arahan yang terkandung dalam surat berkenaan. 16. KESETIAAN GURU 16.1. Setiap guru perlulah menanamkan semangat kesetiaan terhadap sekolah dan profesion perguruan. 17. KAWALAN KESELAMATAN SEKOLAH 17.1. Pelawat-pelawat tidak dibenarkan berjumpa terus dengan guru tanpa kebenaran Guru Besar (masuk dalam kelas). Pelawat hendaklah berjumpa Guru Besar sekiranya ada urusan. 17.2. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 17.3. Guru-guru tidak dibenarkan menerima pelawat di kelas tanpa kebenaran Guru Besar. 18. PEMBELIAN 18.1. Guru yang hendak membeii Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang diperoleh di pejabat dengan disahkan oleh Ketua Panitia dan Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. 18.2. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 18.3. Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok. 19. DISIPLIN MURID 19.1. Semua guru bertanggungjawab ke atas disiplin murid, walaupun bukan di bawah jagaannya. 50 PERATURAN-PERATURAN