The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan Sekolah Edisi Penuh Sesi Akademik 2024-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Taman Melati, 2024-02-26 00:45:47

Buku Pengurusan SKTM 2024_2025

Buku Pengurusan Sekolah Edisi Penuh Sesi Akademik 2024-2025

SKTamanMelati KualaLumpur PENGURUSAN BUKU SEKOLAH 2024/25 Pengurusan dan Pentadbiran | Kurikulum | Hal Ehwal Murid | Kokurikulum | Takwim Sekolah Jaya - Iltizam - Tekun - Usaha


Sistem Pengurusan Sekolah dan Pembelajaran menggunakan Google Workspace Domain KPM - moe-dl.edu.my Domain Sekolah - sktamanmelati.edu.my Penggunaan E-RPH menggunakan aplikasi Google Classroom bermula Tahun 2021 Sistem Pengurusan Pusat Sumber (Laman OPAC) menggunakan perisian sumber terbuka (Slims). Penggunaan Aplikasi Appsheet untuk Pengurusan Dashboard Sekolah (Pengurusan & Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum) menggunakan aplikasi Datastudio. Program Peluasan Bring Your Own Device To School (BYODS) PPD Keramat - Tahun Ketiga Digital Info / Media - Laman Web, Google Sites, Facebook, YouTube Channel, Melati Creative Studio Jaringan dan jalinan bersama organisasi dan sekolah Smart Classroom dilengkapi dengan Smartboard dan susun atur kelas Abad 21. SK Taman Melati Penggerak Pengurusan Sekolah Secara Digital JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA


01 MAKLUMAT AM Kata Alu-Aluan Guru Besar Surat Lantikan Surat Aku Janji SOP PdPC Info Umum & Pendidikan Maklumat Guru Maklumat Am Sekolah Logo KPM, FPK, Visi, Misi & Moto Sekolah Falsafah Sekolah Piagam Pelanggan Logo Sekolah & Logo JITU Lagu-lagu Rasmi Pelan Bangunan Atur Cara Perhimpunan Rasmi Sekolah Tatasusila Profesion Perguruan Peraturan-Peraturan Pentadbiran ISI KANDUNGAN Buku Pengurusan SK Taman Melati 2024/25 04 HAL EHWAL MURID Carta Organisasi Hal Ehwal Murid Senarai Jawatankuasa 02 PENGURUSAN & PENTADBIRAN Pentadbir SKTM Carta Organisasi Induk Senarai Jawatankuasa Jadual Bertugas Guru 05 KOKURIKULUM Carta Organisasi Kokurikulum Senarai Jawatankuasa 03 KURIKULUM Carta Organisasi Kurikulum Senarai Jawatankuasa Jitu. Editor - Hafiz_Tamizi 06 TAKWIM DAN PLANNER 2024/25 Rumussan Takwim Perancangan Mingguan Takwim Sesi 2024/2025 Kalendar 2024 (1 page) Planner 2024/25


Bersyukur kita kerana telah diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 SK Taman Melati telah berjaya dizahirkan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Memanusiakan manusia merupakan tanggungjawab kita sebagai pendidik dan pemimpin. Setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas pimpinannya. Sesungguhnya bidang pendidikan Negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus dalam semua aspek sepanjang tahun 2024/2025 bagi merealisasikan cita-cita tersebut. Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan Kualiti Pengurusan dan Pencapaian Akdemik, Sahsiah Murid dan Kokurikulum ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat kebangsaan dan jua antarabangsa. Pembudayaan ICT dalam pengurusan dan pembelajaran di bilik darjah akan membantu peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah ini. Informasi yang berkesan melalui laman web sekolah dapat dikongsi bersama untuk mencapai pendidikan bestari bertaraf dunia selari dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang holistik. Prakata GB En. Kasniza Jumari bin Shamsir Guru Besar SK Taman Melati Salam Digitalisasi SKTM JITU Jaya - Iltizam - Tekun - Usaha


Amalan bekerja berteraskan MMI (Melindungi Masa Intruksional) diyakini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah dan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia bergerak seiring dalam menuju sasaran yang ditetapkan. Versi GROW dan SKPMg2 yang digubal menjadi pelengkap kehendak PPPM gelombang ketiga kini. Selain itu, proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan lima elemen iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti (4K) serta aplikasi nilai murni dan etika (1N) hendaklah diberi penekanan dalam usaha kita ke arah menghasilkan kemenjadian murid yang holistik. Saya berharap Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan ini dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan tugas seharian. Semua guru diingatkan agar meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten dalam segala urusan kerja dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif. Pendekatan PdPc akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka secara holistik dalam bidang yang dinilai (PBS, PAJSK, Psikometrik dan Sahsiah) Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk dan mencorak modal insan yang ada. Fungsi mereka semakin bernilai dalam penglibatan sarana di sekolah. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua warga Guru SK Taman Melati dan kakitangan sekolah ini yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja dan ke arah peningkatan kualiti dan minda kelas pertama. Bekerjalah dengan tulus ikhlas dan berintergriti semoga apa yang kita kerjakan mendapat keberkatan dan sama-samalah kita merealisasikan hasrat semua untuk melihat SKTM terus cemerlang dan gemilang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR) Guru Besar, SK Taman Melati, Kuala Lumpur. JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur E-mel: [email protected] Tel: 03-41084420 Lawan web: sktamanmelati.edu.my Fax: 03-41082473 Ruj.Kami : SKTM (1) Tarikh : 11 Mac 2024 Kepada, Semua Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), SK Taman Melati, Kuala Lumpur. Tuan/Puan, SENARAI TUGAS & TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025. Sukacita dengan ini diedarkan Senarai Tugas dan Takwim Persekolahan bagi Sesi 2024/2025. 2. Dengan segala hormatnya semua guru telah dilantik dengan rasminya untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seperti yang tercatat dalam Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025 ini. 3. Saya berharap agar dokumen dan maklumat yang terdapat di dalamnya dapat dijadikan panduan supaya segala yang dirancang dan didokumentasikan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4. Sehubungan dengan itu semua guru diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sebagai sekolah yang cemerlang dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR) Guru Besar, SK Taman Melati, Kuala Lumpur. SURAT LANTIKAN


BIDANG UNIT / KELAS / JAWATANKUASA JAWATAN Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum Program / Majlis Rasmi Sekolah SENARAI TUGAS MENGIKUT BIDANG : 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. Saya bersetuju menerima pelantikan jawatan-jawatan di atas sebagaimana yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah SK Taman Melati Sesi 2024/2025 dengan penuh rasa tanggungjawab. .............................................. ( ) Tarikh : JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA


SURAT AKU JANJI Saya, _____________________________, No.Kad Pengenalan _______________ beralamat di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR (alamat tempat bertugas) dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: 1.akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; 2. 3.tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; 4. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; 5. tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; 6. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam; 7. tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan 8. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. 9. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ……………………………… .....………….…………… (Tandatangan Pegawai) Di Hadapan: (Jawatan Pegawai) ………………………………………. (Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………… (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) No.Ruj : SPP/70/1/12/699 JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA SURAT AKU JANJI


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA LANG KAH PERKARA TINDAKAN 1 Bersedia untuk PdP sebelum masuk kelas Guru MP 2 Menepati waktu masuk kelas Guru MP 3 Mengucapkan salam kepada murid Guru MP 4 Memastikan semua murid membalas ucapan salam guru Guru MP 5 Mengisi kehadiran dan buku kawalan kelas Guru MP 6 Menguruskan kebersihan kelas Guru MP 7 Memastikan murid menyusun meja dan kerusi di dalam kelas Guru MP 8 Memastikan murid berdisiplin dan bersedia menerima pelajaran Guru MP 9 Memberi nasihat, motivasi atau mengambil tindakan kawalan kelas terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan kelas Guru MP 10 Memulakan PdP apabila murid telah bersedia Guru MP 11 Mengajar dan mendidik dengan bersungguh-sungguh Guru MP 12 Mempelbagaikan kaedah PdP untuk menarik minat murid Guru MP 13 Memastikan objektif pembelajaran tercapai Guru MP 14 Memahami tanggungjawab ‘duty of care’ dalam kelas Guru MP 15 Tidak boleh buat kerja sendiri waktu PdP Guru MP 16 Tidak boleh menggunakan telefon bimbit di dalam kelas Guru MP 17 Tidak boleh meninggalkan kelas ketika PdP sedang berlangsung Guru MP 18 Tidak boleh duduk mengajar kecuali guru tidak sihat Guru MP 19 Memberi latihan kelas (PdP berpusatkan murid) Guru MP 20 Meronda dan membimbimg ketika murid membuat latihan dalam kelas Guru MP 21 Memberi kerja rumah atau latihan pengukuhan selepas setiap waktu PdP Guru MP 22 Merumus PdP Guru MP 23 Membudayakan Budaya mengucapkan Terima Kasih Guru MP 24 Menyemak tugasan murid, memberi komen dan galakan serta menyimpan rekod penghantaran latihan murid Guru MP 25 Mengambil tindakan terhadap murid yang tidak membuat tugasan/ pemulihan/ pengukuhan/ pengayaan Guru MP 26 Menyelia PdP GB / PK / KP 27 Memantau penyemakan buku GB / PK / KP 28 Menilai keberkesanan PdP GB / PK / KP ............................................................... ( ) Tarikh : Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) PdPC Dalam Kelas


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA MEMBANGUN MALAYSIA MADANI Tema "Membangun Malaysia MADANI" memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penstrukturan semula ekonomi perlu berasaskan etika mampan, elak pembaziran, kemewahan, basmi ketirisan dan rasuah. Malaysia akan diangkat semula martabatnya sebagai negara yang makmur dan adil kepada semua rakyat. INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


ASPIRASI SISTEMJAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA KONSEP TS25 KOMPONEN PBS INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA KONSEP ABC INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA KEUTAMAAN PENDIDIKAN Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara Negara Sejahtera melalui tujuh teras utama INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA strategi inisiatif KANDUNGAN DPD teras BERI MANFAAT OPTIMUM KEPADA Murid Pendidik Pemimpin Pendidikan Semua pihak berkepentingan Diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023 Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 28 Nov 2023 VISI Melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai OBJEKTIF UTAMA Melahirkan murid fasih digital untuk memenuhi era digital Mengupayakan pendidik & pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan Memperkukuh infostruktur, infrastruktur& kandungan pendidikan digital Mengoptimumkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital Pendidik kompeten digital Budaya kepimpinan digital berwawasan Pengupayaan infrastruktur dan infostruktur Kandungan digital berkualiti Rakan strategik yang komited APA ITU MURID FASIH DIGITAL ? Murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika untuk : Mencipta dan menghasilkan inovasi Menganalisis data secara saintifik Menyelesaikan masalah & berkomunikasi Berkolaborasi dengan berkesan DASAR PENDIDIKAN DIGITAL (DPD) Murid fasih digital PEMBANGUNAN DPD Dilakukan secara bersepadu & menyeluruh meliputi aspek : Pendidikan & pemimpin pendidikan Penyediaan infostruktur & infrastruktur Kandungan berkualiti Penyertaan aktif rakan strategik Buku Membangun Negara MADANI ia selaras agenda nasional iaitu : Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) Rangka Tindakan Ekonomi DIgital Malaysia Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara Pelan Jalinan Digital Negara Dasar Sains, Teknologi & Inovasi Negara Rancangan Malaysia ke-12 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA MESEJ INTEGRITI Sumber Infografik Unit Integriti KPM Mesej Tahun 2023 INFO UMUM DAN PENDIDIKAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA SENARAI GURU & STAF SKTMJITU 1.Kasniza Jumari bin Shamsir - GB 2.Muhamad Ali bin Ja’an @ Mispan 3.Mazidah bt Mohamad Zalihan 4.Amutha a/p Sabapathy 5.Khairul Azmi bin Habidin 6.Nor Muhaimin bin Ahmad 7.Ady Suhana bt Zulkefli 8.Anis Alwani binti Mat Zain 9.Anne Zureena binti Ahmad Ramli 10.Armaan Arif bin Nuri 11.Azlila bt Bashiah 12.Bibi Nasrin binti Alif Shah 13.Ereesmaa binti Elias 14.Faizatul binti Abd Halim 15.Farhana Saini binti Hamsa 16.Hasanol Said bin Mohd Sabri 17.Hishamuddin bin Abdullah 18.Husni bin Ibrahim 19.Intan Rahayu binti Sulaiman 20.Karmilah binti Yusof 21.Komati a/p Sinna Camundan 22.Masnani binti Mohamad Zawawi 23.Mohamad Nazali bin Ibrahim 24.Mohd Hafiz bin Ahmad Tamizi 25.Mohd Jasni bin Daud 26.Mohd Norashidi bin Ab. Razak 27.Muhammad Amar Safwan b Hashim 28.Muhammad Ash Syahid bin Hj Ismail 29.Muhammad Faiq bin Abdullah 30.Muhammad Hazim bin Miswan 31.Muhammad Lium bin Megan 32.Naiemah binti Sidek 33.Nik Noor Aziella binti Nik Mustafa 34.Noor Azora binti Mohamad Mokhtar 35.Noorulizah binti Kadir 36.Nor Fazliana Azwa binti M.Yusof 37.Nor Husniyah binti Mohd Yusuff Nor Zalifah binti Kamaruddin Noramira binti Mohd Fazil Norisah binti Wahab Norlin Soraya binti Ahmad Bashri Nornadiatul Hadawiyah bt Othman Nur Alwani binti Ariffin Nur Raiyani bt Ab Halim Nur Syahida binti Mohd Basari Nurhidayah bt Adnan Nurul Hisham binti Mat Rosidi Nurul Shuhada binti Saidin Nurusamsiah bt Hasan Rasifah binti Roslan Raudatul Akmal bt Mustapa Kamal Raz Izyantie Wahezar bt Rahman Rizal bin Harun @ Ali Rozila binti Abdul Rahman Rozita bt Abu Bakar Rozlina bt Abd Razib Saminah bt M. Ahamed Gani Siti Arafiah binti Mohamad Noor Siti Mariah binti Mohd Muksin Siti Noorfadilah binti Hussin Siti Robiah binti Omar Siti Zawiyah binti Harun Zarina binti Zainuddin Zarolhisham bin Yaccob STAF SOKONGAN (AKP) Roziah binti Nazeri - KPT Nor Emawahida binti Maruddin Nur Intan Syazmyllia bt Fauzi Adri Noraini binti Ishak Rosmawati Ahamad Rash Fariz bin Abd Rashid 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 1. 2. 3. 4. 5. 6. MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Mazidah Bahasa Melayu Amutha TESL BARISAN PENTADBIRAN En. Kasniza Guru Besar En. Ali GPK Pentadbi ran Pn. Mazidah GPK HEM Pn. Amutha GPK Kokur ikulum Kasniza Jumari Bahasa Melayu Muhamad Ali Reka Bentuk & Teknologi MAKLUMAT GURU Email : [email protected]


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Khairul Azmi Guru Bimbingan & Kaunseling Nor Muhaimin Guru Bimbingan & Kaunseling Mohd Hafiz Guru Penyelaras Bestari Guru Perpustakaan & Media Guru Prasekolah PERJAWATAN KHAS (GURU LUAR NORMA) Muhammad Faiq Guru Pemulihan Muhammad Hazim Rozlina Raz Izyantie Wahezar Guru Data Noramira Guru Bahasa Cina (SK) MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Anis Alwani Pendidikan Islam (GA) Anne Zureena Sejarah Bahasa Melayu Bahasa Melayu Ady Suhana Bahasa Melayu GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Armaan Arif Bahasa Melayu Azlila Bibi Nasrin Ereesmaa Bahasa Inggeris Faizatul Bahasa Melayu Farhana Saini Bahasa Melayu MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Hishamuddin Pendidikan Islam Husni Pendidikan Islam (GA) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Hasanol Said Bahasa Inggeris GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Intan Rahayu Bahasa Inggeris Karmilah Komathi Masnani Pendidikan Islam (GA) Mohamad Nazali Pendidikan Islam (GA) Mohd Jasni Bahasa Melayu MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Muhammad Amar Safwan Matematik Muhammad Lium Reka Bentuk dan Teknologi Bahasa Arab Pendidikan Islam (GA) Mohd Norashidi Matematik GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Naiemah Sains Nik Noor Aziella Noor Azora Noorulizah Pendidikan Islam (GA) Nor Fazliana Azwa Pendidikan Islam (GA) Nor Husniyah Matematik MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Nor Zalifah Pend. Jasmani & Kesihatan Norlin Soraya Bahasa Inggeris Pendidikan Islam (GA) Pendidikan Islam Norisah Matematik Nornadiatul Hadawiyah Sains Nur Alwani Nur Raiyani Nur Syahida Bahasa Inggeris Nurul Hisham Am /Pendidikan Moral Nurhidayah Sains MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Nurusamsiah Bahasa Arab Nurul Shuhada Pendidikan Islam (GA) Bahasa Melayu Pendidikan Seni Visual Rasifah Pendiidikan Muzik Rozila Matematik Rizal Raudatul Akmal Rozita Bahasa Melayu Saminah Bahasa Inggeris Siti Arafiah Pendidikan Islam MAKLUMAT GURU


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA GURU AKADEMIK BIASA & GURU PEND. ISLAM Siti Mariah Pendidikan Islam (GA) Siti Noorfadilah Sains Matematik Bahasa Melayu Siti Robiah Pendidikan Islam Siti Zawiyah Pendidikan Islam Zarina Zarolhisham MAKLUMAT GURU Muhammad Ash Syahid Pengajian Sosial


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Nor Emawahida Pembantu Tadbir (Pentadbiran) Nur Intan Syazmyllia Pembantu Tadbir (Kewangan) ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA Pembantu Operasi Pembantu Operasi Roziah Ketua Pembantu Tadbir Noraini Pembantu Pengurusan Murid Rosmawati Rash Fariz MAKLUMAT AKP


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA LOGO KPM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI KPM DAN SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI KPM DAN SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA FALSAFAH SEKOLAH Melahirkan individu yang berdisiplin, berakhlak mulia, menjaga nama baik sekolah dan menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang positif. Meningkatkan prestasi akademik dan memastikan pencapaian yang membanggakan dalam bidang kokurikulum. Memupuk ke arah perpaduan dalam kalangan guru, murid, ibu bapadan masyarakat selaras dengan matlamat pendidikan negara. MOTO SEKOLAH (JITU) [ja.ya] | جاي Berjaya beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil [il.ti.zam] | التزام Keterlibatan secara bersungguh-sungguh & penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen [te.kun] | تکون Perihal tekun, kerajinan, kesungguhan [u.sa.ha] | اوسها Daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud. J I T U MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA PIAGAM PELANGGAN Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Melati, dengan penuh iltizam dan semangat berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk : Mengamalkan perkhidmatan berkualiti, mesra dan penyayang. 1. 2.Menjalin hubungan erat dengan PIBG dan komuniti. Memastikan semua murid dilayan dengan mesra dan saksama. 3. Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum dan prasarana lengkap dan mencukupi mengikut keperluan murid. 4. Bersedia dan sanggup menerima teguran, cadangan, syor dan pandangan yang membina supaya perkhidmatan dapat ditingkatkan. 5. Mendidik murid-murid menjadi murid berdaya saing, berpekerti mulia dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 6. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan keperluan murid dan ibu bapa. 7. Menyediakan suasana yang ceria supaya keselamatan murid selesa dan terjamin. 8. Memberi peluang pembelajaran yang adil dan pelbagai serta pengajaran yang memberangsangkan. 9. MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 5 Gelung / Spora Bunga Raya Menjunjung Rukun Islam yang 5 Mendokong 5 prinsip Rukun Negara Melambangkan perpaduan rakyat Melambangkan kemajuan dalam bidang sukan Kelopak Melambangkan 3 kelompok kaum terbesar iaitu Melayu, Cina & India Bentuk Logo (Tetikus) Menggambarkan kepentingan teknologi (IT) kepada generasi alaf baru yang celik IT Jam randik / Kelalang Melambangkan kepesatan bidang Sains & Teknologi yang sentiasa berkembang maju setiap detik. #162E63 #DE7323 #D1D5DC Gabungan warna merah dan kuning Merah – Berani dan cekal Kuning – Warna kedaulatan, lambang diraja & Negara berpelembagaan LOGO SEKOLAH Bunga Raya Bunga Kebangsaan Negara Malaysia MOTO (JITU) Gabungan perkataan Jaya, Iltizam, Tekun & Usaha Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan Melambangkan tiada jurang ekonomi, darjat, kaya atau miskin Pencipta Logo : En Yusri bin Hasbullah (Bekas guru SKTM) MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Litar Elektronik Berlatarbelakangkan warna biru melambangkan kemajuan sains dan teknologi. Bentuk Logo (Topi Graduasi) Melambangkan kejayaan dalam bidang pendidikan Buku Bentuk buku berwarna kuning keemasan simbolik kepada generasi yang kaya ilmu pengetahuan serta rajin membaca LOGO JITU Garis Tengah Melambangkan kesimbangan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri Salam Hormat Melambangkan sahsiah terpuji. Pencipta Logo : En Shahrul Hisyam bin Abdullah (Bekas guru SKTM) Akronim JITU Bermaksud Jaya, Iltizam, Tekun, Usaha MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA LAGU-LAGU RASMI Lagu Negaraku Negaraku Tanah Tumpahnya darahku Rakyat Hidup bersatu dan maju Rahmat Bahgia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat Bahgia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Lagu Wilayah Persekutuan Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Maju Membangun Dijulang Megah Aman sentosa disepanjang masa Teguh disemai sentiasa Membara semangat setiap warganya Cerdas minda dan semangat waja Pada Wilayah ditumpah setia Hormat hormati penuh mesra Bersatulah....berbaktilah.. Semua warga wilayah Sayangilah.. lindungilah..... Sepenuh jiwa raga Kita jaga keharmonian semua Maju Sejahtera.... Wilayah Persekutuan. Lagu Sekolah Jaya diri satu wawasan Bergerak bersama iltizam Tekun usaha jadi iringan Ikrar kami jadi amalan Tuntut ilmu demi kejayaan Untuk bangsa Malaysia Membina diri untuk harapan Masa depan yang cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Melati Gedung ilmu putera dan puteri Di sini kamu teguh berdiri Puncak jaya untuk didaki Jaya iltizam tekun berusaha Itulah ikrar janji setia Marilah kita jayakan bersama Untuk sekolah yang tercinta Pencipta Lagu & Lirik : En. Mohd Hafiz B. Daud MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA PELAN BANGUNAN SK Taman Melati A B C D E F G I H A Dewan Gemilang B Surau Ar-Raudhah, Prasekolah Al-Farabi C Blok Pentadbiran Aras Bawah - Bilik M&E Tingkat 1 - Gimnasium, Bilik Kesihatan / Klinik Gigi, Kedai Buku, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan & Kaunseling Tingkat 2 - Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Bilik Aspirasi Tingkat 3 - Bilik Guru Bakawali, Makmal Komputer Tingkat 4 - Pusat Sumber Sekolah D Blok Zamrud Aras Bawah - Bilik SPBT, Kelas Tahun 3 Tingkat 1 - Kelas Tahun 3, Bilik Gerakan TS25 Tingkat 2 - Bilik Guru Anggerik, Smart Classroom Tingkat 3 - Kelas Tahun 6 F B G Blok Delima Aras Bawah - Dewan Terbuka Tingkat 1 - Kelas-kelas Tahun 1 Tingkat 2 - Kelas-kelas Tahun 4 Tingkat 3 - Kelas Tahun 6, Kelas Tahun 5 Tingkat 4 - Bilik Tangki Air H Blok Nilam Aras Bawah - Bilik Muzik, Bilik RBT, Bilik PSV Tingkat 1 - Kelas-kelas Tahun 2, Stor Perabot Tingkat 2 - Kelas Tahun 2 dan 5 Tingkat 3 - Makmal Sains 1, Makmal Sains 2 Dataran Melati J I Kantin E Stor Sukan, Stor Kokurikulum J Astaka, Mini Stadium MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA ATUR CARA PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH Al-Fatihah Bacaan Doa Nyanyian Negaraku Maju & Sejahtera Ikrar Rukun Negara Bacaan Visi dan Misi KPM Ikrar Murid SKTM Laporan Guru Bertugas Bacaan Manual Nilai Ucapan GB / GPK Nyanyian Lagu Sekolah Laungan Slogan JITU Bersurai 1 2 3 4 8 7 6 5 9 10 11 12 MAKLUMAT AM SEKOLAH


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tuiuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan kearah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari besarnya tanggung jawab membimbing anak muda tercapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya : 1) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. 1. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 2. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 3. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 4. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. 5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya. 6.


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 2) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. 1. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 2. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 3. Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima oleh ibubapa secara teliti dan bijaksana. 4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa murid. 5. 3) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA Mengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat dan Negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 1. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 2. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 3. Menggalakkan kerjasama dan kesefahaman antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 4. Memberikan sumbangan cergas meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat. 5. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 6.


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 4) TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 1. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 2. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 3. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan. 4. Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi termasuk guru yang terlatih bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 1) PENGENALAN Peraturan-peraturan pentadbiran ini diwujudkan dan dikuatkuasakan bertujuan bagi memelihara kelancaran dan kelicinan pentadbiran sekolah dalam usaha menuju ke arah matlamat memberikan pendidikan yang bermutu tinggi kepada murid-murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1. Setiap guru yang berkhidmat di sekolah ini, dari semasa ke semasa, hendaklah seringkali membaca dengan penuh teliti setiap peraturan yang terkandung di dalam pekeliling ini bagi mengelakkan diri masingmasing daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan matlamat (1). 2. Setelah teguran dan nasihat diberikan oleh pentadbir sekolah, manamana guru yang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan peraturan-peraturan pentadbiran ini, maka perihal guru tersebut akan dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan selanjutnya. 3. 2) WAKTU PERSEKOLAHAN TAHAP 1 (Tahun 1, 2 dan 3) Isnin - Khamis 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Jumaat 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari TAHAP 2 (Tahun 4,5 dan 6) Isnin - Khamis 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari Rabu 2.00 petang - 4.00 petang (Aktiviti Kokurikulum) Jumaat 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA sambungan.. Semua guru wajib berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu persekolahan. 1. Guru-guru yang datang lewat hendaklah terlebih dahulu berjumpa dengan Guru Besar dan memberi alasan atas kelewatan 2. Guru-guru Tahap 1 tidak dibenarkan balik awal. Mereka hendaklah balik mengikut waktu persekolahan. 3. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. 4. 5.Guru-guru dibenarkan pulang pada : 1.45 tengah hari pada hari Isnin, Selasa & Khamis 4.00 petang pada hari Rabu (Kokurikulum) 12.15 tengah hari pada hari Jumaat 3) KEHADIRAN GURU DAN AKP Sebaik-baik sahaja sampai di sekolah, semua guru dan AKP dikehendaki merakam kad perakam waktu yang terletak di pejabat sekolah. 1. Sebaik-baik sahaja waktu persekolahan dimulakan kad perakam waktu yang tidak diketik akan dibawa ke bilik Guru Besar, guru-guru yang tidak/belum merakam kad perakam waktu dianggap tidak hadir atau lewat datang. 2. Guru Penolong Kanan akan menyediakan dan mengedarkan senarai guru ganti bagi menggantikan tempat guru-guru yang tidak hadir. 3. Di akhir waktu persekolahan/selepas waktu pejabat, sebelum meninggalkan sekolah guru-guru dan AKP dikehendaki merakam kad perakam waktu sekali lagi. 4. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 4) PERHIMPUNAN RASMI Diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama. Guru-guru wajib berada di Dataran Melati/Dewan Terbuka selewatnya 7.25 pagi 1. Guru-guru bertugas hendaklah sentiasa mengawal / mengawasi disiplin murid-murid di sepanjang perhimpunan itu. 2. Jika perhimpunan pada hari berkenaan tamat awal atau perhimpunan tidak dapat dijalankan atas satu-satu sebab, guru-guru kelas bertanggungjawab menguruskan kelas masing-masing. 3. 5) PERHIMPUNAN HARIAN (SELASA - JUMAAT) & SELEPAS WAKTU REHAT Diadakan pada setiap hari pukul 7.20 pagi dan selepas waktu rehat Tahap 1 dan 2 di Dataran Melati/Dewan Terbuka. 1. Semua guru mata pelajaran atau guru ganti waktu pertama dan selepas rehat dikehendaki berada di Dataran Melati/Dewan Terbuka untuk membawa murid ke kelas. 2. Semua guru mata pelajaran atau guru ganti waktu pertama dan selepas rehat hendaklah sentiasa mengawal / mengawasi disiplin murid-murid kelas masing-masing di sepanjang perjalanan ke kelas. 3. 6) GURU BERTUGAS 1.Guru bertugas hendaklah sampai di sekolah sebelum pukul 7:10 pagi. Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi dan murid mestilah beratur di tempat perhimpunan. (Rujuk Tatacara/Atur Cara Perhimpunan Rasmi untuk Perhimpunan Rasmi hari Isnin). 2. Sebelum balik, guru bertugas hendaklah memeriksa bilik kelas dan memastikan kebersihan kelas. 3. Kes-kes disiplin akan dirujuk kepada guru bertugas dahulu yang akan menguruskan dengan bantuan Guru Disiplin / GPK HEM. 4. Laporan harian dan laporan kantin perlu di buat dan buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Guru Besar untuk ditandatangani sebelum tamat waktu persekolahan (waktu terakhir) pada setiap hari oleh guru bertugas. 5. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 7) WAKTU MENGAJAR Guru-guru hendaklah menunjukkan minat dan mengajar dengan bersemangat. 1. Disiplin murid-murid sentiasa terkawal dalam pengawasan guru di sepanjang pengajarannya. Guru-guru hendaklah memastikan semua murid berada dan menumpukan pdpc matapelajaran. 2. Guru hendaklah membantu / memberikan bimbingan kepada murid yang lemah semasa mereka membuat kerja-kerja bertulis atau melukis. 3. 4.Guru-guru tidak dibenarkan duduk di sepanjang waktu mengajar. Guru mata pelajaran waktu itu bertanggungjawab mengenai disiplin dan keselamatan murid-murid kelas tersebut. 5. 8) PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR Waktu tidak mengajar adalah masih waktu bekerja, guru-guru mesti menggunakan waktu tersebut dengan kerja-kerja berfaedah seperti memeriksa buku dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran atau perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti sekolah. 1. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan boleh mengarah guru pada waktu tidak mengajar menggantikan tempat guru tidak hadir/ tugas luar/ memberikan tugas lain. 2. 9) TATATERTIB DI DALAM BILIK GURU 1.Bilik Guru hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih dan kemas. Bilik Guru hendaklah dijadikan satu “Bilik Sumber” bagi memupuk perasaan harmoni dan berbincang mengenai PdPC. 2. Bilik Guru juga adalah tempat untuk guru-guru membuat kerja-kerja sekolah seperti memeriksa buku latihan atau membuat persediaan mengajar. 3. 4.Guru-guru dilarang merokok, tidur dan berniaga di dalam Bilik Guru. 5.Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 10) HUKUMAN TERHADAP MURID Guru-guru hendaklah bersikap tegas dan tidak dibenarkan sama sekali menghukum murid dalam apa bentuk sekalipun. Sebaliknya murid yang bersalah boleh disuruh membuat kerja bertulis seperti menulis karangan atau kerja tambahan. 1. Murid bermasalah hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin & Pengawas serta Guru Kaunseling sebelum dirujuk kepada Guru Penolong Kanan HEM / Guru Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum / Guru Besar. 2. 11) PAKAIAN GURU Semua guru diwajibkan memakai “Tanda Nama/Name Tag” semasa bertugas. 1. Semua guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada setiap hari Isnin. 2. Semua guru perempuan diingatkan supaya sentiasa berpakaian sopan. 3. 12) E-RPH Masa menghantar E-RPH secara atas talian melalui Google Classroom ialah sebelum 12.00 tengah malam setiap hari Jumaat. 1. Guru yang lewat menghantar E-RPH hendaklah menemui Guru Besar dan memberi penjelasan. 2. 3.E-RPH hendaklah hendaklah sentiasa dikemas kini. E-RPH pada hari berikutnya hendaklah disediakan selepas mengajar pada hari tersebut. 4. E-RPH pada hari Isnin minggu berikutnya hendaklah disediakan juga sebelum menghantarnya pada hari Jumaat. 5. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 13) CUTI: CUTI REHAT / CUTI PENGGAL / CUTI SAKIT / DARURAT Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti. 1. 2.CUTI SAKIT Sijil sakit swasta atau kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun calendar (90 hari pertama diluluskan oleh Ketua Jabatan, 90 hari seterusnya diluluskan oleh Ketua Setiausaha) 3.CUTI TANPA GAJI Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti rehat telah habis. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam tempoh 4 tahun. Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.CUTI REHAT KHAS (CRK) Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun. (Dengan syarat tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran). - Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2017. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 1.CUTI KE LUAR NEGARA Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 6 minggu sebelum tankh bercuti. GARIS PANDUAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G – MEMATUHI WAKTU BEKERJA 2. Perkara 4 Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan; tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan; pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut; tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan; PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN 5. 6.


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 14) LAPORAN AKHBAR Guru-guru tidak dibenarkan membuat laporan akhbar sama ada bagi pihak sekolah mahupun Guru Besar. 1. 15) SURAT-SURAT PEKELILING DAN SURAT MENYURAT Guru-guru hendaklah peka dengan surat pekeliling dari sekolah / Pejabat Pendidikan / Jabatan Pendidikan / Kementerian Pendidikan Malaysia / sumber-sumber lain yang diedarkan. 1. Mematuhi dan melaksanakan arahan yang terkandung dalam surat berkenaan. 2. 16) KESETIAAN GURU Setiap guru perlulah menanamkan semangat kesetiaan terhadap sekolah dan profesion perguruan. 1. 17) KAWALAN KESELAMATAN SEKOLAH Pelawat-pelawat tidak dibenarkan berjumpa terus dengan guru tanpa kebenaran Guru Besar (masuk dalam kelas). Pelawat hendaklah berjumpa Guru Besar sekiranya ada urusan. 1. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 2. Guru-guru tidak dibenarkan menerima pelawat di kelas tanpa kebenaran Guru Besar. 3. 18) PEMBELIAN Guru yang hendak membeli Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang diperoleh di pejabat dengan disahkan oleh Ketua Panitia dan Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. 1. 2.Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok. 3. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 19) DISIPLIN MURID Semua guru bertanggungjawab ke atas disiplin murid, walaupun bukan di bawah jagaannya. 1. 20) KEBERSIHAN KELAS DAN KAWASAN SEKOLAH Guru hendaklah melantik seorang ketua dan seorang penolong bagi kelas masing-masing. 1. Jadual tugas murid mestilah disediakan supaya kebersihan kelas sentiasa terjaga. 2. Guru-guru hendaklah memastikan murid-murid membersihkan kelas sebelum dan selepas waktu persekolahan. 3. Guru bertugas hendaklah memastikan / mengarahkan murid membersihkan kelas daripada sampah-sarap dan bungkusan makanan. 4. 21) SOALAN-SOALAN UJIAN & PEPERIKSAAN (JIKA DILAKSANAKAN) 1.Soalan ujian atau peperiksaan hendaklah dibuat dengan teliti. Soalan hendaklah sampai ke pejabat seminggu (7 hari) sebelum ujian / peperiksaan bermula untuk dicetak. 2. 22) APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) Maklumat diri dan penjaga murid perlu diisi dan dilengkapkan oleh semua guru kelas termasuk data tentang pendapatan ibu, bapa / penjaga. 1. Kehadiran murid mesti dimasukkan ke dalam APDM sebelum jam 9.00 pagi (waktu kedua). 2. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 23) LATIHAN DAN PEMERIKSAAN BUKU-BUKU LATIHAN Murid-murid hendaklah diberikan kerja bertulis / latihan pada setiap hari, terutama mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 1. Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa. Pastikan pembetulan telah dibuat terlebih dahulu sebelum latihan atau kerja bertulis yang baru diberikan. 2. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali menyuruh murid-murid menyemak atau memeriksa buku latihan atau pun kertas-kertas jawapan Ujian Bulanan / Peperiksaan walaupun atas dasar bertukartukar buku latihan / kertas jawapan. 3. 4.Kerja-kerja bertulis hendaklah sentiasa bersih dan teratur. Buku-buku latihan / rampaian dan buku-buku kerja serta buku-buku lain hendaklah bersih. Tidak diconteng-conteng atau dilukis dengan gambar-gambar yang bukan-bukan. 5. Setiap kali membuat kerja-kerja bertulis yang baru murid-murid hendaklah menuliskan tarikh di bahagian atas, di sebelah kanan muka surat. 6. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan “Liquid Paper” bagi memadamkan kesalahan-kesalahan dalam kerja-kerja bertulis. Mereka hendaklah menggunakan getah pemadam. 7. Murid-murid yang didapati tidak membuat kerja-kerja bertulis / latihan dan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru, nama mereka hendaklah dirujuk kepada GPK 1 untuk tindakan selanjutnya. 8. Semua buku latihan, fail lembaran kerja dan nota murid-murid daripada setiap kelas akan dikutip dan diperiksa / disemak oleh guru Besar atau Guru Penolong Kanan 1 pada masa-masa tertentu. 9. Adalah diingatkan supaya guru-guru sentiasa cermat dan berhati-hati semasa memeriksa / menanda kerja-kerja bertulis / latihan murid-murid. 10. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali memeriksa / menanda kerjakerja latihan murid di dalam bilik darjah. Kesemuanya hendaklah dilakukan di bilik guru sahaja, iaitu pada waktu tidak mengajar (WTM). 11. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA 24) PENUTUP Disiplin dan peraturan am adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan bukannya terletak pada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. 1. Sekolah yang berdisiplin akan memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa. 2. Disiplin sekolah akan memberikan suasana harmonis dan persahabatan yang mesra di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah. 3. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


JITU JITU PENGURUSAN & PENTADBIRAN SK TAMAN MELATI


JAYAILTIZAM T J EK I U TNUS UAHA Kasniza Jumari bin Shamsir Guru Besar Muhamad Ali bin Ja’an @ Mispan GPK Pentadbiran Mazidah binti Mohamad Zalihan GPK HEM Amutha a/p Sabapathy GPK Kokurikulum Guru Bimbingan dan Kaunseling KHAIRUL AZMI BIN HABIDIN NOR MUHAIMIN BIN AHMAD Guru Penyelaras Bestari MOHD HAFIZ BIN AHMAD TAMIZI Guru Perpustakaan Media MUHAMMAD HAZIM BIN MISWAN Guru Data RAZ IZYANTIE WAHEZAR BINTI RAHMAN Guru Akademik KSSR Guru Prasekolah ROZLINA BINTI ABD RAZIB PPM NORAINI BINTI ISHAK Pengurusan & Pentadbiran KPT - ROZIAH BINTI NAZERI PT(P) - NOR EMAWAHIDA BT MARUDDIN PT(K) - NUR INTAN SYAZMYLLIA PO - ROSMAWATI AHAMAD PO - RASH FARIZ BIN ABD RASHID CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH


Click to View FlipBook Version