12.00 tgh - Semua Pensyarah Dan Pelajar Berhimpun Di Dewan Bunga Raya, KVMT 12.10 tgh - Ketibaan Dan Pergerakan Masuk Insan Yang Dirai Diiringi Oleh Barisan Pentadbir 12.20 tgh - Kata-kata Aluan Pengacara Majlis - Bacaan Doa - Ucapan Wakil Pelajar - Ucapan Wakil Pensyarah - Ucapan Timbalan Pengarah Akademik - Persembahan Multimedia - Ucapan Titipan Kasih Insan Yang Dirai - Persembahan Pelajar - Penyampaian Sijil Penghargaan - Penyampaian Cenderahati - Acara Memotong Pulut Kuning - Sesi Bergambar 1.30 ptg - Send-Off - Pergerakan Keluar Insan Yang Dirai Diiringi Oleh Barisan Pentadbir 2.00 ptg - Majlis Bersurai
anggal 04 April 1968 di Kampung Laut Bongawan Sabah merupakan tarikh keramat bagi pasangan Hj. Talib bin Marali dan Hjh. Dg. Fatimah binti Latif apabila dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Dg Halimah binti Talip . Beliau merupakan anak ke 2 dari 6 orang adik beradik. Pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Sebulan, Kota Kinabalu, Sabah dan pendidikan beliau di peringkat sekolah menengah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah. Kemudian beliau meneruskan pengajian peringkat Diploma Pertanian di UPM Bintulu, seterusnya beliau melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UPM Serdang, Selangor dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 beliau telah melapor diri di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Semasa beliau berkhidmat di KVMT, beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya. Beliau juga seorang kaunselor berdaftar. Pn. Dg Halimah telah mendirikan rumahtangga bersama kekasih hatinya En. Rosli bin Mamat pada 03 November 1991 . Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki iaitu Abdul Rahman (31 tahun) telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, manakala anak yang bongsu Abdul Yamin (18 tahun) masih belajar. Untuk berjaya kita mestilah sentiasa bersikap positif dalam memastikan kejayaan itu milik kita. Begitu jugalah dengan diri beliau yang mempunyai sikap kepimpinan, sabar serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sehinggalah di Anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2004 dan 2018 dan Anugerah Kaunselor Cemerlang Negeri Melaka pada tahun 2005. Khidmat bakti beliau bukan sahaja di KVMT tetapi khidmat beliau diperlukan di Peringkat Negeri Melaka lalu beliau dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) Kaunselor Negeri Melaka (tahun 1999 - 2000) dan Penyelia GBK Lantikan Dalaman Negeri Melaka (tahun 2000 - 2001). Sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendidik dan kaunselor di KVMT beliau adalah seorang yang berdedikasi, tegas serta bertanggungjawab dan sentiasa komited dalam kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. “Kehidupan yang penuh barakhah dan ketenangan serta kesihatan yang baik” begitulah harapan beliau selepas bersara.
BUDIMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara Nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di dalam taman, Junjungan budi kenangan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Mengait rambutan menggunakan galah, Disimpan bersama buah berangan, Walau sezarah silap dan salah, Harap dimaafkan disimpan jangan. Subuh hari memetik kangkung, Kangkung dipetik bersama serai, Setelah semusim kita berkampung, Tiba masanya kita bersurai. Pohon mempelam lebat berbuah, Gugur sebiji di tepi tangga, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Allah berjumpa juga.
Pengerusi : Ts. Abdul Ghani bin Md. Nor, BCM (TPA) Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Rahim bin Hamim (TPSA) Naib Pengerusi 2 : Ts. Asmawati binti Hashim (KJK) Penyelaras 1 : Pn. Alwani binti Adnan (KJTA) Penyelaras 2 : En. Mohd Syahir bin Mad Yasir (KJTM) Setiausaha : Pn. Farah Amira binti Mairusdi J/K Sambutan J/K Bunga Manggar & Bunga Pahar Pn. Rositah binti Hj. Kasim (K) Pn. Suriati binti Ali (K) Pn. Noorazilla binti Abu Talib Pelajar PRS Pn. Shamsinar binti Shamsuddin Pn. Norazifah binti Ahmad J/K Jemputan Pn. Aziah binti Mohamad @ Besoi Pn. Nurul Asyilah binti Zakaria En. Yahya bin Akelah J/K Bacaan Doa J/K Pengacara Majlis En. Muhammad Fitri bin Saion (Mentor) Pn. Munira binti Latip (K) En. Muhammad Qadil bin Hanizam (Pelajar) Pelajar J/K Persiapan Dewan J/K Persiapan Pentas & Back Drop En. Ahmad Azwan bin Abdul Halim (K) Hj. Zaini bin Rebo (K) En. Shah Nadzri bin Jasmir En. Salahuddin bin Hj. Bokhari En. Shahrin Azrin bin Zainal En. Hasrul bin Halimoon En. Muhammad Arieff Farhan bin Mohd Noor Pn. Asiah binti Abdullah Pn. Nur Farah Ain binti Abdullah J/K Penyediaan Biodata & Gambar En. Mohd Azmi bin MOhideen Abdul Kadir (K) J/K Teks Ucapan Cik Putri Nadia Ira Nahida binti Mohd Zalinanlpazli Pn. Nurliyanan binti Ahamad Dormad J/K Persembahan Multimedia J/K Ucapan Wakil Pensyarah En. Mohammad Ommar bin Md. Yusof (K) En. Yahya bin Yusof Cik Ulfah Elsaqina binti Abd. Ghafar J/K Ucapan Pelajar Pn. Noraziah binti Mohamed Salleh En. Mifzal Zameer bin Mohamad Rano (YDP MPP)
J/K Siaraya, Penyediaan LCD Teknikal Multimedia J/K Cenderahati Pensyarah & Sijil Kolej Pn. Ainnul Hidayah binti Hisham (K) Ts. Dr. Mohd Fairuz bin Jaafar (K) Cik Ng Li Fen En. Syaril bin Mustapa Kamal En. Muhammad Razaie bin Wahad Ts. Jazli Firdaus bin Jamil En. Syafiq bin Md. Shukor Ts. Nurul Wahida binti Hanapiah J/K Penyampaian Sijil & Cenderahati En. Razali bin Abdul Rahman (PPTM) Pn. Sawiyah binti Saidin (K) En. Hasnulhadi bin Hassan J/K Cenderahati Pelajar En. Muhamad Azlan bin Bolot En. Nor Azhari bin Yusof (K) Pelajar PRS En. Kamis bin Ahmad En. Mohd Rasid bin Dolmat J/K Kompang En. Mohd Yusoff bin Abdul Rahman (K) J/K Penyediaan Pulut Kuning En. Badrul Hisham bin Hj. Mohd Kaus En. Mohd Zaidi bin Othman (K) Cik Nurul Syafiqah binti Ahmad Abd Malek J/K Fotografi En. Mohd Hakim bin Ibrahim (K) J/K Perarakan & Send Off En. Hamdan bin Mis (K) J/K Buku Program En. Lokman bin Baiman Cik Atikah binti Nasaha (K) En. Sutekno bin Suratman Pn. Nurfaizah binti Mohamed J/K Kawalan Pelajar J/K Pengemasan Dewan Hj. Sheikh Luqman Hakeem bin Ali (K) En. Masry bin Amat hairy (K) En. Afendy bin Azis En. Asnain bin Moksen En. Zulkefli bin Abd. Hamid En. Haireyzal bin Abu Saad En. Abdul Mutalip bin Abdul Latif J/K Penyediaan Sijil En. Muhammad Faizan bin Jantan J/K Dokumentasi Pn. Farah Amira binti Mairusdi
hli Jawatankuasa Majlis Persaraan “ Seribu Budi, Sejuta Memori” Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama serta khidmat yang telah diberikan dalam menjayakan majlis ini kearah kesempurnaan.