The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SLIDE PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN maziah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normaziahalangahmad, 2022-06-20 21:12:05

SLIDE PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN maziah

SLIDE PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN maziah

PENGURUSAN
KENDERAAN
KERAJAAN

NORMAZIAH BT ALANG AHMAD
PEGAWAI KASTAM KANAN WK22 6277

WP4.1

KERAJAAN MALAYSIA

Pengurusan Kenderaan Kerajaan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KANDUNGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA
PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN – WP 4.1
• Tujuan
• Latar Belakang
• Tafsiran
• Pegawai Yang Layak Dibekalkan Kereta Rasmi Jawatan.
• Jenis Kenderaan
• Penggunaan Kenderaan Kerajaan
• Kemudahan Pemandu Kepada Pegawai Yang Dibekalkan Kereta

Rasmi Jawatan
• Spesifikasi Dan Aksesori Kenderaan
• Bekalan Bahan Api Kenderaan
• Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit
• Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit Bagi Kereta Rasmi Jawatan

KANDUNGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA
PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN – WP 4.1

• Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit Bagi Kenderaan Rasmi Jabatan
• Buku Log
• Notis Kesalahan Lalu Lintas/Saman
• Tanggungjawab Pegawai Kenderaan Dan Pemandu
• Pemandu Dan Tugasnya
• Tempat Simpanan Kenderaan
• Keselamatan Kenderaan
• Perlindungan Insurans
• Kemudahan Membersih Kenderaan
• Pengurusan Kenderaan Kerajaan Selain Kereta Konsesi
• Pengurusan Kereta Konsesi
• Hal-Hal Lain

TAFSIRAN – (dalam WP 4.1)

• BUKU LOG – ialah Buku Log Kenderaan yang
merekodkan maklumat kenderaan, butir-butir penggunaan
kenderaan dan penyelenggaraan berjadual.

 KAD INDEN – ialah kad elektronik yang digunakan untuk
membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan.

 KAD SISTEM BAYARAN TOL TANPA RESIT – ialah kad
elektronik prabayar (Touch N Go) untuk bayaran tol tanpa resit.

 KENDERAAN JABATAN – ialah Kenderaan Kerajaan yang
diperuntukan untuk kegunaan gunasama Jabatan atau
kegunaan khas.

TAFSIRAN – (dalam WP 4.1)

 KERETA RASMI JAWATAN – ialah kereta yang diperuntukan khas
mengikut kelayakan jawatan. JUSA C dan ke atas.

 PEGAWAI KENDERAAN – ialah pegawai yang dilantik atau
ditugaskan oleh Ketua Jabatan untuk menguruskan Kenderaan
Kerajaan di Kementerian/Jabatan.

 PEMANDU KENDERAAN KERAJAAN – ialah pemandu yang
dilantik sama ada secara tetap, kontrak, sementara, sambilan,
pegawai yang diberi kebenaran secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

 TUGAS RASMI – ialah tugas yang berkaitan dengan fungsi Jabatan
dan tugas lain yang berkaitan dengan pejabat yang diarahkan oleh
Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

WP 4.1 – PARA 8. Spesifikasi Dan Aksesori Kenderaan

• Pengubahsuaian spesifikasi/tambahan aksesori bagi kenderaan
hak milik Kerajaan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat
kelulusan bertulis daripada Pegawai Pengawal tertakluk kepada
kesesuaiannya dengan fungsi kenderaan tersebut dan undang-
undang/peraturan yang berkuatkuasa.

• Pengubahsuaian spesifikasi/tambahan aksesori untuk Kereta
Konsesi adalah tidak dibenarkan.

WP 4.1 – PARA 13. Buku Log

• Setiap Kenderaan Kerajaan hendaklah dibekalkan dengan Buku Log
bagi tujuan mengawal dan memantau penggunaan kenderaan.
Buku Log hendaklah dikemaskini dengan betul oleh pemandu bagi
setiap perjalanan dan penyelenggaraan kenderaan.

• Pengurusan Buku Log yang betul perlu dilaksanakan oleh semua
Pemandu Kenderaan Kerajaan

WP 4.1 – PARA 14. Notis Kesalahan Lalu Lintas

 Pemandu Kenderaan Kerajaan hendaklah mematuhi sepenuhnya
undang-undang dan peraturan lalu lintas

 Pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan notis kesalahan lalu
lintas/saman jika kesalahan dilakukan oleh pemandu

 Sekiranya kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pemandu atas arahan
pegawai pengguna, pegawai tersebut hendaklah bertanggungjawab
menyelesaikan saman tersebut.

 Sekiranya pemandu/pegawai pengguna tidak menyelesaikan saman
tertunggak, saman berkenaan hendaklah ditukar nama daripada
Jabatan kepada pemandu/pegawai pengguna.

 Kaedah pemotongan gaji juga boleh dilaksanakan ke atas
pemandu/pegawai pengguna.

Para 16.2 – Tanggungjawab Pemandu Kenderaan

 Melaksanakan Arahan Harian seperti yang diarahkan oleh
Pegawai Kenderaan

 Mengisi Buku Log Kenderaan dengan kemaskini dan betul

 Memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual

 Sekiranya berlaku kemalangan, rekodkan butiran kemalangan
dan buat laporan kepada Pegawai Kenderaan dan Polis

 Semua pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan
tugas yang dikeluarkan

 Memastikan keselamatan kenderaan termasuk aksesori dan
barang-barang dalam kenderaan. Pemandu boleh dikenakan
tindakan tatatertib dan surcaj jika berlaku kemalangan,
kehilangan dan kerosakan kerana kecuaian.

 Memastikan kebersihan kenderaan.

Para 17 – Tempat Simpanan Kenderaan

 Semua Kenderaan Kerajaan hendaklah disimpan di dalam kawasan
pejabat yang mempunyai perlindungan berbumbung semasa tidak
digunakan, kecuali sekiranya kemudahan tersebut tidak disediakan.

Para 18 – Keselamatan Kenderaan

 Kenderaan Kerajaan hendaklah sentiasa dikunci dengan selamat
apabila tidak digunakan.

 Tangki bahan api yang terdedah seperti tangki lori, hendaklah
dilengkapkan dengan penutup yang boleh dikunci

 Kenderaan Kerajaan hendaklah diletakkan di tempat yang tidak
berisiko tinggi bagi mengelakkan kemalangan dan kecurian.

Para 18 – Perlindungan Insuran

 Semua Kenderaan Kerajaan, kecuali Kereta Konsesi tidak dilindungi
insurans. Sekiranya Kenderaan Kerajaan disalahguna, pegawai
berkenaan adalah bertanggungjawab ke atas segala tuntutan.
Tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali boleh diambil
ke atas pegawai yang terlibat.

 Kereta Konsesi dilindungi oleh Polisi Insurans Kenderaan
Komprehensif merangkumi keseluruhan kenderaan, liabiliti pihak
ketiga dan perlindungan pemandu di Malaysia, Singapura serta Brunei
Darulsalam.

 Antara keadaan yang tidak dilindungi, memandu tanpa lesen,
kecederaan diri yang disengajakan dan memandu dalam keadaan
mabuk atau dibawah pengaruh dadah.

 Kenderaan Konsesi tidak dibenarkan keluar dari Malaysia kecuali atas
urusan rasmi dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan.

Para 20 – Kemudahan Membersih Kenderaan

• Tugas kebersihan kenderaan adalah di bawah tanggungjawab
pemandu.

• Kementerian/Jabatan perlu menyedikan tempat membasuh
kenderaan yang bersesuaian.

• Bagi Kementerian/Jabatan yang tidak disediakan tempat
membasuh kenderaan, Ketua Jabatan boleh membenarkan
kenderaan kerajaan dihantar ke pusat cucian kenderaan. Kos
dan kekerapan cucian hendaklah sesuai dan munasabah.

• Kemudahan cucian berbayar ini juga dipanjangkan kepada
semua kenderaan semasa digunakan untuk menjalankan tugas
rasmi di luar pejabat.

Para 23 – Hal-Hal Lain

 Semua Kenderaan Kerajaan kecuali Kereta Rasmi Jawatan hendaklah
mempamerkan nama/logo Jabatan pada kedua-dua belah sisi
kenderaan.


Click to View FlipBook Version